Seorang gadis bernama Irena Rania telah jatuh hati kepada salah seorang ahli lelaki kumpulan T4. Kumpulan T4 berkawan baik di sebuah sekolah. Boleh dikatakan hanya mereka berempat jejaka yang paling kacak di sekolah. Bukan setakat kacak, malah kaya dan terkenal. Irena Rania menyukai Tengku Izzrin Irfan bukanlah kerana rupa, harta mahupun pangkat. Namun secara tiba-tiba perasaan suka itu hadir menyusup kalbu. Permainan hati, tiada sesiapa yang dapat meneka. Setelah bertahun lamanya tidak menaruh perasaan terhadap mana-mana lelaki, akhirnya dia kembali buta gara-gara lelaki. Dia bertekad untuk memerangkap cinta lelaki yang bernama 'Tengku' itu sehingga sanggup melenyapkan karakter dirinya yang sebenar. Hipokrit? “Saya akan lakukan apa sahaja, asalkan awak terperangkap dalam cinta saya.” - Irena Rania. Hinggakan di tingkatan lima Irena Rania tetap mencuba memikat hati Tengku Izzrin Irfan. Pelbagai liku-liku dugaan yang harus dia tempuhi. Semata-mata untuk meraih hati Tengku Izzrin Irfan. "Awak rindukan saya tak ?” - Irena Rania “Takde masa aku nak rindukan kau.” - Tengku Izzrin Irfan Mujur dia memiliki seorang sahabat yang sentiasa berada di sisi. Atas sokongan itulah dia terus berusaha dan berusaha. Namun had kesabaran ada batasnya. Adakah Irena Rania berjaya berada di puncak? Berhasilkah juga dia memerangkap Tengku Izzrin Irfan kerana cintanya?
Update 06 December 2024
2024-11-07
lagi
2023-11-18
Hai bunga seri, boleh tahu di mana boleh baca sambungan novel ni?
2021-10-04
Hello, I want to promote my story here hiks. Let's read my story "Kau Yang Kedua". I'm waiting for your comment, dear. <333