SEJUJURNYA kejadian tadi masih berlayar di fikiranku. Aku mula rasa mahu berputus-asa kerana tidak mahu dihina dan dimarah oleh depan orang ramai lagi, tapi bila difikirkan balik rugi benar jika aku berputus-asa di tengah-tengah jalan ye lah aku kan dah usaha banyak bende. Sejak Tengku Izz belum kenal aku sampai lah Tengku Izz boleh kenal, dan juga sampai aku tahu banyak perkara yang berkaitan dengan Tengku Izz. Jadi aku rase belum tiba masanya untuk aku pergi dan berputus-asa. Perjalanan hidup aku baru bermula jadi aku akan teruskan misi memikat hati Tengku Izzrin Irfan.
Tok!! Tok!!
Terus terpadam lamunan terhadap Tengku Izz sebentar tadi, aku mula bangkit dari pembaringan dan tubuhku segera didudukkan. Aku meraup wajah dan mengelengkan kepala. Haih kau ni Rena asyik fikir pasal bende tu je, tenang Rena, jangan diingat lagi perkara tu kau kena lupakan segala hinaan dia terhadap kau setiap tahun, kau kena lupakan Rena. Kata hati kecilku
"Nia sayang, apa dibuat lagi dalam bilik tu!, mari keluar makan!, papa dengan angah dah tunggu dah dekat bawah tu". Ujar Puan Sri Salina mama kepada aku
"Aah ye ma!, tunggu kejap, Nia nak keluar dari bilik dah ni".
Aku terus bangun dari katil dengan tergesa-gesa dan menuju ke meja solek, untuk menyikat rambut aku yang tidak terurus akibat pembaringan tadi.
Langkah segera diatur ke arah pintu bilik, dan tombol pintu itu dipulas, terus terpampang wajah mama yang separuh tua itu. Aku memeluk lengan mama dan menarik mama pergi ke lift.
Di dalam lift
"Sorry ma, tadi Nia dengar lagu pakai earphone itu yang lambat buka pintu, sorry tau mama". Tipu aku sambil tersengih
Sorry ma terpaksa tipu hehe. Bisik hatiku
"It's okay, mama tak kisah, dah jom". Ujar Puan Sri Salina sambil menarik lengan aku untuk ke meja makan selepas dinaiki lift sebentar tadi.
"Hai semua, sorry ye sebab lambat tunggu". Kataku sambil menarik kerusi sebelah mamanya dan terus melabuhkan punggung
"Sorry naik lori lah!, dah berejam dah angah tunggu, angah dah lapar tahu tak. Hish". Jawab Izham angah kepada Rena
"Hek eleh drama sangat sampai berejam-rejam baru beberapa minit lah! , angah tu memang, tengok perut angah tu dah boroi dah. Tu lah sape suruh kuat makan". Perli aku
Terbeliak terus mata Izham, adik dia ni memang pandai memerli dia, tapi setelah sedar akan kelakuannya itu segera dia mengembalikan mata seperti asal dan berdehem. Dia tak boleh kalah dengan adik bongsunya itu.
Ha baru tahu sape Irena Rania Binti Tan Sri Ibrahim, nak cari pasal dengan kita lagi. Omel Rena
"Eleh Nia dengki lah tu kan, sebab angah dapat makan banyak tapi Nia tak dapat sebab takut gemok gedempol. hahaha, eh eh by the way ni bukan boroi okay ni sixpack". Sakat Izham sambil menjelirkan lidah ke arah aku.
Terus aku memandang tajam angahnya.
"Eh eh dah, asyik nak bergaduh je korang ni kan". Ujar Puan Sri Salina sambil menyendukkan nasi ke arah pinggan Tan Sri Ibrahim papa kepada aku.
"Angah tu yang mulakan dulu, dia suka cari pasal dengan Nia". Kata aku dengan muka masam sambil menuding jari ke arah wajah Izham
"Apa pulak angah, angah cuma cakap je ape yang yang angah tak puas hati, tak salah kan? nak salah-salahkan angah pulak, angah cubit pipi tu kang baru tahu". Ujar Izham tak nak beralah
"Ha cubit lah cubit sebelum angah cubit, Nia bagi sepakan padu dekat angah".
Aku menjeling tajam ke arah angah.
"Sudah-sudah, kita nak makan sekarang, bukan nak gaduh-gaduh". Kata Tan Sri Ibrahim dengan tenang
Tan Sri Ibrahim memang jenis yang tenang dari dulu dia tidak mudah naik angin.
"Baiklah papa". Jawab adik-beradik itu serentak
Apabila menyedari mereka menjawab dengan serentak terus mereka menjeling sesama sendiri. Haih bila nak matang ni
Tan Sri Ibrahim dan Puan Sri Salina sekadar mengeleng. Diorang sudah lali betul dengan sikap anak mereka berdua ni, kalau jumpa nak gaduh je bila berjauhan baru nak rindu. Itu belum lagi yang kat luar negara tu si along, bila berjumpa bertiga memang tak sunyi banglo lima tingkat ini.
"Mama papa, bila along nak balik sini? bukan dah habis ke study along dekat korea tu? buat apa lagi dekat sana?". Soal aku setelah habis menyuap makanan ke dalam mulutnya.
"Entahlah Nia, along kate dia nak kena kemas-kemas dulu dekat rumah sewa dia dengan kawan-kawan dia tu, ye lah macam-macam barang ade buku lah itu lah, buku rujukan tu bukan main banyak lagi lepastu nak kena jual lagi katenya dah tak guna buat ape lagi simpan". Ujar mama panjang
Aku menganggukkan kepala tanda faham.
"Ouh patut lah, hmm rindu lah kat along". Ujar aku dengan merengek-rengek
"Eii tak yah nak mengada-ngada sangat lah". Ujar Izham menyakat
"Sibuk lah, kite rindu along bukan dia". Kata aku sambil menjeling tajam ke arah angah.
Puan Sri Salina dan Tan Sri Ibrahim terus tergelak kecil sambil mengelengkan kepala. Dari awal along pergi sambung belajar kat korea tak habis-habis mulut comel dia tu kate rindu.
SELESAI saja makan aku terus masuk ke dalam bilik untuk membuat panggilan video call dengan along, aku hendak bertanya berapa lama lagi along berada di sana.
Aku mengambil iPad milikku di atas meja solek dan terus melabuhkan punggung di atas katil dan bersandar di kepala katil, aku membuka iPad dan mencari contact nombor along, selepas jumpa aku terus menekan dan menunggu sehingga along menjawab panggilan video yang aku buat.
Setelah menunggu beberapa minit akhirnya panggilan video terjawab. Terpampang wajah yang dirindui.
"Hai along!!". Sapa aku sambil tersenyum lebar dan melambai-lambaikan tangan ke arah Izaan iaitu along.
Aku melihat latar belakang di panggilan video along itu, along berada di dalam biliknya sendiri dan sedang berbaring.
"Hai Nia, sihat tak kat sana tu?". Soal Izaan sambil tersenyum
"Sihat sangat-sangat, along tu sihat tak kat korea?". Soal aku
"Alhamdulilah sihat, ni kenape tiba-tiba je call along ni? mesti ade nak tanya ape-ape kan?". Soal Izaan lagi
"Hehe, memang pun, soalan dia berbunyi begini, bila along nak balik? sampai bila ha nak duduk kat korea tu? along tak rindu ke kat adik along yang comel lagi kan cantik ni". Soal aku dengan muka acah-acah garang.
Izaan terus ketawa berdekah-dekah. Haih kuat perasaan betul lah adik dia ni tapi memang betul pun, muka adik dia macam baby face cute and natural beauty.
"Mesti lah along rindu sangat-sangat dekat adik along sorang ni, nanti dah selesai urusan kat sini, along balik ye". Kata Izaan sambil menguntumkan sebuah senyuman.
"oraite along jangan lambat sangat tau balik, kalau balik lambat sangat Nia merajuk sebulan, by the way Nia pun rindu giler dekat along".
"Alahai macam-macam adik kesayangan along ni, ha ni Nia tak nak rehat ke? baru balik dari sekolah tadi, tak penat pergi lah tidur sekejap rehatkan badan tu jangan paksa diri nak borak dengan along kalau badan tu penat". Soal Izaan
"Alah along, mana ade Nia paksa diri, ha lagipun kita baru je borak dah nak tutup dah hmm".
Aku mencebik.
"Haih budak sorang ni, okay macam ni kalau along ade masa lagi kita borak lama-lama okay lagipun Nia kena rehatkan diri dan minda bagi otak tu boleh berkembang dan badan Nia tu sentiasa cergas sebab tahun ni kan nak SPM kena lah jaga kesihatan selalu dan cukup tidur. Faham". Nasihat Izaan
"Hmm faham, okaylah kalau macam tu, bye along, Nia sayang along tau".
Kata aku lalu melambaikan tangan ke arah along.
"Oraite Nia bye, along pun sayang sangat-sangat dekat Nia". Ujar Izaan sambil melambai-lambaikan tangannya juga.
Aku terus menekan butang off pada panggilan video itu lalu meletakkan IPad di atas meja yang berada di tepi katilku. Langkah diatur ke arah suis lampu untuk menutup lampu siling dan membuka lampu tidur sahaja. Kakiku bergerak balik ke arah katil dan melelapkan mata sambil tangan mencapai sebuah teddy bear panda.
Jangan lupa support Seri and komen guys.
Share this novel