I like your eyes, you look away when you pretend not to care
I like the dimples on the corners of the smile that you wear
I like you more, the world may know but don't scared 'Cause I'm falling deeper, baby be prepared
I like your shirt i like your fingers
Love the way that your smell
To be your favorite jacket just so i could always be near
I've loved you for so long
Sometimes it's hard to bear
but after all this time,
I hope you wait and see
Love you every minute, every second
Love you everywhere, and any moment
Always and forever i know,
I can't quit you 'cause
LAGU kegemaran aku sudah berpuluh kali kedengaran di corong telinga. Si pemanggil yang dari tadi hingga sekarang tidak berhenti menelefon aku. Siapa lagi kalau bukan Farisha Diana. Aku bukan tidak mahu mengangkat panggilan telefon dari Risha itu tetapi aku tidak mahu diganggu. Sejak balik dari Malvies Mall tadi aku terus berkurung di dalam bilik, emosi aku juga terganggu. Fikiranku sudah merancang cara untuk memisahkan Tengku Izz dan Sofea. Hanya itu aje jalan yang terbaik untuk aku dan Tengku Izz.
"Saya akan lakukan apa saja, asalkan awak terperangkap dalam cinta saya Tengku Izz".
TING TONG!!
"Weh long pergi tengok siapa yang datang tu?". Suruh Izham yang sedang menonton televisyen.
"Kau ah tengok, aku busy ni". Jari Izaan sibuk menekan-nekan keyboard komputer.
"Alah along ... Kau lah, aku pun busy jugak. Cerita boboiboy ni best kut".
"Hish kau ni kan tak habis-habis dengan cerita cartun kau. Dah besar pun tengok cartun lagi, sape lah yang malang jadi isteri kau nanti". Bebel Izaan sambil mengangkat punggung lalu pergi ke pintu keluar.
Izham hanya tersengih kerang 'wangi' ke arah Izaan.
Tengku Izaan hanya mengeleng.
Tangan Izaan menarik pemegang pintu untuk membuka. Sebaik saja pintu itu terbuka wajah best friend adiknya sudah dipenuhi mata. Bibir Izaan mula mengukir senyuman kecil.
"Ye Risha, ade ape datang ni?". Izaan mula menyoal apabila melihat tiada tanda-tanda untuk Risha memulakan perbualan, dan matanya tertumpu ke arah badan Izaan.
Risha tidak menjawab soalan itu sebaliknya tubuhnya terkaku dan matanya masih merenung ke arah tubuh Izaan. Air liur Risha ditelan.
"Hello Risha". Izaan melambai-lambaikan tangan ke arah wajah Risha.
Sekaligus kepala Risha mendongak memandang Izaan. Wajah Risha sudah berbahang.
"Ha erm ... Ab ... abang Aan ... kenapa ta ... k pa ... kai baju". Tergagap-gagap Risha menuturkan kata-kata. Tangannya sudah menutup kedua-dua belah biji matanya. Jarinya menunjuk ke arah badan tegap Izaan yang tidak dibalut oleh pakaian.
Izaan memandang ke arah tubuhnya yang berotot. Matanya terbeliak apabila melihat badannya tidak dibaluti baju.
Izaan terus membalikkan tubuhnya membelakangi Risha, kaki sudah melangkah. Sudah beberapa langkah, tubuhnya dipusing balik menghadap Risha.
"Masuk lah, Rena ada dekat bilik dia". Selepas berkata begitu Izaan terus pergi dengan langkah yang laju.
Tangan Risha memegang pipinya yang sudah berona merah. Jantungnya berdegup kencang. Buat pertama kalinya dia melihat badan seorang lelaki, kerana dia tidak mempunyai adik-beradik berjantina lelaki sudah tentu dia tidak terbiasa.
Ade sixpack juga eh crush aku tu. Hatinya berkata
Kepalanya mengeleng apabila dirinya sudah tersedar dari lamunan cinta. Tangan Risha menepuk-nepuk pipi dia.
Sudah jangan ingat lagi Risha. Omel dirinya.
Kaki melangkah masuk ke dalam rumah banglo lima tingkat milik kawan baiknya, lalu mengatur langkah ke arah lift untuk pergi ke bilik Rena.
Tok!! Tok!!
Pintu bilik aku diketuk berkali-kali.
"Sape tu!!". Soal aku separuh jerit.
"Seorang sahabat baik kepada seseorang yang tidak reti angkat telefon!! . Yang menelefon dua puluh dua kali tetapi pemilik telefon itu tidak mengangkat panggilan telefon itu!!!".
Ternganga kecil mulutku mendengar jawapan dari seseorang di sebalik pintu bilikku. Lebih tepat bukan jawapan tetapi perlian.
Aku perlahan-lahan mengatur langkah ke arah pintu. Tangan aku mengigil mahu mencapai tombol pintu itu.
Wahai telinga bersedia lah menadah bebelan. Omelku
Aku menarik nafas sedalam-dalamnya. Dengan bacaan 'bismillah' aku menarik tombol pintu itu.
Terpampang jelas wajah Risha yang sedang bercekak pinggang menahan marah.
Bibirku mengoyak sengihan.
"Silakan masuk tuan puteri Risha".
Mata Risha sudah tajam merenungku. Kakinya perlahan-lahan melangkah masuk. Pintu bilikku ditutup.
Risha melabuhkan punggungnya di atas katilku. Siap kakinya disilangkan. Tangan digamitkan ke arah aku suruh duduk di sebelahnya.
Dengan hati tidak rela. Aku melabuhkan punggung di atas katil itu. Sesudah saja aku melabuhkan punggung, tangan dia sudah menampar pahaku.
"Auwww!!!". Aku berdesis kesakitan. Sudah ku jangka pasti anggota badan aku akan menjadi mangsa.
"Kau tahu tak! Dua puluh dua kali aku telefon kau kredit aku habis time tu jugak!! Kau tahu tak betapa kuatnya detak jantung aku memikirkan kalau kau akan bertindak bukan-bukan!! . Sebab tu lah aku siap datang dekat rumah kau!!" .
Risha mendiamkan diri buat seketika. Dia menarik nafas lalu dihembuskan. Beberapa minit kemudian baru Risha mengeluarkan suara semula
"Rena". Suaranya sudah mengendur.
"Kau tahu tak betapa risaunya aku dekat sahabat baik aku seorang ni? Aku sayang kau sangat-sangat Rena. Lain kali jangan lah buat macam ni. Kalau kejadian macam ni berlaku lagi, janji dengan aku angkat kalau aku telefon?".
Satu titik, dua titik. Air mata aku sudah berguguran.
Kepala aku mengangguk laju, aku mula mendakap erat tubuh Risha.
"Aku janji, aku mintak maaf sebab dah buat kau risau. Aku tahu aku ni sahabat yang selalu menyusahkan kau. Aku janji perkara ni tak akan berulang lagi. I'm sorry". Wajah aku sudah basah akibat menangis.
Risha meleraikan pelukan.
"Aip ape cakap macam tu! kau tak pernah menyusahkan aku. Dah dah tak mau nangis. Tak comel dah". Tangan Risha menyapu air mata di wajahku.
"Kau maafkan aku tak?". Soal aku.
"Ermm ... Biar aku fikir dulu". Risha meletakkan tangannya di dagu acah-acah berfikir.
Mata aku mengelip-mengelip meminta kasihan.
"Okay! okay! aku maafkan. Tapi aku nak kau selalu ingat satu perkara ni, aku selalu ade untuk kau tidak kira masa kau susah atau senang. Hadam betul-betul tau", kata Risha dengan riak muka serius.
Aku mengangguk.
"Thank you so much Risha. Aku sayang kau sangat-sangat". Aku memeluk Risha kembali.
"Me too". Risha membalas pelukan.
SEDANG aku dalam perjalanan mahu pergi ke kelas 5 kristal. Aku teringat tentang semalam, ingatkan nak beritahu tentang rancangan yang sudah aku fikirkan itu dekat Risha. Tapi belum sempat aku mahu memberitahu, ibu Risha sudah menyuruh Risha pulang ke rumah. Jadi aku memutuskan buat masa sekarang lebih baik aku diamkan dulu rancangan aku itu.
Langkahku diberhentikan apabila sudah berada di depan kelas 5 kristal.
"Aik! asal kecoh semacam je ni? What happen?". Aku dapat agak suasana dalam kelas itu memang sangat kebisingan. Dari luar kelas dah dengar kekecohan itu.
Dahi aku berkerut.
Aku mulakan langkah untuk masuk ke dalam kelas.
Tap!
Tap!
Tap!
Bunyi tapak kasut aku menarik perhatian orang di dalam kelas itu. Jumlah murid di dalam kelas itu memang sangat ramai, mungkin ade juga murid di kelas lain datang ke sini.
Aku lihat semua orang di dalam kelas itu menatap aku dengan riak wajah sukar digambarkan.
Dahi aku makin bertambah berkerut. Kening pulak sudah bercantum memikirkan ape yang telah terjadi ini.
"Ermm ... Why korang semua pandang Rena macam tu? Ade yang tak kena ke?". Aku mula menyoal.
Sementara itu aku melihat sekeliling kelas mencari Risha, tapi tiada pulak bayang-bayang dia.
Secara tiba-tiba seorang gadis datang mendekat ke arah aku dan memberi aku sebuah telefon pintar berjenama iphone. Yup sekolah aku dibenarkan membawa telefon jika cikgu mengizinkan.
Perlahan-lahan tangan aku bergerak mengambil iphone itu dengan seribu satu persoalan yang berada di dalam fikiran.
Kini iphone itu sudah berada di genggamanku. Sempat juga aku mendongak memandang semua orang yang berada di dalam kelas itu.
Aku mula melihat isi di dalam iphone itu. Terasa bagai diriku mahu pengsan apabila memandang dua gambar yang berada di dalam iphone itu. Pasti mereka semua sudah salah faham.
"Awak dengan Shahmeer bercinta kan?". Soal gadis yang memberi aku iphonenya itu.
"No!". Gambar yang aku lihat itu adalah gambar sewaktu Shahmeer meluahkan perasaan dekat aku pada tahun lepas. Sewaktu itu Shahmeer memberi aku sebuket bunga dan sebekas chocolate. Gambar kedua pulak, gambar masa sebelum Shahmeer luahkan perasaan dekat aku. Kami meluangkan masa bersama-sama sebagai kawan, di dalam gambar itu jelas kami bergurau-senda, bergelak-tawa dan nampak sangat akrab.
Aku melepaskan keluhan.
"Saya dan Shahmeer memang tiada hubungan ape-ape. Kami hanya berkawan. Saya akan cari Shahmeer untuk terangkan lagi perkara ni dengan jelas". Kata aku kepada semua murid yang berada di situ.
Sebelum aku mengatur langkah keluar aku sempat menitipkan pesanan kepada gadis yang menyoal aku tadi.
"Tolong jangan sebarkan gambar itu. Tunggu kami bagi keterangan", kata aku dengan riak muka yang berharap.
Tergesa-gesa aku mengorak langkah laju untuk mencari Shahmeer di merata-rata tempat. Sambil-sambil itu bebola mata aku memandang seluruh sekolah itu untuk mencari Shahmeer.
Perasaan resah mula menyelubungi diri. Resah kerana aku tidak mahu orang-orang menganggap aku dengan Shahmeer bercinta. Aku mahu memperjelaskan perkara ini dengan kadar yang cepat.
Zap!
Tangan aku oleh disambar seseorang, lalu ditarik masuk ke sebuah bilik. Aku mahu menjerit tetapi tidak sempat kerana sudah ditekup oleh tangan seseorang yang aku tidak dikenali. Mataku terpejam erat. Takut.
"Bukak lah mata tu". Bisikan suara garau itu memang kedengaran sangat tepat di telingaku, aku dapat rasa kan hembusan nafas dia. Pasti keadaan kami berdua memang sangat rapat.
Kepalaku mengeleng tidak mahu membuka mata.
"Kalau kau tak buka mata, aku cium kau".
Aku menelan air liur.
"Saya tetap tak nak buka mata". Jawab aku apabila tangan dia sudah dilepaskan dari mulutku. Aku memejam mata erat.
"So ... kau nak aku kiss kau lah ni?".
Aku mengeleng sambil mengetap bibir.
"Kalau tak nak kena cium ... buka mata kau sekarang!". Suaranya berubah menjadi tegas.
Kelopak mataku perlahan-lahan dibuka. Setelah aku dapat mengecam siapa yang berdiri dalam kedudukan yang sangat rapat dengan aku. Mata aku terbuntang luas. Bagai tidak percaya apa yang aku lihat sekarang ni. Seperti mimpi yang sangat indah bagiku.
"I love you Irena Rania". Dalam samar-samar aku dengar suara garau itu mengucapkan kata-kata keramat itu.
Untuk beberapa saat hatiku hanyut dalam keindahan cinta.
Senyuman lebar meniti di bibirku sebelum tubuh aku melorot jatuh dan segalanya sudah berwarna hitam. Gelap
Rena memang free hair ye cuma di sekolah saja dia pakai tudung sekolah. Lepas baca jangan lupa support Seri and komen. Sila lah hargai karya saya.
Share this novel