Bab 19

Romance Series 9611

Lapan tahun kemudian.

JELAS terpancar sinar kegembiraan di wajah seorang wanita itu sehingga wajahnya kelihatan berseri-seri. Wanita itu sedang duduk di balkoni dengan menatap pemandangan yang indah di negara ini. Rambut coklat keperangan beralun-ralun mengikut retak angin. Tangan mula mencapai secawan hazelnute latte lalu didekatkan di bibir untuk mencicip sedikit.

Wanita itu adalah aku. Rania.

Kini aku sudah berumur dua puluh lima tahun. Sekejap je masa berlalu, sedar tak sedar sudah lapan tahun aku tinggal di bumi Korea ini. Sungguh sayang rasanya mahu meninggalkan tempat ini kerana ia sudah selesa dengan diriku. Entah ada lagi ke kesempatan untuk aku datang ke south Korea ni. Besok adalah hari untuk aku pulang ke Malaysia. Sedia tak sedia aku kena juga pulang kerana mama sudah mula bising, ye lah mana taknya aku langsung tidak pulang sepanjang aku menuntut pengajian di Seoul Korea ini.

Alhamdulilah aku pulang dengan membawa segulung master. Banyak dugaan yang aku tempuh tetapi akhirnya aku berjaya juga sehingga ke menara gading.

"I'm back Rania". Aku mengalihkan pandangan ke arah Lia Maisara yang sedang memegang beg plastik. Dia ni kawan baik aku selama berada di negara Korea. Dia warganegara Islam sama seperti aku. Kami juga menuntut ilmu di Universiti yang sama.

Semua orang di sini panggil aku dengan nama Rania. Sebab aku kenalkan diri aku sebagai seorang yang bernama Rania, bukan lagi Rena. Kerana nama Rena dulu penuh dengan perangai hipokrit aku. Jadi aku nak mulakan hidup baru dengan panggilan baru dengan perangai yang sebenar, bukan lagi hipokrit seperti dulu. Nama Rania sekarang bukan lagi nama special yang hanya boleh dipanggil oleh keluarga, tapi kini nama ini adalah nama yang semua orang akan panggil aku untuk selama-lamanya.

"Ni aku ada belikan roti kegemaran kau for breakfast". Sara menghulurkan sebungkus roti kepada aku.

"Thanks Sara". Aku menghadiahkan Sara sebuah senyuman.

"Ni lepas habis makan kau siap tau, memandangkan hari ni hari terakhir kita kat sini. Jadi sepanjang hari ni kita akan menjelajah di seluruh Korea. Kau siap cepat sikit nanti, bukan aku tak tahu kalau kau siap bukan main lama lagi", kata Sara yang sedang membuka plastik rotinya.

Aku mengangguk sambil tersengih.

"Baik sistur". Mentang-mentang lah dia lahir dulu dari aku. Perangai mengarah, membebel memang tak kan pernah berubah. Sebab tu kadang-kadang aku dah anggap Sara ni dah macam kakak aku sendiri. Aku ni pulak dari dulu sampai sekarang perangai manja, kebudak-budakan itu masih ada. Biasa lah anak bongsu lah katakan.

Aku membuka laptop apple milikku dengan sebelah tangan, sebelah tangan lagi memegang roti. Secara mengejut muncul panggilan video dari Risha, sahabat baik aku dari Malaysia. Risha hanya sambung belajar di Universiti yang terletak di Malaysia saja. Walaupun sukar untuk berpisah tetapi sudah tertulis takdir aku dengan Risha menuntut pengajian di negara yang tidak sama. Nak buat bagaimana lagi. Redha saja lah.

"Sara ni Risha video call, sini lah masuk sekali". Aku mengajak Sara sekali memandangkan aku dah kenalkan mereka pada semester pertama pengajian aku di sini, melalui panggilan video.

Sara terus beralih tempat dengan melabuhkan punggung di sebelah aku.

Aku terus menekan punat menjawab. Apabila panggilan tersambung kami melambai ke arah Risha.

"Assalamualaikum korang". Risha tersenyum kecil

"Waalaikumusalam Risha". Jawab aku dan Sara serentak.

"Wah nampak matang dan ayu dah kau sekarang Risha sejak bertudung ni". Aku menepuk tangan.

"Alhamdulilah, kau pun apa kurangnya Rania makin cantik and cute. Tu muka tu berseri-seri, dah ada boyfriend ke kat sana?". Risha tersenyum nakal.

"Eh, mana ada lah. Aku datang sini nak belajar okay". Aku buat wajah cemberut.

Tertawa Risha dan Sara melihat gelagat aku.

"Kau Sara pun single juga ke?". Risha mengangkat kening.

Sara menunjukkan jari ke arah dirinya.

"Aku? aku memang dah lama single. Dekat sini cuci mata je mampu, ye lah perempuan Korea lagi lawa dari aku kut. Tak de makna mamat Korea nak aku dengan Rania ni". Sara menggelengkan kepala.

"Eh aku pula kena". Aku menjeling Sara.

Sara tergelak.

"Haus lah pulak, jap eh aku nak buat air", kata Sara lalu dia berjalan menuju ke dapur.

Aku mengangguk lalu memandang saja setiap langkah Sara sehingga sampai ke dapur.

"Rania". Aku menumpukan perhatian ke arah Risha.

"Kau betul-betul dah sedia ke nak balik Malaysia? . Kalau kau terserempak dengan lelaki tu macam mana? kau dah boleh hadap dia ke atas apa yang berlaku selama ni? . Sejak kejadian tu banyak perkara yang susah kau kena hadapi Rania".

Aku terdiam seketika.

Memang betul kata Risha sejak kejadian pahit itu, banyak perkara rumit yang menimpa pada diri aku. Lepas aja kejadian itu aku mula demam panas. Demam panas itu berlarutan sampai lah peperiksaan SPM. Aku disuruh menjawab peperiksaan itu di rumah sahaja memandangkan demam aku belum sembuh. Memang terseksa menjawab peperiksaan dengan keadaan yang lemah, dengan aku langsung tidak dapat mengulang kaji pelajaran. Tapi alhamdulilah keputusan SPM aku straight A.

Aku tergelak hambar.

"Banyak betul soalan kau ye, jangan risau tak mungkin lah aku akan terserempak dengan lelaki tu".

"Rania dunia ni kecil je tau. Bila-bila masa boleh terjumpa, aku bukan apa Rania aku tak nak kau terseksa lagi. Aku nak kau move on dan lupakan lelaki tu". Jelas riak kerisauan di wajah Risha.

Aku tersenyum.

"Kau ni anggap aku macam budak-budak lagi ke? kalau kau nak tahu aku dah move on lama dah. Sejak aku datang Korea ni aku dah nekad nak lupakan lelaki tu, jangan lah risau sangat".

"Kalau kau betul maksudkan apa yang kau cakap tu alhamdulilah lega aku. Lagi satu macam mana aku tak anggap kau tu budak kecik lagi Rania, sedangkan perangai kau pun still macam kanak-kanak lagi. Masih tak sedar ke perangai manja and mengada dia tu tak berubah?". Risha menyakat sambil tergelak.

Aku mencebik dan menayangkan muka masam.

"Eh eh sedap je mengata ye bakal kakak ipar, ingat sikit ni yang kau mengata sekarang ni bakal adik ipar kau tau. kalau aku tak restu hubungan kau dengan along aku tu. Tak kahwin lah kau sampai ke tua".

Kalau nak tahu Risha
dengan Izaan dah lama bercinta. Tak lama lagi pula mereka akan ke jinjang pelamin. Senyap senyap ubi berisi diaorang ni.

"Tak hingin aku nak minta restu dari kau. Bakal adik ipar jumpa besok ye, aku nak tutup dah ni. Malas layan perangai children kau ni".

Aku menjeling Risha dan menjuihkan bibir.

"Ok bye, menyampah". Aku memuncungkan bibir .

Terdengar tawa Risha sebelum aku menekan punat tutup. Aku bangun dari kerusi dan bergerak menuju ke bilik tidur aku untuk bersiap.

"Sara nanti tolong basuhkan cawan aku tau!!, hehe". Selepas menjerit begitu pintu bilik ditutup segera. Kalau tak tutup awal-awal kena membebel dengan Sara nanti.

KAMI melangkah dengan tergesa-gesa ke arah seorang lelaki Korea yang sedang duduk di bangku yang berdekatan.

"Cha Taeyong!". Aku melambai ke arah lelaki yang berbangsa Korea selatan itu.

"?? (Hai)". Cha Taeyong segera bangun dan menundukkan sedikit badannya.

Aku dan Sara pun melakukan perkara yang sama.

"?? (Hai Taeyong)", kata aku dan Sara serentak.

Cha Taeyong adalah orang yang berbangsa Korea. Taeyong adalah sahabat baik aku dan Sara. Kami selalu study bersama dan keluar bersama. Di mana ada aku, di situ lah ada Sara dan Taeyong, kami selalu bersama tak kira di mana pun.

"???, ?? ?? ?? (Maaf lambat, awak dah lama sampai?)". Aku tersengih kecil menutup kesalahan. Kami berdua lambat disebabkan aku, sebab aku mengambil masa yang terlalu lama untuk memilih pakaian. Biasa lah perempuan kan.

"???? ?? (Tak ada apa lah, saya pun baru je sampai ni)". Taeyong menguntumkan senyuman manis. Sambil dia mengusap ubun kepalaku sekilas.

Aku tergelak kecil. Jangan salah anggap walaupun kalau dilihat dari jauh kami seperti sepasang pasangan kekasih yang berbahagia. Tapi realitinya kami langsung tidak menyayangi lebih daripada seorang sahabat baik. Taeyong sudah anggap aku ni sepertinya adik perempuannya.

"??, ?? ??? ???. ?? ??? ?? ?????? ???? ???? (Okay jom kita luangkan masa bersama. Besok kami berdua nak balik Malaysia dah)", kataku dengan sayu. Tiba-tiba rasa sedih pula bila besok aku sudah mahu meninggalkan negara ini, dan meninggalkan Taeyong.

Taeyong mula memaparkan riak wajah yang sedih.

"?? ? ???? ?? ??? ???? (Hmm rindu lah nanti saya dekat kawan-kawan perempuan saya yang cantik ni)". Taeyong mula memuncungkan bibir.

Sara sudah tergelak. Aku hanya mengetap bibir menahan tawa.

"?? ??? ??? ?? ?? ??? ??? ??? ????. ??? ??? ?? ? ???? (Manjanya dia, tidak apa lah kalau Taeyong ada masa datang lah Malaysia. Boleh jalan-jalan dekat sana nanti)".

Taeyong tersengih comel lalu mengangguk kecil.

" ? ??? ? ? ???????. ??? ?? ??? ???? (Sudah lah korang berdua ni berdrama, nanti tak sempat kita nak berjalan)".

Aku dan Taeyong menghamburkan tawa apabila melihat wajah cemberut Sara.

Lalu kami bertiga melangkah mendekati jeti Gapyeong untuk menaiki feri.

AKHIRNYA feri tiba di jeti Nami Island. Setiba di pulau itu, kami menikmati panorama indah. Melewati setiap deretan pokok yang menjadi daya penarik para pelancong untuk datang ke sini.

Aku meliarkan pandangan pada pokok-pokok yang berdaun kekuningan menanti untuk luruh ke tanah. Betapa terpesonanya aku melihat keindahan ciptaan ALLAH itu.

"Wah... cantiknya". Biarpun daun-daun sudah kekuningan, tetapi masih kelihatan rumput menghijau. Aroma daun-daun kering juga boleh dihidu.

"Sara can you take some picture for me?". Aku menghulurkan iphone milikku kepada Sara.

"Sure". Sara mengambil iphone yang dihulurkan.

Dengan berlatar belakangkan alam semula jadi yang begitu cantik panoramanya. Aku membuat pelbagai gaya semasa foto diambil. Semua posing yang cute cute.

Selepas banyak gambar yang diambil untuk aku seorang. Aku mengajak Taeyong bergambar sekali. And then gambar Sara pulak ditangkap.

Selepas sudah sesi mengambar sebagai kenang-kenangan. Aku menghantar gambar-gambar aku bersama Taeyong dan Sara di laman sosial. Followers aku sudah mencecah 2M, perkara itu biasa bagi aku kerana bila sambung belajar di negara yang maju dan trend sekarang. Lagisatu disebabkan juga aku berasal dari keluarga berada lah katakan.

Kami bertiga berjalan-jalan di Nami Island itu sampai lah angka sudah berganjak menunjukkan pukul tiga petang. Kerana perut pun sudah berkeroncong. Kami terus bergerak pergi ke Myeongdong untuk membeli makanan.

Apabila sudah sampai kami mencuci mata dengan barangan-barangan yang berpatutan. Kami berhenti di restoran halal untuk membeli makanan. Antaranya makanan yang kami beli ialah tteokbokki, jjajangmyeon dan bibimbap. Kami hanya bungkus saja kesemuaan makanan Korea itu.

Hangang Park. Lokasi yang seterusnya kami tuju. Hangang Park ialah taman rekreasi yang terletak di tepian sungai Hangang. Ramai penduduk tetap atau pelancong yang datang ke Hangang Park ini pada setiap waktu petang untuk melakukan aktiviti bersama keluarga tercinta.

Kami memilih tempat yang kosong untuk piknik. Tikar dibentangkan oleh Taeyong manakala aku dan Sara memegang makanan yang dibungkus tadi dan makanan ringan dibawa dari rumah. Makanan yang dibungkus tadi aku keluarkan dari beg kertas. Lalu disusun di tikar yang sudah dibentangkan.

Kami bertiga melabuhkan punggung di tikar tersebut. Aku menghirup udara segar di sini kerana kawasan di sini kelihatan sangat bersih.

"Let's eat!", kataku dengan teruja. Aku mengambil satu bekas tteokbokki lalu membuka penutup. Aku memakai chopstick untuk mengambil tteokbokki lalu dimasukkan ke dalam mulut. Aku memejam mata menikmati kesedapan makanan Korea itu. Makanan favourite aku adalah tteokbokki dan bibimbap.

"???? (Sedap kan?". Taeyong memandang aku sambil mengangkat kening.

Aku mengangkat ibu jari lalu mengangguk. Lalu aku sambung makan balik tteokbokki kegemaran aku.

Sara mengeleng aja melihat aku begitu.

"Rania jangan makan gelojoh sangat. Ni baca doa makan tak".

Aku tersengih comel dan mengeleng perlahan.

"Sorry, i'm forget to read doa". Aku cepat-cepat menadah tangan, lalu membaca doa makan.

Taeyong dan Sara mengeleng dan tergelak kecil melihat perangai tak matang aku.

Aku mendongak memandang mereka lalu memasang riak muka masam.

"Stop laugh!". Aku memarahi mereka dengan menjeling manja.

Tetapi makin kuat pulak ketawa diaorang berdua. Lama-lama aku pun turut ketawa memikirkan riak wajah aku yang masam tadi mesti kelakar agaknya.

Aku mengalihkan pandangan ke arah sungai Hangang. Aku menatap pemandangan indah bandar raya Seoul yang terletak di seberang sungai.

Terasa berat pula hati mahu pulang besok. Aku sangat bahagia dan tenang sepanjang tinggal di South Korea ni.

Aku memang rindu sangat dengan keluarga aku di sana tetapi aku takut bila aku tiba-tiba berhadapan dengan lelaki itu aku jadi lemah dan aku takut perasaan cinta itu akan makin bercambah. Dari sudut hati aku yang paling dalam memang aku masih tidak dapat melupakan Tengku Izz. Aku boleh menipu orang lain termasuk Risha tetapi aku tidak boleh menipu diri sendiri.

Adakah bila aku balik Malaysia nanti, kebahagaian yang selalu aku kecapi di sini dapat dirasai apabila berada di sana?

Don't forget to support me and comment :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience