Bab 8

Romance Series 9617

CUACA pada pagi ini sangat tenang dan damai sekali. Kelihatan burung-burung berterbangan membentuk sebuah sekelompok. Dan terdapat pokok-pokok kehijauan yang menyejukkan lagi cuaca di pagi hari. Juga tanaman-tanaman bunga yang subur dapat menceriakan hidup pada hari minggu ini.

Mungkin masih ramai yang belum bangun tidur, ye lah hujung minggu tetapi tidak pada Irena Rania. Dia sudah bangun sejak subuh tadi. Fikirnya mahu beradu lagi tetapi mata sudah tidak mengantuk jadi dia bercadang untuk berjoging di pagi yang tenang ini.

Aku sudah bersiap memakai traksuit dan t-shirt lengan pendek berwarna putih dan memakai juga jacket berlengan panjang di luarnya yang berwarna merah jambu. Juga memakai tudung bawal berwarna hitam.

Aku terus berjalan ke arah lift dan masuk ke dalamnya dan tunggu sehingga berada di tingkat dua. Actually tingkat dua ini terdapat ruang tamu dan dapur. Sambil-sambil itu aku melihat iphone milikku, terdapat notifikasi dari WhatsApp. Aku segera menekan aplikasi WhatsApp dan melihat, rupanya sahabat baik ku si Risha.

Baby Risha

Assalamualaikum Rena!
kau kat mana babe?
jom joging

Pintu lift terus terbuka apabila sudah berada di tingkat dua. Aku segera keluar dan berdiri di pintu depan lift sebentar kerana mahu membalas whatsapp dari Risha.


Anda


Walaikumusalam

kat rumah

okay aku pun memang nak

pergi joging

kita jumpa kat taman je lah.

Rumah aku dan Risha memang setaman sebab itu lah kami sudah lama berkenalan. Mak ayah Risha pun sudah lama kenal dengan mama dan papa. Kiranya kitaorang ni dah macam satu keluarga dah.

"Nia".

Ternaik sedikit bahu aku tanda terkejut apabila mendengar suara mama menyapa. Kepala aku mendongak memandang ke arah mama yang sedang meletak sarapan pagi di atas meja makan.

"Aah ye ma". Jawab aku sambil berjalan mendekati meja makan dan mengambil roti bakar yang telah disapu coklat nutella.

"Yang Nia berdiri dekat depan pintu lift tu kenape? lagisatu ni nak pergi mana pagi-pagi lagi ni?". Soal Puan Sri Salina

"Tadi tu Nia balas chat Risha, itu yang berdiri sekejap dekat situ. Nia nak pergi joging dengan Risha. Boleh kan mama?". Ujar aku sambil mengunyah roti bakar yang tadi diambil.

Lapar sangat ni, tu yang main bercakap je sambil makan. Ish ish diriku ini teruks betul. Omelku di dalam hati

"Ouh boleh, pergi je lah. Boleh bakarkan lemak Nia yang banyak tu. Mama tengok badan Nia dah naik juga". Sakat Puan Sri Salina apabila melihat anaknya kusyuk sangat menjamah roti bakar yang disapu coklat nutella itu.

Aku mengangguk je tanda mengiyakan, sebab coklat nutella ini adalah kegemaran aku itu yang sampai tak sedar ape yang orang cakap. Tiba-tiba terhenti pulak kunyahan aku yang kusyuk tadi, apabila sudah mendengar betul-betul ayat yang dituturkan oleh mama tadi.

"Mama ni! mana ade lah". Kata aku sambil memeluk tubuh sambil memasamkan muka.

Puan Sri Salina tergelak kecil melihat gelagat anak bongsunya itu. Dia bergurau aje, itu pun nak dianggap serius oleh anak manjanya itu.

"Tak de lah, mama just kidding je tadi".

"Mama sure?".

"Ye sayang, dah pergi cepat karang lama pula Risha tunggu nanti". Kata Puan Sri Salina

Sangat lembut tutur katanya. Biasalah mama kita bukan mama awak. Bluerk.

"Okay mama, nak salam". Pintaku sambil berjalan mendekati mama.

Aku mengambil tangan mama lalu aku kucup lembut. Aku bisik sesuatu ke telinga mama, nak tahu ape? rahsia.

"Jangan lupa tau mama, bye Nia pergi dulu". Kataku sambil tersengih

Puan Sri Salina hanya mengeleng kepala, nakal sungguh anaknya itu.

AKU mencari-cari kelibat Risha di sekeliling taman. Mata aku terhenti pada seorang perempuan yang mempunyai bentuk badan seperti Risha yang sedang duduk di bangku bawah pokok. Itu mesti Risha.

Aku mengorak langkah ke arah bangku yang diduduki Risha itu. Perlahan-lahan kaki aku memijak rumput supaya Risha tidak menyedari kehadiran diriku. Sampai saja di belakang tubuh Risha tangan aku terus menyentuh bahu sahabat baiknya itu.

Agak-agak Risha terkejut tak?

"Hek eleh fikir aku terkejut ke? memang idok leh, jatuh air muka aku sebagai seorang perempuan yang ayu, kalau aku melatah tadi". Kata Risha sambil menaikkan kedua-dua kening

Aku mencebik, ceh tak terkejut konon. Memang lah tak terkejut kalau dia dah toleh dulu sebelum aku sergah dia. Rupa-rupanya Risha dah lama perasan aku dari awal tadi, waktu aku tercari-cari dia. Dia sengaja buat-buat tak nampak. Kuajar punya sahabat.

"Ayu lah sangat ye, geli tekak aku". Perli aku sambil menjeling ke arah Farisha.

"Alah kau ni aku gurau je, dah lah jom kita start joging". Kata Farisha

"Okay jom".

Kami berdua terus memulakan aktiviti berjoging apabila sudah sampai di tempat laluan berjoging. Panjang jugak lah tempat laluan dia, Farisha bercadang untuk kitaorang melakukan tiga round. Mampu ke idok? ontah lah nak.

Setelah 15 minit berlalu...

"Weh Risha aku dah tak boleh lah, letih dah. Dah dua round ni, kau nak sambung lagi ke?". Ujar aku yang memang sudah letih.

Banyak peluh yang membasahi tubuh aku. Nasib lah aku memakai jacket kalau tak memang nampak habis peluh di badan, kalau aku hanya memakai baju selapis sahaja lagi-lagi berwarna terang.

"Aah aku nak sambung lagi, aku rasa aku dah banyak lemak lah. Itu yang nak bakar sehabis-habisnya biar sampai dia mati pastu aku tanam". Ujar Farisha sambil tersengih macam kerang busuk

"Fikir lawak lah? tak pe lah aku duduk kat bangku yang kau tunggu aku tadi, k bye".

Aku mula mengatur langkah ke arah bangku bawah pokok itu dengan langkah yang longlai.

Apabila sudah sampai, aku terus melabuhkan punggung di bangku itu. Hah leganya, lenguh kakiku dari tadi joging. Tangan mula bergerak ke arah poket seluar lalu mengambil sehelai sapu tangan, lalu mengelap muka yang berpeluh. Aku hanya memandang sekitar taman itu, hilang sahaja lenguh di kaki tadi terus diriku bangun dari kerusi dan mula mendepangkan tangan dan menutup mata lalu menghirup udara yang nyaman itu.

Lantak lah orang sekeliling dia nak fikir ape-ape pun janji dia dapat tenangkan fikiran.

"Tak nak abang tak nak belanja, asyik-asyik nak aiskrim je macam budak tadika".

Aku terus membuka mata apabila terdengar jelas suara itu di corong telingaku. Aku mencari dari mana arah suara itu, sebab suara tu macam pernah dia dengari. Cari-cari punya akhirnya jumpa jugak gerangan suara itu, mataku terbuntang luas. Tengku Izzrin Irfan.

Dua perkara mula menjadi persoalan di minda aku. Siapakah gadis di sebelah Tengku Izzrin Irfan itu? macam mana Tengku Izzrin boleh ade dekat taman area perumahan aku? .

Aku cepat-cepat menyorok di sebalik pokok apabila terlihat Tengku Izz bersama gadis itu duduk di bangku berdekatan dengan aku.

Aku mula mencuri dengar perbualan mereka berdua.

"Alah abang ni, aiskrim ni bukannya untuk dimakan oleh budak-budak tadika je. Orang remaja pun boleh makan. Belanja lah abangg...jangan lah berkira sangat dengan adik".

Lah rupa-rupanya adik Tengku Izz! tak sangka pulak aku boleh terserempak dengan diorang. Dan lagi tak sangka bakal adik ipar aku sama perangai dengan aku yang sangat gemari aiskrim. Dah nampak dah...dah nampak sangat jodoh aku memang dengan Tengku Izz. Haha perasan betul aku ni. Omel aku di dalam hati

"ye lah nah duit, beli satu je tak boleh banyak-banyak".

"Macam ni lah abang adik, thank you abang! . Adik pergi beli dulu bye".

Adik Tengku Izz sudah pergi. Aku mengemaskan sedikit rambutku sebelum melangkah ke arah Tengku Izz. Ini bukan pertama kali Tengku Izz melihat aku tanpa bertudung, kerana aku memang seorang yang free hair.

"Assalamualaikum".

Tubuh Tengku Izz yang membelakangkan aku itu, mula bergerak menghadap aku.

Melihat saja muka aku yang menyapa matanya terus aku dijeling tajam oleh Tengku Izz. Dia mula bergerak membelakangkan aku balik.

Terjungkit keningku. Kalau ye pun tak suka saya jawab lah salam yang saya bagi tadi. Sampai bila lah awak nak jual mahal dengan saya ni Tengku Izz?

Aku mula melabuhkan punggung di atas bangku yang sama diduduki oleh Tengku Izz itu.

"Tak nak jawab ke salam yang saya bagi tadi tu?".

"Kau buat ape kat sini?". Soal Tengku Izz dengan nada yang dingin, tanpa memandang ke arah aku.

Aku mula mengukirkan senyuman lebar.

"Ouh tadi saya pergi joging dengan Risha!, ni taman area perumahan saya. Tak sangka boleh jumpa bakal suami saya kat sini! tu yang saya datang tegur awak". Ujar aku dengan nada yang riang sekali.

"Kau tak payah nak perasan sangat lah yang aku ni akan jadi suami kau. Pandang kau pun aku tak hingin apatah lagi nak hidup semati dengan kau, jadi tolong sedar diri sikit".

Senyuman yang lebar tadi mula menghilang. Aku menelan air liur walaupun terasa perit.

Baru saja aku mahu menyambung perbualan. Terdengar pulak suara jeritan seseorang.

"Abang!".

Aku menoleh ke tepi melihat adik Tengku Izz yang sedang berjalan sambil menikmati aiskrim dengan wajah yang gembira.

Sampai saja dia di bangku itu. Adik Tengku Izz memandang pelik ke arah aku.

"Hai! akak cantik ni siapa?". Soalnya sambil mengulum senyuman

Aku terkedu, lainnya perangai adik dia dengan abangnya.

Aku mengukirkan senyuman ke arahnya.

"Nama akak Irena Rania. Panggil akak Rena atau akak Nia, akak girlfriend abang adik". Ujar aku

Ye aku tahu nama Nia tu adalah panggilan untuk keluarga aje. Tapi kan tak lama lagi memang dia akan jadi adik ipar aku jadi kitaorang sekeluarga lah. Hehe

"Ha! se..sejak bila abang ade girlfriend ni?".
Mukanya terlihat sangat terkejut sampaikan tergagap.

Aku hanya sengih tak bersalah. Lantak lah Tengku Izz nak marah pun.

"Adik tak payah layan orang gila ni. Dia ni sengal sikit, dah jom kita balik". Ujar Tengku Izz memandang aku dengan pandangan mata yang tajam sampai boleh menusuk ke hati. Uishh kalau orang lain dah takut tapi aku cair pulak.

Tengku Izz mula menarik lengan adiknya pergi.

Sebelum diorang berlalu, sempat adiknya memberi senyuman kepada aku.

"Alah aku tak sempat nak tanya nama adik Tengku Izz tu. Dah lah comel". Gumam aku perlahan

"Ape yang comel?".

"Opocot bangla comel!". Latah aku

Nasib tak de bangla kat sini kalau tak mesti diorang dah sengih, ye lah kena puji.

"Serius ah! kau dah falling love dekat bangla ke apa? sampai melatah pun sebut bangla". Kata Farisha sambil tertawa

"Ish kau ni mana ada lah. Dah aku terkejut sangat memang lah keluar perkataan yang bukan-bukan". Ujar aku menjeling ke arah Farisha

"Habistu kalau bukan bangla ape yang kau kata comel tu?".

"Alah besok-besok je lah aku cerita, ni kau dah habis joging kan. Jadi kita balik. Badan aku dah melekit ni". Kata aku sambil menarik lengan Farisha.

"Ok janji au nanti story!".

"Ye mak cik!".

Perbualan mereka berakhir di situ sebelum mereka berdua bergerak ke rumah masing-masing.

Jangan lupa support Seri and komen guys.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience