KEDENGARAN dengkuran halus seseorang yang masih dibuai mimpi. Jam loceng sudah berbunyi tetapi orang itu masih nyenyak dengan beradunya.
"Irena Rania!". Puan Sri Salina mengejut anaknya dengan nada separuh jerit.
Serta merta aku tersedar dari beradu. Badanku segera bangkit dan melihat ke arah mama dengan dahi berkerut.
"Ha kenape mama kejut Rena pagi-pagi ni. Hari ni kan hari sabtu". Aku menguap besar sambil mengeliatkan badan.
"Hish budak ni, kalau menguap tu tutup mulut". Puan Sri Salina memukul lenganku perlahan.
Aku tersengih kecil.
"Sorry mama sayang, Rena janji tak buat lagi". Aku memeluk manja lengan Puan Sri Salina.
Puan Sri Salina hanya menggeleng perlahan. Selepas itu dia sambung berbicara.
"Hari ni Rena kena pergi ke kem jati diri tu, tak kan dah lupa anak mama ni, dah pergi mandi. Mama nak pergi dapur nak buat breakfast".
Terbeliak mataku. Lah minggu ni ke pergi kem?
Nasib lah aku dah kemas siap-siap baju dan seluar yang hendak dibawa nanti. Aku melompat ke bawah dan terus mencapai tuala lalu berlari ke bilik air.
SELEPAS sarapan pagi along yang menawarkan diri untuk menghantar aku ke sekolah. Katanya nanti rindu bila aku dekat kem nanti. Macam-macam lah along ni.
"Okay along berhenti je dekat sini". Kereta Mercedes milik Izzan sudah berhenti di luar pagar sekolah.
Aku membuka tali pinggang keledar lalu aku menghulurkan tangan ke arah along untuk salam.
Izaan memberi tangannya ke arah aku lalu aku mengucup tangan Izaan.
"Bye along". Aku mencapai beg sandang yang ada di belakang seat.
Baru saja aku mahu membuka pintu kereta, Izaan menghalang aku dengan tangannya.
"Kirim salam dekat kawan Rena".
Ternaik keningku. Aik?
"Farisha Diana ke?". Aku menyoal lagi sambil tersenyum nakal.
Izaan berdehem lalu mengangguk.
"Anything for you, Rena pergi dulu". Aku melangkah keluar dan menutup kembali pintu kereta.
Aku tersenyum kecil. Yeah pergi kem!
Aku mula mengatur langkah untuk masuk ke dalam sekolah.
"Oi". Terhenjut bahuku.
Aku menoleh.
"Ish kau ni, cuba lah bagi salam". Aku menjeling Risha.
Farisha tergelak kecil.
"Assalamualaikum Irena Rania, aku tengok kau happy sangat kenapa?, pergi kem je pun".
"Waalaikumusalam Farisha Diana, aku bukan happy sebab pergi kem, tapi nanti aku boleh luangkan masa dengan Tengku Izz". Aku menepuk tangan dengan riang.
"Ish kau ni, tak habis-habis nak luangkan masa bersama Tengku Izz. Haritu bukan dah pergi dating ke?, hmph. Luangkan lah masa dengan aku pulak dah lah aku ni single menyepi". Farisha menarik muka masam.
Terkekeh-kekeh aku gelak.
"Dah banyak kali dah aku luangkan masa bersama kau tahu, dah berapa tahun asyik menghadap muka kau je. Ni aku nak sampaikan sesuatu yang of course akan buat kau tersenyum kambing".
Farisha menjeling aku.
"Ape dia!". Risha bertanya dengan nada yang marah. Alah marah mengada je tu. Haha.
"Along aku kirim salam sayang kat kau, senyum lah puas-puas. Aku nak pergi duduk sebelah Tengku Izz dekat bas. Bye". Aku terus berlari masuk ke dalam bas. Bukan senang nak ambik kesempatan nak duduk sebelah Tengku Izz, kalau aku tak lari awal Risha mesti tak kasi.
Terbit sebuah senyuman di bibir Risha. Auw so sweet abang Rena ni.
"Waalaikumusalam abang Aan".
Setelah sedar Rena sudah berlari meninggalkannya. Risha segera berjalan.
MATAKU meliar melihat satu persatu orang yang ada di dalam bas itu. Aku berjalan untuk mencari lagi sehingga aku dapat melihat Tengku Izz yang berada di tempat duduk belakang yang dimuatkan untuk dua orang duduk. Nasib baik masih kosong di sebelah Tengku Izz.
Aku bergerak ke arah Tengku Izz yang sedang duduk di tepi tingkap dengan mata terpejam. Earphone pula di telinganya.
Aku melabuhkan punggung di sebelah Tengku Izz. Aku menatap wajah Tengku Izz dengan tersenyum.
'Handsomenya'. Aku merenung lagi Tengku Izz. Tetapi kali ni aku merenungnya dengan jarak yang lebih dekat.
Aku memerhati segenap wajahnya. Tengku Izz mempunyai kening tebal yang terukir cantik dan mempunyai mata yang tajam, bulu mata yang sedikit lentik. Dan bibirnya yang kemerahan. Aku merenung lama ke arah bibirnya.
Tiba-tiba matanya terbuka secara mengejut. Mataku terbeliak. Dengan jarak yang dekat begini, dengan terkantoi tengah menatap muka dia. Badan aku kaku, kami saling berbalas pandangan.
Mata dia yang tajam membuatkan aku terleka dan terus memandangnya.
"Uyoo berpandangan mata, dari mata jatuh ke hati gituu. So sweet!". Tengku Rayyan memunculkan diri.
Kami dengan segera mengalihkan pandangan ke arah lain.
"Alah malu-malu kucing pula pasangan couple kita ni!". Tengku Rayyan berkata dengan lebih kuat lagi. Tengku Rayyan, Tengku Iman dan Tengku Raycarl duduk di seat yang paling belakang yang dimuatkan lebih dari dua orang. Kedudukan kami yang sangat dekat membuatkan mereka lebih senang mahu menganggu.
Aku membuntangkan mata. Mereka yang ada di dalam bas itu berbisik-bisik dan memandang ke arah kami.
Haih habis lah.
Tengku Rayyan ni tak tahu ke yang hubungan kitaorang ni tak diketahui umum?
Aku takut mahu menoleh ke arah Tengku Izz. Mesti wajah dia tengah marah kan sekarang? baik aku duduk tempat lain.
Aku mengangkat punggung mahu mencari tempat duduk yang kosong. Tapi belum sempat mahu melangkah beg sandang aku sudah ditarik sehingga aku kembali duduk.
Aku menoleh ke arah Tengku Izz dengan wajah yang takut. Kenape pulak nak tarik aku kembali?
"Kau nak pergi mana? duduk je lah sini". Wajahnya seperti tiada riak, hanya biasa sahaja.
Mulutku ternganga kecil dan kening mula berkerut.
"Tapi diaorang dah mula bercakap pasal kita, nanti kalau hubungan kita terbongkar macam mana? . Bukan ke awak tak nak hubungan kita diketahui ramai?".
"Lantak lah diorang, kita tak kata apa-apa pun. Jadi sukahati diorang lah nak buat tanggapan macam mana sekalipun. Kau tak payah mengada nak alih-alih tempat". Mata Tengku Izz menatap aku dengan tajam dan wajahnya mula serius.
Aku mengangguk laju.
Aku melelapkan mata dengan tangan memeluk beg sandangku. Aku masih mengantuk memandangkan semalam aku menahan mata untuk menonton drama Korea. Sambil-sambil aku cuba melelapkan mata aku tersenyum kecil. Tak sangka Tengku Izz dah mula cuba untuk terima aku dalam hidup dia.
SETELAH sampai di destinasinya. Aku terus keluar dari bas dengan keadaan yang sangat teruja. Kami disuruh beratur dahulu kerana ada perkara yang hendak diberitahu. Dan tukang memberitahu itu sudah semestinya ketua pengawas, Tengku Izzrin Irfan.
"Baiklah kamu semua perlu menghantar beg ke bilik yang sudah disediakan. Selepas itu berkumpul balik di sini memandangkan kita akan bermain aktiviti selepas ini. Hanya lima belas minit sahaja diberikan untuk menghantar beg, siapa lambat kena denda. Okay bersurai". Tengku Izz menuturkan dengan nada yang tegas serta wajah yang serius.
Aku dan Risha dengan segera berlari ke arah bilik yang sudah disediakan untuk semua murid perempuan. Usai meletakkan beg di bilik yang disediakan, kami dibawa ke tempat aktiviti pertama.
"Baiklah kita semua akan bermain flying fox sebagai aktiviti pertama. Jadi cikgu nak dua orang yang berani untuk mencuba dahulu? ada siapa-siapa?", kata cikgu bertugas itu.
Aku memandang sekeliling melihat tiada siapa pun yang mengangkat tangan.
"Okay memandangkan tiada siapa yang mengangkat tangan, cikgu yang akan pilih dua orang yang bertuah itu".
Aku menelan air liur. Jangan lah aku terpilih, kalau boleh tak payah main aktiviti ni dah lama aku tarik diri. Dah lah flying fox ni tinggi sangat, gayat aku dibuatnya.
"Okay cikgu pilih..." . Mata cikgu itu meliar melihat kami satu persatu.
"Sofea dan Rena".
Mulutku melopong.
Masalahnya kenapa aku terpilih dengan musuh aku sendiri?
Lenganku disentuh. Aku melihat Risha di sebelah.
"Weh kau terpilih bersama musuh kau sendiri. Fuh macam drama eh?". Risha tergelak kecil.
"Banyak lah kau punya drama". Aku menjeling Risha.
"Nama yang cikgu panggil itu sila datang ke depan".
Aku mendengus geram.
Perlahan-lahan aku bangun dan bergerak ke arah cikgu.
Selepas sudah berada di depan semua orang. Aku dipakaikan peralatan keselamatan. Jantungku sudah berdegup laju. Macam-macam yang terlintas di fikiranku.
Kalau nak lari sempat lagi tak?
Selepas sudah memakai peralatan keselamatan semua, kami dibawa lebih dekat dengan flying fox. Musuh aku itu pula hanya mengikut aku dari belakang.
"Rena mula dulu ye", kata cikgu yang bertugas itu.
Aku hanya mengangguk.
Aku menggosok kedua tanganku untuk menghilangkan rasa gementar.
"Okay sila naik", kata orang yang sudah ditugaskan untuk menunjuk ajar kepada semua murid.
Dengan kaki mengigil aku melangkah dan mula memanjat flying fox itu untuk bermain. Tiba-tiba aku rasa seperti kakiku disepak dan terus hilang keseimbangan. Aku memejam mata erat. Terlalu takut kerana aku sudah memanjat terlalu tinggi.
Mama Rena tak nak mati lagi. Hiks
Aik, aku tidak merasa apa-apa kesakitan di tubuhku.
"Rena, kau okay tak?". Suara itu dekat di cuping telingaku.
Dengan cepat aku membuka mata. Mataku terbeliak apabila melihat Tengku Izz sedang mencempung aku dan, ramai orang sedang perhatikan kami.
Aku tak mampu berkata-kata.
"Rena kau okay tak!". Sergahan itu mengejutkan aku.
Terus aku mengangguk.
"Saya okey, erm ... awak turunkan saya".
Tengku Izz segera menurunkan aku dengan lembut.
Dahiku berkerut.
Jadi siapakah orang yang menendang kakiku tadi? tapi setahu aku belakang aku ada Sofea je tak de orang lain dah masa itu.
Adakah Sofea yang tendang kaki aku! ?
AKHIRNYA sudah selesai aktiviti-aktiviti yang kami main sebentar tadi. Antaranya aktiviti yang kami bermain tadi ialah flying fox, berkayak, mendaki gunung. Memang sangat melelahkan tapi ia agak seronok bagi aku. Kami sudah diberi berehat dua jam, diberi makan petang. Dan kini sudah menjelang malam, masa untuk aktiviti seterusnya.
Sekarang kami berada kawasan lapang, dan kami duduk secara bulatan. Tengku Izz dan groupnya sedang menyalakan unggun api untuk memberi cahaya, dan memberi kami kehangatan dari angin malam.
Aku menyentuh bahu Risha.
"Aktiviti apa yang diorang nak main ni?". Aku memulakan bicara apabila Risha mengalihkan pandangan ke aku.
"True or dare". Risha tersenyum kecil.
"Ha? Seriuh ah? santainya aktiviti". Aku tercengang.
Risha tergelak kecil.
"Itu lah, tak pe lah maybe tak nak bagi kita penat kut. Lagipun aktiviti ni boleh mengenali antara satu sama lain". Farisha mengangkat kening.
Aku hanya mengangguk.
Aku lihat Luqman sudah memusingkan botol untuk menentukan siapa yang dipilih.
Dan penutup botol itu terhala tepat pada Tengku Izz yang sedang melihat langit.
Setelah sedar akan botol itu terhala ke arahnya, Tengku Izz melihat Luqman.
"True or dare?". Luqman mengangkat kening.
"True", kata Tengku Izz dengan dingin. Perangainya masih sama.
"Apa hubungan kau dengan Rena?". Dengan itu semua orang menumpukan perhatian terhadap Tengku Izz.
Tengku Izz mendongak memandang Luqman dengan riak wajah tidak puas hati.
Aku terkelu dan menatap Tengku Izz. Tengku Izz mula mengalihkan pandangan ke arah aku.
"Tukar soalan lain". Nadanya sedingin salji di kutub utara.
Luqman mengerut dahi dan mengangguk.
"Kau suka Rena atau Sofea?".
Lagi sekali? kenapa Luqman nak kena tanya soalan maut macam ni?
Tengku Izz mengangkat punggung dan menjeling tajam ke arah Luqman. Lalu dia melangkah pergi.
Aku mengeluh halus.
"Pergi lah cari dia, nanti cikgu datang aku cover". Risha memegang tanganku.
"Betul ni?". Aku hendak memastikan.
Risha mengangguk.
Aku dengan perlahan bangun dan mengatur langkah ke arah jalan yang Tengku Izz tuju sebentar tadi.
Aku memeluk tubuh apabila terasa angin dingin mencengkam badan. Aku memandang sekeliling.
Mana pulak Tengku Izz ni?
Flashlight di iPhone milikku di buka kerana cahaya di sini hanya samar-samar saja.
Untuk seketika aku terkaku, dan hampir terlepas iphone di tanganku apabila terpandangkan pemandangan yang membuat hatiku berkecai.
Aku mendekati mereka dan berhenti betul-betul di belakang mereka.
Tangan lelaki itu sedang melingkari pinggang perempuan itu. Dan kepala perempuan itu terlentok ke bahu lelaki itu.
Tengku Izz berpelukan bersama Sofea!
Butiran air mata menuruni dengan laju di pipi gebuku.
Ya Allah, apakah semua ini?
Hatiku seperti disiat-siat dengan serpihan kaca.
"Fea, bila aku boleh berhenti berpura-pura mencintai Rena? Aku dah muak lah menghadap perangai gedik dia tu". Tengku Izz merengus sambil tangannya mengusap-usap kepala Sofea.
"Izz kalau awak nak Rena tak sukakan awak lagi dah lepas ni. Kita kena buat macam ni supaya dia rasa dipermainkan, dan disakiti. Awak bersabar sikit ye". Sofea memegang tangan Tengku Izz.
"Jadi selama ni awak hanya berpura-pura Tengku Izz?". Aku bersuara apabila melihat aku tak kuat untuk memandang adegan mereka.
Mereka berdua terus berdiri dan menghadap aku. Riak wajah mereka jelas terkejut.
"Yes, kau fikir selama ni aku cintakan kau ke Rena? Heh! sampai bila-bila pun aku tak akan cintakan kau lah. Jangan pernah bermimpi nak jadi orang yang aku cintai". Tengku Izz tersenyum sinis.
Meruntun pilu hatiku.
Aku menangis tanpa suara. Ya Allah betapa sakitnya hati aku.
Aku menggeleng.
"Tak, awak cakap dengan saya ni semua tak betul kan? . Awak saja je kan nak prank saya. Awak masih cintakan saya dan sayangkan saya kan?". Aku cuba mencapai lengannya yang berlapik.
Tetapi lenganku ditepis dengan kasar sekali.
"Kau dengar sini eh! selama ni yang aku bersweet dengan kau tu semua sandiwara aku je!, aku hanya berlakon je selama ni. Jadi apa yang aku cakap dengan kau tu semuanya bohong! Kau faham tak perempuan!". Pipiku dicengkam kuat.
Aku menangis teresak-esak.
"Tak tak saya tak percaya sebab saya dapat rasakan selama ni awak bersama saya, awak ikhlas dengan saya walaupun awak belum cintakan saya. Saya tahu awak hampir cintakan saya masa kita pergi ke taman hiburan tu, tapi disebabkan Sofea awak tak boleh nak terima cinta saya. Saya selalu percaya suatu hari nanti awak akan balas juga perasaan saya. Dan bila tiba hari awak beritahu saya yang awak cintakan saya. Saya rasa saya ni perempuan yang paling bahagia dalam dunia ni. Saya cintakan awak dengan seikhlas hati saya Tengku Izz. Jadi tolong terima saya dalam hidup awak, saya akan cuba buatkan awak cintakan saya".
"Kau nak aku terima kau dalam hidup aku? Dan cuba cintakan kau?". Tengku Izz bertanya dengan raut wajah yang tegang.
Aku mengangguk laju dan mencapai tangannya.
"Boleh".
Dengan sekelip mata aku ditolak kuat sehingga jatuh di atas tanah.
"Boleh dalam angan-angan kau je. Kau merayu lah macam mana sekalipun, aku tak akan terima kau! Lepas habis belajar aku dan Sofea akan bertunang. Aku memang cintakan Sofea sepenuh jiwa aku. Dan aku tiada langsung perasaan pada kau!". Tengku Izz memeluk pinggang Sofea sambil melihat ke arah aku dengan dingin. Sofea tersenyum sinis.
"Dah Fea, jom kita pergi dari sini". Tengku Izz memegang tangan Sofea dan mula mengorak langkah.
"Tunggu!".
Langkah Tengku Izz dan Sofea terhenti.
"Terima kasih kerana pernah membuat saya tersenyum ... walaupun kini saya tersenyum dalam tangisan. Saya harap awak bahagia bersama Sofea". Aku cuba tersenyum walaupun ia terasa perit sekali.
Tengku Izz dan Sofea terus berjalan meninggalkan aku.
Aku terus menangis dan menangis. Separuh hatiku sudah hilang dibawa pergi, kini hanya tinggal luka yang paling dalam. Aku menjerit sekuat-kuat hati. Sampai hati awak buat saya macam ni Tengku Izz.
Tengku Izz mencintai awak adalah perkara yang paling mudah untuk saya lakukan, tetapi untuk mendapatkan cinta awak itu lah perkara yang paling sulit untuk saya lakukan.
Dengan ini terbuktinya saya tidak berjaya perangkap awak dalam cinta saya Tengku Izzrin.
----
Jangan lupa support Seri and komen guys...
Share this novel