Bab 12

Romance Series 9611

Bab 12

PEJAM CELIK - PEJAM CELIK sudah pertengahan bulan sekarang aku bersekolah. Cepat betul masa berlalu. Tak lama lagi aku bakal menduduki Trial SPM ! Sungguh mendebarkan hati walhal bukan SPM sebenar pun. Waktu aku sekarang lebih kepada pembelajaran, selalu mengulang-kaji dan memberi sepenuh perhatian kepada guru mengajar. Tapi aku tetap manusia biasa, ade juga kekadang aku terleka melihat Tengku Izz sampai ketinggalan. Tapi aku ni bijak, kalau aku ketinggalan aku bertanya lah kepada kawan baik aku then buat ulang kaji balik senang bukan? Hehe.

Aku lihat Tengku Izz dan Sofea masih belum mesra di sekolah dan tidak bercakap langsung! Itu membuatkan aku lebih senang untuk menumpukan segala perhatian terhadap pembelajaran. Tapi aku tetap harus berhati-hati dengan Sofea.

"Orait guys, akhir pertanyaan ape yang akan korang buat lepas tamat sekolah. Ade yang bercadang mahu sambung belajar di luar negara ke ataupun terus bekerja?", soal cikgu bahasa inggeris yang mengajar kelas aku. Dia hanya bercakap bahasa inggeris masa mengajar sahaja.

"Cikgu! ni Rena!". Farisha menunjukkan jari dia ke arah aku.

Aku menjegilkan mata. Haish dia ni tak boleh simpan rahsia.

"Haah, ye Rena? ade ape-ape nak kata", kata cikgu

"Erkk ... ". Kepala aku menoleh kiri dan kanan. Semua rakan sekelas aku menatap aku.

Perlahan-perlahan tubuh aku mula berdiri sambil menjeling tajam ke arah Risha.

"Ermm ... Lepas tamat sekolah saya akan sambung belajar di luar negara. Saya akan berusaha keras untuk mendapat result yang terbaik masa SPM nanti", kata aku teragak-agak.

Tanpa disangka-sangka, semua rakan sekelas aku menepuk tangan kecuali pujaan hati aku tu. Cikgu juga turut menepuk tangan.

"Wow! syabas Rena, awak ade keyakinan. Susah nak tanam keyakinan pada diri sendiri. Cikgu suka semangat awak ... Tapi jangan hanya bercakap di mulut tetapi buktikan dengan sijil SPM kamu". Cikgu menghadiahkan senyuman kepada aku.

Aku mengangguk sambil mengukirkan senyuman. Aku melabuhkan punggung di kerusi.

Mata aku sudah sepet kerana merenung tajam ke arah Risha. Dia hanya tersengih kerang busuk.

Tangan aku bergerak mencubit lengan Risha.

"Auwww! okay-okay aku janji tak buat macam tu lagi". Farisha menepis jari aku yang mencubit itu. Mukanya dah berkerut menahan sakit.

"Ha main-main lagi dengan aku. Yang kau tak pandai rahsia kenape? nasib tak kantoi yang aku ni tak rela nak sambung belajar kat luar negara. Kalau bukan sebab mama papa aku paksa, tak de makna aku pergi sambung belajar dekat sana sorang-sorang", bisik aku di telinga Risha.

"Hehehe sorry lah Rena, aku lupa pulak yang kau tak nak sambung belajar kat luar negara. Tapi kenape eh? bukan ke kat Korea. Tempat yang kau teringin sangat nak pergi", bisik Farisha juga.

"Hmm kita kan dah janji nak sambung belajar dekat U yang sama, kita kan memang selalu berkepit. Macam mana lah nanti aku kat negara orang tu sorang-sorang. Kalau ikutkan aku memang teruja nak sambung belajar dekat Korea tapi tu lah, mak ayah kau pun dah sediakan U mana yang kau akan sambung belajar nanti. Mesti kat Malaysia". Aku tersenyum hambar.

"Tak pe lah Rena, nanti kita boleh video call hari-hari eh bukan-bukan. Setiap minggu haa. Lagipun kau cari lah kawan dekat sana, tapi ... Cari yang berbudi bahasa, yang boleh dipercayai okey.". Farisha memberikan senyuman ke arah aku.

Aku mengangguk. Senyuman mula terbit di bibir.

Harap-harap begitu lah.

KAMI menurun tangga apabila sudah tibanya waktu pulang. Tapi aku dan Risha bukan menuju ke pintu pagar tapi menuju ke arah perpustakaan sekolah untuk mengulang kaji. Selalunya kalau musim peperiksaan memang ramai orang yang stayback dekat perpustakaan, bukan hanya kami sahaja.

"Kau dah bagitau driver kau ke yang kita balik lambat hari ni sebab stay dekat perpustakaan sampai petang?", Soal Farisha

"Dah bagitau masa dia hantar aku pagi tadi. Dah jom lah masuk perpustakaan".

Aku menarik pintu perpustakaan supaya terbuka. Kaki kami melangkah masuk.

Kitaorang memilih tempat yang terletak di tepi tingkap dan di baris ketiga belakang.

"Arghh ... sejuknya kalau tidur ni mesti best", ujar aku sebaik saja melabuhkan punggung. Mulutku sudah menguap.

"Hish kau ni Rena, kita datang sini bukan nak tidur tapi kita nak ulang kaji. Minggu depan dah trial SPM kut". Risha menjelingku

"Ye lah mak cik Risha, saya menurut perintah. So kita nak start dari mata pelajaran ape?", soal aku sambil tersengih.

"Kita start dari mata pelajaran sains dulu lah".

Kami membuka buku sains dan membaca sebentar. Selesai saja membaca kami membuat latihan bersama-sama. Jika aku tidak memahami sesuatu aku meminta untuk Farisha mengajarku.

Mata aku mengalihkan ke arah lain apabila terasa mataku berair. Haih kami asyik belajar saja langsung tidak berhenti, mana tak mengantuk macam tu.

"Eh". Aku melihat group T4 memasuki perpustakaan tapi yang peliknya hanya tiga orang. Tengku Izz tiada di situ. Tak pernah-pernah Tengku Izz tiada sekali dengan groupnya.

Mata aku kembali melihat Risha yang kusyuk mengulang kaji pelajaran.

"Risha aku pergi cari buku kejap eh?".

"Aah okay, pergi lah", ujar Farisha yang masih lagi kusyuk terhadap buku.

Kaki aku mengatur langkah pergi ke arah meja T4.

"Hai korang", sapa aku kepada mereka bertiga. Mereka semua merenung aku dengan mata terbeliak dan resah semacam.

Ape yang telah terjadi ni?

Aku duduk di kerusi kosong yang berada di situ.

"Kenape Tengku Izz tak de kat sini, selalunya korang akan pergi ke mana-mana sahaja berempat tapi hari ni bertiga aje?". Mata aku melihat mereka bertiga satu persatu.

"Err ... Ouh ha ni Tengku Izz dia ... Ade hal keluarga katenya jadi tak dapat ulang kaji dengan kitorang bertiga". Tengku Raycarl sudah resah.

"Rena tak percaya! mesti ade sesuatu yang korang sorokkan dari Rena kan? tolong terus terang sebab Rena rasa ini berkaitan dengan Tengku Izz".

Diorang mengeluh.

"Baiklah kitaorang terus terang, sebenarnya Rena Tengku Izz ...". Tengku Rayyan berhenti sekejap lalu memandang Tengku Raycarl dan Tengku Iman.

"Tengku Izz ape?", soal aku mengesa.

"Tengku Izz dah jatuh suka dekat Sofea. Tengku Izz dan Sofea sudah bercinta, dan mereka saja pura-pura tak kenal masa di sekolah. Kami dah cuba untuk putuskan mereka tapi tak berhasil. Sekarang Tengku Izz tengah ulang kaji dengan Sofea". Tengku Raycarl menyambung percakapan Tengku Rayyan yang tergendala tadi.

"What, Tengku suka dekat Sofea? dan diorang dah bercinta?". Aku menahan hati yang sedang bergelora ini.

"Yes Rena". Tengku Iman pula menyambung.

"Diorang dekat mana, diorang ulang kaji dekat mana?", soal aku.

"Dekat taman area perumahan Rena", kata Tengku Raycarl.

Dengar saja lokasi tempat Tengku Izz berada aku bergerak ke meja aku dan mengemas semua barang-barang masuk ke dalam beg. Aku mengangkut tali beg ke bahu.

"Risha! aku balik dulu, ade hal yang aku nak uruskan", ujar aku sambil menghubungi driver untuk menghantar aku ke lokasi tersebut. Tidak sempat menunggu bicara dari Risha.

APABILA sudah sampai di taman area perumahan aku. Mata aku terlekat pada bangku yang diduduki oleh dua orang manusia. Satu manusia yang paling aku sukai dan satu manusia yang paling aku benci. Tanpa membazir masa lagi kaki aku terus mendekati mereka yang sedang seronok bergelak tawa.

"Amboi-amboi seronoknya gelak. Ape yang lawak sangat tu?". Aku mula bersuara apabila sudah berada di hadapan mereka. Memang benar ape yang diperkatakan oleh kawan-kawan Tengku Izz.

"Eh! kau perempuan gedik apasal kau ade dekat sini?". Muka Tengku Izz seperti tidak suka aku berada di situ.

"Ouh takut kantoi eh? sebab tu dekat sekolah pura-pura saling tidak mengenali antara satu sama lain sampai sanggup tak bertegur sape gitu. Macam tu?", soal aku sinis.

"Kau tak payah sibuk urusan aku eh perempuan gedik. Lebih baik kau mampus je lah!". Tengku Izz berura-ura mahu memukulku tetapi Sofea menarik lengan Tengku Izz tanpa beralas. Aku ulang TANPA BERALAS.

Mata aku membulat menahan geram. Tangan digepal.

"Awak tahu tak Tengku Izz masa saya pegang lengan awak tapi beralas dengan baju, awak tepis dengan kasar sekali ... Tapi bila perempuan ni pegang lengan awak bersentuhan kulit awak tak tepis Tengku Izz ... Saya walaupun ye lah macam awak kata saya perempuan gedik tapi saya tak pernah sentuh kulit yang bukan muhrim macam perempuan sebelah awak ni. Kalau saya tak datang sini tadi mungkin akan jadi lebih dari tu. Jadi perlu ke saya biarkan dan tak payah sibuk urusan awak? ni dinamakan maksiat jadi saya ni sesama islam nak elakkan benda ni terjadi".

Senyuman mengejek mula timbul apabila melihat muka Sofea yang sudah resah.

"Heh yang kau sibuk nak ceramah orang kenape? sedar diri tu sikit. Dah tentu-tentu lah Sofea tak sengaja nak pegang lengan aku. Dia tak macam kau sukahati je lah nak sentuh orang. And sekarang ni hati kau tengah panas sebab aku tak terima cinta kau. Betul tak? kesiankan kau perempuan gedik". Tengku Izz membalas kata-kata aku dengan kasar sekali.

"Izz, saya nak balik dulu lah ye. Saya tak nak keadaan makin teruk disebabkan saya", kata Sofea dengan nada yang sedih. Dia terus mengatur langkah pergi dari situ.

Talam dua muka punya perampas. Elok lah kau pergi dari sini, menyemak aje aku tengok kau. Desis hatiku

"Eh Sofea! wait". Tengku Izz mahu mengejar langkah Sofea. Aku terus menghalang langkahnya.

"Tengku Izz tak boleh ke awak bagi saya peluang untuk pikat hati awak sampai awak jatuh cinta pada saya. Please ... ". Aku merayu kepada Tengku Izz.

"Kau memang tak de sifat malu eh?. Memang, memang tak akan ade peluang untuk kau pikat hati aku. Walau macam mana cara sekalipun kau pikat hati aku, aku tak akan jatuh cinta kat kau. Hati aku hanya ade pada Sofea". Seusai saja menghabiskan percakapan Tengku Izz terus berlalu pergi.

"Arghhhhhh!". Perasaan aku sekarang bercampur baur. Aku menghentakkan kaki tanda terlalu geram.

"Kenape ha? kenape awak tak boleh nak bagi peluang dekat saya Tengku Izz". Aku berkata sendirian.

"Tak pe! walaupun awak tak bagi peluang dekat saya untuk pikat hati awak. Tapi saya akan tetap buat awak jatuh cinta pada saya Tengku Izz. Sofea dah rampas hak aku". Aku tersenyum sinis.

Tunggu lah nasib kau Sofea. Macam mana kau rampas Tengku Izz dari aku macam tu lah aku akan rampas balik hak aku.

"Jadi ape yang kau nak buat sekarang ni Rena?", kata Risha lalu dia mengambil buah epal yang sudah dibasuh dan dipotong di dalam mangkuk. Risha mengigit buah epal yang manis itu.

"Entah lah, aku tengah stres sekarang. Satu idea pun tak masuk dalam otak aku ni".

"Okay lah macam ni, tak payah stres-stres. Kita pergi shopping nak? aku nak beli alat tulis untuk Trial SPM nanti. Lepastu sambil-sambil tu kita shopping lah barang ape yang kita berkenaan dekat sana nanti". Farisha memberi cadangan yang boleh dikatakan bernas juga.

Aku berfikir sejenak. Bagus juga idea Risha ni.

Belum sempat aku mahu memberi persetujuan, Risha sudah mengambil lengan aku lalu ditarik ke bilik aku.

"Dah, tak payah nak fikir lama-lama. Kau siap jangan lama-lama. Nanti minta izin mama papa kau sekali. Kata nak beli alat tulis dengan Risha, okey bye". Selesai saja berbicara dengan aku dia terus keluar dari bilikku lalu pergi ke rumahnya untuk bersiap.

"Risha ni tak reti sabar betul. Kalau shopping dia nombor satu". Kepala aku tergeleng.

Jangan lupa support Seri and komen guys...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience