AKU membuka kelopak mata perlahan-lahan apabila sudah disuruh oleh mak andam yang ditugaskan untuk menyapu solekan ke wajahku. Selepas membuka mata aku terkaku seketika apabila melihat wajahku di hadapan sebuah cermin panjang.
Betul ke yang tengah berdiri di depan cermin sekarang ni adalah aku?
"You! betul ke ni I ? Thanks you hasil sentuhan you memang tip top. Sampai I tak percaya yang I secantik ni". Aku menghadiahkan senyuman manis kepada mak andam yang sedang berdiri bersebelah dengan aku.
Aku kerap memandang ke arah gayaan dress pengantin yang tersarung di tubuhku. Dress wedding yang sangat mewah dari tema fairytale, bahagian dada hingga pinggang dipenuhi dengan batuan manik dan lace. Labuhan kain di belakang juga begitu panjang sekali. Sangat exclusive. Aku sangat berpuas hati dengan dress wedding pilihan auntie.
"Eh Rania I cuma sapu sikit sikit je, you tu memang dah natural beauty. Itu yang pakai apa semuanya cantik belaka", ujar mak andam itu sambil meletakkan tiara di atas kepalaku.
Aku hanya tergelak kecil. Kecantikkan Ini semua diturunkan oleh mama kerana mama ialah mualaf yang berdarah Thailand. Itu sebabnya aku mewarisi kecantikkan mama yang sangat luar biasa.
Krek! . Bunyi pintu dibuka.
"Raniaa!!". Sara dan Risha segera menerpa ke arah aku.
Aku mengalihkan pandangan ke arah Sara dan Risha yang sudah siap memakai dress bridesmaid simple berwarna purple cair.
"Oh my god you are very very beautiful Rania. Serius aku tak tipu kau lawa gila". Sara melopong melihatku.
Risha merenungku dengan mata bersinar.
"Hmm ... korang rasa keputusan yang aku buat ni betul ke? aku takut kalau bakal suami aku tu tak boleh nak buat aku bahagia dan tak boleh jaga aku dengan baik". Aku mengeluh perlahan.
"Rania kau yang cakap dengan kitaorang yang lelaki tu mungkin sudah tertulis adalah jodoh kau. Jadi jangan lah overthinking sangat. Kitaorang akan sentiasa ada untuk kau okay?". Sara mengambil tangan aku lalu mengusap tapak tangan aku bagi mengurangkan perasaan resah dan risau yang sedang melanda fikiranku.
Aku mengangguk sambil tersenyum kecil.
"Risha, Sara ... aku nak ucapkan terima kasih sebab sudi berkawan dengan orang berperangai macam aku ni. Dah lah perangai macam budak budak lepastu manja terlebih, terima kasih sebab sudi jadi kawan yang setia". Aku menatap mereka berdua dengan perasaan sebak.
"Rania aku pun rasa tak percaya my best friend who behaves like a child is getting married. Good friends who always laugh together, cry together and get angry together. We are already like siblings who share feelings, listen to expressions. Thank you for being my friend Rania and Sara, i really appreciate it". Risha sudah mengalir air mata. Sara pun sudah lama menitik air mata. Nasib lah Sara dan Risha tidak memakai alat solek.
Mata aku sudah berair dan hidung sudah merah. Aku menahan air mata agar tidak mengalir, Risha ni dia punya ayat mesti boleh buat orang menangis.
"Risha! jangan lah buat ayat jiwang sangat dah lah aku tak boleh nak menangis. Terseksa tahu tak nak menahan air mata".
Aku menjeling Risha sambil mengambil tisu kotak yang berdekatan, dan mengelap sedikit air mata yang menitik di bawah mata.
"Alala sorry lah baby bucuk Rania. Meh meh sini peluk Risha dengan Sara". Risha dan Sara datang mendekati aku lalu mendepang tangan.
Aku terus menerpa ke arah Risha dan Sara lalu memeluk mereka. Kami ketawa kecil.
"Best Friend Forever!!". Kami bersorak sambil saling berpelukan.
Tok! Tok!
Kami meleraikan pelukan apabila terdengar ketukan di pintu.
"Haih anak dara tiga orang ni boleh pula buat scene sedih. Rania dah jom gerak ke hotel, bakal pengantin lelaki dah sampai". Mama bercekak pinggang sambil merenung kami.
Kami bertiga hanya tersengih.
"Jom Rania". Sara dan Risha mengangkat labuhan dress aku di belakang supaya aku lebih senang hendak berjalan.
Aku angguk.
Tangan aku dicapai mama lalu dibawa keluar dari bilik sehingga masuk ke dalam kereta untuk bergerak ke hotel.
SETELAH kereta papa sudah berhenti di depan hotel Grand Hyatt, ramai wartawan wartawan menyerbu ke arah bahagian penumpang kereta. Bukan setakat ada wartawan, juga ada beberapa orang gadis yang memegang sebuah papan tanda yang tertulis 'congrats for your wedding'.
Tak kan lah seramai ni fans aku dekat Instagram datang? Ataupun bakal husband aku tu artis terkenal!
"Uish meriah sungguh wedding kau Rania. Mesti keluarga bakal suami kau bukan calang-calang orang ni", ujar Sara dengan riak teruja.
Aku hanya mendiamkan diri.
Aku melihat mama dan papa keluar dulu dari kereta untuk memanggil pengawal keselamatan, bagi mengawal keadaan yang hura-hura di bahagian penumpang aku.
Risha dan Sara keluar dulu dari aku setelah wartawan dan gadis gadis tadi dihalang oleh pengawal. Aku dengan berhati-hati keluar dari perut kereta, jejak saja kaki di depan hotel, cahaya flash dari camera bersuluh-suluh ke arah aku. Bunyi ketikan menangkap gambar jelas ditelinga.
Aku sudah berdiri disebelah mama dengan memegang sejambak bunga rose.
Lalu tiga orang adik sepupu aku yang sudah comel bersiap mengangkat labuhan dress aku di belakang. Sara dan Risha pula berada di belakang aku sebagai bridesmaid.
Kami mula melangkah masuk ke hotel Grand Hyatt. Terbuka saja pintu hotel, ramai tetamu-tetamu merenung ke arah aku dengan tangan memegang camera.
Semakin dekat aku melangkah ke pelamin semakin berdebar-debar hatiku. Dahi sudah berpeluh-peluh.
Sudah terlihat bakal suami aku sedang duduk membelakangkan aku. Tok kadi pun sudah ada di meja itu.
Apabila sudah berada di atas pelamin, aku melabuhkan punggung dengan berhati-hati di atas pelamin yang bertemakan fairytale itu. Labuhan kain kembang aku dibetulkan oleh Sara dan Risha agar kedudukannya kemas.
Aku mengigit bibir sambil mengusap-usap tanganku bagi menghangatkan tangan yang sudah kesejukan.
Mama memandang ke arahku lalu mengapai tanganku.
"Rania tenang okay, perasaan gementar tu memang selalu ada bila nak kahwin. Rania tarik nafas, lepastu hembus perlahan-lahan mungkin akan kurangkan nervous tu". Mama tersenyum kecil.
Aku mula menarik nafas dan hembus perlahan-lahan. Perasaan gementar aku sudah berkurang sedikit.
Aku menatap saja tubuh tegap bakal suami aku dari belakang. Tengok tubuh pun dah tahu kacak orangnya.
Tapi dia baik ke? dia betul-betul terima aku dengan ikhlas ke? Aku ni dah bersedia nak jadi isteri orang ke? dah lah masak pun tak terer sangat.
"Aku terima nikahnya Irena Rania Binti Tan Sri Ibrahim dengan mas kahwinnya sepuluh ribu ringgit tunai". Aku terpinga-pinga apabila mendengar suara orang lafaz akad. Tiba-tiba bergetar tulang rusuk aku mendengar suara itu.
Arghhh berangan lagi Rania, kan dah tak dengar nama bakal husband kau. Eh bukan bakal tapi husband.
Betul ke aku dah jadi isteri orang sekarang?
Tahniah for myself!
Kini tiba masanya untuk pembatalan air sembahyang. Aku terus menunduk apabila melihat suami aku mula berdiri untuk pergi ke arahku. Kepala aku hanya tertunduk sehingga lah terasa seseorang berada di depanku.
"Rania hulurkan tangan tu", ujar mama.
Aku dengan teragak-agak menghulurkan tanganku kepada dia. Apabila tangan suamiku mahu mencapai, aku terus menarik balik tanganku yang dihulurkan tadi.
Kini perasaan aku bercampur baur. Antara takut, sedih, gementar, gembira. Jantung aku berdegup kencang.
Semua orang yang berada berdekatan dengan aku semua bergelak tawa melihat kelakuanku.
"Nia jangan lah malu malu. Dah halal dah pun". Terdengar suara Izham mengusikku.
Aku sempat menjeling angah dengan ekor mata.
Zap!
Secara tiba-tiba tangan aku terus dipegang oleh suamiku. Badan aku mengeras.
Aku hanya merenung tangan dia yang sedang menyarungkan cincin yang bertakhta tiga batu kristal ke jari runcingku. Selepas sudah disarungkan aku hanya mendiamkan diri.
Lenganku terasa digoyang-goyangkan.
"Oi salam lah suami kau". Sara berbisik perlahan.
Aku menelan air liur. Alah kena ke?
Dengan perlahan-lahan aku mengucup tangan suamiku itu.
Daguku terasa diangkat lembut. Selepas didongakkan aku dengan kadar segera mengalihkan bebola mata.
Dia mencium lembut dahiku lama. Aku memejamkan mata menghayati.
Selepas dia menyudahkan ciuman di dahi. Secara tidak sengaja mata aku bertembung dengannya.
Secara spontan mata aku terbuntang.
Di...a dia ... bukan ke lelaki yang aku langgar masa dekat dewan haritu?
Aku meneliti segenap wajahnya. Baru aku perasan sesuatu.
BAM!
Tak ... tak mungkin.
Tubir mataku mula berair. Aku tidak dapat bernafas dengan normal.
Hati aku sakit.
Kenapa dia yang kena jadi suami aku?
Orang yang khianat cinta aku dulu kini sudah sah bergelar suami aku.
Ya.
Tengku Izzrin Irfan!
Hai guys jangan lupa support Seri and comment tau :)
Share this novel
lagi
lagi
next