Bab 10

Romance Series 9611

SUDAH dua hari berlalu, sekolah memberi cuti sehari apabila sudah mengadakan hari sukan. Tujuannya adalah untuk memberi rehat kepada semua murid dan guru yang telah penat bertungkus-lumus menjalankan hari sukan itu dengan jayanya.

Sejak kejadian yang berlaku pada hari sukan itu, bibirku tidak henti-henti menguntumkan senyuman manis apabila setiap kali perkara itu berlayar di mindaku. Mungkin bagi orang lain benda itu terlalu simple tapi bagiku tidak, aku terlalu gembira sampai tidak terkata. Ye lah mungkin sebab Tengku Izz tidak pernah menerima pemberian aku malah selalu dibuang atau dicampak sahaja.

Sesi persekolahan sudah bermula balik. Terasa seperti lenganku di siku berulang kali, mataku yang sedang merenung Tengku Izz terus menoleh ke arah gerangan yang sibuk menyiku lengan aku itu.

"Uit kau kenape asyik tersenyum-senyum je?" soal Farisha.
Dia lah yang menyiku lengan aku tadi.

"Aku teringat pasal kejadian tu".

Ye aku sudah memberitahu pasal Tengku Izz itu pada Risha, aku bercerita pada Risha masa hari sukan itu lagi. Kitaorang kan best friend mana boleh simpan rahsia lama-lama.

Farisha mengangguk mengerti.

"Aku dah agak dah", katanya.

"Eh! kau nak tahu tak".

Kata Farisha lalu dia menatap aku dengan mata yang bersinar-sinar.

Aku mengerutkan dahi. Dah kenapa happy semacam?

"Ape dianya Farisha oi?" soal aku.

Risha tersenyum lebar.

"Aku dengar ade budak baru form 5. Jadi aku haraplah budak baru tu berjantina lelaki yang muka ade mix omputih ke kan, mana tahu jodoh aku ke?" kata Farisha sambil memegang kedua pipinya sambil tersengih.

Aku tercengang. Biar betul ni Risha?

"Kalau berjantina perempuan macam mana? punah lah harapan kau".

Aku menaikkan kedua-dua kening ke arah Risha.

"Alah tak pe lah dah jodoh aku tak sampai lagi. Kalau budak baru tu berjantina perempuan aku nak jadikan dia sebagai kawan kita".

Aku hanya mengangguk.

"Tapi an ade juga budak form 5 pindah sekolah, kenape tak tunggu je sampai habis sekolah bukan ke tinggal setahun aje lagi?" soalku hairan.

"Betul juga kan, tapi kalau ibu bapa dia yang suruh tukar sebab ade urusan ke. Kita mana tahu", jawab Farisha

Kepala aku terangguk-angguk mengiyakan kata-kata Farisha sebentar tadi.

Tok! Tok!

Kedengaran bunyi ketukan dari luar pintu.

Klak!!. Bunyi pintu di luar kelas ditolak.

Kami semua yang berada di dalam kelas terus menumpukan sepenuh perhatian ke arah pintu kelas.

Muncul lah cikgu Zara bersama seorang remaja perempuan yang boleh dikatakan cantik juga lah. Tapi dia tetap tidak boleh melawan kecantikan Irena Rania yang lagi berganda-ganda lawanya.

"Assalamualaikum class! saya nak perkenalkan seorang murid baru yang sekelas dengan kamu semua. Silakan perkenalkan diri kamu". Kata cikgu Zara lalu menyuruh budak baru itu perkenalkan diri.

Aku merenung perempuan tersebut. Bentuk badannya sedang-sedang je tidak terlalu kurus dan tidak terlalu gemok. Kulit wajahnya berwarna hitam manis dan ketinggian dia memang boleh kalah aku lah. Ketinggian aku sedang-sedang je.

"Hai semua, nama saya Nur Sofea boleh panggil saya Sofea. Saya berpindah ke sekolah ini kerana atas urusan pekerjaan ayah saya", kata Sofea itu dengan nada yang perlahan.

Aku terdengar banyak pujian-pujian yang dilontarkan kepada budak baru itu. Contohnya...

"Ayunya budak baru tu!".

"Sopan je kelakuan dia".

"Suara dia lembut do!!".

Terbit keluhan halus di bibirku. Macam kurang suka dengan kehadiran budak baru itu.

Aku memandang ke arah Farisha yang sedang tekun melihat budak baru itu. Mata aku beralih pulak ke arah Tengku Izz yang sedang duduk bersama T4.

Aku merenung tajam ke arah Tengku Izz apabila melihat dia tersenyum halus sambil matanya menatap budak baru itu. Mungkin orang lain tak nampak Tengku Izz tersenyum tapi aku tetap boleh nampak walaupun senyuman yang terlalu halus.

Kenape Tengku Izz senyum dekat perempuan tu. Getus hatiku

"Okay kamu boleh duduk di sebelah Zulaikha. Zulaikha sila angkat tangan kamu!", kata cikgu Zara

Zulaikha terus mengangkat tangan.

Mataku membulat. Sofea tu duduk bersebelahan dengan Zu, meja Zu pulak berhampiran dengan meja T4. Hatiku tergugat

Aku merenung setiap langkah Sofea itu pergi ke arah mejanya.
Kenape aku rasa tak sedap hati ni?. Monolog aku di dalam hati.

Bahuku terasa dipegang, aku menoleh semula kepada Farisha.

"Kau okay tak ni?" soal Farisha dengan riak wajah yang pelik.

"Aku okay kut".

Belum sempat Farisha mahu menyoal lagi suara cikgu Zara sudah kedengaran berbicara.

"Okay class! buka buku bahasa Melayu sekarang. Saya nak awak buat latihan di muka surat 20", arah cikgu Zara

Aku menatap kembali wajah Tengku Izz dengan riak wajah yang risau. Risaukan sesuatu.

Saya harap awak tak sukakan Sofea Tengku Izz, saya baru aje nak rasa bahagia. Bisik hatiku

Kringggggg!!!

Loceng rehat yang kedua telah berbunyi untuk pelajar-pelajar tingkatan tiga, empat dan lima. Semua pelajar-pelajar terpusu-pusu keluar dari kelas untuk pergi ke kantin sekolah. Biasalah takut makanan habis lah katakan. Tapi diri aku masih di dalam kelas, Risha pulak sudah lama meninggalkan aku untuk pergi ke bilik guru, katanya ade guru mintak pertolongan jadi dia tak makan lah jawabnya.

Aku mengangkat punggung untuk pergi ke arah meja T4. Kelihatan mereka berempat masih mengemas buku-buku sambil berbual-bual.

"Hai korang!", sapa aku dengan nada yang ceria.

Mereka semua mengalihkan pandangan ke arah aku kecuali Tengku Izz.

"Eh! hai Rena!!", kata mereka bertiga.

Memang mereka bertiga ni sangat sporting dengan aku bukan sporting aje malah mereka bertiga juga menyokong aku memikat hati Tengku Izz.

Kenape lah Tengku Izz tak sporting macam diorang ni, haih. Getus hatiku

Bibirku ukir senyuman lebar.

"Korang nak pergi rehat eh?" soal aku

"Eh tak lah nak pergi berperang", sindir Tengku Izz dengan senyuman sinis.

Mukaku masih kekal dengan senyuman. Tetapi di dalam hati sudah menahan malu.

Aku lihat kawan-kawan Tengku Izz menjeling tajam kepada Tengku Izz seketika.

"Aah Rena! kitaorang nak pergi rehat, kenape?", jawab Rayyan dengan senyuman di bibir.

"Erm ... boleh tak Rena nak rehat dengan korang sekali? sebab Risha dia pergi tolong cikgu jadi Rena tak de teman", kata aku sambil mengetap bibir.

"Tak boleh!", bangkang Tengku Izz cepat

"Eh boleh je! boleh sangat kalau nak rehat dengan kitaorang!. Rena tak payah lah dengar kata Izz ni", ujar Raycarl

Rayyan dan Iman hanya mengangguk dengan wajah yang ceria.

"Kalau korang nak rehat dengan perempuan gedik ni rehat lah, aku blah dulu", ujar Tengku Izz dingin

Belum sempat Tengku Izz melangkah keluar dari kelas, aku terus mengejar langkah Tengku Izz lalu menangkap lengannya yang berlapik.

"Awak! boleh lah rehat dengan saya juga.. Sekali ni je saya nak rehat dengan awak", pujuk aku lalu mengelip-gelipkan mataku ke arah Tengku Izz.

Tiba-tiba aku melihat Sofea yang sedang berjalan di depan kami berdua, sambil mata dia tidak lepas memandang ke arah lengan Tengku Izz yang dipegang olehku.

Apabila melihat Sofea memandang ke arah itu cepat-cepat Tengku Izz menepis kasar tangan aku yang memegang lengannya tadi. Mukanya macam sedang menahan marah.

"KAU JANGAN NAK PAKSA-PAKSA AKU BOLEH TAK PEREMPUAN TAK SEDAR DIRI !!!" jerkah Tengku Izz dengan riak muka yang sangat dingin dan marah.

Mata aku merenung tajam ke arah Sofea.

Kenape sebab budak baru pindah yang bernama Sofea ni, Tengku sanggup jerkah aku depan perempuan ni!, perempuan ni macam nak rampas Tengku Izz dari aku. Bisik hatiku yang penuh amarah.

Aku tergelak sinis.

"Saya cuma nak pujuk awak je! tapi kenape bila perempuan baru pindah ni lalu depan kita awak nak jerkah saya. Perempuan ni bukan girlfriend awak pun!", kata aku lalu menunding jari ke arah Sofea.

"Eh! saya mintak maaf saya cuma terpandang korang berdua aje. Jangan libatkan saya dalam hubungan korang" , ujar Sofea dengan suara lembut. Sambil dia menundukkan kepala. Lalu dia pergi meninggalkan kami berdua.

"Kau kenape kurang ajar sangat dengan Sofea!!, dia ade nama! nama dia Sofea, lagi sedap dari nama kau. Memang Sofea bukan girlfriend aku buat masa ni, tapi akan datang Sofea akan jadi kekasih hati aku. Blah lah kau!!" jerit Tengku Izz kasar sambil berlalu pergi.

Aku menghembuskan nafas berat. Hati aku terlalu sakit.

Aku mengenggam tangan aku dengan perasaan geram dan marah yang membuak-buak.

Aku baru aje nak rasa bahagia tapi kau dah rosakkan kebahagian aku perempuan! jangan harap aku nak mengalah! aku akan pikat hati Tengku Izz sampai Tengku Izz terperangkap dengan cinta aku . Monolog aku dalam hati.

"Erkk..Rena kitaorang mintak maaf bagi pihak Tengku Izz, tak pe jangan risau kitaorang akan bagi pengajaran dekat Tengku! . Kami pergi dulu. Jangan berhenti pikat hati Tengku Izz", bicara Raycarl mewakili kedua kawannya.

Aku hanya mengangguk aje. Kaki ku mula menapak ke arah bilik guru untuk mencari Risha.

SELEPAS aje loceng rehat berbunyi tanda sudah habis masa rehat. Aku segera balik ke kelas bersama Risha.

Aku mengorak langkah masuk kelas tetapi mata aku terlekat pada Tengku Izz yang sedang menatap wajah Sofea. Haih

Kenape dia langsung tak jaga hati aku, hati dah terlalu disakiti. Bisik hatiku

Kami berdua sudah melabuhkan punggung di atas kerusi.

"Rena, ade ape-ape nak story ke? aku tengok kau badmood je hari. Why?", soal Farisha memegang bahuku.

Terbit keluhan di bibirku.

"Cuba kau pandang Tengku Izz", suruh aku

Aku lihat Farisha menoleh ke tepi untuk melihat Tengku Izz.

"Kenapa? aku tengok okay aje Tengku Izz tu".

Sepantas kilat kepala aku menoleh ke tempat yang sama.

Mulutku mendecit.

Elok aje Tengku Izz dan groupnya berborak. Tadi bukan main pandang-pandang si pemusnah tu. Ya aku sudah gelarkan Sofea sebagai 'pemusnah' kebahagian aku.

"Baru one day dah jadi pemusnah kebahagian aku, kau tunggu aje lah aku tak akan biarkan kau rampas hak milik aku", dengan suara yang halus.

"Ape dia Rena?", soal Farisha tiba-tiba.

"Haa! tak de ape-ape ... ", pertanyaan Farisha membuatkan aku terkejut sedikit.

"Okay lah, tapi kau masih hutang aku lagi, hutang pasal story yang kau tak ceritakan lagi. Kau kena ceritakan dekat aku nanti ... ", terselit nada ketegasan di bicara itu.

Kepalaku teranguk-anguk.

"Baiklah, arasso!", sambil aku memberi senyuman lebar ke arah Farisha.

"Bagus!". Lalu Farisha memeluk tubuh dengan kedua tangannya.

Kepala aku tergeleng.

Haih, muncul pulak orang yang akan rosakkan rancangan aku untuk pikat hati Tengku Izz. Aku kena lebih berperangai gedik mulai sekarang. Harap-harap perbuatan aku dapat membuahkan hasil.

Aku mengangguk yakin.

Komen banyak-banyak guys... Seri akan jawab semua komen.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience