Bab 6

Romance Series 9611

AKU melabuhkan punggung di bangku yang berada di green garden apabila sudah sampai di situ.

Memandangkan masa masih awal untuk berkumpul di perhimpunan jadi aku mahu menenangkan hati yang terlampau marah ini di green garden, ini lah tempat yang aku selalu menenangkan perasaan marah dan mengosongkan fikirannya.

Mulutku mengeluh kecil sambil memandang ke arah tanaman-tanaman yang subur itu.

"Hugh!". Aku mengeluh lagi dan lebih kuat.

"Tak baik tau mengeluh". Ujar seseorang yang berada di belakang aku.

Ternaik sedikit bahu tanda terkejut, aku segera mengalihkan pandangan ke belakang untuk melihat wajah seseorang itu.

"Ya Allah Shahmeer, terkejut Rena". Kata aku dengan mata yang terbuntang luas

Shahmeer tergelak kecil apabila melihat riak wajah aku yang terkejut itu. Sangat comel

Shahmeer mengatur langkah perlahan ke arah bangku yang diduduki aku dan dia juga melabuhkan punggung di bangku itu cuma dia mewujudkan jarak antara dia dan aku.

"Maaf, tak tahu pulak boleh buat Rena terkejut". Kata Shahmeer sambil melihat sekilas wajahku.

"Tak pe, Rena tak kisah". Kata aku lalu mengukirkan senyuman ke arah Shahmeer

Shahmeer hanya menganggukkan kepala.

Aku mengaku bahawa Rena lah perempuan pertama yang dapat mencuri hati aku, bagi aku Rena perempuan yang unik, lain dari yang lain. Kerana keunikan dan keperibadian Rena lah aku mula jatuh hati kepada perempuan yang bernama Irena Rania, namanya secantik orangnya tapi itu dulu sekarang aku sedaya upaya cuba untuk membuang nama Rena di dalam hati kerana jika kalau orang dah tak sudi nak paksa buat ape lagi kan? . Lagipun orang kate juga bunga bukan sekuntum kan? So aku akan try move on dan jadikan Rena sebagai seorang kawan sahaja. Bisik hati Shahmeer

"Kalau nak usahakan sesuatu tu tak elok mengeluh sebab orang dulu-dulu kate nanti usaha tak dapat membuahkan hasil". Ujar Shahmeer sambil memandang ke arah tanaman-tanaman yang berada di green garden itu.

Aku melihat Shahmeer dengan wajah yang serba-salah. Aku tidak tahu bagaimana hendak membalas percakapan Shahmeer sebentar tadi. Masih terngiang-ngiang lagi kejadian aku terpaksa menolak perasaan Shahmeer terhadap diriku.

"Awak tak marahkan saya ke ape yang berlaku hujung tahun lepas? kenape awak masih nak tegur saya walaupun saya dah tolak perasaan awak Meer?". Soal aku sambil memandang Shahmeer dengan riak muka yang penuh serba-salah.

"Saya dah lama maafkan awak benda dah lepas biarkan je lah berlalu jangan diungkit, lagipun bukan salah awak pun".

Ya Allah baiknya hati awak Shahmeer, saya berdoa agar awak dipertemukan dengan seorang perempuan yang baik. Bisik hati aku

"Terima kasih sebab tak berdendam dengan saya". Tutur aku sambil menguntumkan sebuah senyuman yang paling manis.

"Sama-sama tak de hal punya". Ujar Shahmeer sambil mengenyitkan sebelah mata.

Aku tergelak kecil

"Awak selalu tenangkan perasaan marah awak dekat sini je kan, dekat tempat lain memang tak boleh hilang eh perasaan marah tu?". Gurau Shahmeer

Terletus tawa aku lagi.

"Saya dah terbiasa dengan green garden ni, lagipun saya suka tengok tanaman-tanaman hijau ni nampak tenang dan damai je". Lembut sekali percakapan aku.

Shahmeer mengangguk tanda faham. Patut lah dia selalu tinjau tempat ni je yang Rena pergi bila marah.

"Eh". Aku macam tersedar sesuatu.

"Kenape?". Soal Shahmeer keliru

Terbit sebuah senyuman di bibir sambil mengalihkan pandangan ke arah Shahmeer.

"Ha, ha awak selalu tinjau saya ye? baik terus terang". Soal aku sambil menaik-naikkan keningnya

"Erkk.."

"Patut lah saya selalu rasa macam ade orang perhatikan saya selama ni rupanya awak orangnya, awak ni macam peminat misteri saya lah pulak?". Kata aku sambil melepaskan tawa. Diikuti dengan Shahmeer.

"Aduii, sakit perut saya gelak". Kata aku yang masih dengan sisa tawa

Shahmeer hanya tersengih malu

"IRENA!!". jerit seseorang

Terhenti sekejap tawa aku. Eh tu macam suara Risha.

Tubuhku dipusing ke belakang untuk melihat. Kan betul

Aku melihat Risha yang terlari-lari mendapatkan diriku.

Sampai saja Risha terus nak menghamburkan bebelan dengan nafas yang tercungap-cungap tetapi aku sempat menghalang dengan menarik lengan Risha duduk di bangku yang aku diduduki.

"Sabar, tarik nafas dulu".

Risha hanya mengikuti kata-kata aku dia mula menarik nafas.

"Okay then hembus perlahan-lahan".

Perlahan-lahan Risha menghembuskan nafas.

"Okay dah boleh dah nak cakap ape yang kau nak cakap tadi".

Shahmeer yang dari tadi memerhati sekadar tersenyum kecil dan mengelengkan kepala dengan telatah Risha yang mencuit hatinya.
Elelele senyum-senyum tu dah mula jatuh suka ke?

"Kau tahu tak aku cari kau merata-rata tempat tadi last-last kat sini rupanya, hish kau ni suka buat aku risau, dah lah hati aku sakit dengan makcik bawang tak berbayar tu ikut sukahati diorang je nak kutuk kau macam-macam. Belum kenal hati kau dah nak labelkan kau macam ini lah macam itu lah kalau ikutkan hati aku ni dah lama dah aku sepak teranjang diorang tu semua". Bebel Farisha panjang lebar

Kepala aku hanya mengangguk mendengar bebelan Risha itu semua.

"Dah habis dah?". Soal aku

"Dah".

"Okay biar aku pulak yang cakap, aku mintak maaf sebab tak bagi tahu kau sebelum akul datang sini sebab aku lupa, ye lah aku marah sangat dengan diorang tu semua sampai aku jalan tanpa hala tuju. Sorry eh?". Kata aku sambil mengerdip-gerdipkan mata.

Sorry Risha tanpa hala tuju tu alasan semata-mata, aku tipu kau hehe. Bisik hatiku

"Eh Shahmeer!, awak memang ade dari tadi eh?". Ujar Farisha tanpa menjawab soalan aku tadi.

"Aah sempat lah juga saya dengar perbualan korang berdua". Ujar Shahmeer sambil memberikan senyuman manis kepada Risha.

Pipi Risha sudah memerah.

Serius lah wei dengan aku terlari-lari tadi dengan membebelnya, dia tengok. Ya allah malunya. Omel Risha dalam hati

"Hoi!". Ujar aku sambil memukul lengan Risha.

"Ha ye ye".

"Kau kenape termenung pulak".

"Erkk.. Rena dah pukul berapa dah ni? jom lah kita pergi perhimpunan dah lambat dah". Ujar Farisha mula berdiri sambil menarik lengan aku untuk berdiri sekali.

"Sorry ye Shahmeer kitaorang kena pergi dulu hehe bye bye". Ujar Farisha tergesa-gesa sambil menarik lengan aku untuk pergi.

Aku berkerut dahi tanda pelik. Dah kenape pulak Risha ni tergesa-gesa bukan lambat sangat pun.

"Bye Shahmeer kitaorang pergi dulu!". Ujar aku dengan separuh menjerit

Shahmeer hanya mengangguk sambil tergelak. Bukan dia tak nampak pipi Risha yang sudah memerah tadi, cuma dia saje je buat-buat tak tahu.

TUBUH aku menoleh ke belakang. Aku perlu bertanya kenape Risha menarik aku untuk pergi dengan tergesa-gesa.

"Eh Risha kau ni kenape tergesa-gesa semacam je tadi? dah lah kau tak jawab lagi kau maafkan aku ke tak, ha lagisatu kenape pipi kau merah ni kau panas ke? Setahu aku sekarang ni masih pagi mana ade cahaya matahari". Soal aku blur

"Pi..pi aku merah ke?". Soal Farisha gagap sambil tangannya memegang pipinya sendiri

"Aah lah aku rasa Shahmeer pun perasan tadi, sebab ketara sangat". Jawab aku pelik

"Kau serius lah? arghhh malunya aku!".

"Ye serius! eh jap kau kenape pulak nak malu?". Ujar aku masih tak faham

"Hish kau ni tak de pape lah pandang je lah cikgu tengah berucap tu". Ujar Farisha masih malu sambil menolak bahu aku ke hadapan.

Aku mencebik. Hish dia ni semua soalan aku tanye bukan nak jawab!

"Eh". Barulah aku mengerti, biasalah aku memang lambat sikit nak pickup perkara-perkara begini.

Barulah aku faham kenape Risha tergesa-gesa tadi dengan pipi merah-merah rupa-rupanya...Haha.

Aku menoleh semula ke belakang. Aku memandang Risha dengan tersengih-sengih.

"Ouhhh baru aku tahu kau malu dengan Shahmeer kan sebab kelakuan kau yang mema.....".

Dengan segera Risha terus menutup mulut aku dengan telapak tangannya.

Risha memukul lengan aku apabila sudah melepaskan tapak tangan dia dari menutup mulutku.

"Shuu! nak cakap tu perlahan lah sikit karang orang dengar nak membawang pasal aku pulak". Ujar Farisha meletakkan jari telunjuk ke mulutnya.

Bibirku tersenyum nakal

"Eleh malu cakap je lah tak payah nak selindung pipi kau tu dah beri tahu segalanya yang kau tengah malu". Ujar aku sambil tergelak perlahan

"Kau ni! mana ada lah".

"Eh kau nak tahu tak?". Soal aku

"Ape dia?". Soal Farisha dengan muka masam

"Ni first time tau aku rase happy sangat bila orang lain tengah kutuk aku hina aku, so aku nak ucapkan thank you very much sebab tak stres kan aku hari ni". Kata aku sambil tersenyum manis. Aku menghiraukan saja orang-orang sekelilingnya yang tengah berbisik-bisik mengutuk diriku.

Risha menghembuskan nafas lega walaupun dia berasa malu dengan perkara tadi tapi kalau benda tu boleh buatkan Rena tak berasa sedih dia pun tak kesah ye lah we are friend.

"Kasih diterima". Ujar Farisha sambil menolak bahu aku ke hadapan semula.

Shahmeer baik kan? Shahmeer single lagi ade sesiapa nak isi jawatan kosong sebagai girlfriend Shahmeer tak? Hehe..
Jangan lupa support Seri and komen guys

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience