BAB 22

Romance Series 8029

KUNCI kereta laju dicapai olehnya. Debaran hati mula dirasakannya. Pakaian sederhana sudah memadai.

Baju sweater hitam dipandankan dengan seluar hitam. Topi hitam juga tidak dilupakan. Warna yang suram untuk menemui si kekasih yang dicintainya dalam diam. Seperti suramnya hati dia ketika ini.

Pintu kereta dibuka. Enjin kereta dihidupkan.
Dia tetap ingin bertemu dengan Zahirah.
Walaupun hatinya sudah mengetahui sebab Zahirah ingin berjumpa hanyalah untuk mengecewakan perasaannya.

Dia tetap nekad untuk mendengar bait-bait terakhir keluar dari mulut sang pujaan hati. Kata-kata lambaian terakhir itu sudah pasti diucapkan oleh Zahirah.

Bayang kereta Amir telah hilang dari pekarangan rumah.
Puan Amani yang sedang memakai telekung mengintai dari tirai kamarnya dan mengeluh kesah. Tidak tahu kemana anak bujangnya itu akan pergi waktu ini.

Apa yang diharapkan ialah kebahagian Amir. Dia tahu banyak perkara menyakitkan yang dipendam oleh Amir. Apapun dia sentiasa berdoa untuk anaknya itu. Semoga sinar kebahagian muncul bila waktu sudah merestuinya nanti.

AKU menapak keluar. Tiba-tiba pintu butik dibuka oleh seseorang.

"Assalamualaikum awak" Zayyad menyapa.

"Waalaikumussalam. Cepat awak sampai. Hmm, jom lah kita bincang dekat Zahirah's Restaurant. Boleh minum atau makan sekali" Ujar ku

Zayyad tersenyum.

"Jom"

"SO apa yang awak nak bincang?" Zayyad memulakan bicara dengan pertanyaannya.

"Ok, saya harap awak tak ambil hati tentang apa yang saya nak cakap ni." kata aku.

Aku melihat muka Zayyad yang agak keliru.

"Insyaallah saya tak kan ambil hati." kata Zayyad.

"Sejujurnya, saya masih lagi tak boleh lupakan tentang perkara yang jadi pada kita dulu. Saya masih lagi rasakan kesakitan tu. Bagi saya, awak adalah segala-galanya pada waktu tu. Tapi lepas sahaja awak tinggalkan saya, saya fikir awak tak macam yang saya sangkakan. Terlalu mudah untuk awak lepaskan saya. Dan terlalu mudah untuk awak lupakan apa yang telah kita bina bersama. Dan sekarang terlalu mudah untuk awak nak bersama saya semula."

Aku menghelas nafas sebelum menyambung bicara. Mata aku mula panas dek cecair yang akan keluar sebentar lagi.

"Zayyad, awak tak pernah tahu. Awak datang memberi cinta pada saya kemudian awak pergi. Dengan mudahnya awak cakap sayang kemudian awak lepaskan. Awak tak tahu yang saya merasakan kenyamanan saat dengan awak kemudian saya merasakan kehilangan. Awak tak tahu yang saya merasakan cinta yang luar biasa saat dengan awak kemudian saya yang menahan segala luka dan duka"

Air mata mula muncul ditubir mata aku.

"Zahirah, saya minta maaf atas apa yang saya dah buat pada awak dulu. Kalau boleh saya ubah masa, saya akan ubah dan saya memang tak nak perkara tu terjadi. Maafkan saya." Zayyad mencelah.

Aku yang mendengar bicara Zayyad terus mengalihkan pandangan ke tepi.

Air mata ini tak dapat aku tahan lagi. Ia mengalir bersama rasa sakit yang tidak akan terubati.

Aku menarik nafas untuk mencari kekuatan.

Aku kena bijak menyusun kata kerana perkara yang terakhir aku nak cakap ni amat penting.

Aku memandang Zayyad kembali. Pandangan kami bertaut.

"Zayyad, saya minta maaf sangat-sangat sebab saya memang tak boleh..." belum habis lagi kata-kata aku, ada seseorang muncul. Sudah lama aku tidak nampak kelibatnya.

Amir Naufal

"Assalamualaikum" satu kata yang keluar dari mulut itu.

Salam dijawab.

Dia mengambil tempat disebelah ku. Aku melihat dia dengan pandangan sayu. Makin susut badan dia dan tak ada riak wajah gembira terbit dari raut muka dia. Rasa seperti kosong sahaja. Hati aku luluh.

Maafkan saya Amir. Bisik aku dalam hati.

"Zahirah, awak nak bincang apa. Saya tak boleh lama ni" Amir tipu dirinya, walhal dia ingin bersama dengan Zahirah tetapi alangkah terkejutnya dia bila nampak Zahirah dengan Zayyad. Belum apa-apa lagi, hatinya sudah hancur berkecai.

Disebabkan ini mungkin kali terakhir Amir akan berjumpa dengan Zahirah, maka dia ambil keputusan untuk duduk disebelah Zahirah. Lantaklah apa yang nak difikirkan oleh Zayyad. Kata Amir dalam hati.

Aku ingin mengatur semula kata-kata yang terhenti tadi. Aku kuatkan diri, walau dingin sudah sampai hingga ke hujung kaki. Aku menggeletar.

"Zayyad, saya minta maaf sangat-sangat sebab saya memang tak boleh nak terima awak semula macam dulu. Dan Zayyad, saya nak awak tahu tentang hati saya yang dulunya kelam disebabkan awak, sekarang dah terang semula disebabkan kehadiran Amir." Arghh betul ke apa yang aku cakap ni.

Aku memandang Amir yang ada disebelah. Terbuntang mata dia bila dengar aku berkata begitu.

"Zahirah, saya tak faham. Awak cakap apa ni?" Tanya Amir keliru.

Zayyad hanya diam terpaku.

Aku tatap mata Amir. Lama. Pandangan pengganti bicara.

"Terima kasih Amir sebab hadir dalam hidup saya. Terima kasih sebab jadi pelangi selepas hujan mendung turun. Terima kasih sebab jadi kekuatan untuk. Terima kasih untuk segala-galanya." Kata aku jujur

Pandangan mata Amir dari tadi tidak lari dari anak mata aku. Mungkin dia agak terkejut

"Terima kasih Zahirah. Terima kasih sangat" ucap Amir dengan riak wajah yang amat gembira. Tidak tahu bagaimana dia ingin mengungkapkan segalanya. Yang pasti dia akan luahkan bila Zayyad tak ada lah.

Tiada apa lagi yang ingin diucapkan Amir selain dari kata syukur. Ini terasa seperti sebuah mimpi. Tetapi telah jadi kenyataan. Dan untuk menjadikan ia kenyataan, rasa sakit perlu dilalui terlebih dahulu.

Zayyad yang duduk dihadapan mengeluh kesal.

"Zahirah, saya faham. Saya cukup faham perasaan awak. Dan kalau itu keputusan awak, saya terima dengan redha. Saya tak akan paksa awak untuk mencintai saya semula" Katanya dengan riak wajah yang amat kecewa.

"Saya minta maaf Zayyad." Itu sahaja yang mampu keluar dari mulut aku. Permohonan maaf kerana tidak dapat menerima dia semula dalam hidup ni.

Zayyad terus bagun dari duduk nya.

"Awak tak perlu minta maaf Zahirah. Bukan salah awak pun. Semuanya berpunca dari saya." Kata Zayyad diiringi senyum mendatar.

"Amir, tolong kau jaga Zahirah elok-elok. Jangan sakitkan hati dia. Jangan kecewakan dia bro. Sentiasa bahagiakan dia. Ingat apa aku pesan ni." Ujar Zayyad pada Amir

Amir sekadar mengangguk. Jengkel dengan lelaki yang ada dihadapan dia sekarang ni.

'Woi jantan, bukan kau ke yang tak jaga Zahirah elok-elok. Bukan kau ke yang dah sakitkan hati dia dulu. Bukan kau juga ke yang dah kecewakan dia dan tak bahagiakan dia. Sepatutnya kau ingatkan benda tu kat diri kau dulu.' Monolog Amir dalam hatinya.

"Saya minta diri dulu. Assalamualaikum"

Bayang Zayyad beransur-ansur pergi sama seperti keberadaan Zayyad dalam hati Zahirah.

Happy reading ^^ Macam mana cerita kali ni? Korang boleh comment, nanti saya reply ok ;)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience