Bab 4

Romance Series 9611

TENGKU IZZ mula merebahkan diri di tilam empuknya dengan mata yang terpejam, beg sekolah miliknya sudah selamat letak di meja belajar. Setelah habis saja sesi persekolahan dia terus tergesa-gesa balik ke rumahnya kerana kepenatan.

Ye lah mana tak penatnya dia memegang jawatan sebagai ketua pengawas sekolah, dia lah yang membahagikan tugas kepada pengawas-pengawas bawahan dia. Bukan sekadar itu saja dia juga akan memasuki acara larian untuk hari sukan yang bakal tiba tak lama lagi dan sekarang dia tengah berlatih untuk menguatkan stamina dia untuk terus mendapat juara acara larian itu sepanjang tahun, kiranya dia seorang pelajar yang sangat aktif di permainan dan pembelajaran, bukan dia seorang saja pelajar yang sangat aktif kawan-kawannya juga seorang yang aktif sepertinya yang akan mengambil acara larian di rumah sukan masing-masing dan kawan-kawannya juga memegang jawatan sebagai pengawas sekolah. Kerana minat mereka hampir sama lah terwujudnya group T4 hanya dia dan kawan-kawannya empat orang lagi tu.

Tiba-tiba fikiran dia mula mengingati kejadian tadi

haih first day lagi perempuan gedik tu dah buat aku badmood, lepas ni ape pulak? serabut betul lah!

Mata yang terpejam tadi terus terbuka, dia terus bangun dari pembaringan dan bergerak malas untuk mengambil tualanya di tempat penyidai tuala, dan terus berlalu masuk ke dalam bilik mandi untuk membersihkan diri.

Tok!! Tok!!

Tengku Ixora Qaisara mula mengetuk pintu bilik abangnya beberapa kali.

Sudah beberapa kali mencuba akhirnya dia pasrah.

Mana abang ni?. Omelnya sambil tangannya melurut jatuh ke tombol pintu.

Tak pe lah tunggu je lah kat luar pintu ni. Omelnya lagi

Tiba-tiba dia tersedar rupanya tangannya terpegang tombol pintu dari tadi dan dia cuba memulas akhirnya terbuka.

Dia terus menepuk dahi

Lah yang aku ni pun satu dari tadi sibuk ketuk-ketuk tak de pulak duk try pulas tombol ni, ape yang bengapnya kau ni Xora. Omel Xora

Dia mula melangkah masuk ke dalam bilik kesatu-satunya abang dia, kedengaran bunyi pancutan air, dia terus tersenyum sinis, dia mula melabuhkan punggung di birai katil untuk menunggu abangnya selesai mandi.

Hehe wait and see. Bisik hati kecilnya

Setelah beberapa minit berlalu kedengaran Tengku Izz memulas tombol pintu, Tengku Izz terus berjalan pergi ke penyidai tuala yang terletak di tepi bilik mandi itu untuk menyidai tualanya.

Apabila tubuh Tengku Izz dipusing terus Tengku Izz terlompat kerana terkejut apabila tiba-tiba adiknya Tengku Ixora muncul dan sedang duduk di birai katil dengan selambanya.

Tengku Izz memandang tajam adiknya.

Adiknya memang sengaja memerhatikannya tanpa bersuara, itu kerana adiknya sudah merancang mahu mengejutkan dia lah tu.

"Hish adik! Kalau abang mati terkejut tadi macam mana ha? Nanti kalau adik nak suruh abang belanja ape-ape ke abang malas dah nak belanja!" Ujar Tengku Izz sambil menjeling tajam adiknya

Wajah Tengku Ixora yang tadinya tersenyum mengejek kini digantikan wajah belas kasihan. Tengku Ixora terus mengatur langkah mendekati Tengku Izz yang berada di tepi bilik mandi.

Sampai saja dia terus memeluk lengan abangnya.

"Alah abang tak mau lah, adik janji ni last adik buat macam ni". Ujar Tengku Ixora manja sambil membuat muka comel

Terus Tengku Izz memandang adiknya, dia terus tersenyum sinis.

"Okay boleh tapiii...". Ujar Tengku sengaja mahu melambat-lambatkan

"Tapii ape?" Soal Tengku Ixora sambil memandang hairan abangnya

Lalu tangan Tengku Izz mula menjentik dahi Tengku Ixora sepantas kilat.

"Ni lah dia balasannya". Ujar Tengku Izz lalu terus berlari keluar dari biliknya

"Abang!!!!". Tengku Ixora mula mengejar langkah abangnya.

Sampai saja di lift Tengku Izz mula menekan punat untuk ke tingkat dua iaitu ruang dapur dan ruang makan.

Di dalam lift dia terus ketawa terbahak-bahak yang dari tadi ditahan, kelakar betul muka adiknya yang berusia 15 tahun itu, adiknya tidak bersekolah sama dengannya kerana adiknya mahu bersekolah sama dengan kawan-kawan lamanya. Terbuka saja lift terus Tengku Izz mengatur langkah ke arah ruang dapur apabila terbau masakan, tiba saja dia di dapur terus matanya disapa oleh dua figura yang dia kenal mummy dan mak Leha. Mak Leha bukanlah pembantu rumah sepenuh masa kerana dia tak membuat semua kerja yang ade di dalam rumah ni cuma dia menolong mummynya untuk membersihkan rumah saja kekadang dia juga akan membantu mummy memasak, menyiram pokok bunga, ye lah rumah ni ade lapan tingkat! Mana sempat mahu membuat semua kerja rumah seorang diri. kalau mummy pergi mengikut daddy outstation baru lah Mak Leha menjadi pembantu rumah sepenuh masa di rumah kami.

"Ha Izz! yang termenung kat situ tu fikir sape? Buah hati ke?". Soal Tengku Kirana iaitu mummy Izz

"Hah mana ade lah mummy, mummy ni memandai je". Ujar Tengku Izz mengosok lehernya cuba menahan malu apabila diusik begitu.

"Ni mana adik kamu?, dari tadi tak muncul-muncul, selalunya ade je kat sini asyik kate bila nak siap ni, bila nak siap ni". Soal mummy lagi

"Dia ade dekat atas mummy, tadi dia ade dekat dalam bilik Izz, dalam perjalanan nak turun lah tu". Ujar Tengku Izz sambil berjalan ke arah Tengku Kirana yang sedang mengacau lauk itu dan Tengku Izz mula membau aroma masakan.

Pergh sedapnya bau, ni belum rasa lagi. Bisik hatinya

"Dia buat ape kat dalam bilik Izz?". Soal Tengku Kirana

"Macam biasa lah mummy, dia kacau Izz". Jawab Tengku Izz sambil mengambil gelas dan membuka peti sejuk, lalu dia mengambil jus oren di dalam peti sejuk dan menuang ke dalam gelas tersebut.

"Mummy".

"Ye".

"Mana daddy?". Soal Tengku Izz

"Kerja lah mana lagi Izz". Jawab Tengku Kirana

"Ouh aah lah, lupa pulak". Ujar Tengku Izz sambil menepuk dahi

"Abang Izz!!!!". Jerit Tengku Ixora yang berjalan mendekati mereka

Tengku Izz yang sedang meminum jus oren tadi terus tersembur ke arah lantai yang tidak bersalah itu.

Terbeliak mata Tengku Kirana.

"Tengku Izzrin Irfan!! Tengku Ixora Qaisara!! Ape kamu berdua dah buat ni ha!!!". Jerit nyaring mummy mereka

Alamak!

Bila mummy dah jadi singa!

Adik-beradik itu terus berpandangan sama sendiri dan terus mencabut lari.

Mak Leha yang dari tadi menjadi pemerhati sekadar mengeleng.

Jangan lupa support Seri and komen guys.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience