Bab 13

Romance Series 9611

PINTU kereta dibuka. Kaki sudah melangkah keluar dari kereta. Aku berdiri di luar pagar rumah agam milik Farisha.

"Assalamualaikum Risha!".

Aku memberi salam apabila tidak melihat bayang Risha yang berada di halaman rumah. Pintu rumahnya juga masih tertutup.

"Assalam ... ". Tak sempat mahu memberi salam kali kedua. Pintu utama sudah terbuka.

Muncul lah Risha yang sudah cantik bersiap.

Risha mengambil kasutnya lalu dipakai, selepas sudah memakai kasut dia bergerak ke pintu pagar lalu dibuka.

Risha tersenyum lebar kepadaku.

Risha memeluk lengan aku.

"Ape masam-masam ni, tak mau lah. Cuba senyum sikit".

Mulutku mengoyakkan senyuman tidak rela.

"Macam tu lah baru cantik, kita enjoy-enjoy je hari ni okey".

"Ye ye okey". Aku tersenyum lebar

"Jom". Aku menarik lengan Risha untuk pergi ke kereta.

"Eh! ni bukan kereta yang selalu pemandu kau guna kan?". Farisha memandang aku hairan.

Bibirku tersengih. Ade kejutan yang sedang menanti.

Tiba-tiba tingkap kereta milik pemandu terbuka. Jelas terpapar wajah Izaan Aidan yang sangat kacak. Mampu membuatkan ramai gadis terpukau dengan wajahnya termasuk Risha.

"Rena ajak lah Risha tu masuk kereta. Panas ni", ujar Izaan dengan cermin mata hitamnya.

Membesar mata Risha. Dia betul-betul terkejut dan tidak menyangka. Dia akan duduk di dalam satu kereta bersama crush hatinya.

Risha mengalihkan mata ke arah aku. Dia menaikkan kening suruh menjelaskan ape yang telah terjadi.

"Pemandu aku tak de kat rumah, dia antar papa pergi office jadi along aku lah baik hati nak antar kita berdua. Dah lah jom je naik". Aku menjelaskan perkara itu lalu menarik Risha untuk masuk ke dalam kereta bahagian penumpang.

Senyuman lebar mula terbit di bibir Risha. Terpapar jelas riak muka yang gembira di wajahnya.

"Ehem-ehem, jangan nampak sangat gembira tu, sorok sikit". Aku bisik perlahan.

"Ish kau ni jangan lah tegur. Malu lah aku". Farisha menutup pipinya.

Tergeleng-geleng aku melihat gelagat Risha.

Ini baru Risha belum lagi perempuan-perempuan lain kat luar sana. Bila along keluar jalan-jalan di tempat awam, pasti akan ade perempuan yang menegur. Dah lah semua berperangai kaki kikis harta, memang aku lah yang 'sound' bila ade yang terlebih nak nombor telefon segala bagai, kalau sekadar minta tangkap gambar kira okey lah tu.

Tapi aku rasa lah Risha ni bukan setakat suka main-main tapi dia ni dah tangkap cintun dengan along rasanya. Kalau Risha jadi bakal akak ipar aku, aku setuju sangat!.

"Weh cairnya aku bila tengok along kau pakai cermin mata hitam tu". Tiba-tiba muncul suara Risha di corong telingaku.

Aku mengalihkan pandangan ke arah Risha yang sedang mencuri-curi lihat anak teruna orang.

Dah angau teruk sahabat aku sorang ni.

"Along! Risha kata dia cair bila tengok along pakai spek mata hitam". Selamba saja aku menuturkan ayat itu.

Mata Risha sudah terbeliak luas, macam dah nak terkeluar biji mata tu.

"Rena!". Risha memukul lengan aku berkali-kali.

Risha menyorokkan mukanya dari along. Nasib lah dia duduk di belakang tempat duduk pemandu, boleh lah dia sorokkan muka dia yang sudah berbahang.

Aku menghamburkan tawa sambil melihat wajah Risha dengan muka tidak bersalah. Mata aku beralih pulak kepada along yang bisu dari tadi, aku perasan telinga along sudah bertukar warna merah.

"Weh, asal kau pergi cakap macam tu ha, kau tahu tak aku malu. Kau ni kan ..." Risha sudah mengetap bibir tanda geram. Pipinya pula sudah memerah.

Aku tersenyum suka. Ini lah dinamakan balas dendam.

"Ye lah asyik kau je selalu kenakan aku, ni biar lah aku pulak kenakan kau. Bukan selalu dong". Aku membuat muka mengejek.

"Fine tak pe". Risha memeluk tubuh, mukanya dipaling ke arah lain.

Aku sudah tergelak kecil.

"Along pujuk lah bakal girlfriend along yang tengah merajuk ni". Aku pandang ke arah along.

"Rena, ape nakal sangat ni". Mata along sudah mencerlung memandang aku.

"Hehe jangan lah marah. Ape yang Rena kata tu mesti akan jadi kenyataan nanti".

Sekali lagi lengan aku menjadi mangsa pukulan Risha.

"Rena, sudah lah malu aku", bisik Risha.

"Okay-okay". Aku menganggukkan kepala juga.

Nanti sakat lebih-lebih, ade pulak yang suruh patah balik.

Beberapa minit kemudian kereta along sudah terparkir elok di tempat yang tersedia.

"Okay dah sampai, Rena dengan Risha boleh lah turun", kata Izaan sambil melihat aku di pantulan cermin.

"Along tak nak turun ke?". Aku silangkan tali beg ke tubuh.

"Tak payah lah, along malas nak berjalan. Along rajin nak hantar Rena je bukan nak join shopping sekali".

"Okay lah kalau macam tu, Rena pergi dulu". Aku mengambil tangan along lalu dikucup.

"Nanti call along kalau nak balik". Izaan mengusap kepalaku.

"Okay along, bye". Aku dan Risha keluar dari dalam kereta. Pintu kereta aku tutup perlahan. Sebelum mahu masuk ke dalam Malvies Mall sempat aku menilik penampilanku di cermin luar kereta along. Rambut aku yang dibiarkan lepas aku selitkan di telinga.

Bangunan pusat membeli-belah sudah dipenuhi mata. Pusat membeli-belah ini adalah pusat shopping popular yang berada di sini. Ramai orang mengunjungi pusat membeli-belah yang paling besar ini. Dan banyak pakaian jenama yang dijual.

Malvies Mall. Namanya memang sangat sesuai dengan reka bentuk bangunannya yang sangat cantik.

Kami mengorak langkah masuk ke dalam Malvies Mall.

Di luar pun sudah terlalu cantik apatah lagi di dalam. Tidak mampu diungkap oleh kata-kata.

Aku dan Risha saling berpandangan sambil mengukirkan senyuman.

"Kita datang sini untuk happy. Tak mau stres okey?", kata Risha

Aku mengangguk.

Tempat pertama yang kami tuju adalah kedai menjual barangan peralatan tulis.

Kami memilih peralatan tulis di situ. Sesudah memilih, kami terus pergi ke kaunter untuk membayar peralatan masing-masing.

"Lepas ni nak pergi mana?". Aku bertanya apabila kami sudah keluar dari tempat itu apabila sudah membayar.

"Makan jom". Farisha memeluk lengan aku lalu menuju ke foodcourt yang tidak jauh dari situ.

Sambil-sambil itu mulut aku dan Farisha langsung tidak berhenti berbual.

Sementara kami berbual mata aku kadang-kadang memandang ke arah gelagat pengunjung yang berbagai kaum, yang memenuhi pusat membeli-belah ini. Bermacam ragam seperti tiga orang remaja yang sedang meninjau-ninjau seseorang yang mungkin mereka kenali. Tapi kenape muka diaorang bertiga itu seperti orang yang aku kenal eh? Mereka memakai cap di atas kepala itu membuatkan aku lebih sukar untuk memastikan.

"Hoi! kau dengar tak ape aku kata ni?". Tiba-tiba lengan aku ditepuk.

Laju aku menoleh ke arah Risha.

"Haa ye, ape dia?".

Aku menoleh kembali kepada tiga orang remaja itu. Mereka masih dalam keadaan yang sama.

"Aku kata ..." Aku terus menarik lengan Risha pergi ke arah diorang bertiga itu. Aku sudah pasti siapa mereka. Serentak dengan itu Risha terus memberhentikan bicaranya lalu keningnya bercantum. Dia juga mengalihkan pandangan ke arah yang sama.

Apabila sudah berjarak satu meter dengan mereka. Mulutku mengeluarkan suara.

"T4? You guys buat ape kat sini? Dari tadi asyik tinjau je, tinjau siapa?".

Wajah mereka mempamerkan riak terkejut. Lalu mereka memandang antara satu sama lain.

Mereka hanya mendiamkan diri dan langsung tidak menjawab satu pun pertanyaan dari aku tadi. Selepas itu secara tiba-tiba mereka menarik lengan aku dan Risha pergi ke foodcourt.

Aku dan Risha saling berpandangan. Aku mengalihkan pandangan apabila mereka sudah melepaskan lengan aku lalu kami sudah berhenti daripada melangkah.

Dua meter dari tempat aku berdiri terdapat meja makan di hadapan, dua orang yang saling menyuapkan makanan dan menatap satu sama lain. Wajah mereka sangat bahagia! Tapi hati aku sangat sakit!

"I'm sorry Rena, sebab buatkan awak sakit hati melihat 'drama' di hadapan ini. Tapi kami cuma tak nak merahsiakan ape-ape dari awak lagi". Tengku Iman menuturkan kata-kata apabila melihat aku berdiri kaku.

"Thank you sebab dah jujur pada saya". Aku berjalan ke arah pasangan dua sejoli itu.

Risha mengikuti aku dari belakang bersama T4.

Bibir aku mula melukiskan senyuman palsu.

"Hai! Boleh duduk sini tak? Meja lain dah penuh". Aku menahan rasa yang mencengkam dada. Melihat wajah Sofea yang tersenyum menambahkan kesakitan itu.

"Tak payah minta izin Rena, duduk je. Lagipun mereka berdua aje, kerusi masih banyak kosong". Rayyan mencelah lalu menarik kerusi yang berhadapan dengan Sofea.

Melihatkan perlakuan selamba Rayyan aku juga menarik kerusi bersebelahan dengan Tengku Izz.

Yang lain juga melabuhkan punggung di meja itu.

Wajah Sofea sudah berubah keruh. Tengku pula berwajah dingin.

"Erm Sofea, nak cakap something. Boleh?".

"Boleh, awak nak cakap ape Rena?". Sofea merenung aku.

"Sofea awak pakai tudung labuh tutup dada memang sesuai dengan awak. Nampak baik dan alim". Dalam diam aku tersenyum sinis. Aku perasaan Risha dan T4 sudah merenung aku pelik.

Sofea tersenyum lebar. Huh dasar perempuan tak tahu malu!

"Thanks Rena".

"You are welcome ... But i want to ask you something, couple ni tak menjejaskan personaliti awak sebagai seorang perempuan yang baik dan alim ke? Ye lah setahu saya couple ni haram, jangan terasa tau. Saya cuma menegur sesama islam".

Tengku Raycarl sudah tergelak kecil.

Tengku Izz menatap aku dengan mata yang tajam. Aku hanya mengenyitkan mata. Jangan lah pandang-pandang macam tu Tengku Izz, saya cair lah. Auchh!

"Kau ni memang dah melampau". Wajah Tengku Izz sudah merah menahan marah.

"Awak ke saya yang melampau Tengku Izz? Awak baru je kenal dengan 'perampas' ni tapi awak terus bercinta dengan dia. Boleh percaya ke perempuan ni?".

"Kau ... ". Belum sempat Tengku Izz mahu memarahi aku Tengku Raycarl sudah menyampuk.

"Betul lah Rena kata tu Izz, boleh percaya ke perempuan yang kau couple ni. Entah-entah cuma nak kan duit kau. Ingat sikit kau tu bijak jangan jadi bodo disebabkan perempuan macam ni". Tengku Raycarl menatap Sofea dengan pandangan sinis sekali.

Semua di situ sudah tergamam.

Boleh tahan pedas juga kata-kata Tengku Raycarl ni.

"Kau tak de hak nak masuk campur urusan aku walaupun kau kawan aku Tengku Raycarl. Aku tahu ape yang aku buat sekarang, so jangan risau aku tak kan menyesal punya bercinta dengan Sofea. Tapi aku lagi menyesal bercinta dengan perempuan gedik yang tak sedar diri ni!". Tengku Izz sudah berdiri lalu menarik lengan Sofea untuk pergi.

Hati aku bagai dihiris apabila Tengku Izz sanggup berkata begitu di depan T4.

"Rena calm down please. Kau kena kuatkan semangat okey. Hwaiting!". Risha mengukirkan senyuman. Melihatkan Risha berbuat begitu, T4 pun join sekali.

"Hwaiting!!!".

Bibirku menguntumkan senyuman terharu, hati aku tersentuh dengan mereka, mereka yang selalu memberi semangat kepada aku untuk tetap bertahan. Tapi aku tidak tahu sampai bila aku boleh bertahan.

Meskipun nanti awak tak terperangkap dalam cinta saya, tapi saya akan pastikan awak akan menyesal Tengku Izz sebab memilih Sofea dari saya. Bila saya kata saya akan buktikan. Suatu hari nanti pasti awak akan menyesal!

Jangan lupa support Seri and komen guys

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience