BAB 18

Romance Series 8029

"AMMAR, mana kakak kamu ni. Tak pernah dia balik lewat macam ni. Dah nak masuk pukul dua belas tengah malam ni." Kata Puan Hani pada anak bongsunya itu.

Muka Ammar kian runsing. Risau dibuatnya.

"Sekejap bu, Ammar tengah telefon kawan-kawan dia ni." ujar Ammar dengan nada risau.

Ammar pantas meraih telefonnya yang berada di atas meja itu.

Muka Ammar nampak risau apabila siap menelefon.

"Ibu, Kak Hanim dengan Kak Airina kata Kakak masih ada kat butik masa semua staf dia dah balik. Kakak kata dekat dia orang yang dia sibuk sikit buat kerja."

Ibu menundukkan kepala hampa. Kenapalah si anak daranya yang seorang itu membuat dia risau begini.

"Kenapa kamu tak telefon kakak kamu terus je?" tanya Puan Hani.

"Dah call. Tapi tak angkat. Itu yang Ammar telefon kawan-kawan dia" jawab Ammar.

"Ha tak apa bu, Ammar telefon Abang Zayyad je lah." Kata Ammar lagi.

Puan Hani mengerutkan dahinya.

"Buat apa kamu nak telefon si Zayyad pula?"

"Ammar nak suruh dia tengokkan kakak dekat butik."

"Eh kamu ni Ammar. Dah larut malam ni. Buat apa susahkan anak orang tu. Entah-entah dia dah lena dibuai mimpi tak"

"Kita cuba je call dia dulu. Lagipun ibu, dia kata dia sayangkan kakak kan? Inilah masanya kita tengok perangai dia. Betul ke tidak dia sayangkan kakak. Ammar ni bukan apa, Ammar tak nak kakak kecewa saja" terang Ammar.

Ibu mengangguk seraya tersenyum nipis. Sayang betul Ammar dengan kakak dia.

"KALAU macam tu abang gerak sekarang. Kalau ada apa-apa terus telefon abang ok?."

Zayyad meletakkan gagang telefon setelah habis berbual dengan Ammar.

Dia terus turun dari katil dan segera bersiap.

Jaket hitam disarung. Topi hitam juga dipakai.

Dia turun ke tingkat bawah. Kunci kereta diambil. Penuh risau dan resah.

Pintu dibuka, tetapi belum sempat dia keluar ada orang yang memanggilnya.

"Zayyad? Tengah-tengah malam ni nak pergi mana?" tanya bapa Zayyad, Encik Zahid.

Tekak Encik Zahid terasa kering dan haus. Kerana itu dia terjaga di tengah kelarutan malam ini.

"Ammar call Zayyad tadi pa. Dia kata Zahirah tak balik-balik rumah lagi. Jadi Zayyad nak pergi butik, tengok Zahirah." Jawab Zayyad.

Papanya mengangguk.

"Zayyad, hidup ni perjuangan. Perjuangan untuk dapatkan yang terbaik. Jadi, kejarlah apa yang kita rasa terbaik tu" pesan Encik Zahid.

Zayyad mengangguk dan tersenyum. Papanya selalu sahaja memberi kata-kata semangat untuk dia selalu bangkit dari kelemahan hidup.

"Baik pa. Zayyad nak cepat ni pa. Zayyad pergi dulu" Disalamnya tangan bapanya itu.

"Hati-hati drive." kata Encik Zahid.

Tanpa menunggu lama, Zayyad terus keluar dari rumahnya dan menghidupkan enjin kereta.

Dia memecut keretanya di tengah lebuh raya yang sunyi itu. Hanya ada beberapa buah kereta sahaja waktu itu. Kerisauannya terhadap Zahirah bukan kepalang.

"Zahirah, saya harap awak baik-baik sahaja. Tunggu saya datang ya" Desis Zayyad seorang diri dalam kereta.

AKU bangun dari duduk. Terasa lenguh badan ni setelah sekian lamanya aku duduk di kerusi ini sambil menyiapkan lakaran fesyen baju-baju terbaharu untuk dilancarkan tak lama lagi.

Aku mencapai telefon yang berada di atas meja. Aku buka, tetapi tidak menyala. Lah, tak ada bateri rupanya.

Itulah kau Zahirah, sibuk sangat buat kerja tadi sampai telefon pun tak sempat nak buka. Patutlah tiada sebarang panggilan atau notifikasi yang menjelma.

Telefon bimbit segera aku caskan. Sementara itu, meja yang bersepah dengan kertas A4 aku kemaskan.
Setelah 10 minit aku mengemaskan pejabat kecilku itu, aku berlari mendapatkan telefon. 25 peratus bateri yang ada. Bolehlah ni. Aku buka telefonku, 61 panggilan dan 1830 mesej yang masuk.

Mesti satu rumah tengah risaukan aku. Lagi-lagi ibuku, Puan Hani.

Nombor telefon Ammar segera ku dail. Aku memberitahunya yang keadaan aku baik-baik sahaja dan sebentar lagi aku akan segers pulang ke rumah.

Aku berkemas untuk pulang ke rumah. Suis di tingkat atas sudah ku tutup. Kini tinggal di bahagian bawah sahaja.

Saat ku rasa semuanya sudah beres. Aku mengatur langkah ke arah pintu keluar.

Aku terkejut bila melihat ada seseorang yang sedang berdiri di luar butikku. Orang itu sudah agak berumur tapi tak adalah tua sangat. Mungkin dalam lingkungan 50 tahun. Pakaiannya cukup selekeh, koyak rabak. Biasalah, kalau dah tengah malam begini memang ramai orang yang kurang sihat berkeliaran di sekitar Kuala Lumpur ni.

Lampu dari dalam ni malap, orang yang dari luar tak boleh nampak orang yang ada di dalam. Dah macam 'aku diluar kau didalam ke, aku didalam kau diluar ke'

Macam-macam perasaan yang aku rasa sekarang ni, takut ada, gementar ada, semuanyalah. Bercampur baur. Entah-entah orang ni ada niat tak baik kut. Aku bukan nak bersangka buruk terhadap orang ni. Tapi ini hanya sebagai langkah berjaga-jaga.

Aku nak keluar juga ke tak eh?. Kalau aku bagitahu ibu, yang aku dalam keadaan bahaya sekarang ni nanti ibu risau pula. Aku tak nak begitu. Nak tak nak, aku kena balik sekarang juga.

Fikir Zahirah, fikir.

Kasut tumit tunggi! Plan dia macam ni, nanti lepas je aku keluar dari butik aku akan baling kasut ni kat muka dia kalau -kalau dia cuba nak buat benda tak baik dekat aku.

Mana heels aku eh. Cis! Pandai betul lah kau ni Zahirah. Hari ni aku tak pakai heels.

Aduhai, macam mana ni. Ting! Idea muncul.

Aku tahu apa nak buat. Segera aku cari benda tu. Jumpa! Vape One Push V. Satu semburan, menghalau nyamuk. Tapi mampu ke dengan hanya satu semburan akan menghalau orang ni. Aku tak tahu dia ni orang apa. Mungkin penyangak, penyamun, perompak, pencuri, dan banyak lagi lah yang bermula dengan 'pe'.

Tak kisah la semua tu. Yang penting aku kena cuba. Tak cuba tak tahu kan.
Ya Allah, lindungilah hamba mu ini. Jika ini akhir dari segalanya, maka kau lindungi jugalah orang-orang yang aku sayang. Sempat ke aku nak sambut bulan puasa dengan keluarga aku nanti. Sebak pula rasanya.

Bismillahirrahmanirrahim.

Pintu butik ku kuak. Orang tua itu segera mengalihkan pandangannya pada aku.

Gulp! Air liur ku telan pahit.

"Aku dah agak. Mesti ada orang dalam ni. Muncul juga kau ya" kata pakcik tua itu dengan wajah yang menakutkan.

Wahai Tuhanku, selamatkanlah aku dari bala bahaya dikala umatmu yang lain sedang nyenyak diulit mimpi ketika ini Ya Allah.

Pakcik tua itu mendekati aku. Dia cuba untuk menyentuhku. Tanpa berlengah lagi, aku semburkan cecair tadi tepat mengena pada mukanya.

Malangnya, pakcik tu sempat menutup matanya. Sasaran utama aku ialah biji mata dia tu. Biar kornea dia tak boleh berfungsi dah. Betul ke yang aku cakap ni. Yelah, aku bukan pakar optometri. Tapi macam terlalu kejam je aku nak buat macam tu. Bawa mengucap Zahirah.

"Tak guna kau!" Kata pakcik tua itu dan terus memegang lenganku.

Aku meronta. Jantungku berdebar. Peluh mula membasahi dahi.

"Lepaslah!" Pintaku. Air mata mula menitis. Aku bagai dapat rasakan pengakhiran hidupku disini. Tiada siapa yang akan membantuku ketika ini.

Buk! Seseorang telah membuat satu tumbukan tepat mengena pada pipi pakcik tua itu. Dia jatuh tersungkur.

Aku menjadi pemerhati dari tepi. Mereka berbalas tumbukan. Gaduh ibarat tengah boxing. Ganas.

Aku tahu siapa lelaki yang datang selamatkan aku ni.
Dush! Zayyad pula yang jatuh ke lantai. Mata pakcik tua itu memandang tepat ke arah ku.

Aku beranjak ke belakang sedikit.

"Zahirah, awak pergi masuk sekarang!" Jerit Zayyad kepada ku bila Zayyad rasa keadaan tak selamat.

Aku segera masuk semula ke dalam butik tanpa berlengah lagi. Pintu ku kunci pantas.

"Nampaknya pakcik ni dah melampau ni" kata Zayyad tidak puas hati.

Zayyad kembali berdiri.

"Saya bukan nak kurang ajar ya pakcik. Tapi kalau dah salah tetap salah" Ujar Zayyad.

Buk! Pipi kanan pakcik ditumbuk.

Buk! Pipi kiri pakcik tua itu pula.

Akhir sekali buk! Zayyad menendang perut pakcik itu dengan kepala lututnya.

Pakcik tua itu terbaring lemah.

Habis lunyai pakcik tu dikerjakannya.

Seketika kemudian, Zayyad menelefon ke panggilan kecemasan untuk meminta bantuan polis menyelesaikan kes ini.

Aku keluar dari butik bila rasa keadaan sudah selamat. Pelik juga sebab Zayyad tiba-tiba sahaja datang untuk selamatkan aku. Ini lelaki kiriman tuhan buat aku ke. Tak kisah lah yang penting aku bersyukur kerana masih diberi perlindungan.

Zayyad mendekati ku. Dipandangnya aku dengan pandangan yang sayup. Sejujurnya, aku dah mula rasa selamat bila dengan Zayyad.

"Zahirah, awak okey?" Tanya Zayyad dengan wajah yang risau.

Aku mengangguk perlahan.

"Saya okey. Awak tu, okey ke tidak? Tu tepi bibir tu berdarah. Dekat hidung pun sama" kata aku.

Aku keluarkan sehelai kain berwarna pink dari dalam beg. Aku sayang kain ni. Memandangkan tisu tak ada jadi terpaksalah aku gadaikan kain ini. Kain tadi aku hulurkan pada Zayyad. Dia menyambutnya dan mengelapkan pada bahagian yang berdarah.

Aku memandangnya. Kesian dia.

Dia jadi macam ni pun sebab aku.

"Kenapa awak datang sini? Jangan bagi alasan yang tak masuk akal pula." aku bertanya.

Zayyad menenung aku lama sebelum memberi jawapan.

"Hati. Hati saya kata awak dalam bahaya. Jadi saya pun bergegas datang kat sini" jawab Zayyad.

Aku memandang Zayyad dengan pandangan tidak puas hati. Mata ku kecilkan. Dahi berkerut seribu.

"Err gurau-gurau. Ammar bagitahu saya yang awak tak balik rumah lagi. Kebetulan masa tu saya tak boleh nak tidur jadi saya angkat lah telefon dari Ammar tu. Lepas tu saya terus cepat-cepat datang sini" terang Zayyad.

"Oh maknanya kalau awak dah tidur, awak tak nak angkatlah telefon tu. Then, awak tak nak selamatkan saya. Macam tu?" Kenapa aku macam terlebih emosi ni.

"Eh bukan macam tu. Kalau saya dah tidur sekali pun, saya tetap akan bangun untuk angkat call tu dan saya akan datang selamat kan awak"

Aku buat muka malu

"Sekarang ni, nak buat apa dengan pakcik ni. Dia dah mati ke?" tanya aku sambil melihat ke arah pakcik yang sudah terbaring di atas tanah.

Zayyad memandang pakcik itu kemudian pandangannya beralih padaku semula.

"Sekejap lagi pihak polis akan datang. Kita sama-sama selesaikan hal ni. Jangan risau, dia tak mati pun."

"Ouh" kataku

"Zayyad" aku memanggil Zayyad.

Dia menoleh ke arah ku sambil kedua belah tangan diletakkan didalam poket seluar. Ingat macho ke tu.

"Terima kasih" ucapku ikhlas walaupun tiada sebarang senyuman yang terukir di bibir.

"Sama-sama kasih." Ujar Zayyad dengan senyuman yang tak lekang di bibir.

SELESAI urusan pasal pakcik tadi, aku dan Zayyad sama-sama pulang. Kereta aku tinggalkan di butik. Zayyad menghantarkan aku balik rumah. Dia kata dia risaukan keselamatan aku, lagi-lagi bila kes tadi terjadi. Dan kali ni, aku tak menolak pelawaannya. Aku rasa selamat bila dengan dia. itulah yang aku rasa sekarang. Tenang sahaja.

“Zahirah, jom” ajak Zayyad.

Aku angguk dan terus masuk ke dalam perut kereta Zayyad.

“Apa pandang-pandang? Jom lah gerak” kataku apabila Zayyad tak habis-habis memandangku.

“Jadi,lepas ni awak nak buat macam ni lagi? Nak risaukan orang sekeliling yang sayangkan awak? Buatnya awak tak dapat raya tahun ni macam mana? Jangan cakap raya, puasa pun belum tentu merasa. Saya bukan apa, saya Cuma risau dan takut. Takut untuk kehilangan awak.” Kata Zayyad.

Aku menoleh ke arahnya dan menunduk sedikit.

“Saya minta maaf.” Ucapku.

“Tak payah minta maaf dengan saya. Minta maaf dengan ibu awak. Kesian dia. mesti dia tak dapat tidur sebab risaukan anak dia ni.”

“Oh ya, dah lama saya tak nampak Amir Naufal. Mana dia? biasanya ada saja dia dengan awak. Ini tak ada pula.” Tanya Zayyad.

Jauh aku termenung memikirkan soalan itu. Dah lama Amir tak datang berjumpa dengan aku. Mungkin dia sudah tidak mahu berkawan dengan aku lepas apa yang ibu aku dah buat padanya. Kesian dia terkena tempiasnya. Nanti aku akan cuba menghubungi Amir Naufal untuk bertanyakan keberadaannya. Ingin berbual pendek bersama dia. Dia juga kawan baikku. Sentiasa ada dikala duka mahupun suka.

“Zahirah?”

“Hmm ya. Awak, kita gerak sekarang lah. Dah lewat ni. Esok nak kerja lagi. Awak pun nak kerja juga esok kan?” ujarku.

“Saya belum masuk kerja lagi. Masih nak santai-santai dulu lepas habis belajar ni.” Kata Zayyad.
Selesai berbual pendek. Kami pun memulakan perjalanan dengan menelusuri lebuh raya yang lengang itu. Suasana malam yang suram. Tapi nampak tenang dan indah dengan adanya bintang-bintang di langit. Sama seperti keadaan aku tadi sewaktu dengan penjahat itu. Tapi Zayyad tiba untuk menyelamatkan aku dari bahaya yang aku takuti. Dia mententeramkan jiwa yang resah gelisah. Dia berjaya membuat aku rasa seperti dialah pelindung yang akan menjaga aku untuk masa kedepannya nanti.

MALAM ni aku tak boleh tidur. Bukan malam, dah pagi ni. Masih lagi memikirkan peristiwa tadi. Kalau Zayyad tak datang, agaknya apa yang akan jadi pada aku? Tak dapat aku membanyangkannya.

Aku termenung sendirian melihat siling kamar yang kosong.

Zayyad,

Ada rindu yang menyiksa. Ada rindu yang saat ini bergayut di hati saya. Ia membelai dengan manja bersama kenangan kita yang sudah tak ada. Perit rasanya.

Dan tiba-tiba air mata aku mengalir.

Zayyad,

Sesak di dada akibat rindu yang hadir dengan luar biasa. Namun tak sanggup saya sampaikannya pada awak Zayyad. Mengapa keadaan ini begitu menyulitkan saya. Mengapa saya mesti rasakan rindu ni. Dan saya tak tahu apa pulak perasaan awak terhadap saya. Adakah awak juga rasakan rindu ni Zayyad?

ZAYYAD terjaga dari pembaringannya. Dia hanya dapat tidur beberapa jam sahaja hari ini. Dia melihat ke luar jendela.

Selamat pagi seluruh dunia.

Zayyad dapat merasakan ada kerinduan yang menyapa malam tadi. Tentang hati yang tak mampu menyampaikan rindunya pada Zayyad.

Zayyad teringat tentang dia dengan Zahirah sewaktu mereka sama-sama sedang menatap langit yang indah ditambah pula dengan bintang yang berkelipan pada waktu pagi beberapa jam sebelum ini.

Zayyad merasakan itu memori yang sangat indah kerana dia berjaya menyelamatkan buah hati pengarang jantungnya itu dari kekejaman orang asing.

Kemudian dia tersenyum sendirian. Serupa orang angau.

“Zahirah, saya rindukan awak juga. Sentiasa rindukan awak. Dan sentiasa akan menanti awak sampai bila-bila” kata Zayyad seorang diri.

“Saya yakin sangat bila kita dipertemukan semula saat ini mesti untuk dipersatukan kelak. Sungguh indah takdir ini.” Tambah Zayyad lagi.

Seketika itu, azan subuh berkumandang.

Zayyad lantas bangun untuk menunaikan kewajipannya.

Selamat membaca kepada para pembaca semua. Terima kasih sudi menyokong karya saya yang tak seberapa ni dan memang banyak kekurangan yang harus saya sempurna kan. Terima kasih sekali lagi. Macam mana bab yang ni? Awak semua boleh komen dan bagi pendapat untuk saya baiki apa yang kurang. Happy reading!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience