Bab 21

Romance Series 9611

SEMINGGU sudah berlalu dengan pantas sekali. Aku sudah memberi keputusan atas lamaran yang langsung tidak masuk akal itu. Hanya ALLAH saja yang tahu perasaan aku ketika itu. Tapi Alhamdulilah sejak aku melakukan solat istikharah tiga hari berturut-turut, aku sudah diberi petunjuk dari ALLAH SWT.

Jawapan atas keputusan yang aku berikan adalah...

"Rania!". Pintu diketuk berulang kali.

"Ye ye, dah siap ni!". Aku segera berjalan ke pintu.

Aku memulas tombol pintu. Wajah Izaan sudah berada di depan mata, aku memeluk lengan Izaan lalu diheret ke lift.

Pintu lift dibuka lalu kami segera memasuki.

"Nervous?". Aku mendongak memandang along.

Aku mengangguk.

"Sikit lah".

Rambutku diusap lembut oleh Izaan.

"Jangan nervous, just bertenang. Tak ada apa yang nak ditakutkan". Izaan mengulum senyuman.

Aku mengangguk perlahan sambil mengemam bibir.

Pintu lift dibuka. Kami keluar dengan tangan aku yang masih memeluk lengan Izaan.

Terdengar kuat gelak tawa dari ruang tamu.

Apabila sudah sampai di hadapan mama papa dan tetamu yang datang. Mereka melihat ke arah aku dan Izaan.

"Rania, meh duduk sebelah mama". Sofa kosong yang berada di sebelah mama dipandang. Selepas itu aku melepaskan pelukan di lengan Along dan mendekati seorang wanita yang berusia untuk mengucup tangannya. Selepas bersalam aku melabuhkan punggung di sofa.

Aku mengukirkan senyuman manis kepada sepasang suami isteri yang berada di hadapan mata.

"Auntie nak ucapkan terima kasih sebab terima lamaran auntie". Auntie menghadiahkan senyuman lebar ke arah aku.

Iya, jawapan atas lamaran itu adalah aku terima. Sebab petunjuk yang diberikan sangat menyakinkan aku untuk menerima lamaran itu. Mereka datang kemari untuk meminang aku.

"Sama sama auntie, saya terima sebab anak auntie itu mungkin sudah tertulis dia adalah jodoh saya". Aku tersenyum nipis.

Timbul gelak tawa kecil dari auntie dan uncle itu. Wajah mama dan papa pun turut berseri-seri mungkin tidak sabar mahu menimbang menantu. Sebenarnya auntie ni tak de lah garang seperti mana dia di hospital hari itu. Auntie baik sangat seperti mama.

"Begini, selain kami datang meminang hari ni. Kami mahu berbincang tentang perkahwinan Rania dan anak auntie. Auntie nak Rania dan anak auntie terus berkahwin tanpa bertunang, Rania setuju?".

Aku mengetap bibir sambil melihat ke arah along, mama dan papa.

Mereka turut berbalas pandang kepada aku dan tersenyum kecil.

Aku menunduk seketika lalu mendongak.

"Saya setuju". Walau macam mana sekali pun tentu aku akan tetap berkahwin dengan anak auntie tu. Walaupun tarikh pernikahan aku makin cepat.

Tapi tu lah sampai sekarang aku tidak dapat bertemu atau melihat bakal suami aku itu. Agak-agak dia handsome tak? Macam mana eh perangai dia?

Tapi kalau lihat wajah auntie dan uncle ni walaupun sudah berusia, auntie itu tetap kelihatan cantik dan uncle itu lagi lah kacak bukan main. Mesti bakal suami aku juga kacak kan? rasa tak sabar pula mahu melihat future husbandku.

"Rania". Terasa tangan aku di pukul lembut.

Aku menoleh ke arah mama dengan terpinga-pinga.

"Ye?".

"Nia termenung apa ni? dah tak sabar nak tengok bakal suami ke?". Mama mengusik sambil tersenyum nakal.

Terus pipiku berbahang.

"Apa mama ni". Aku berbisik perlahan.

Mama tergelak kecil serta diikuti dengan papa dan auntie.

"Rania, auntie nak tanya pendapat Rania tentang tema wedding. Rania nak tema macam mana? sebab auntie nak uruskan, lagi satu nanti bagi tahu saiz kasut dan baju ye".

Kening aku bercantum.

"Kenapa pula auntie kena uruskan semua? bukan sepatutnya saya dengan anak auntie ke yang uruskan semua itu?".

"Anak auntie masih tak berapa sihat lagi. Kalau nak suruh Rania pergi uruskan sendiri, kesian pula dekat Rania kan".

Aku mengangguk faham. Bila difikirkan fasal tema wedding sudah pasti aku teruja. Sejak dari sekolah menengah aku sudah merancang mahu tema wedding seperti mana.

"Kejap ye auntie". Aku segera bangkit dan pergi ke arah bilik aku untuk mengambil sesuatu.

Dua minit kemudian aku muncul dengan membawa sebuah buku berwarna purple.

Aku menghulurkan sebuah buku itu ke arah auntie. Mereka semua yang berada di ruang tamu itu mengerutkan dahi.

"Dalam buku ini semua dah tertulis tema keinginan Rania untuk masa wedding dan masa nikah. Serta saiz kasut and baju. Auntie boleh tengok".

Mereka terus meletuskan tawa.

Aku memandang pelik. Rasanya tak lawak apa yang aku cakap tadi.

"Rupanya Nia dah rancang dari awal ye? tak sabar sangat nak kahwin nampak". Sekali lagi mama mengusik aku.

Pipi aku semakin memerah.

"Kalau tak ada apa-apa lagi Rania pergi masuk bilik dulu". Aku segera bergerak ke lift.

Aku memegang pipiku.

Arghhh, malunya! macam ni ke situasi bakal pengantin lalui bila nak kahwin? asyik kena usik saja.

STRAW minuman yang berada di dalam gelas itu dipusing-pusingkan dengan tangan.

Aku mengigit bibir.

"Rania apa yang kau nak kata sampai penting sangat tu? sampai paksa kitaorang jumpa dekat cafe ni?".

Aku menatap wajah Sara dan Risha dengan sengihan kecil.

"Memang sangat penting pun. Tapi aku bagi amaran jangan tercarut, terpengsan, tercekik".

Sara mengulingkan kedua belah mata ke atas. Risha pulak mengeleng saja.

"Apa yang penting sangat sampai kitaorang nak buat macam tu?". Risha menjeling aku.

"Entah kau ni, cuba bagitau!". Sara lantas berdiri dan menghentak meja.

Secara spontan aku terus menuturkan ayat.

"Aku akan kahwin tak lama lagi!". Aku menghembus nafas apabila sudah menghabiskan ayat itu.

Sara hampir terjatuh dari berdiri dengan riak wajah terkaku. Risha pula ternganga besar dan matanya membulat.

Aku menepuk dahi. Sudah agak reaksi mereka begini. Over betul aku nak kahwin je pun.

"Kau buat lawak ke Rania?". Risha memulakan bicara setelah beberapa minit berlalu.

Sara melabuhkan punggung sambil mengangguk.

"Kau tengok muka aku ni, ada nampak macam aku tengah buat lawak ke?". Wajah serius dipaparkan.

Mereka mendekatkan wajah ke arah aku dan memandang aku tak berkelip.

Serentak mereka mengelengkan kepala.

"Serius ah! dengan sape? bila? kenapa kau boleh tiba-tiba nak kahwin? dekat mana kau jumpa bakal suami kau? Handsome tak?". Sara melemparkan pertanyaan berulang kali.

Aku meletakkan kepala di atas meja makan. Pening kepala aku.

"Kau ni Sara cuba tanya satu satu". Aku mendongakkan kepala dan mengembalikan kedudukan seperti asal. Bersedia untuk bercerita.

"Okay first...". Aku menceritakan tentang kejadian kemalangan itu, sehingga aku dihantar ke hospital dan bertemu dengan auntie dan uncle.

"Macam tu lah ceritanya", kata aku setelah habis bercerita.

"Kau ter ... ima mac ... am tu je?". Dengan tersekat sekat Sara bertanya.

Aku mengangguk.

"Ya pada mula aku dengar perkara tu aku pun rasa benda tu mengarut, merepek dan seumpamanya. Tapi sejak aku buat solat istikharah tiga hari berturut-turut, Alhamdulilah aku dapat petunjuk dari Allah melalui mimpi kan seorang lelaki. Dalam mimpi tu aku nampak wajah lelaki tu samar-samar saja. Bila aku bangun aku cuba fikir dengan rasional, dan lelaki itu insya-Allah adalah jodoh yang aku cari selama ni". Aku ukir senyuman.

"Wow, first time aku dengar Rania bercakap matang macam ni". Risha tergelak kecil.

Aku menjelingnya. Nak perli lah tu.

"Habistu kau dah jumpa bakal suami kau? dah berkenalan dengan dia?". Sara menjungkitkan kening.

Aku berdehem.

"Belum, sebab bakal mak mertua aku kata dia belum sihat sepenuhnya. Jadi persediaan kahwin tu semua diuruskan oleh keluarga aku dan keluarga auntie".

"Uish bakal mak mertua. Tak sangka eh tak lama lagi Rania bakal jadi isteri orang lepastu bakal jadi mak orang". Sara tersenyum nakal.

Aku membaling tisu yang kotor ke arah Sara.

"Oi!".

"Sudah tak payah nak bergaduh. Haih aku tak sangka Rania kau kahwin dulu dari aku, dulu kau asyik cakap yang aku dulu kahwin last last kau yang kahwin dulu. Sekejap je masa berlalu, kita berdua dah nak tamatkan zaman bujang".

Terasa sebak pula apabila mendengar Risha berkata begitu. Aku pun rasa macam tak percaya yang aku akan kahwin tak lama lagi. Aku dah bersedia ke nak galas tanggungjawab sebagai seorang isteri?

"Korang dah nak kahwin, aku ni? calon pun tak de". Sara menyelit dan menayangkan wajah sedih.

"Alah relax lah Sara, tak lama lagi mesti jodoh kau sampai. Entah entah dengan angah aku kut. Fuh elok sangat kalau dua dua kawan aku jadi kakak ipar, boleh jadi geng weh". Aku tergelak sambil menepuk tangan.

"Banyak lah kau, angah kau pun aku tak kenal". Sara menjeling.

"Nanti aku kenalkan", kata aku sebelum aku menyedut minuman aku sehingga habis.

Lalu aku bangun dari duduk.

"Aku dah kena pergi butik ni".

"Okay jumpa lagi fashion designer, semoga success!", kata mereka sebelum mereka turut bangun dan mendekati aku.

Kami bertiga berpelukan seketika.

"Kerja elok elok". Pesan Risha setelah pelukan dileraikan.

Aku mengangguk lalu mula melangkah pergi. Aku sempat melambai sebelum memasuki kereta Nissan Almera.

NARA Boutique. Aku melihat seketika sebuah bangunan yang agak besar. Rekaan bangunannya yang sangat menarik, lain dari lain. Aku mengorak langkah memasuki NARA Boutique, Nara ialah gabungan nama panjang aku.

Pintu butik ditolak dari dalam. Dua orang pekerja aku menyapa bebola mata.

"Selamat datang Miss Rania". Dua pekerja wanita itu menundukkan kepala sedikit untuk menyambut kedatangan aku. Dua pekerja itu juga turut tersenyum ke arah aku.

"Thank you". Aku menganggukkan kepala lalu melangkah masuk.

Mata aku melilaukan bebola mata. Rekaan dalam butik ini sangat menepati cita rasa aku. Boutique yang berkonsepkan aesthetic Korean.

Ingin menjadi fashion designer adalah cita-cita yang aku idamkan semasa berada di Korea. Bangunan ini dihadiahkan kepada aku dari Tan Sri Ibrahim iaitu papa, walaupun minat aku bukan kepada business tapi papa tetap menyokong aku dari belakang. Sebelum butik ini dibuka aku sudah membuat persediaan, contohnya mengambil pekerja yang ramai, lalu beberapa orang pekerja yang bertanggungjawab dengan jahitan turut menjahit pelbagai pakaian yang direka oleh aku, melalui lukisan-lukisan yang dilukis semasa berada di Korea dulu.

Pelbagai pakaian yang tergantung di wardrobe. Rekaan baju-baju yang dijual di NARA Boutique ini adalah berbeza dengan butik-butik yang ada di Malaysia. Rekaan NARA Boutique adalah merupakan rekaan Korean style yang sedang popular sekarang. Walaupun begitu aku tidak lah membuat sebijik seperti pakaian yang dijual di South Korea. Aku mencipta rekaan itu menjadi lebih elegan dan unik di mata pelanggan yang datang, agar mereka dapat tertarik dengan pakaian pakaian yang dijual di NARA Boutique.

"Miss Rania". Dhia datang menghampiri. Dhia merupakan pembantu butik aku.

"Macam mana hari ni? ada pelanggan membeli?".Aku mula menaiki tangga sambil diikuti Dhia di sebelah.

"Alhamdulilah walaupun hari ni hari pertama. Kita dapat keuntungan yang agak besar, kerana semua pelanggan yang singgah bukan sekadar membeli satu baju tetapi lebih dari itu pun ada".

Aku mengangguk sambil tersenyum manis.

Setelah tiba di pejabat aku, aku mula melabuhkan punggung di atas kerusi. Dhia pun melabuhkan punggung di kerusi di hadapan aku.

"Begini saya nak awak carikan model yang sesuai untuk NARA Boutique. Because kita dapat peluang untuk mempersembahkan pakaian-pakaian NARA Boutique di hadapan semua orang nanti". Terserlah riak keterujaan aku.

"Baik, Miss Rania. Kami akan buat yang terbaik untuk NARA Boutique". Dhia mula berdiri.

"Yeah, hwaitingg!". Sempat aku memberi kata-kata semangat.

Dhia tergelak kecil sebelum berlalu dari situ.

Aku memusingkan kerusi lalu memejamkan mata memikirkan pernikahan aku tak lama lagi.

Boleh ke perangai aku tak matang ni jadi isteri orang?

Aku dah lah tak kenal bakal suami aku tup tup nanti terus jadi suami. Haish takut lah pula.

Hati aku mula berbolak-balik.

Kalau nak batalkan perkahwinan ni boleh?

Don't forget to support me and comment :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience