Bab 17

Romance Series 9611

LANGIT pada hari ini sangat cerah dengan warna birunya. Awan-awan berkumpul di suatu tempat lalu terjadi sebuah bentuk. Itu menandakan cuaca pada hari ini sangat sesuai untuk bersiar-siar.

Aku mengambil iphoneku yang berwarna rose gold di atas katil. Lalu aku mencari contact nama yang aku hendak hubungi.

Setelah menemuinya aku menekan nama itu dan menunggu sehingga si pemanggil menjawab panggilan tersebut.

"Raycarl, macam mana?". Aku menyoal dengan nada yang gementar.

Setelah beberapa minit mendengar jawapan dari Tengku Raycarl aku terus menjerit kecil sambil kakiku meloncat-loncat keriangan.

"Yes!!!". Aku senyum selebar-lebarnya.

"Okay sekarang Rena kau kena pilih baju yang boleh menyerlahkan kecantikkan kau". Aku bergerak ke wardrobe blous dan membukanya. Tangan aku mengambil beberapa baju untuk dicuba.

Setelah puas mencuba pelbagai baju, aku memilih untuk memakai blouse yang berwarna biru lembut, bercorakkan daisy flower. Seluar pula aku memilih seluar jean.

Apabila sudah selesai menyarung blouse itu ke badan, aku mengambil barang-barang makeup untuk menyerlahkan lagi keanggunan aku. Sambil-sambil itu aku menyanyi kecil dan senyuman sentiasa mekar di bibir.

Sudah selesai makeup aku mencapai pulak alat curler rambut untuk mengerintingkan rambut di bahagian bawah.

"Makeup sudah, curler rambut dah, okay done!". Aku mengangkat punggung dari kerusi dan bergerak ke cermin panjang.

Click!

Aku menangkap gambar di hadapan cermin.

"Cantik juga eh aku". Aku mengukirkan senyuman di hadapan cemin.

"Okay dah tak payah nak berangan Rena, nanti lambat susah". Aku mengambil beg silang yang berwarna putih, setelah lampu dan aircond sudah ditutup aku bergerak ke pintu lalu ditutup semula setelah keluar. Lalu aku mengorak langkah ke arah lift dengan tersengih-sengih.

SETELAH menjejakkan kaki di taman hiburan, aku melihat sekeliling untuk mencari mereka.

"Tak jumpa pulak". Aku mengambil iphone di dalam beg lalu menghubungi Tengku Raycarl.

"Ha hello Raycarl, mana korang?".

"Dekat roller coaster ni".

"Ha okay okay, jap gi Rena datang". Aku mematikan talian.

Kakiku melangkah ke arah roller coaster tidak jauh dari sini.

Semakin dekat dengan roller coaster aku melihat group T4 berdiri menunggu aku termasuk Tengku Izz. Sebenarnya hari ni aku nak dating dengan Tengku Izz. Jadi aku suruh lah Tengku Raycarl try pujuk Tengku Izz kata nak keluar jalan-jalan dengan mereka saja jadinya Tengku Izz tak tahu yang ini rancangan aku bersama kawan-kawannya. Aku buat semua ni untuk ceriakan hubungan kami dan meluangkan masa bersama.

Aku berhenti melangkah apabila sudah berada satu meter dengan mereka.

"Hai korang!". Aku menghadiahkan senyuman paling manis di dunia.

Mereka mengalihkan pandangan ke arah aku dan mendiamkan diri seolah-olah tergamam.

'Aik dah macam patung bernyawa pulak aku tengok' . Monolog hatiku

"Korang!". Aku memanggil kuat.

Terus mereka tersedar dari terpaku akan kepesonaan bidadari.

"Wow cantiknya Rena! kalau macam ni Iman nak jadi boyfriend Rena lah hari ni. Boleh tak?". Tengku Iman melihat aku dengan mengenyitkan mata.

Terletus tawa dari bibirku. Lain pula Tengku Iman hari, selalunya diam je.

"Ehem!". Bunyi deheman dari Tengku Izz kedengaran jelas di telinga aku.

Jeles ke wak?

"Ish kau ni Im kan dah jeles si Izz ni, jangan ngorat awek dia lah". Tengku Raycarl tersenyum nakal ke arah Tengku Izz.

Terlukis senyuman di bibirku.

"Eh biar lah, dah orang tu ego sangat kata awek kenape tak tegur?". Tengku Iman sengaja menguatkan suaranya. Sengaja dia memerli Tengku Izz.

"Senyap ah kau!". Tengku Izz menjeling Tengku Iman.

Aku mendongak memandang Tengku Izz, aku menguntumkan sebuah senyuman kepada Tengku Izz apabila kami berpandangan.

"Ehem jom bla weh, jangan nak jadi daun mengacau orang dating". Tengku Rayyan mengajak dua orang kawannya.

"Berbahagia lah orang yang taken, orang single hanya mampu melihat, sedih!". Tengku Raycarl sempat lagi membuat drama air mata. Tapi tak de pun air mata, drama sangat.

"Baby jangan sedih-sedih, i dah lama tunggu lamaran bercinta dari u. Jom kita bercinta baby?". Tengku Rayyan memeluk lengan Tengku Raycarl lalu membawa pergi. Tengku Iman mengikuti mereka sambil tergelak.

"Euww! aku bukan gay siak!!". Terdengar jeritan Tengku Raycarl dari sini. Mereka sudah jauh meninggalkan aku dan Tengku Izz.

Aku tergelak kecil. Macam macam lah perangai diorang ni.

Aku menatap Tengku Izz dengan senyuman di bibir.

"Hai awak". Aku mengenyitkan sebelah mata.

Tengku Izz hanya memandang aku dan mukanya langsung tiada reaksi.

Aku memuncungkan bibir.

"Alah awak ... jangan lah marah saya lagi eh? eh?". Aku mendekatkan jarak kami, tanganku memegang pipi lalu mata aku sengaja dibesarkan. Nak buat muka comel lah katakan.

Tiba-tiba Tengku Izz mengalihkan pandangan dan tersenyum kecil.

Terkaku aku melihat. Tengku Izz senyum? Arghhhh! Nak pengsan boleh tak?. Baru aku nampak lesung pipit yang selama ni tersorok di pipinya.

Aku mengigit bibir, menahan diri daripada menjerit sebenarnya.

"Awak senyum?".

"Ehem! mana ada". Tengku Izz membuat balik mukanya yang dingin itu. Saja je nak control macho.

"Awak jangan lah shy shy dengan saya. Kalau awak nak smile, just smile baby".

"Hmm ... Macam mana kau boleh ada sini?". Tengku Izz menyoal sambil menatap wajahku.

"Itu tak penting, now yang pentingnya adalah kita pergi main semua benda yang ada dalam ni, hari ini saya nak spend time sepanjang hari dengan awak. Jom dating!". Aku menarik t-shirt Tengku Izz untuk mengikut kemana yang aku pergi.

Kami berhenti di permainan roller coaster.

"Jom kita main roller coaster dulu". Aku bergerak mahu beratur untuk bermain roller coaster tetapi lenganku dipegang secara tiba-tiba.

Aku menoleh ke arah Tengku Izz.

"Kenapa?", soalku

"Kalau kita tak main roller coaster boleh kan?".

"Of course tak boleh, kalau boleh saya nak main semua permainan yang ada dalam ni kalau sempat tau. Jadi kita kena main semua benda selagi masih ada masa. Jom". Aku menarik t-shirt Tengku Izz untuk beratur. Dia hanya mengikut.

"Err ... Rena". Tengku Izz memanggil aku lagi.

Aku menoleh lagi.

"Ye awak?".

"Kau tak takut ke?". Tengku Izz menyoal aku dengan wajah yang gelisah.

Aku mengerut dahi.

"Kenapa pulak nak takut saya suka tau benda-benda yang mencabar minda ni, kenapa awak takut ke?". Aku menyoal dengan menjongketkan kening.

Reaksi Tengku Izz kembali biasa.

"Mana ada eh, aku saja je tanya. Bagus lah kalau kau tak takut". Tengku Izz melarikan pandangan.

"Hmm okay". Aku tersenyum kecil.

Kami masuk ke dalam roller coaster setelah tiba giliran. Aku duduk di dalam roller coaster itu lalu aku memakai tali pinggang keledar.

Aku memandang Tengku Izz yang sudah berada di sebelah. Kelihatan riak wajahnya yang gementar, memang sah Tengku Izz takut.

Aku memegang bahunya.

"Takut ke?".

"Of course not". Dengan riak yang angkuh Tengku Izz menuturkan. Amboi berlagak sangat.

Street ...
Bunyi roller coaster bergerak.

Aku mencebik. Kita tengok nanti.

SESUDAH tamatnya permainan roller coaster itu aku pula yang berasa mual. Sedangkan yang beria jerit tadi Tengku Izz.

Mataku meliar mencari tong sampah, setelah melihat aku berlari ke tong sampah itu dan memuntahkan segalanya.

"Itu lah, tadi sape suruh gelakkan orang. Kan dah kena balasan".

"Ish awak ni, jangan lah ungkit". Aku mengambil tisu di dalam beg lalu aku mengelap mulutku.

Aku duduk sebentar di kerusi yang berdekatan.

Tengku Izz pula hilang entah ke mana. Baru saja aku duduk tengok-tengok sudah hilang.

"Ish Tengku Izz ni bukan nak care pasal aku, hmm tak sweet langsung". Aku mencebik.

Tiba-tiba terasa seseorang di sebelah. Aku fikirkan Tengku Izz, rupa-rupanya seorang lelaki yang aku tidak kenal.

"Hai gadis cantik". Tegur lelaki itu

Aku hanya tersenyum kekok.

"Yes".

"Erm nama awak siapa?". Lelaki itu menguntumkan senyuman.

"Boleh panggil saya Rena, awak pula?". Aku membalas senyumannya.

"Nama saya ... ". Aku menanti perbicaraan lelaki itu.

"Ehem!".

