BAB 15

Romance Series 8029

“Akak, dah siap?” tanya Maklong Wati yang berada di sebalik pintu bilik ku.

Aku melihat diriku di hadapan cermin. Aku senyum seketika.

Aku mengangguk. “Dah maklong.”

Maklong Wati menepuk lenganku perlahan.

“Cantik anak buah maklong ni. Cantik sangat.” Bicara maklong sambil tersenyum manis.

Pagi ini aku akan menemani Maklong Wati hadir pada majlis persaraannya di sekolah rendah. Majlis persaraan Maklong Wati diawalkan daripada tarikh asal dan bertukar pada hari ini.

Sudah tentu aku berdebar. Kata maklong, hanya murid sesi pagi yang akan ada pada hari ini. Maknanya darjah empat hinggalah darjah enam.

Dah macam ahli kerabat diraja pula aku ini. Yelah, melawat ke sana ke sini. Dengan baju kurungnya lagi.

Oh ya, hari ini aku mengenakan busana dari butikku sendiri. Baju kurung moden berwarna rose gold dengan motif flora berwarna maroon memenuhi seluruh baju. Warna rose gold hanya kelihatan sedikit sahaja kerana motif bunga maroon telah mengambil seluruh ruang pada seluruh bahagian baju. Terdapat juga lace dibahagian bawah baju dan juga kain. Tudung selendang warna keemasan kulilit gaya sederhana. Cukup labuh menutupi dada dan labuh dibahagian belakang. Penampilanku cukup minimalis.

Aku memandang Maklong Wati. Cantik. Dia juga memakai baju dari butikku. Baju kurung Riau Pahang menjadi pilihan. Berwarna coklat muda, cukup sesuai dengan Maklong. Ditambah pula dengan warna crème pada tudung bawal yang menaikkan lagi seri pada penampilan Maklong Wati.

“Maklong, Airaa tak ikut sekali ke. Tak nampak pun dia dari tadi.” Tanya ku.

“Airaa keluar. Katanya nak pergi beli barang.”

Aku sekadar mengangguk.

“Jom lah maklong.”

Kami pun turun ke bawah.

Aku melihat ibu yang sedang duduk di ruang tamu menonton televisyen bersama Ammar.

Aku menghampiri mereka.

“Ibu, akak pergi dulu.” Kataku dan ku salam tangan ibuku.

“Pergilah. Baik-baik” Pesan ibu.

“Bye kakak” ujar Ammar.

Aku senyum padanya dan menepuk lengan sasanya perlahan.

“Kita orang pergi dulu ya Hani.” Ucap maklong.

“Hati-hati Kak Long.”

Aku dan Maklong Wati segera menapak keluar ke arah pintu untuk keluar.

Kasut tumit tinggi jangan dilupa. Tapi kali ini hanya berukuran dua inci sahaja. Takut-yakut terjatuh sewaktu berjalan ketika orang ramai. Begitu juga dengan sarung kaki. Aku tahu aurat yang perlu dijaga oleh seorang wanita. Kaki adalah salah satu daripadanya.

Maklong Wati tidak gemar dengan high heels. Jadi Maklong Wati hanya menyarungkan Mamadrague warna crème dari Christian Louboutin.

Baru sahaja aku ingin membuka pintu kereta, tiba-tiba terdengar bunyi hon kereta. Lebih daripada tiga kali berbunyi. Melampau ni.

Aku menoleh ke arah pagar dengan wajah yang bengis. Lalu pintu pagar ku buka.

BMW 8 Series Gran Coupe hitam. Aku rasa aku kenal siapa yang punya kereta ni, walaupun cermin kereta gelap.

Zayyad keluar dari keretanya. Tersenyum melihatku.

“Assalamualaikum” katanya.

Maklong Wati menjawab “Waalaikumussalam.”

Aku menjawab dalam hati.

“Kenapa awak datang?” tanya aku.

Pintu rumah terbuka. “Ha Zayyad dah sampai. Pergilah sekali dengan dia orang” kata ibu yang
menjengahkan kepala di muka pintu.

“Pergi sekali? Ibu, dia ikut ke?” tanya ku pelik. Tak kan lah mamat ni ikut. Tak nak!

“Haah.” Jawab ibu sambil tersenyum penuh makna. Maklong juga begitu.

Dan ibu terus menutup pintu rumah. Eiy ibu ni.

“Jom maklong, kita dah lambat ni” ujarku penuh sebal.

Maklong wati memandang ku lalu memandang Zayyad. Zayyad pula memandang Maklong Wati lalu mengangkat kening.

“Maklong dengan Zahirah naik sekali dengan saya je lah. Senang kalau satu kereta.” ujarnya.

Senang lah sangat. Lagi senang kalau mamat ni tak datang.

“Tak menyusahkan kamu ke Zayyad?” tanya Maklong Wati.

“Tak ada susahnya. Saya gembira sangat bila maklong sudi jemput saya hari ini. Jadi apa salahnya, saya tolong tumpangkan Maklong dengan Zahirah sekali.”

Maklong tersenyum “Yelah. Jom lah kita gerak.”

Zayyad terlebih dahulu memasuki keretanya.

“Akak, Maklong lagi suka Zayyad ni daripada Amir.” Kata Maklong Wati tiba-tiba.

“Ish maklong ni. Kakak tak suka dia pun.”

“Maklong, siapa bagitahu dia pasal hari ni.” Tanya ku.

“Oh. Zayyad mesej maklong, katanya boleh ke tak kalau dia ikut kita sekali hari ni. Sebab dia ada nampak posting maklong dekat Fac. Jadi maklong kasi lah dia ikut kita” terang maklong.

Penipu je mamat ni kan. Dia kata maklong yang jemput dia. rupa-rupanya dia yang minta supaya diri dia dijemput. Bukan dijemput ilahi ya.

“Dah jom lah masuk kereta. zayyad tunggu lama dah tu. Tutup pagar tu cepat.” Kata Maklong Wati dan segera melulu masuk ke dalam kereta.

Aku yang telah selesai menutup pagar segera menapak ke arah kereta Zayyad. Pintu belakang ku buka.

Terkunci!

Aku ketuk cerminnya bertalu-talu.

Lalu pintu depan bahagian penumpang dibuka oleh Zayyad dari dalam.

Bagilah aku duduk belakang. Aku tak nak duduk sebelah mamat tu!

Maklong Wati membuka cermin tingkap sedikit.

“Akak duduk depan tau. Barang Zayyad dah penuh kat sini. Tak muat kakak duduk kat sini nanti.”kata Maklong Wati.

“Kat bo….” Kata-kataku dipotong oleh Zayyad.

“Kat bonet pun dah penuh juga. Awak duduk je kat sini. Nanti lambat sampai macam mana. Alasannya ialah sebab Zahirah tak nak duduk sebelah Zayyad. Sebab yang tak munasabah.” Kata Zayyad.

Tanpa berlengah, aku pun masuk juga.

Pintu kereta ku hempas kuat. Biar tercabut pun tak apa.

Itu tanda protesku.

“Kakak!” panggil Maklong Wati. Mesti dia marah.

Aku menoleh ke belakang.

Maklong Wati menjelingku. Lantas, dia mengarahkan kepalanya ke arah Zayyad. Isyarat mata Maklong cukup buat aku faham maksudnya.

“Sorry” kataku. Tak ikhlas.

Zayyad tersenyum nipis

“ Tak apa lah.” Ujarnya

Lalu kami pun berangkat.

Sejujurnya, aku cukup-cukup tak selesa sekarang ni. Menyampah betul.

Kenapa terasa lama sangat nak sampai ni.

Cepat lah sampai.

KAMI tiba di sekolah. Perjalanan yang mengambil masa 15 minit aku rasa seperti 15 jam.

Ramai wartawan dan media berkumpul di luar sekolah setelah kami sampai. Ini semua sebab postingan Maklong Wati di Fac nya itu.

Hanya dengan satu klik sahaja, semua perkara mesti orang akan tahu. Ini lah zaman yang serba canggih. Apa pun boleh terjadi dengan media sosial. Sama ada yang baik mahupun buruk.

Aku kurang gemar berkongsi tentang diriku, keluarga dan juga hidupku di laman media sosial. Aku tidak mahu orang tahu semua hal tentang diriku. Dan disebabkan itu, ramai yang ingin tahu tentang hal diriku. Kadang-kadang manusia membuat sesuatu perkara melebihi hadnya.

Maklong Wati turun dari kereta dan diikuti dengan ku. Zayyad yang berpakaian kemeja maroon juga turun dari kereta. Ya, warna baju dia sama dengan warna baju aku. Adakah ini sebuah ketidaksengajaan? Dan kami terus pergi ke dewan sekolah.

Di situ ramai murid-murid yang telah bersiap sedia menunggu kehadiran Maklong Wati, iaitu guru mereka sendiri. Penuh satu dewan yang besar itu.

Maklong Wati duduk di atas dewan, di tempat yang telah disediakan. Cantik. Maklong Wati cukup-cukup cantik duduk di situ. Kerusi yang telah dihias dengan bunga-bunga berwarna warni. Pandai si penghias dewan ini.

Aku duduk di kerusi tetamu. Di sebelah kanan dewan.

“Awak, saya duduk sebelah awak boleh?” tanya Zayyad.

“Duduk je lah. Tak ada nama saya pun dekat kerusi tu.” Jawabku dingin.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan kemudian ucapan dari guru besar.

Kemudian ada beberapa persembahan yang dilakukan oleh murid-murid.

Seterusnya, terdapat paparan slaid yang penuh dengan gambar-gambar Maklong Wati dengan rakan-rakannya dan juga murid-murid. Sesekali aku dan Zayyad ketawa melihat gambar yang lucu keluar dari slaid tersebut.

Setelah itu giliran Maklong Wati pula memberi sepatah dua kata. Bukan sepatah dua kata tetapi beribu-ribu kata.

Akhir sekali, majlis penyerahan hadiah untuk Maklong Wati dan juga sesi berfoto dan berswafoto. Ramai yang memberikan hadiah termasuknya guru-guru dan murid-murid, tanda menghargai dan menyayangi Maklong Wati.

Aku juga memberikan hadiah, tetapi tidak sampai lagi. Aku memesannya minggu lalu. Dan aku menyuruh agar si penghantar hadiah tersebut menghantar hadiah itu hari ini dan di sekolah ini.

Katanya, sebentar lagi akan sampai. Terpaksalah aku pergi semula ke pintu pagar sekolah.

Aku berdiri dari kerusi. Zayyad memandang ke arah ku.

“Zahirah, awak nak pergi mana?” tanya dia.

“Saya ada order barang, nak bagi dekat Maklong. Orang yang hantar tu kata dia dah sampai. Jadi saya nak pergi ambil dekat pagar depan tu” terang ku.

“Biar saya ambilkan. Awak duduk sini je. Sebab saya pun ada nak ambil barang dalam kereta. Send nombor orang tu kat saya.” Kata Zayyad dan terus pergi meninggalkan Zahirah yang tercengang.

Aku tak suruh pun dia ambilkan. Suka buat sesuatu ikut hati dia je.

“Boleh saya ambil gambar dengan Cik Zahirah?” tegur seorang guru di situ.

“Boleh” kataku sambil tersenyum manis. Tak boleh tolak, nanti orang kata aku sombong pula.

Tadi seorang je, sekarang dah beratur dah orang keliling aku. Minta tanda tangan pun ada. Inilah dunia seorang Zahirah. Nak tak nak, kena layan juga mereka dengan baik.

Zayyad kembali dengan jambangan duit yang besar dan satu beg kertas sederhana. Itulah hadiah yang tak seberapa dari aku untuk Maklong Wati tapi beg kertas tu bukan aku punya. Sekitar RM10,000 duit yang ada di dalam jambangan bunga tersebut.

Zayyad memberikannya kepadaku.

Semua murid menepuk tangan mereka. Salah faham dah dia orang ni. Ada juga cikgu-cikgu yang menangkap gambar aku dengan Zayyad. Ini yang aku malas ni.

Murid-murid tadi ditenangkan oleh guru-guru mereka.

Aku menaiki pentas dan diikuti Zayyad.

Aku memberikan hadiah ku itu kepada Maklong Wati. Zayyad juga memberikan beg kertas tadi kepada maklong.

SETELAH majlis habis sekitar tengah hari, kami dijemput untuk menjamu selera di kantin guru.

Aku mengambil tempat duduk di hujung sekali. Maklong Wati pula tengah berbual-bual dengan rakan-rakannya. Aku malas mahu ikut campur, jadi aku duduk berseorangan.

“Cik Zahirah, boleh saya duduk sini?” tanya seorang guru lelaki di sekolah tersebut.

Aku perhatikan sekeliling. Banyak sahaja tempat kosong, tapi dia nak duduk dekat depan aku ni dah kenapa.

“Minta maaf cikgu, ni tempat saya.” Tegur satu suara yang ku kenali.

Zayyad menyelamatkan ku dari cikgu miang tadi.

Nasib dia ada. Kalau tidak, sah-sah aku tak senang duduk dan tak selesa bila makan.

Zayyad pun duduk di hadapan ku. Aku merenung dia.

“Kenapa tengok saya macam tu?”

Aku menggeleng. “Tak ada apa-apa. Makanlah”

MASIH lagi berada di sekolah. Setelah habis makan tadi, aku terasa ingin pergi ke tandas. Menunaikan hajat ku sana.

Selepas pulang dari tandas, aku kembali ke kantin semula. Kantin guru dan murid berada bersebelahan. Tetapi kali ini aku berada di kantin murid.

Kini masa untuk mereka pulang. Jadi aku ingin melihat mereka semua dari sini.

Zayyad dengan tiba-tiba menghampiriku.

“Awak tengok apa?” tanya dia.

“Saya tengah tengok budak-budak ni lah. Waktu saya sebaya dia orang, tak ada masalah lain pun nak kena fikir kecuali pelajaran. Pelajaran tu pun sudah cukup buat kepala pening. Tapi sekarang saya dah dewasa. Ada banyak benda nak kena fikir. Kalau lah mesin doraemon ada, dah lama saya patah balik pada waktu saya kecil. Teringin nak rasa masa tu semula.” Jawabku jujur.

Zayyad mengangguk. “Masa tu berharga. Tak sepatutnya pun kita bazirkan walau hanya satu saat.”

Tiba-tiba perbicaraan kami diganggu oleh seorang murid perempuan.

“Akak ni zahirah kan?” tanya dia. Tertera tanda nama Qalisyah di tudungnya.

“Iya Qalisyah.” Jawabku.

“Abang ni siapa pulak? Akak ni sebenarnya dah kahwin ke? Dan inilah suami akak kan? Cikgu Wati kata, kalau ada pasangan yang sama cantik dan sama padan. Peribahasa yang sesuai ialah ‘bagai pinang di belah dua’” kata budak perempuan yang bernama Qalisyah itu.

Lantas aku memandang Zayyad. Zayyad juga memandangku. Kami bertentang mata.

Haih budak ni. Kepochi betul.

AZAN zohor berkumandang. Tanpa berlengah, aku terus pergi ke surau yang ada di sekolah ini.

Air wudhuk siap diambil dan telekung sudah dipakai.

“ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR.

ASY-HADU ALLA ILAHA ILLALLAH

ASY-HADU ANNA MUHAMMADAR RASULULLAH

HAIYA 'ALAS-SALAH

HAIYA 'ALAL-FALAH

QADQAMATIS-SALAH, QADQAMATIS SALAH.

ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR.

LA-ILAHA ILLALLAH.” Iqamat dilaungkan.

“Allahu akbar” Imam sudah pun mengangkat takbir.
Suara ini, suara yang amat ku kenali.
Merdu dan mendayu-dayu ketika membaca surah.
Subhanallah.

Itu suara Zayyad.

Eh. Aku belum mula solat lagi. Aku termenung buat apa?

Selamat membaca kepada para pembaca semua. Terima kasih sudi menyokong karya saya yang tak seberapa ni dan memang banyak kekurangan yang harus saya sempurna kan. Terima kasih sekali lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience