APABILA kedengaran sayup-sayup azan subuh berkumandang. Mata yang terpejam erat tadi, perlahan-lahan dibuka sedikit demi sedikit, walaupun terasa berat untuk membuka mata aku gagahkan juga. Tidak mahu jika terlepas solat subuh dan terlewat pergi ke sekolah nanti.
"Ah mengantuknya!". Ujar aku
Nafas kuhela perlahan, aku mengeliat kecil supaya dapat merenggangkan otot-otot. Berhati-hati aku turun dari katil dan berjalan dengan langkah yang malas menuju ke bilik mandi untuk mengambil wuduk dan membersihkan diri.
Setelah selesai mengambil wuduk dan membersihkan diri, aku terus mencapai telekung dan sejadah yang tergantung di dalam almari pakaian. Sebaik saja siap memakai telekung aku terus memulakan solat subuh.
Sesudah menunaikan solat aku mula melangkah mengambil pakaian sekolah dan terus memakai di dalam closet, sesudah itu aku bergerak pulak ke arah meja solek dan mengambil bedak baby dan menempek-nempek sedikit di muka, actually aku memang suka pakai bedak baby dari bedak-bedak yang lain sebab bedak baby ni dia lagi wangi dari bedak-bedak yang biasa dan ia boleh membuatkan kulit muka aku jadi selembut kulit baby Ceh! perasan jap. Aku terus melangkah mengambil tudung sekolah yang telah aku keluarkan dari almari tadi dan terus dipakai di depan cermin solek.
"Akhirnya siap".
Aku memandang diri aku di dalam cermin solek itu.
"Kau kena kuat Rena, jangan jadi lemah depan semua orang hari ini". Ujar aku memberi kata-kata semangat ke dalam diri.
Setelah itu langkah terus mendekati meja belajar dan mencapai segera beg sekolah yang berada di situ. Aku mengatur langkah keluar dari bilik tidur dan bergerak ke arah lift, sesudah berada di lift aku terus masuk dan menunggu sehingga berada di tingkat dua.
Terbuka sahaja lift, mataku terus terlihat mama yang sedang menuang kopi ke dalam mug dan diberi kepada papa, angah pulak tengah sedap melantak nasi goreng! Hish bukan nak tunggu orang!. Sampai di meja makan aku terus menarik kerusi dan melabuhkan punggung di sebelah mama.
"Morning semua". Ujar aku sambil mengambil roti bakar yang telah disapu nutella ke dalam pinggan. Biasalah aku memang tak boleh makan bende berat pagi-pagi takut nanti sakit perut pulak dekat sekolah, ye lah tak biasa.
"Morning too Nia". Balas Puan Sri Salina dan Tan Sri Ibrahim sambil tersenyum memandang ke arah aku.
"Nia, tu makan cepat sikit, angah ade banyak kerja belum settle dekat office tu".
Pandangan terus beralih ke arah angah.
Hish orang baru je makan kut, dah suruh cepat. Memang cari pasal betul. Eh kejap angah hantar aku ke? driver mana?. Omel aku dalam hati
"Ha kenape pulak?". Soal aku dengan kening berkerut
"Kenape ape?". Soal Izham balik
Mulutku mengetap bibir menahan geram.
"Hish! kenape nak Nia makan cepat pulak?, ada masa lagi lah". Soal aku sambil menjeling tajam ke arah angah.
"Lah tak tahu? sebab jangan melengah-lengahkan masa untuk pergi menuntut ilmu, faham!". Sindir Izham dan tidak menjawab soalan aku tadi.
Kurang asam jawa punya angah!
Kalau diikutkan hati ni bukan setakat nak melengah-lengahkan masa je, terus tak payah datang sekolah ye lah kalau datang pun buat telinga aku panas dengan hati aku sakit buat ape! eh tak boleh tak boleh nanti tak dapat jumpa Tengku Izz pulak. Omel aku dalam hati
"Papa orang tak faham lah mana drivernya? ni kenape pulak angah yang kena hantar". Soalku sambil mencicip air hot chocolate, roti pulak sudah selamat di habiskan tadi.
Geram terhadap angah tadi dibiarkan dahulu, ade hari kita balas balik.
"Sebenarnya driver kita ade hal kecemasan katenya, jadi buat masa ni angah dulu yang hantarkan Nia pergi sekolah okay?". Ujar Tan Sri Ibrahim
"Okay papa Nia tak kesah but...
Mata aku memandang ke arah t-shirt yang dipakai oleh papa, tak kerja ke?. Omel hatiku
"But?". Soal Tan Sri Ibrahim
"But papa tak kerja ke? Nia tengok papa pakai baju t-shirt je".
Kening aku berkerut. Hairan
Ye lah mana tak hairannya, papa jarang ambil cuti asyik bekerja je sampai hari minggu pun kena kerja juga cuma kalau ade hal penting baru papa ambil cuti...tapi walaupun papa busy sangat-sangat, papa pandai membahagikan masa untuk kami sekeluarga dan kerjayanya...tapi ni betul-betul pelik papa ambil cuti ke? bukan ade hal penting pun.
"No papa ambil cuti seminggu, sebab driver tak de". Ujar Tan Sri Ibrahim sambil tersenyum penuh makna
"Seminggu! ?". kening aku ternaik. Wow first time papa ambil cuti seminggu kalau papa ambil cuti pun selalunya, cuti sehari dua hari je, ni seminggu! .
Tan Sri Ibrahim hanya mengangguk
"Tapii kan, papa bukan boleh drive sendiri ke? kereta pun ade banyak kat luar, aik pelik lah Nia".
Uhuk!
Terus aku mengalihkan pandangan ke arah angah.
"Eh kenape angah tersedak pulak ni".
Mata aku merenung ke arah angah dengan kerutan di dahi. Macam ade benda yang disembunyikan, tapi ape?
"Dah habis makan kan, pergi salam papa dengan mama sekarang, angah dah lambat ni". Ujar Izham selepas selesai meminum air mineral
"Okay". Tanpa sebarang bantahan aku terus mengangkat punggung lalu mengucup lembut tangan Tan Sri Ibrahim dan Puan Sri Salina.
Selesai saja bersalaman aku dan angah bersama-sama masuk ke dalam lift untuk berada di tingkat satu.
Setelah lift terbuka aku dan angah terus mengatur langkah ke arah almari kasut untuk mengambil kasut sekolah milikku dan mengambil kasut kerja milik angah. Setelah aku dan angah sudah selesai memakai kasut kami terus berjalan mendekati pintu keluar utama lalu menutupnya kembali, laju langkahku dan angah pergi ke kereta BMW milik angah dan terus meloloskan diri ke dalam kereta BMW itu. Sesudah itu enjin terus distart dan mula bergerak meninggalkan banglo lima tingkat itu.
SEBAIK saja kereta BMW angah berhenti di perkarangan sekolah terus tangan aku melepaskan tali pinggang keledar dan menghulurkan tangan ke arah angah untuk bersalam.
"Ape?, duit belanja kan papa dah bagi". Soal Izham
Hish ade juga yang aku hempuk angah ni dengan buku sekolah aku juga nanti.
"Salam lah!!". Ujar aku dengan separuh jerit
Izham tersengih
"Ouh". Lantas Izham menghulurkan tangan, segera aku menyambut dan mengucup tangan angah dengan lembut. Tangan aku segera membuka pintu dan bergerak keluar dari kereta BMW itu, hilang saja kereta itu dari pandangan terus aku berjalan masuk ke dalam sekolah.
Sesudah saja aku melangkah melepasi pintu pagar kecil dan berada di dalam kawasan sekolah. Ramai betul berbisik sesama sendiri dan memandang ke arah aku, nak tahu sebab ape? sebab ape lagi kalau bukan fasal Tengku Izz marah aku depan ramai murid haritu siap tengking-tengking lagi sape je tak dengar kan? dah banyak kali dah berlaku perkara ni, banyak kali jugak aku kena pendam perasaan marah dan geram tu. Masalahnya diorang ni reti berbisik ke tak ha? kalau berbisik tak de lah sampai aku ni boleh dengar ape yang diorang bisikkan tu, ini memang sengaja namanya nak bagi aku sakit hati. Eii kalau ikutkan hati aku ni dah lama dah aku pergi marah diorang tu semua, tapi nanti jadi gaduh pulak lepastu lebih melarat sampai nama aku kena tulis dekat buku rekod disiplin. Sebab tu lah selagi kesabaran aku masih ade selagi tu lah aku boleh juga kawal perasaan marah dan geram tu.
Aku mengatur langkah laju jalan punya jalan langkah aku terhenti apabila terdengar kutukan melampau.
"Perempuan tak tahu malu! tergedik-gedik dekat Tengku Izz bukannya Tengku Izz suka dia pun, layan pun tidak".
"Huh gedik ni tak habis-habis menjatuhkan maruah diri sendiri".
"Perasan je lebih dah lah mengaku dia tu kekasih Tengku Izz sedangkan bukan, mampu berangani je lah hahaha".
Aku mengetap bibir menahan amarah dan tangan digenggam erat geram.
Sabar Rena, kau jangan layan perangai mereka yang tak matang tu nanti mama papa dapat malu. Kau jalan je Rena tak payah hiraukan mereka tu. Gumam aku dalam hati
Tanpa melengahkan masa lagi aku terus menyambung langkahku tanpa memandang ke arah sesiapa dan memekakkan telinga.
Jangan lupa support Seri and komen guys.
Support lah Seri sikit!
Share this novel