Aku mengalihkan pandangan ke arah pemilik deheman itu.

"Nah air untuk hilangkan rasa mual kau". Tengku Izz meletakkan sebotol air mineral di atas pahaku.

Terperanjat aku melihat Tengku Izz membeli aku sebotol minuman. Kisah juga eh Tengku Izz kat aku. Hehe

Aku lihat Tengku Izz menatap tajam ke arah lelaki itu. Lalu Tengku Izz terus beredar meninggalkan aku.

Aku dengan tergesa-gesa bangun dan mengejar Tengku Izz.

Tengku Izz cemburu ke?

"Awak tunggu!".

Aku mencapai tangannya.

"Awak sa..bar lah". Aku berkata dengan nada termengah-mengah.

Aku mendongakkan wajah apabila melihat Tengku Izz tidak berkata apa-apa.

Mataku membuntang.

Rena ape yang kau dah buat ni?

Aku melepaskan pegangan yang tanpa beralas itu. Tetapi dengan pantas aku memegang t-shirt Tengku Izz.

Aku menyorokkan mukaku. Arghhh!! Malunya. Masih terasa sentuhan haba yang mengalir di tanganku apabila tangan kami bersatu tadi.

Tanpa aku sedar Tengku Izz tersenyum kecil melihat kelakuanku.

"Erm awak jom kita naik Ferris wheel", kataku tanpa melihat ke arah Tengku Izz dan terus melangkah dengan kadar yang cepat.

Aku merasakan Tengku Izz menyaingi langkahku. Dan dia berbisik sesuatu di telingaku.

"Kenape pipi merah? Malu ke?". Tengku Izz tergelak kecil lalu berjalan meninggalkan aku.

Tergamam aku dibuatnya. Itu Tengku Izz ke orang lain? Kenapa lain sangat perangainya hari ni? Omg sweetnya!

Aku menjerit kecil.

AKU merenung pemandangan di luar tingkap. Sekarang aku berada di dalam Ferris wheel bersama Tengku Izz.

Dengan suasana yang sunyi begini, aku beranikan diri memandang Tengku Izz yang duduk di kerusi berhadapan aku. Aku lihat dia asyik bermain telefon.

"Awak, kenapa senyap je?".

Tengku Izz mendongak melihatku. Dia menatap aku tajam, mataku terkebil-kebil.

Zap!

Secara tiba-tiba Tengku Izz berdiri dan mengempungku dengan tangannya di penghadang tempat duduk.

Aku menelan air liur dengan payah.

Wajah Tengku Izz sangat hampir denganku. Tak cukup nafas aku dibuatnya.

"Kee...na...pa?", Tanyaku dengan tergagap-gagap.

"Kenapa kau nak kena layan lelaki tadi tu?". Tengku Izz merenungku dengan matanya yang tajam.

Lah tak habis-habis lagi pasal lelaki tu?

Tiba-tiba datang pulak perangai berani aku.

"Awak cemburu ke?". Aku menaikkan sebelah kening sambil tersenyum nakal.

"Kalau aku kata aku cemburu, kau nak buat apa kat aku? Kiss? Boleh?". Tengku Izz menatapku dengan pandangan nakal.

Mulutku ternganga. Gatal juga ye Tengku Izz ni.

"Boleh, tapi lepas kita nikah nanti". Dengan berani aku merenungnya.

Buat seketika Tengku Izz hanya berdiam diri dan tak berganjak dengan mata dilarikan ke tempat lain.

Selepas beberapa minit baru lah dia kembali ke tempat duduknya.

Tanganku menggaru kepala aku yang tidak gatal. Malu lah pula. Tuh lah kau cakap tak serupa bikin.

Aku berdehem.

"Tengku Izzrin". Tengku Izz memandangku apabila aku menyebut namanya.

"Awak saya happy sangat-sangat hari ni. I never thought we would go out together and we would be so close. Kalau awak nak tahu saya bukan pikat hati awak selama ni sebab awak kaya atau awak popular tapi sebab saya betul-betul ikhlas cintakan awak. Saya tahu saya tak sempurna tapi saya harap awak dapat terima kekurangan saya. I love you so much Tengku Izzrin". Tanpa disedari air mata menitis di pipi, aku takut jika aku kehilangan Tengku Izz suatu hari nanti.

Reaksi wajah Tengku Izz waktu itu sukar digambarkan. Dia seakan terkejut akan luahan ikhlas yang didengarinya. Tengku Izz kembali menatap aku dengan mengukirkan sebuah senyuman yang cukup manis.

Tengku Izz bangun dan melabuhkan punggung di sebelah aku.

Dia mengelap air mataku yang mengalir tadi menggunakan jarinya.

"Aku cintakan kau juga Irena Rania". Tengku Izz menyelitkan helaian rambutku di belakang telinga.

Senyumanku bertambah lebar.

'Saya harap hubungan kita akan kekal sampai awak lafazkan akad nikah kita'. Detik hatiku

                                     ----

Jangan lupa support Seri and komen :)

Jangan lupa support Seri and komen :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience