AKU menarik nafas dalam lalu aku hembuskan nafas perlahan-lahan.
'Rilex Rena, jangan tergesa-gesa. Belum masanya lagi untuk beritahu perangai sebenar kau' . Monolog aku dalam hati.
Pipi aku yang blushing tadi aku gosok-gosok dengan telapak tangan bagi warna pipi aku yang kemerahan itu hilang.
Aku angguk yakin.
Kepala aku toleh ke arah Tengku Izz dengan wajah yang terpesona. Bukan dengan wajah yang malu-malu kucing.
"Baru nak datang pujuk? Pergi mana tadi lambat sangat datang?". Wajah terpesona tadi sudah diganti dengan masam mencuka.
"Jangan lah marah, aku tak sengaja nak tinggikan suara dekat kau tadi". Pujuk Tengku Izz.
"Saya boleh tak marah awak tapi dengan satu syarat. Awak boleh tunaikan tak?". Aku memandangnya dengan kening yang dinaikkan.
"Apa dia?". Soal Tengku Izz sepatah.
Aku mengoyakkan senyuman.
"Awak kena bagitau kawan-kawan awak pasal hubungan kita and...
"Okay". Belum sempat aku nak habiskan kata-kata Tengku Izz sudah mencelah. Aku membulatkan mata.
"Awak ni! saya belum habis cakap lagi lah awak". Aku mencebikkan bibir.
Tengku Izz sudah mengerut dahi.
"Dah tu ape lagi?".
Tubuh aku mula menghadap Tengku Izz balik.
"Saya nak awak umumkan tentang status kita yang tengah bercinta pada semua orang bukan pada group T4 sahaja, saya nak tunjukkan pada diorang saya dah berjaya buat awak jatuh cinta pada saya". Rena tersenyum sinis apabila terbayangkan ramai orang akan cemburu padanya kerana berjaya memikat hati Tengku Izz. Lagi-lagi musuh utama aku sape lagi kalau bukan si 'pemusnah' kebahagian aku dulu.
"Tak boleh!". Nadanya sangat tegas dan marah.
Aku memuncungkan bibir.
"Why? Awak kan cintakan saya, tak kan tak boleh nak bagitahu semua orang tentang status kita? Saya sedih tahu tak, sebenarnya awak sukakan saya atau tak Tengku Izz? Baru minggu lepas awak luahkan perasaan dekat saya.
Tapiii ... hari ni awak tengking saya. Saya nak awak layan saya dengan baik tuh je Tengku Izz".
Terdengar dengusan halus dari Tengku Izz.
Aku menundukkan wajah. Air mata sudah perlahan-lahan jatuh. Esakan aku sudah kedengaran, bahu terhenjut-henjut apabila tangisan makin kuat.
"Rena". Tengku Izz memanggil dengan nada yang lembut.
"Hei". Tengku Izz memegang bahu aku lalu dia mengalihkan badanku menghadapnya.
"Listen to what i have to say". Suara garaunya kedengaran sangat dekat memandangkan kedudukan kami yang sangat rapat. Lutut aku berlaga dengan lututnya.
Wajahku masih menunduk.
Dia mengangkat dagu ku supaya mendongak memandang ke arahnya.
Aku menelan air liur apabila melihat wajahnya yang hampir.
"Kalau kau nak tahu kenapa aku tak pernah layan kau baik selama ni, kenapa aku tak luahkan perasaan pada kau selama ni. Sebab aku benci perempuan yang berperangai gedik atau saja nak tarik perhatian lelaki dengan gunakan perangai gedik tu. Aku benci! sekarang ni aku perlahan-lahan cuba untuk terima kau Rena, sebab aku ada perasaan suka dekat kau walaupun kau juga dalam golongan perempuan gedik. Jadi kau tolong faham aku". Tengku Izz kata dengan nada yang dingin sekali.
Aku mendiamkan diri. Terkaku.
"Mesti ada sebab kan awak benci perempuan yang berperangai gedik?". Tanyaku berhati-hati.
Aku menatap matanya sedalam-dalamnya. Menanti jawapan Tengku Izz dengan penuh sabar.
Kalau Tengku Izz menjawab soalan aku mungkin juga aku akan berterus terang tentang perangai gedik yang sengaja dibuat-buat selama ni.
Blurp!
"Ish kau ni tak senonoh lah Luqman, nama je ketua kelas tapi pengotor". Suara Zulaikha itu jelas dalam perjalanan ke sini.
"Eh kau! Aku sendawa je pun, bukannya tercirit tahi dekat sini". Luqman tergelak.
"Eiii kau ni! Geli aku!". Zulaikha membuat aksi geli-geliman.
Zulaikha dan Luqman pun memasuki kelas apabila mereka sudah tiba di hadapan kelas. Lalu mereka terkejut apabila melihat kedudukan aku dan Tengku Izz yang sangat rapat.
Aku pun terus menjarakkan kedudukan aku dengan Tengku Izz, Tengku Izz pun beralih ke mejanya. Aku tersengih kekok kepada Zulaikha dan Luqman. Mereka juga membalas sengihan aku dengan kekok lalu mereka terus pergi ke meja masing-masing.
Aku mengeluh halus. Kenapa lah tak sempat nak dengar jawapan dari Tengku Izz tadi. Kenapa eh dia benci perempuan gedik?
"Semua murid tingkatan 5 diminta kembali ke dewan!! untuk menjawab kertas peperiksaan yang seterusnya!!". Kata seorang guru yang menggunakan pembesar suara.
Dengan hati tak rela aku mengangkat punggung lalu bergerak bersama Zulaikha untuk pergi ke dewan. Risha mungkin terus pergi ke dewan agaknya, sebab turun lambat tadi, mesti makan last minit tu.
Aku pun rasa tidak mahu berjalan dengan Tengku Izz kerana aku berkecil hati dan kecewa pasal hal tadi. Kenape lah aku rasa aku tak gembira walaupun ini lah yang aku impikan selama ni? layanan dia terhadap aku dulu dengan sekarang tak banyak pun berubah. Kalau betul dia cintakan aku, kenape dia tak boleh nak umumkan tentang hubungan kami pada semua orang? aku tak mintak banyak pun. Ataupun mungkin dia ragu-ragu nak terima cinta aku sepenuhnya sebab perangai gedik yang sengaja dibuat-buat ini?
Tapi aku belum bersedia mahu tunjukkan diri aku yang sebenarnya. Ade kisah di sebalik perangai gedik yang aku buat selama ni. Haih.
Setibanya kami di dalam dewan, kaki aku mengorak langkah pergi ke arah meja yang telah disusun mengikut nama giliran. Aku cuba kosongkan minda aku yang serabut dengan bermacam hal tadi, dan tenangkan diri. Dengan lafaz 'bismillah' aku mula menjawab kertas peperiksaan itu.
AKHIRNYA semua kertas peperiksaan bahasa teras telah habis dijawab. Hatiku juga rasa lega tetapi belum boleh lega sepenuhnya kerana masih ada peperiksaan SPM sebenar yang sedang menanti.
Aku mengatur langkah keluar dari dewan dan menuju ke perhimpunan kerana ada pengumuman yang hendak disampaikan kata cikgu sebentar tadi.
"Rena!". Terkejut aku apabila tiba-tiba saja Risha berada di sebelah lalu memeluk lenganku.
"Eh baru sekarang nampak batang hidung, kau pergi mana ha tadi? Tak kan makan lama sangat?". Aku mencebikkan bibir.
Risha menyengih.
"Aku saja nak bagi kau dengan Tengku Izz luangkan masa bersama". Risha tersenyum nakal.
Aku memasamkan muka.
"Kau bagi masa supaya kita meluangkan masa bersama pun tetap tak de bezanya, Tengku Izz tu tetap dingin". Aku memeluk tubuh lalu berjalan dengan kadar yang cepat. Risha mencepatkan langkah juga apabila melihat aku yang sudah jauh di depan.
Apabila sudah sampai di perhimpunan, semua murid beratur mengikut kelas-kelas masing-masing. Aku melabuhkan punggung di kelas 5 kristal bersama Risha.
Risha mencuit bahuku.
"Asal ni?". Soal Risha
Aku mengeluh halus.
"Kau merajuk dengan Tengku Izz lagi ke?".
Aku melihat Risha.
"Tak de pape lah kau ni, risau sangat kenape?". Aku tidak mahu memberitahu Risha tentang perkara ni, cukup lah selama ni aku dah susahkan dia bagi sokongan pada aku, jadikan masalah aku masalah dia juga. Sekarang aku tak nak susahkan sahabat baik aku ni lagi.
Risha menatap aku lama dengan wajah yang pelik.
"Betul ni?". Wajah Risha seperti tidak percaya kepada aku.
Aku mengangguk.
"Betul!", kata aku dengan senyuman lebar menghiasi wajah.
"Okay aku percaya". Risha menganggukkan kepala.
"Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada guru-guru dan murid-murid sekalian. Tujuan saya kumpulkan semua murid tingkatan lima di sini, kerana mahu memberitahu sesuatu perkara yang berkaitan dengan kamu semua sebelum SPM diadakan". Guru besar berucap di hadapan pentas.
Ramai murid yang mengeluh, kerana semua orang tahu kalau guru besar berucap memang lambat lah sampai lenguh-lenguh kaki nanti.
"Jangan risau saya takkan ambik masa kamu semua terlalu lama, saya tahu kamu semua ni dah tak sabar nak balik tapi nak balik ke dating? ingat saya tak tahu ke yang separuh daripada kamu semua ni dah taken?".
Bergelak tawa kami semua mendengar kata-kata dari guru besar kami yang separuh tua itu.
"Kenape gelak? fikir saya tak tahu taken tu ape? panggilan-panggilan manja yang kamu semua guna sekarang tu pun saya tahu tau, sekejap saya dengar baby girl lah, pastu biy lah, anje lah, baby bucuk masam lah, pastu kanda dinda lah. Ape lagi?". Memang ramai yang tak tahu guru besar kami ni memang sporting sikit walaupun banyak cakap.
Riuh seluruh perhimpunan itu mendengar gelak tawa dari semua orang.
Lepastu ade pulak suara-suara yang menambah perisa.
"Cikgu! jangan lupa tambah baby saranghae oppa". Ada pulak acah-acah Korea dekat sini.
Terkekeh-kekeh aku gelak.
"Sudah sudah, buang masa je cikgu layan kamu ni semua, perangai tak berubah-berubah walaupun dah tingkatan 5. Baik cikgu menjemput ketua pengawas Tengku Izzrin Irfan untuk menyampaikan maklumat".
Tengku Izzrin melangkah naik ke pentas. Tangannya mengambil mic lalu didekatkan ke mulut untuk memulakan pembicaraan.
Aku memandang saja gerak-gerinya.
"Baiklah murid-murid dan guru-guru sekalian. Saya ingin memberitahu sekolah kita akan mengadakan kem jati diri untuk memupuk lagi semangat pembelajaran kita. Saya akan bagi borang kepada kamu semua untuk mengisi maklumat murid. Dan kem ini semua murid tingkatan 5 wajib pergi. Sekian terima kasih".
Aku menatap Tengku Izz tepat ke arah matanya. Aku ingin dia menoleh ke arah aku tapi hampa apabila dia langsung tak melihat aku.
'mesti dia marah tentang hal tadi.' Desis hatiku
Tak pe aku akan ceriakan balik hubungan kami walaupun hati aku masih tidak terubat. Tapi tak pe Tengku Izz dah berkorban cuba untuk terima cinta aku dengan sepenuhnya walaupun dia benci perempuan gedik. Meskipun dia masih tidak menunjukkan kasih sayang dia terhadap aku tapi dia cuba sedaya upaya untuk terima cinta aku. Aku akan bagi masa kepada Tengku Izz untuk selesakan diri dia dengan aku.
----
Jangan lupa support Seri vote and komen guys :)
Share this novel