"So ape lagi? cepat lah cerita kenape kau badmood kat sekolah tadi". Farisha mengesa aku sebaik saja kami sudah menyiapkan kerja sekolah yang diberi oleh cikgu.
Kami berdua sedang melabuhkan punggung di atas katil milikku.
Mataku menjuling ke atas. Tak menyabar betul minah sorang ni.
"Aku badmood sebab ade orang nak rampas Tengku Izz dari aku".
"What!!", jerit Farisha sambil matanya sudah terbeliak.
Tangan aku cepat saja menampar lengan Farisha.
"Hish kau ni, tak payah lah jerit-jerit".
Farisha tersengih-sengih.
"Hehehe, sorry lah ... aku tak sengaja sebab terkejut sangat. Jangan lah marah Rena".
"Ye lah aku tak marah tapi kau jangan nak jerit atau cakap kuat-kuat lagi, kalau tak aku tak nak cerita", jawab aku.
Aku bukan ape, takut karang ade sepasang telinga curi-curi dengar dari luar bilik, bukan boleh percaya abang-abang aku tu. Maklum lah pintu bilik ni bukan kalis bunyi.
"Okay-okay, aku janji". Sambil dia mengangkat tangan separa bahu. Macam orang berikrar pula dah.
Aku menggeleng.
"Tapi Rena ... sape orang yang berani sangat nak rampas Tengku Izz dari kau tu?" Farisha mengambil bantal lalu diletakkan di pehanya.
"Sofea". Satu nama muncul di bibir aku membuatkan Farisha ingin menjerit lagi, tetapi tangan aku lebih cepat mengambil bantal lalu ditekapkan ke mulut Farisha.
"Kau nak jerit lagi". Aku menjegilkan mata.
Farisha menggelengkan kepala laju.
Tangan aku menarik bantal itu kembali.
"Kau ni biar betul Rena, takkan Sofea yang baru pindah tu tiba-tiba nak rampas Tengku Izz dari kau. Tak logik betul lah". Berkerut dahi Risha.
Aku menghembuskan nafas kuat.
"Aku dah agak mesti kau tak percaya punya lah. Tapi ade benda yang boleh buat kau percaya yang dia perampas". Bibirku tersenyum sinis.
"Ape dia?" soal Farisha
"Macam ni, masa kat sekolah tadi. Waktu rehat aku ajak lah T4 rehat sama-sama tapi kau tahu lah dah tentu-tentu Tengku Izz tak nak rehat sekali dengan aku. Jadi Tengku Izz pun pergi lah dari situ aku pun kejar lah Tengku Izz. Aku pegang lengan dia tapi beralas okey ... lepastu muncul pulak Sofea. Tapi ... yang ni betul-betul buat aku yakin yang dia perampas, Sofea pandang lengan Tengku Izz yang aku pegang. Muka dia masa tu macam dia tak suka yang aku pegang lengan Tengku Izz".
"Ermm ... tak suka? pelik, tapi kan ade juga kemungkinan dia tu orang yang solehah. Sebab tu dia kurang suka cara kau main pegang lengan lelaki walaupun berlapik".
Reaksi wajahku sudah tidak puas hati. Dah kenape pulak Farisha macam nak backup 'perampas' tu.
Kau ni kenape Risha! aku yakin dia tu nak rampas Tengku Izz!!. Kau tahu tak hati aku sakit bila Tengku Izz marah aku depan perempuan tu tadi, seolah-seolah yang aku pulak yang rampas Tengku Izz dari dia!".
"Aku takut Tengku Izz jadi milik dia". Suara aku sudah mengendur.
Tubuhku terus dipeluk Farisha, sambil tangannya menggosok-gosok belakang badan aku agar lebih tenang.
"Sabar ye, hati kau kena kuat dalam menghadapi banyak cabaran. Kau tak boleh mundur lagi Rena masih awal lagi untuk berputus-asa.
"Kalau ... nanti hati aku dah tak kuat macam mana?", Kata aku masih dalam pelukan.
"Kau sayangkan Tengku Izz kan?"
Aku mengangguk.
Farisha mula meleraikan pelukan.
"Jadi! kau kena berusaha lebih lagi untuk pikat hati Tengku Izz sebab sekarang ni kau dah ade pesaing. Ha lagisatu kau kena ade keyakinan diri baru lah kau tak lemah, tapi ingat jangan terlampau yakin, hanya perlu ade yakin separuh aje dalam diri tu. And kau perlu tunjukkan kelembutan pada Tengku Izz, kalau ade perkara pasal Sofea yang buat kau geram jangan cepat marah depan Tengku Izz. Kau perlu tahan sabar dan serlahkan kelembutan. Faham!". Ade terselit beberapa 'tips' di bicara itu.
Melopong besar mulutku. Mak aih betul ke ni kawan aku?
"Terer kan ayat aku", kata Farisha sambil mempamerkan reaksi berlagak.
Kepala aku terangguk-angguk mengiyakan.
"Betul cakap kau tu, aku kena ade keyakinan diri dan perlu serlahkan kelembutan aku. Tapi kena ade lebih perangai gedik mulai sekarang".
Bibirku tersenyum manis. Yup mulai sekarang kena berusaha lebih, chaiyokk Rena!
"But why?", soalnya
"Secret", kata aku sepatah sambil mengenyitkan mata.
Tergeleng-geleng Farisha melihat aku. Sekejap saja berubah emosi.
"Tapi kan Rena ... ".
"Why?", soalku pelik apabila melihat reaksi Risha berubah menjadi sedih.
"Dekat sikit, aku nak bisik", kata Farisha sambil mengamit aku.
Badan aku menginjak ke depan.
"Sebenarnya tips tadi bukan dari lubuk hati aku, tapi dari Google, tak sangka pulak kau percaya", bisik Farisha.
Sejurus menghabiskan ayat itu terus terhambur gelak tawa seorang insan yang paling menyakitkan hati ini.
Tangan aku mengambil bantal busuk milikku lalu membaling ke arah Farisha.
Punya lah aku percaya yang tips tu memang dari dia tapi rupanya dia tipu aku!
Kecik besar, kecik besar aje aku tengok dia ni lah. Omel hati aku
Malangnya bantal yang aku baling tadi tidak mengena sasaran. Lalu sasaran itu tersenyum mengejek.
Kaki aku sudah berdiri di atas katil, aku terus terjun ke bawah. Kaki aku segera mengejar Risha yang sedang mengejek itu.
"Hello my friends".
Mereka bertiga menoleh ke arah pemilik suara itu.
"Baru sampai?", perli Tengku Izz kepada Tengku Raycarl.
Tengku Raycarl tersengih. Dia segera melabuhkan punggung di sebelah Tengku Izz.
"So korang dah order makanan ke?", soal Tengku Raycarl
"Belum! kitaorang tunggu kau lah. Lambat macam perempuan", jawab Tengku Rayyan dan Tengku Iman serentak. Tengku Iman pulak siap menjeling Tengku Raycarl.
"Sorry lah lepas ni aku janji tak lambat lagi. Cepat lah order, panggil pelayan". Tengku Raycarl tersenyum.
"Excuse me!", lambai Tengku Rayyan ke arah seorang perempuan yang memakai baju pekerja restoran itu.
"Cis, kau fikir ni restoran mahal ke nak panggil macam tu?". Tengku Iman mencebikkan mulut tanda menyampah.
Walaupun mereka berempat keturunan kerabat diraja tetapi mereka juga manusia biasa, ade keinginan menjamu selera di restoran yang biasa-biasa saja.
"Eh sukahati aku lah, bukan guna air liur kau pun".
Tengku Raycarl mengeleng kepala. Asyik gaduh je, pelayan dah sampai pun tak perasan.
"Ehem!". Tengku Izz berdehem bagi menghentikan pergaduhan kecil itu.
Bunyi saja deheman itu mereka berhenti bergaduh.
"Sudah! pelayan dah sampai. Ambik order". Tengku Izz berkata dengan nada yang serius.
"Yelah ... " kata mereka.
Tengku Iman dan Tengku Rayyan mengambil menu yang diberi oleh pelayan perempuan itu. Begitu juga Tengku Raycarl dan Tengku Izz.
"Saya nak nasi goreng berapi satu, tapi ... ". Selepas saja Tengku Rayyan melihat pelayan perempuan itu, tutur bicaranya terhenti seketika.
"Kau Sofea kan? yang budak baru kat sekolah tadi". Sejurus itu Tengku Izz mengangkat wajah daripada menunduk. Matanya melihat tepat ke arah wajah Sofea itu.
Tengku Raycarl dan Tengku Iman juga melihat Sofea yang berdiri di meja mereka.
Sofea mengangguk sopan.
"Aah, korang ni sekelas dengan saya kan?". Sofea tersenyum nipis.
"Aah betul lah tu", kata Tengku Iman.
"Okay, ha tadi awak nak order ape?", Soal Sofea kepada Tengku Rayyan.
Tengku Izz masih merenung Sofea sehingga mereka berbalas pandangan.
Baru saja Tengku Rayyan hendak mengeluarkan suara muncul pulak suara lain.
"Sofea buat ape kat sini, kerja ke?". Nada lembut.
Semua mata beralih ke arah empunya suara yang bertanya itu. Yang lagi mengejutkan orang itu adalah Tengku Izz.
Terbuntang mata groupnya. Tak pernah lagi Tengku Izz bercakap dengan nada yang lembut macam ni kepada perempuan.
Sofea tersenyum manis. Di sebalik senyuman itu ade sesuatu yang tersirat.
"Aah, Sofea kerja part time kat sini. Cari duit lebih untuk bantu ibu dengan ayah Sofea".
Terbit perasaan bangga di hati Tengku Izz.
"Erm ... Sofea tadi aku nak order nasi goreng berapi tapi tak nak sayur. Air pulak jus oren". Tengku Rayyan sengaja mahu mencelah perbualan itu.
"Okay, korang bertiga pulak?". Tangan dia mencatat laju di nota kecil.
Selesai saja mengambil order di meja itu, Sofea terus berlalu pergi.
Group T4 mengalihkan pandangan ke arah Tengku Izz balik.
"Pahal?". Tercantum keningnya. Hairan melihat kawan-kawannya merenungnya tajam.
"Kau sihat ke?", soal Tengku Iman
"Kau okay tak? wayar dekat otak kau dah berbelit eh?", soal Tengku Rayyan pula
Tengku Raycarl pula hanya mendiamkan diri. Rasanya dia sudah dapat teka ape yang terjadi pada Tengku Izz.
"Hish! korang ni pahal. Aku okay je lah".
"Habistu asal ... ".
"Aku nak pergi tandas kejap". Tengku Izz sudah bergerak ke dalam restoran.
"Hish dia ni! suka betul lah cantas ape yang aku cakap", desis Tengku Rayyan
"Kau fikir ape Carl? berkerut-kerut dahi", soal Tengku Iman.
"Aku rasa Tengku Izz dah jatuh hati dekat Sofea".
"Kau biar betul!! ". Teriak mereka berdua.
TENGKU Izzrin merebahkan diri di atas katil. Mata dia merenung siling.
Bibirnya menguntumkan sebuah senyuman. Senyuman yang mampu membuat orang melihatnya menjadi cair.
Mindanya teringat pulak kejadian tadi, dimana dia membohongi kawan-kawannya berkata mahu pergi ke tandas tapi melencong ke tempat lain.
Flashback ...
"Sofea!".
Sofea berpaling ke belakang.
"Eh awak! kenape awak kejar saya? awak nak ape-ape ke?".
"Erm ... Saya nak cakap sikit dengan awak boleh tak Sofea?". Tengku Izz menggaru kening.
"Ha! ... Kejap eh saya nak beritahu kawan saya untuk ganti ambik order", kata Sofea lalu dia pergi kepada kawannya yang berada tidak jauh dari situ.
Selepas beberapa minit Sofea kembali datang ke arah Tengku Izz. Mereka mengambil tempat yang sedikit tersorok dan jauh dari orang ramai. Supaya lebih senang mahu bercakap atau lebih tepat tidak bising dan tidak menganggu perbualan mereka.
"Awak!", kata mereka serentak.
Sofea tergelak kecil, Tengku Izz juga tersenyum nipis.
"Awak lah mulakan dulu Tengku Izz".
"Eh tak payah lah panggil Tengku, panggil Izz je", kata Tengku Izz.
Sofea mengangguk kecil.
"Saya nak mintak nombor telefon awak boleh?". Tengku Izz menatap wajah Sofea disebelahnya.
Dalam diam Sofea tersenyum.
"Boleh, erm ... Bagi telefon bimbit awak? sebab saya nak taip no telefon saya". Tangannya dihulur kepada Tengku Izz.
Tengku Izz berpaling ke arah lain, cuba menyembunyikan senyuman yang kian lebar. Dia memusingkan balik badannya menghadap Sofea dengan senyuman nipis.
Tengku Izz menghulurkan iphone miliknya kepada Sofea.
Sofea mengambil iphone tersebut. Selesai saja menaip no telefonnya di contact Tengku Izz. Dia mengembalikan iphone itu.
"Saya sambung kerja dulu, jumpa dekat sekolah". Sofea menerbitkan senyuman di bibir. Lalu kakinya berlalu pergi menyambung kerjanya yang tertangguh tadi.
End flashback ...
Tangan dia tak berhenti mengusap nombor telefon pemilik yang telah mencuri hatinya, buat pertama kali bersua muka.
"Abang! yang tersenyum-senyum tu kenape? teringat dekat akak Nia eh?". Muncul suara adiknya, siapa lagi kalau bukan Tengku Ixora.
Tengku Izz menyorokkan iphonenya bawah bantal.
Kening Tengku Izz tercantum. Siapa pulak akak Nia ni? entah siapa-siapa perempuan lah adik dia ni sebut.
"Sape pulak akak Nia ni Xora? Xora jumpa kat mana?".
"Eh tak kan abang tak kenal? akak Nia yang kita terserempak kat taman tu. Yang berani mengaku kata abang boyfriend dia". Tengku Ixora mula duduk bersebelahan Tengku Izz di atas katil.
"Rena!!". Tengku Izz menjerit.
"Aah! akak tu lah".
"Abang nak Xora jangan sebut lagi nama perempuan tu, and jangan percaya ape-ape pun yang keluar dari mulut dia. Lagisatu tak payah nak mengada panggil-panggil akak Nia bagai. Orang panggil dia kat sekolah Rena bukan Nia", kata Tengku Izz tegas.
Tengku Ixora mencebik.
"Excuse me abang! sukahati Xora lah nak panggil akak Nia ke? akak Rena ke? Lagipun nama Nia tu sesuai dengan personaliti akak Nia. Adik suka tengok muka akak Nia tu tau, licin berkilat. Bak kata orang glowing gitu ... Muka akak Nia tu pun macam ade kacukan!. Ha kacukan Thailand campur melayu. Patut lah muka akak Nia tu lawa betul!". Panjang lebar Tengku Ixora berkata
"Mana Xora tahu pasal kacukan perempuan tu?", soal Tengku Izz.
"Xora tengok dekat Instagram dia. Lagipun abang-abang akak Nia tu semua handsome-handsome tau, ade satu abang akak Nia ni sambung belajar dekat Korea. Keturunan akak Nia tu memang pandai dan baik, siapa lah jadi suami akak Nia tu kan abang?".
"Sudah! abang tak nak dengar lagi Xora sebut atau cakap berkaitan dengan perempuan gedik tu!!", ujar Tengku Izz dengan riak muka yang dingin.
"Abang! walaupun abang tak suka sangat dengan akak Nia. Tapi abang kena hormat akak Nia tu sebagai seorang perempuan. Akak Nia tu ade nama bukan 'perempuan gedik' tapi nama dia Irena Rania. Nama dia sangat indah, jangan perlekehkan akak Nia disebabkan dia berperangai gedik abang. Tak salah pun ade perangai tu, dan akak Nia langsung tak bersalah". Selepas berkata begitu Tengku Ixora melangkah ke arah pintu bilik.
BAMM! bunyi hempasan pintu.
Tengku Izzrin mengeluh perlahan.
Kenape lah ramai sangat nak bela perempuan tak sedar diri tu, menyampah betul lah aku. Bisik hatinya.
Tangan digenggam penumbuk.
Jangan lupa support Seri and komen banyak-banyak guys...
Share this novel