BAB 3

Romance Series 8029

HARI ni dah setahun lebih aku dengan dia. Hubungan kitorang ok je, macam pasangan yang lain. Ada pasang surutnya. Tapi aku lah yang paling kuat merajuk dan mengada. Airina dengan Hanim memang jealous dengan hubungan aku dengan Zayyad. Dia orang kata ‘tolong hormat orang single’. Heh macam lah aku tak tahu yang Hanim tengah dengan si Haikal tu.

Berita gembiranya untuk tahun ni ialah aku satu kelas dengan Zayyad. Mestilah gembira bila dapat tahu yang aku satu kelas dengan pujaan hati. Boleh pulak aku menangis sebab bahagia sangat dapat satu kelas dengan bf.

Dengan si kawan aku dua ekor tu memang tak boleh dipisahkan. Kelas kami sama juga. Tempat duduk pun sama. Ada tiga meja. Paling hujung menghadap tingkap belah kiri, aku yang duduk. Meja tengah pula Hanim yang duduk. Dan meja belah kanan si Airina yang duduk. Meja kami belakang sekali.

Zayyad duduk dekat depan sekali dengan Haikal. Ada dua meja je. Sesuailah dengan diaorang yang tak boleh dipisahkan tu. Belangkas pun tak macam tu tau. Eh, aku jealous ke.

RINGGGGGG

Bunyi tu keluar dari telefon aku. Ringtone ialah lagu jiwang Aiman Tino 2017. Jelas nama pemanggil ialah ‘Dettol’. Segera ku angkat panggilan tersebut.

“Assalamualaikum Zah. Harini aku kurang sihat, jadi aku tak pergi sekolah. Maaf weh, esok aku datang.” Jelas Saidatul.

“Waaalaikumussalam. Oh ye ke. Kalau macam tu tak pelah, kau rehat jelah dekat rumah. Semoga cepat sembuh Detol!” ujarku

Setelah habis berbual, panggilan ditamatkan. Apa kena dengan Detol ni? Kenapa tak wasap je aku. Ataupun call kat wasap tu, kan free je. Aku tahu dia tak nak bazirkan kredit dia. Jadi tak payah la call biasa.
Lah! Aku lupa buka data. Hahaha nasib kau la Detol.

KENAPA harini aku rasa lain. Lain sangat rasanya. Rasa yang sukar untuk ku duga. Apa yang akan berlaku kedepannya. Tengah aku termenung, bunyi notifikasi menarik perhatianku untuk melihat siapakah penghantarnya.

Zayyad

Hmm buah hatiku jantung pisang ulam mendatang. (betul ke?)

- awak, nanti sebelum perhimpunan jumpa saya dekat pondok yang tak jauh dari kelas kita tu.
Ada perkara penting yang saya nak cakap.

???
Ini pun aku pelik. Ada sesuatu yang lain pada harini.

Mana kata-kata manis dia? Kenapa dia bahasakan aku dengan ‘awak’. Mana sayang-sayang dia tu. Kenapa tak ada langsung kata-kata manis di setiap ayat dia. Kenapa dia lain sejak akhir-akhir ni. Semalam pun dia tak ada mesej aku. Aku baru nak merajuk dan harini dia kata macam tu je.

Mesej Zayyad ku balas dengan ‘okay’ dan disusuli oleh tanda bluetick daripada Zayyad.

Ada apa sebenarnya pada hari ini? Eh dah macam bomoh pulak aku ni. Asyik menebak apa yang akan berlaku pada hari ini. Walau apa pun, aku berharap harini akan baik-baik sahaja.

“AKAK” panggil ayah dari dapur. Mungkin ayah baru siap bersarapan.

“Ya ayah, kenapa?” tanya ku pelik. Ayah tak pergi kerja ke harini. Harini hari isnin. Aku baru nak berangkat ke sekolah.

“Harini ayah hantar akak pergi sekolah. Ammar tadi lagi ayah dah hantar dah. Harini ayah ambil cuti. Rasa macam nak bersantai sekejap. Asyik menghadap kerja je memanjang jadi ayah apply cuti.” Kata ayah yang seakan tahu setiap persoalan yang kutuju. Walaupun di dalam hati.

“Oh ok la tu. Saidatul tak pergi sekolah harini. Jadi akak tak ada la sunyi je naik bas seorang. Ibu masak apa tu?” tanya ku pada ibu yang sibuk memasak.
Ayah hanya mengannguk dengan kataku tadi.

“Ibu masak nasi goreng kampong harini. Ayah yang request. Ibu buat kan aje.” Kata ibu sambil memandangku sekilas itu memandang ayah. Pandangan yang penuh kasih.

“Hmm sedapnya, akak nak makan dua pinggan la ibu. Hehehe.” Ujarku ingin menceriakan susanana.

Ayah banyak berbual dengan aku tentang sekolah dan ada pelbagai soalan yang ditanya oleh ayah. Aku rasakan ini perbualan yang panjang aku dengan ayah. Ayah ceria je harini. Seronok riak wajah ayah bila dengar aku bercerita yang aku pernah menjadi bahan gelak orang dikelas. Aku tak marah sebab aku yang blur masa tu. Cikgu tanya lain, aku jawab lain.

“Akak, jom la pergi.” Kata ayah, aku hanya mengangguk sambil menyarungkan kasut sekolah.
Setelah tiba di sekolah…

“Akak, ayah ada bagi hadiah untuk akak. Tapi ayah letak atas meja dalam bilik kakak. Nanti balik, akak tengok lah ya” ucap ayah sambil senyum penuh kasih terhadapku.

“Harini bukan hari jadi akak lah ayah. Kenapa ayah bagi?”soalku, pelik dengan ayah.

“Ayah saja je bagi. Sekali sekala apalah salahnya. Oh ya, akak kena janji dengan ayah yang akak akan jaga ibu dengan Ammar tau. Jaga diorang baik-baik dan jangan lupa jaga diri. Ayah sayangkan kakak. Sayangkan keluarga kecil kita”

Kata-kata ayah menimbulkan rasa sedih pada aku. Dengan pantas segera aku peluk ayah dengan diiringi esakan kecil dari ku. Aku sedih, kenapa ayah cakap macam ni. Kenapa lain rasanya.

“ZAYYAD! Jauh termenung nampak, apa yang kau fikirkan ni?” Haikal menegur.

“Takdelah. Aku tengah buntu sekarang ni. Kalau boleh, aku tak nak pun ada dalam situasi ni.” Ujar Zayyad dengan nada runsingnya.

“Macam berat je ni. Cuba kau cerita dekat aku. Manalah tahu aku boleh bagi pendapat yang bijak” kata Haikal dah macam pakar motivasi galaknya.

“Macam ni Haikal, aku buntu sangat ni. Dua orang datang sekali gus tanpa aku minta. Satu tu memang aku suka, tapi dia ada perangai dia yang tersendiri yang membuatkan aku tak suka kat dia. Bukan tak suka tapi aku rasa macam dah tawar hati. Yang sorang lagi ni, memang mengada sikit tapi dia pandai jaga hati aku, layan aku, dengar setiap masalah aku. Cuma kau rasa macam mana?” Kata Zayyad

“Jap-jap. Seorang tu aku tahu, Zahirah kan. Yang seorang lagi tu. Siapa dia? Kau jangan cakap kat aku yang dia tu Lily. Bukan nya aku tak suka kat dia, tapi tak ada yang menarik sikit pun dekat dia selain daripada perangai gedik dan kebudak-budakan dia tu. Kenapa dia dekat dengan kau walaupun dia tahu kau dengan Zahirah? dia saja je tu. Hati dia busuk. Aku memang terang-terang cakap yang aku tak suka dia. Ada pernah satu hari tu, dia kacau Hanim. Menggelegak hati aku ni. Walaupun Hanim tak cakap dekat aku, tapi aku nampak sendiri. Aku tahu Hanim kena peras ugut dengan dia. Tak guna betul kau Lily.” Kata-kata Haikal yang begitu membuatkan Zayyad tersentak sebentar.

“Tapi aku memang dah penat dengan Zahirah. Waktu Zahirah merajuk dengan aku, dia tak mesej aku. Lily tu jugak yang ada, yang selalu dengar cerita aku. Aku selesa sangat dengan dia. Perasaan ni secara tidak langsung timbul terhadap Lily dan aku dah tawar hati dengan Zahirah. Aku ada ajak Zahirah jumpa kat sini jap lagi. Aku nak setel dengan dia harini juga. Tak delah aku rasa taku-takut lagi nak dekat dengan si Lily tu.” Terang Zayyad

“Entah lah Yad. Kau buat la keputusan kau sendiri. Aku Cuma nak cakap yang Zahirah tu betul-betul sayangkan engkau. Kita kena terima orang yang sayangkan kita lebih daripada kita sayangkan dia. Bukan aku nak bela dia disebabkan dia kawan baik Hanim. Tak Zayyad. Bukan macam tu. Aku ada perspektif aku sendiri mengenai Zahirah dan Lily. Aku tengok engkau ni dah macam lagu Di Sana Menanti Di Sini Menunggu gayanya. Hahaha. Eh tu Zahirah dah sampai, aku nak pegi dewan ni” kata-kata Haikal memang didengari dengan baik oleh Zayyad.

***
Seumur hidup aku ini yang pertama
Pintu hatiku diketuk oleh dua wanita
Punyai ciri selama ini kucari
Berbeza wajah ayunya tetap asli
Kalau kupilih di sini, apa kata di sana?
Kalau kupilih di sana, di sini akan terluka
Perlukah aku pilih keduanya?
Bahagi kasih seadil-adilnya?
Sungguh ku merasa resah
Untuk menilai sesuatu yang indah
Namun ku ada pepatah
Yang aku gubah
Di sana hanyalah menanti
Sampai bila pun ku tak pasti
Bertanya khabar melalui tinta
Jarang sekali bertemu muka
Namun ku tahu dia setia
Dan di sini tetap menunggu
Berada jelas di mataku
Kasih tak luak terhadap aku
Sanggup menunggu kata putusku
Sayang, ketabahanmu menawanku
Sungguh ku merasa resah
Untuk menilai sesuatu yang indah
Namun ku ada pepatah
Yang aku gubah
Di sana hanyalah menanti
Sampai bila pun ku tak pasti
Bertanya khabar melalui tinta
Jarang sekali bertemu muka
Namun ku tahu dia setia
Dan di sini tetap menunggu
Berada jelas di mataku
Kasih tak luak terhadap aku
Sanggup menunggu kata putusku
Sayang, ketabahanmu menawanku
Kuterima satu nota, ringkas tulisannya
Dia sedia undur diri dan memaafkanku
Katanya anggap ini satu mimpi
Yang datang sekadar untuk menguji
***

“ADA apa awak nak jumpa ni? Dalam kelas kan boleh jumpa juga.” Soalku dengan senyuman.

“Kalau cakap depan-depan dan berdua je lebih ok. Kalau dalam kelas nanti kepochi.” Kata Zayyad.

“Jadi, awak nak cakap apa. Macam lain je harini. Awak ada masalah ke? Cerita la kat saya. Kalau awak nak, saya boleh je…”kata-kata aku dipotong oleh Zayyad.

“Zahirah dah la dengan semua ni! Saya minta maaf sangat-sangat. Saya nak putus dengan awak. Saya dah penat asyik saya je jaga hati awak. Banyak benda boleh buat selain dari bercinta ni awak. Kita tak tahu kita hidup lagi ke tak esok. Minta maaf dari saya. Hmm lepas ni, hmm macam mana nak cakap eh. Awak, kita buat hal masing-masing boleh? Awak buat hal awak, saya buat hal saya. Minta maaf sangat-sangat. Kita kena belajar untuk move on. Lupakan kisah silam. Saya kena la buang perasaan saya kat awak, walaupun benda tu perit dan menyakitkan. Kita boleh jadi kawan lagi kan? Saya minta maaf sangat-sangat. Saya pergi dulu. Assalamualaikum.”

Betul ke apa yang aku dengar tadi? Ke aku salah dengar? Zayyad, kenapa awak buat saya macam ni. Air mata ni tak mampu aku tahan lagi. Setitis lama-lama sebaldi.
Aku terus pergi tandas. Aku hamburkan semuanya kat situ. Setelah tu, aku terus pergi dewan untuk berhimpun. Aku kena nampak tenang walaupun hakikatnya tak sebegitu. Mata yang bengkak dek tangisan tadi tak kuhiraukan. Biar la orang kata apa. Aku tak berdaya nak jawab lagi. Aku hanya diam bila kawan-kawan aku tanya. Aku termenung seperti orang tak siuman. Kenapa semua terjadi. Adakah ini mimpi. Kalau ini mimpi, aku bersyukur. Jika ini realiti, aku tak mampu nak tanggung semua ni. Aku dah kehilangan dia. Orang yang aku cinta dah pergi tinggalkan aku.

Semua pasti berubah
Nak tak nak
Semua pasti berpisah
Ingin tak ingin
Semua pasti berakhir
Siap tak siap

***
Di belaian sempurnamu
Hiasi setiap ruangku
Lemah bibir berbicara
Tak bersuara
Seakan senda yang terang
Lewati masa berlalu
Tiupan bayu memanggil
Segenap rasa
Dan aku di sini
Kau akhiri semuanya
Kau takkan berhenti
Takkan aku bernyawa
Tanpamu di sisi
Kau akhiri semuanya
Meninggalkan aku
Telah kau menemaniku
Maafkan aku
Wahai hati yang pergi
Di belaian sempurnamu
Hiasi setiap ruangku
Lemah egoku ditiup
Kelembutanmu
Dan aku di sini
Kau akhiri semuanya
Kau takkan berhenti
Takkan aku bernyawa
Tanpamu di sisi
Kau akhiri semuanya
Meninggalkan aku
Telah kau menemaniku
Maafkan aku
Wahai hati…
***

SETELAH habis sesi persekolahan hari ni. Macam biasa, aku akan menunggu bas di perhentian bas sekolah. Satu pun soalan daripada kawan-kawan yang menanyakan keadaan aku, aku tak jawab. Bukan sombong tapi aku tak mampu nak jawab harini.

Aku nampak kereta ibu. Ibu membuka tingkap dan melambai ke arah aku. Pelik. Bukan ke ibu ada COD masa ni.

“Akak cepat masuk. Kita kena pergi hospital sekarang juga. Ada orang telefon ibu tadi. Dia cakap ayah terlibat dalam kemalangan. Cepat kak!” kata-kata ibu diiringi dengan tangisan

Aku tersentak dengan kata-kata ibu. Ayah? Ayah kemalangan? Perkara yang ku takutkan sudah terjadi. Sekali lagi, aku menangis. Tidak dapat kutanggung lagi kesedihan ini. Ammar yang berada di sebelahku aku peluk dengan erat. Tangisan dia sangat meruntun jiwa ku.
YA ALLAH lindungilah ayah kami. Kami sayang ayah.

Selamat membaca kepada para pembaca semua. Terima kasih sudi menyokong karya saya yang tak seberapa ni dan memang banyak kekurangan yang harus saya sempurna kan. Terima kasih sekali lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience