"Assalamualaikum".
Aku memberi salam apabila sudah masuk ke dalam rumah.
Gelap
Sunyi
"Mana semua orang ni?". Gumam aku
"Mama oh mama!". Panggil aku dengan separuh jerit
"Papa!".
"Angah!".
Aku mengaru kepala aku yang tidak gatal. Mana semua orang pergi ni?. Kalau keluar kenape tak ajak aku sekali? .
Tubir mataku terasa panas.
Sampai hati diorang tinggalkan aku sorang-sorang kat rumah. Emm nak mama. Omel aku di dalam hati
Tiba-tiba
Terasa seseorang memeluk tubuh aku di belakang. Terangkat sedikit bahuku, aku berasa seram sejuk.
Serta-merta air mata meleleh. Nak toleh belakang takut, dengan sunyi lagi dengan gelap lagi. Entah-entah yang peluk aku ni bukan orang tapi 'benda' tu. Mana semua orang ni?
Aku menangis teresak-esak sambil tubuh aku sudah meleret ke bawah memeluk lutut. Pelukan seseorang tadi mula terlerai.
"Emm nak mama!". Kata aku sambil menutup kedua-dua belah mata dengan tangan.
Tap!
Kedengaran bunyi petikan suis lampu.
Tapi aku masih lagi seperti tadi, menangis memeluk lutut. Tidak berani untuk mengangkat muka dan membuka mata.
"Nia". Terasa seperti seseorang memegang tangan aku yang sedang memeluk lutut.
"Angkat lah muka tu". Kata seseorang yang aku tidak tahu siapa dirinya.
Tapi kenape rasa macam kenal je suara ni. Bisik hatiku
Aku perlahan-lahan mengangkat muka dengan mata yang terbuka.
"Along!". Aku terkaku
Aku mencubit sebelah pipi aku dengan kuat. Aku cuma nak pastikan ini semua bukan mimpi.
Membulat mataku apabila terasa sakit di pipi. Tak cukup lagi dengan itu aku menampar pipi aku sekali.
"Auu sakitnya". Aku mendesis kesakitan sambil mengosok perlahan pipi aku.
"Ya allah adik! kenape pergi tampar pipi tu". Ujar Izaan sambil mengambil alik tangan aku yang mengosok pipi tadi.
"Sakit tak ni?". Soalnya
"Em". Aku mengangguk
Tiba-tiba kedengaran bunyi gelak tawa yang kuat, aku rasa sampai rumah jiran sebelah pun boleh dengar. Sape lagi kalau bukan si angah.
Aku merenung angah dengan pandangan yang tajam.
"Ape pandang-pandang? dah lah nangis tadi, penakut betul". Ejek Izham
"Angah sudah". Kata Puan Sri Salina
Angah langsung tak hiraukan kata-kata mama malah dia teruskan lagi menyakat aku.
"Dah lah ade hati nak kenakan orang, kata kat mama suruh berlakon yang konon-konon dia hilang. Tapi sebenarnya dia yang terkena. Hahaha siannya budak kuat cengeng ni".
"Mama tengok angah ni!". mengadu aku kepada mama
"Mama dah selalu tengok muka angah masa kecik, tak payah tengok dah". Sakat Izham lagi
"Ya allah angah ni yang tak sudah-sudah menyakat adik ni kenape". Ujar Puan Sri Salina sambil mencubit lengan angah.
"Arghh mama sakit-sakit". Ujar Izham sambil mengosok lengannya yang sudah merah.
Yeah mama backup kita.
"Padan muka!".
Aku mengalihkan anak mata ke arah along semula.
Aku terus mendakap tubuh along erat. Rindunya kat along.
"Ni betul ke along? bila along balik? kenape tak cakap kat Nia?". Soal aku laju sambil tanganku memegang kedua pipi along.
Izaan tergelak kecil.
Uishh makin hensem along aku ni semenjak tinggal kat korea. Muka pun dah macam oppa korea. Bisik kata hatiku
Izaan tidak menjawab soalan itu tapi dia mula berdiri dan menarik sekali lenganku untuk berdiri dan kami sekeluarga duduk di atas sofa.
"So any explain?". Soalku sambil melihat wajah sorang demi sorang. Baru lah aku tahu kenape papa cuti seminggu rupanya along nak balik malaysia.
"Along yang suruh semua orang rahsiakan pada Nia pasal along nak balik malaysia. Ye lah nak suprise kan Nia, tapi yang bagi idea suprise tu angah eh bukan along. Along tak bersalah". Terang Izaan panjang lebar.
"Angah!!". Jerit aku
"Ish! habistu sapa yang peluk Nia dari belakang tadi. Angah jugak ke?". Kata aku sambil mengecilkan mata ke arah angah
"Eh tu bukan angah tapi along. Kan along dah lama tak jumpa Nia jadi mesti lah rindu sangat-sangat tu yang terus peluk Nia". Terang Izaan sekali lagi
Bibirku melakar senyuman kecil. Aku mendakap tubuh along lagi.
"Alala i miss you too". Ujar aku yang sedang memeluk Izaan
Puan Sri Salina dan Tan Sri Ibrahim hanya mengeleng kepala melihat telatah kami berdua.
aku melerai pelukan.
"Tapi! Nia tak boleh maafkan angah sebab angah lah buat Nia menangis jadi kalau nak Nia maafkan angah, one syarat". Kata aku dengan muka yang masam mencuka.
"Ape dia? angah akan turuti segalanya". Soal Izham sambil menyilangkan kaki dan memeluk tubuh.
Aku mencebik. Berlagak nau.
"Syarat tu akan dikatakan nanti, tunggu aje. Sekarang ni Nia nak lepaskan rindu bersama along tersayang". Jawab aku sambil kembali memeluk tubuh along.
Izham menjulingkan mata. Ceh bila abang kesayangan balik macam tu lah.
"Mama dengan papa nak masuk bilik dulu".
Aku mengangguk.
"Bye mama papa". Kata aku sambil melambaikan tangan ke arah mereka. Puan Sri Salina dan Tan Sri Ibrahim hanya mengelengkan kepala
"Angah pun nak pergi dari sini, duduk sini asyik tengok drama tak berbayar mentang-mentang along kesayangan dah balik lupa abang yang lain,". Ujar Izham sambil menayang riak muka yang masam.
Aku dan along ketawa geli hati mendengar ayat angah. Aku mula menatap wajah along semula.
"Along ade tak oppa-oppa korea yang boleh dijodohkan dengan Nia? hehe". Soal aku dengan soalan yang merepek.
Ni sebagai persediaan kalau Tengku Izz memang tak nak dekat aku. Boleh lah aku ngorat oppa-oppa korea pulak. Omel aku di dalam hati
Aku tersengih
Izaan tertawa mendengar soalan yang aku berikan tadi.
"Along cepat lah, ade tak?".
Kata aku sambil mengoyang-goyang lengan along.
"Ape lah Nia ni mesti lah tak de. Nia kecik lagi sambung belajar dulu baru kahwin".
Aku mula memuncungkan bibir.
"Hish along ni Nia gurau je lah jangan lah ambik serius sangat tapi kalau serius pun tak pe mana tahu boleh jadi kenyataan".
Izaan sudah ketawa terbahak-bahak.
"Ish ish! hilang dah kekacakan along tu sebab ketawa beriya-riya".
Aku mengelengkan kepala. Hehe aku bergurau je, along lagi hensem kalau ketawa.
"Betul ke Nia?". Soal Izaan dengan wajah serius
"Tak de lah Nia gurau je".
Aku sudah mengetawakan along. Risau sangat bila muka tak nampak hensem walaupun sesaat. Biasa lah instafamous kan huh.
"Ape lah Nia ni! along mati-mati percaya ape yang Nia cakap tu". Ujar Izaan sambil mengusap kepalaku.
Aku tersenyum suka.
Perangai along dengan angah memang berbeza sikit. Along ni memang penyayang dan lembut sangat terhadap keluarga. Angah pulak memang jenis kasar sikit tapi walaupun kasar dia tetap manjakan aku juga. Biasalah aku kan adik bongsu.
"Along!". Panggil aku
Along memandang aku dengan sebelah kening dinaikkan.
Tangan aku digamitkan sedikit supaya along berganjak mendekati aku. Along kerutkan dahi dan terus turuti kehendak aku.
"Along tak rasa angah tu dah gemok ke? perut dia pun dah buncit kan". Bisik aku kepada along
Izaan tergelak lagi.
"Aah along pun perasan juga masa along jumpa dia tadi. Along pun macam tak percaya tu angah".
Hehe itu lah jadinya bila along dah join aku. Sebenarnya angah tak de gemok mana pun cuma berisi sikit tapi cuma lengan je sebab selalu pergi gym lah katakan.
"Tu lah angah je tak nak mengaku". Ujar aku sambil tersengih lebar
"Ehemm! amboi-amboi seronok mengumpat?".
Kami berdua terus mengalihkan pandangan ke arah angah yang sedang bercekak pinggang dengan riak muka yang akan meletop sekejap lagi.
Aku membuat isyarat mata kepada along untuk melarikan diri.
Bermula dengan kiraan
1
2
3
"Along jom lari!".
Aku dan along terus mencicit lari. Angah pun apa lagi terus mengejar kami berdua.
Dan terjadi lah kejar-mengejar antara kami bertiga.
Keesokkan harinya.
Hari ni sudah bermula balik persekolahan setelah dua hari bercuti.
Semalam aku mengunci jam loceng ke angka yang lebih awal sedikit. Kerana aku mahu bersiap lebih cepat dan hadir ke sekolah lebih awal dari biasa. Pelikkan? selalunya hari isnin lah ramai orang malas untuk hadir ke sekolah tapi aku pulak mahu cepat. Sebenarnya hari ni hari sukan. So sudah tentu lah tak belajar dan aku pulak tak masuk acara ape-ape memang goyang kaki je lah. Dan sebab kedua pulak aku nak dapatkan tempat penonton yang paling hadapan untuk acara larian yang Tengku Izz masuk, kalau tak pergi awal memang diambil orang lah jawabnya.
Aku segera bergegas menuruni tangga. Malas nak turun guna lift kena tunggu beberapa minit lagi, kalau tangga aku boleh turun laju-laju.
Sebaik saja sampai di meja makan Puan Sri Salina dan Tan Sri Ibrahim yang berada di situ melihat aku pelik. Angah dengan along pulak mesti dalam bilik lagi.
Aku hanya menyengih. Ni mesti pelik aku turun awal dengan guna tangga pulak tu.
"Nia nak pergi sekolah awal sikit hari ni". Ujar aku yang masih termenggah-menggah
Papa dan mama mengangguk kepala.
Aku mengambil air hot chocolate lalu meminum perlahan.
"Nia minum duduk". Tegur Tan Sri Ibrahim
Aku tersengih lalu melabuhkan punggung. Tangan aku mencapai sekeping biskut lalu dicecah ke dalam air hot chocolate itu lalu aku mengunyah biskut yang telah dicecah itu. Ok sudah
Aku berdiri lalu mendekati mama dan papa. Aku menyalam tangan kedua-duanya.
"Sikitnya sarapan, kenyang ke ni?". Soal Puan Sri Salina risau
"Mama jangan lah risau nanti kalau Nia lapar Nia beli lah makanan kat sekolah tu. Nanti kat sekolah macam-macam makanan ade". Jawab aku sambil merenung mama.
Puan Sri salina mengangguk sambil menguntumkan sebuah senyuman ke arah aku.
"Papa driver yang hantar Nia kan?". Soalku sambil melihat ke arah papa.
"Aah driver ade dekat luar, pergi lah". Jawab Tan Sri Ibrahim
"Okay mama papa, Nia pergi dulu. Bye muah". Kata aku lalu melambaikan tangan dan memberi flying kiss
Selepas itu aku terus bergerak ke pintu keluar. Tangan aku mula membuka pintu apabila sudah selesai memakai kasut sekolah.
Sudah kelihatan driver di dalam kereta. Aku terus mendekati kereta itu lalu memasuki ke dalamnya.
"Awalnya Nia pergi ke sekolah hari ni". Kata Pak mat iaitu driver keluarga kami sambil start enjin kereta.
Lalu kereta itu terus bergerak menuju ke sekolah aku yang hampir berdekatan.
Aku ukir senyuman. Termasuk Pak mat dah tiga orang bertanya.
"Aah Pak mat, hari ni hari sukan tu yang bersemangat nak datang awal". Tipu aku
Padahal ini semua sebab Tengku Izz.
Pak mat hanya anggukkan kepala.
Aku memandang ke luar tingkap. lagi sikit je nak sampai.
"Agak-agak Risha dah sampai ke belum eh". Gumam aku
Rasanya Risha dah sampai kut sebab dia ade masuk acara lompat pagar. Aku je tak masuk ape-ape. Bukan ape aku malas nak penatkan diri sendiri hehe.Omel aku
Rumah sukan aku adalah rumah biru sama juga seperti Farisha dan group T4. Pemilihan rumah sukan memang dari tingkatan satu so aku rasa memang kebetulan je sama.
"Cik Nia!".
Aku mula tersedar dari mengelamun.
"Aah ye Pak mat".
"Dah sampai sekolah tak nak keluar ke?". Soal Pak mat
"Ouh aah nak keluar lah ni". Ujar aku sambil tergesa-gesa mengambil beg lalu dipakai.
Aku membuka pintu kereta lalu keluar. Kakiku mula mengorak langkah ke arah padang sekolah. Ramai juga lah murid-murid yang sudah berkumpul mengikut tingkatan dan rumah sukan masing-masing.
Aku bergerak ke arah murid-murid yang berkumpul di rumah sukan warna biru. Aku mencari-cari di mana Risha berada. Apabila sudah kelihatan aku mengatur langkah ke arah situ.
"Hai Risha". Sapa aku lalu melabuhkan punggung di sebelahnya.
"Eh Rena! awalnya kau datang, setahu aku lah kau tak de masuk acara ape-ape pun kan?". Soal Farisha dengan muka yang berkerut.
"Ye ye aku tak de masuk acara tapi aku saja je datang awal sebab aku nak cop tempat penonton yang paling depan untuk acara lumba lari". Bisik aku sambil tersenyum lebar.
Tak sabar nak tengok Tengku Izz berlari. Mesti seksi an. Omel aku
"Ouh patut lah".
"Acara ape start dulu?". Soal aku
"Acara lumba lari dulu rasanya, eh kau tak nak bagi kata-kata semangat ke kat Tengku Izz". Bisik Farisha sambil merenung ke arah aku.
"Ouhh aah lah aku lupa pulak". Jawab aku lalu mengambil sehelai kertas yang dilipat di dalam beg.
Farisha merenung aku dengan kerutan di dahi. Dia mencapai kertas di tangan aku itu dan membuka lipatan.
Hai Tengku Izz
Semoga awak dapat memenangi tempat juara pada tahun ini. Aaminn..
Saya sentiasa sokong awak Tengku Izz!.
I love you 3000
~Rena
Sesudah baca, Farisha mendongak memandang aku.
"Kenape bagi surat bukan selama ni kau cakap depan-depan je ke?". Soal Farisha
Aku berdecit.
"Kau lupa ke? haritu kan baru je dia tengking aku. Aku tak nak lah nanti emosi dia tak stabil lepastu dia tengking aku lagi sekali". Balas aku dengan riak muka tak berperasaan
"Sorry beb aku nyanyok sikit". Kata Farisha
Mengeleng kepala aku.
Aku melilaukan mata mencari budak-budak form one or form two.
Mata aku terhenti pada seorang budak yang tengah berjalan berdekatan dengan tempat aku. Rasanya form one ni.
"Adik!". Panggil aku separuh jerit
Nasib lah dah tak ramai orang duduk berdekatan dengan aku.
Budak tu memandang ke arah aku.
Tangan digamitkan ke arah budak itu agar dia datang ke sini. Budak itu bergerak mendekati aku.
"Ade ape akak?". Soal budak itu
Aku memandang tag nama di tudungnya. Ania
"Ania kenal tak lelaki yang nama Tengku Izz?". Soal aku sambil menunjuk ke arah tempat Tengku Izz berada.
Budak Ania itu mengangguk.
"Boleh tak bagi surat ni dekat Tengku Izz lepastu kata ade orang bagi. Boleh tak?". Soalku lagi sambil menguntum sebuah senyuman manis ke arah Ania itu.
"Boleh je akak cantik". Kata Ania
Aku tersenyum lebar. Orang puji kut mesti lah senyum lebar.
"Adik pergi bagi dulu". Kata Ania lalu dia pergi ke arah Tengku Izz.
Aku sekadar mengangguk.
Pandangan mula alihkan ke arah Farisha.
"Amboi siap kena puji".
Bibirku tersenyum halus
"Dah jom kita pergi kat sana, aku nak cop tempat". Ujar aku lalu berdiri dan menarik lengan Risha laju
Farisha hanya mengikuti langkah aku sampai lah di tempat acara lumba lari. Aku mengambil tempat di hadapan sekali bersama Farisha.
Aku melihat ke arah Tengku Izz dan T4 yang sedang memanaskan badan bersama peserta yang lain. Kelihatan dua orang guru sedang berdiri di situ untuk menjalankan tugas sebagai peniup wisel dan mencatat pemenang dan kelajuan.
"Baiklah para-para hadirin sekalian mari lah kita memulakan acara lumba lari. Nampaknya para peserta semua sudah bersedia jadi tanpa ditunggu-tunggu lagi kita mulakan sekarang acara lumba lari peringkat sekolah!!!". Kata-kata dari pengacara
Kami semua yang hadir menepuk tangan sebaik saja pengacara selesai bercakap.
Para-para peserta sudah berdiri di garisan masing-masing. Aku melihat garisan Tengku Izz berada di tepi sekali.
Pringg!
Kedengaran bunyi wisel berbunyi.
Aku terus memfokuskan pandangan terhadap Tengku Izz yang sedang memecut laju.
"Biru laju-laju!!!". Sorak aku kuat
Bukan aku seorang aje ade lagi beberapa suara yang menyokong rumah biru.
Peserta rumah kuning dan peserta rumah biru iaitu Tengku Izz berada paling hampir dengan garisan penamat. Tiba-tiba peserta rumah kuning memecut laju ke hadapan dan memotong Tengku.
Diriku sudah resah semacam. Hati aku berdebar-berdebar.
Ya allah tolong lah Tengku Izz menang. Doa aku di dalam hati
"Tengku Izz laju lagi!!!!". Sorak aku lebih kepada menjerit
Terlalu ramai yang memandang aku ade juga yang terperanjat sebab masatu tiada bunyi sorakan sekalipun sebab semua orang terlalu kusyuk melihat acara tersebut.
Farisha memukul lengan aku kerana terlampau kuat. Aku rasa lah Tengku Izz pun boleh dengar. Tapi aku tak kesah semua tu yang penting sekarang Tengku Izz kena menang.
Peserta rumah kuning itu makin hampir ke garisan penamat. Tinggal beberapa langkah aje.
Arghhh!
Tengku Izz terus memotong peserta itu dan...
"Dengan itu rumah biru juara acara lumba lari tahun ini!!! Taniah Tengku Izzrin Irfan!!". Kata pengacara dengan separuh jerit
Terbit senyuman manis di bibirku.
Mata aku mula menatap ke arah dia yang sedang mengelap lehernya yang berpeluh menggunakan kain kecil. Ahaks seksinya! gatal betul kau ni Rena.
"Omg seksinya Tengku Izz weh".
"Cairnya aku tengok".
Aku merenung tajam ke arah perempuan-perempuan yang duduk berhampiran aku. Amboi-amboi yang kau cair tu bakal husband aku lah!
Terasa ade tangan yang mengusap belakang badan aku. Aku melihat ke arah Farisha.
"Bawak bersabar, aku tahu hati kau panas kan". Kata Farisha
Aku mengangguk perlahan sambil mengambil kipas lalu mengipas diriku.
"Weh Rena aku nak kena pergi dekat sana. Acara aku nak start".
Aku melihat ke arah Farisha yang sudah berdiri.
"Aah okay good luck! and chaiyokk". Ucap aku sambil memberi senyuman.
Farisha tergelak kecil. Dia terus berlalu pergi.
Mata aku mencari balik kelibat Tengku Izz. Aku melihat dia yang sedang duduk dengan kaki menjulurkan ke hadapan. Sambil dia memegang kipas elektrik dan dilalukan ke arah mukanya yang kemerahan akibat kepanasan.
Ting!
Idea muncul secara tiba-tiba
Hehe aku tahu ape yang boleh kurangkan kepanasan dia.
Kaki aku menuju ke arah sebuah gerai yang menjual air minuman yang sejuk. Apabila sudah sampai di gerai tersebut mata aku melihat pelbagai air minuman yang dijual di situ.
"Ye dik, nak beli air ape?". Soal penjual tersebut
Aku memandang ke arah lima buah balang yang diisi air minuman pelbagai rasa itu. Terdapat air milo, air jagung, air mangga dan macam-macam lagi.
Agak-agak Tengku Izz suka air perasa ape eh?
Kalau aku mesti lah air milo tapi kalau Tengku Izz aku tak tahu lah, rasanya air milo ni boleh legakan tekak Tengku Izz tak? tak pe lah beli je lah, reda je kalau dia buang air ni nanti. Hatiku berbicara
"Erm nak air milo dua ye".
Penjual itu mengangguk lalu mengambil dua bekas minuman dan mengisi air milo itu ke dalam dua bekas tersebut. Apabila sudah siap mengisi, dia menghulurkan bekas minuman yang diisi air milo itu ke arah aku lalu aku menyambutnya.
Aku menghulurkan duit berjumlah dua ringgit ke arah penjual itu.
"Terima kasih ye sebab beli". Kata penjual itu.
Aku sekadar mengangguk dan tersenyum. Aku terus mengorak langkah ke arah tempat yang Tengku Izz berada tadi sambil memegang plastik yang berisi air minuman.
Aku melabuhkan punggung di sebelah Tengku Izz apabila sudah sampai. Aku lihat Tengku Izz masih tidak sedar akan kehadiran diriku.
Aku menghulurkan air milo tadi di hadapan mukanya. Aku nampak dia mula mengerutkan dahi seraya mengalihkan pandangan ke arah aku.
"Ambik lah, saya tak tahu awak suka air ape jadi saya main beli je harap awak boleh minum lah".
Kata aku seraya mengukirkan senyuman manis. Dia masih membisu dan tidak mengambil pemberian aku.
Aku mengeluh halus. Dah agak dah.
Tangan aku yang menghulurkan air milo tadi mula ditarik tapi tidak sempat apabila Tengku Izz sudah mengambil lalu diminum air milo itu.
Terbuntang mataku. Senyuman mula terbit di bibirku.
Aku fikir dia tak nak ambik. Omel aku di dalam hati
"Kau jangan fikir aku minum ni sebab aku dah mula sukakan kau tapi aku just simpati. Ye lah tadi dah malukan diri sendiri dengan terpekik terlolong sekarang kalau aku tak terima air ini mesti kau lagi malu, sebab ramai yang perhatikan kita sekarang ni". Ujar Tengku Izz panjang lalu tersenyum sinis.
Lalu dia pergi meninggalkan aku dengan tangan yang membawa air yang kuberi tadi.
Aku menguntumkan sebuah senyuman.
"Tak kesah lah ape yang awak cakap tentang saya yang penting sekarang ni saya happy". Gumam aku seorang diri
Tak pernah selama ni awak terima pemberian yang saya bagi.
Adakah saya dah berjaya memikat hati awak Tengku Izzrin Irfan?
Jangan lupa support Seri and komen guys
Share this novel