Bab 15

Romance Series 9611

ALHAMDULILAH akhirnya kertas pertama untuk peperiksaan trail SPM sudah pun berakhir. Walaupun baru kertas pertama terasa ringan juga bahu memikul. Lagi empat buah mata pelajaran keras yang perlu aku jawab. Hari ini adalah hari aku bermula balik persekolahan setelah hari weekend sudah berakhir.

Aku mengemas peralatan tulis lalu aku masukkan ke dalam pensil box. Aku mengangkat punggung lalu kerusi itu aku tolak masuk ke bawah meja. Kaki mula mengorak langkah keluar dari dewan sekolah, tempat aku menduduki peperiksaan trial SPM.

Setelah berada di luar dewan, bebola mata aku melilau di seluruh tempat. Aku mencari Risha yang sudah keluar awal dari aku beberapa minit tadi.

"Mana pulak lah mak cik sorang ni, tadi kata tunggu dekat luar dewan". Tangan aku mengaru-garu kepala aku yang tidak gatal.

"Tak pe lah, tunggu dulu. Mana tahu dia pergi tandas ke? Atau pergi tolong cikgu?". Aku berkata sendirian.

Aku masih berdiri di tempat yang sama. Sedang aku menunggu kedatangan Risha. Secara tiba-tiba kejadian minggu lepas terlintas di fikiranku.

Aku tersengih malu apabila teringat akan perkara itu. Tidakku sangka mimpi yang selalu menjadi peneman tidur, menjadi kenyataan.

"Rena". Suara garau ini lah yang meluahkan perasaan kepadaku.

Aku memandang ke arahnya. Orang itu adalah pujaan hati yang selalu aku idam-idamkan. Terlukis senyuman di bibirku.

Pujaan hatiku yang bernama Tengku Izzrin Irfan.

Yup memang pada mulanya aku sangat terkejut dan tidak percaya. Sampaikan aku pengsan masa Tengku Izz luahkan perasaan dekat aku masa itu. Tapi aku sudah bertanya kepadanya kenapa secara mengejut dia meluahkan perasaan kepadaku. Kepala dia terhantuk dekat benda keras ke? tiba-tiba buang tabiat kata cintakan aku. Cinta weh! bukan suka-suki tau.

Dan jawapan Tengku Izz masih terpahat di dalam minda aku.

"Selama ni aku cuba untuk sembunyikan perasaan aku dari pengetahuan kau. Aku ego tak nak mengaku perasaan apa yang aku simpan terhadap kau. Tapi hari ni aku tak boleh bertahan lagi sebab gambar kau dengan Shahmeer dah tersebar, semua orang tengok termasuk aku, semua bergosip tentang gambar tu. Seluruh sekolah ni dah fikir kau dengan Shahmeer bercinta, and aku rasa tercabar. That's why aku just bagitau perasaan aku dekat kau".

Hehe. Secara lebih detailnya Tengku Izz berasa cemburu. Aku tak sangka yang sebenarnya aku tak bertepuk sebelah tangan. Bahagianya rasa.

And pasal Sofea, Tengku Izz pun dah jelaskan pada aku. Tengku Izz kata dia dengan Sofea hanya lah berkawan rapat. Jadi scene sweet-sweet itu hanya pura-pura saja bila berada di hadapan aku atau group T4. Sebab Tengku Izz lakukan begitu supaya Tengku Izz nak aku cemburu dan membuktikan perasaan aku dekat dia itu ikhlas.

Tapi walau bagaimana sekalipun aku tetap tak akan berbaik dengan Sofea, because aku pasti dia juga mesti ada menaruh perasaan suka dekat Tengku Izz.

So Sofea aku menang. I win dalam merebut hati Tengku Izz.

Saya berjaya perangkap awak dalam cinta saya Tengku Izz. Finally!

"Hey Rena!". Tengku Izz memanggil dengan nada separuh kuat.

Tersedar aku dari mengelamun.

"Ha! ye ye". Aku memandang Tengku Izz dengan wajah yang polos, kerana masih terkejut.

"Aku panggil kau banyak kali tadi, kau mengelamun apa sampai tersengih-sengih ha?". Tengku Izz menyoal aku dengan matanya menatap anak mataku.

Aku mengigit bibir bawahku. Cairnya dengan aura mata tajam awak Tengku Izz.

"Saya mengelamun pasal awak". Aku tersenyum suka. Sapa je tak suka bila crush kau dah mengaku yang dia cintakan kau. Wajahku jelas kelihatan sangat ceria.

"Mesti pasal minggu lepas kan? kau ni, mesti masa kau jawab exam tak fokus kan?". Tengku Izz menatap aku tajam.

Alamak, walaupun kami dalam kategori bercinta tapi belum official. Dia punya garang tu masih belum hilang tahu tak. Nasib lah aku tak takut sangat. Kekadang cair pun ada!

"Ha menjawab je kerja eh".

Aku tergelak kecil. Nampak betul sinar kebahagian di wajahku.

"Awak ni makin garang, makin handsome saya tengok tau. Dah tak mau marah-marah". Rena memeluk lengan Tengku Izz mahu pergi ke kantin untuk membeli makanan. Aku tidak melihat reaksi Tengku Izz bila aku memeluk lengannya, dia kan dah jadi boyfriend aku mesti lah dia tidak peduli sangat.

Kami berjalan dengan tangan aku memeluk lengannya. Ramai yang merenung ke arah kami.

"Rena boleh tak kau lepaskan lengan aku, aku rasa tak sesuai lah nak buat macam ni dekat sekolah". Tengku Izz berkata dengan lembut. Dia menatap anak mata aku penuh berharap agar aku melepaskannya.

"Boleh je". Kataku sepatah

"Dah tu cepat lah lepaskan lengan aku". Tengku Izz berbisik kepadaku.

"Saya boleh lepaskan bila kita dah sampai kantin okay". Aku memeluk lengannya lebih erat.

"Rena, aku kata lepaskan lengan aku lepaskan je lah!". Tengku Izz dengan tidak sengaja dia berkata dengan separuh jerit sampaikan ramai orang yang memerhatikan kami menertawakan aku.

Aku melihat wajah Tengku Izz, riak wajahnya seperti tidak suka aku berbuat begitu.

Wajahku mulai mendung. Tangan aku melepaskan lengan Tengku Izz dengan kasar.

Aku tak tahu lah kenapa aku cepat terasa pulak sekarang ini. Kalau dulu boleh lagi aku bertahan. Mungkin aku sudah mengetahui perasaan Tengku Izz itu yang terasa sangat. Lagipun tak akan sampai sekarang pun dia masih nak tengking, jerkah, jerit dekat aku. Aku ni dah dikiranya girlfriend dia.

Tubir mataku sudah berkaca.

Aku berlari dengan kadar yang laju. Kakiku menuju pergi ke arah kelas.

Aku menahan air mata agar tidak menitis lagi. Sehingga lah aku sudah tiba di kelas, susuk tubuh Risha berada di mejanya. Aku terus pergi ke arah mejaku yang bersebelahan dengan meja Risha. Aku menghenyakkan punggung di kerusi lalu, kepala aku letak di atas meja dalam keadaan mengiring ke arah luar tingkap. Tangan aku menutup mukaku agar terselindung.

Aku melepaskan tangisan dengan perlahan tetapi didengari oleh Risha.

"Eh kenapa ni Rena? Rena". Tangan Risha menyentuh bahu aku lalu dia memusingkan badan aku supaya menghadapnya.

"Kenapa ni?". Soal Risha lagi.

Dengan keadaan yang masih menangis teresak-esak aku menjawab.

"Tengku Izz marah aku, dia jerit depan orang ramai".

Risha mengerutkan dahi.

"Kenape pulak dia nak marah kau? Dia kan suka kau. Kau buat apa sampai dia marah depan semua orang?".

"A ... aku just peluk lengan dia je".

Risha mengeluh perlahan sambil mengelengkan kepala.

"Ape lah kau ni Rena. Memang patut lah dia marah kau".

Aku menunduk.

"Tapi haritu Sofea pegang tangan dia tanpa berlapik dia tak marah pulak. Nampak sangat Sofea tu memang sengaja je pegang".

"Kau cemburu lah ni?". Risha tersengih.

Aku menjeling Risha.

"Ish". Aku mencebik.

Risha terkekek-kekek mengelakkan aku.

Aku memuncungkan bibir sedepa sambil mencapai novel lalu membaca.

Tiba-tiba bayang seseorang berdiri di depan pintu kelas. Aku mendongakkan kepala untuk memandang.

Aku mencebik. Dah beberapa minit baru nak datang pujuk.

Aku kembali membaringkan kepala di atas meja menghadap luar tingkap, lalu novel tadi aku menutup wajahku.

"Err Rena ... aku pergi kantin dulu, bye-bye". Risha sudah bangun dari kerusinya.

Telinga aku hanya mendengar derapan kaki orang berjalan mendekati. Aku hanya membiarkan saja.

"Rena". Dia memanggil aku dengan nada yang lembut. Aku dapat merasakan yang dia melabuhkan punggung di kerusi Risha.

Aku menjuihkan bibir. Buat-buat tak dengar.

"Irena". Sudah kali kedua dia memanggil nama aku tetapi aku masih lagi dengan keadaan yang sama. Tidak menoleh atau menyahut.

"Irena Rania binti Tan Sri Ibrahim". Dia ingat nama penuh aku. Auww!

Dalam diam bibir aku mula mengoyak senyuman apabila melihat kesungguhan Tengku Izz memujukku.

"Sayang ... ". Suara yang garau itu berbisik sangat hampir dengan telingaku.

Terkedu aku. Mata yang tertutup tadi sudah terbuka, mataku berkelip-kelip akibat masih terkejut.

Aku menelan air liur yang tersekat di kerongkong.

Adakah aku tengah bermimpi?

Aku mengangkat kepala dari atas meja. Pipi aku sudah berona merah. Nasib lah Risha dah pergi kantin.

"Sayang look at me". Bisiknya lagi. Kali ini betul-betul dekat sampai terasa nafasnya menyapa tepi wajahku.

Again! Ya Allah malunya aku. Mana hilang keberanian kau Rena? mana perangai gedik kau? Bertahan Rena! Nanti Tengku Izz pelik kalau kau terus berperangai sebenar. Ataupun aku patut beritahu dia perangai gedik ni bukan perangai aku yang sebenar? And patutkah aku ceritakan sekali kerana apa aku berperangai begitu?

                                 ----

Jangan lupa support Seri and komen guys...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience