BAB 8

Romance Series 8029

“IBU, hari ni kita nak pergi mana?” tanya ku pada ibu ku sambil menyarungkan kasut tumit tinggi yang ku beli di Times Square. Baru harini aku rasmikan pemakaian kasut ini setelah beberapa bulan yang lepas ku beli. Blouse warna pink tersarung di tubuhku. Seluar palazzo warna hitam terletak elok. Tudung selendang hitam jenama Ariani tersarung di kepala. Elok labuhnya menutup dada dan panjang di bahagian belakang.

“Ibu nak akak teman ibu pergi Tesco. Nak cari barang buat sandwich sikit. Ada orang baru order untuk lusa. Regular customer” kata ibu sambil tersenyum pada ku.

Ibu memakai blouse warna hitam yang labuh hingga ke lutut. Dipadankan dengan seluar berwarna coklat dan tudung bawal jenama Naelofar berwarna coklat juga. Ibu Cuma memakai kasut yang rata. Kalau pakai heels kang terpeleot tak pasal-pasal buat malu je! Ibu yang kata.

“Oh ye ke. Eh ibu, Tesco dah tukar nama jadi Lotus la” sengaja aku berkata begitu bagi menimbulkan rasa geli hati.

Ibu berdekah ketawa.

Aku berderu masuk ke dalam perut kereta dan segera menutup pintu. Aku duduk di sebelah tempat duduk pemandu. Ibu pula baru membuka pintu untuk masuk ke dalam kereta.

“Ibu, mana maklong dengan Airaa ni. Kata nak ikut. Ni batang hidung pun tak nampak.”Tanyaku lagi kepada ibu.

Ibu mengangkat bahu dan berkata “Entah lah. Dia orang tengah bersiap kot. Sekejap lagi turun la tu.” Jawab ibu.

Ku toleh mata ku memandang depan pintu rumah. Terjengah dua orang tengah memakai kasut. Patut lah lama. Bersiap mengalahkan datin dia orang ni ya. Ni mesti Airaa yang tergedik-gedik ni kan. Ish ish ish.
Maklong Wati dan Airaa segera melulu masuk ke dalam perut kereta dan duduk di tempat belakang. Airaa menutup pintu kereta.

“Amboi Airaa ni. bersiap mengalahkan mak datin eh” kata ku pada Airaa.

“Er. Sorrylah kak Irah. Airaa lambat sebab si Ammar tu ha. Tadi dia boleh pulak duduk lama-lama dalam tandas tu. Entah apa dia buat pun Airaa tak tahu. Tandas tingkat atas mama Airaa guna. Terpaksalah Airaa guna tandas bawah supaya cepat siap.” Airaa berkata.

Hmm Ammar oh Ammar. Tak habis-habis buat perangai. Nasib la dia tak ikut. Kalau tak, huru-hara la jadinya. Kata Ammar hari ni dia tak nak ikut kami sebab nak bersantai saja di rumah. Tapi tak mengapa, balik nanti tahulah akak ajar kau ya Ammar.

Suasana dalam kereta tak terlalu sunyi kerana ada nya radio yang menjadi penghibur yang memainkan lagu-lagu rancak dan lagu-lagu jiwang. Ada juga lagu rock kapak. Mak Long Wati pun turut bernyanyi bersama. Makin riang lah suasana ni. Suasana riang ria … ha sambung.

MATA ku meliar melihat suasana di dalam pusat membeli belah ini. Tidak lah berubah, sama saja walaupun nama berubah. Harini hari minggu maka ramailah umat manusia keluar pergi membeli belah. Mujur kami mendapat tempat parking kereta. Kalau tidak, mahu nya kami tawaf tempat letak kereta ni. 7 kali tawaf atau pun lebih dari tu. Tak pun bertukar destinasi. Dari Tesco (Lotus) ke Giant.

Ibu dan Maklong Wati berada di ruangan bahan masakan. Ibu sibuk memilih barangan untuk membuat sandwich dan juga barang dapur yang lain. Maklong Wati pula turut membantu ibu. Kata nya esok, maklong Wati akan masak menu istimewa untuk kami. Maklong Wati dan Airaa sememangnya hadir pada waktu yang tepat dan betul. Mereka lah pembuat suasana meriah dalam rumah tu selepas ketiadaan ayah. Kalau tiada mereka mungkin aku akan suram saja setiap hari di rumah. Mujur juga mereka bersetuju untuk tinggal bersama kami.

Airaa dan aku pula pergi ke ruangan snek dan makanan ringan. Kami sibuk memilih makanan ringan untuk bekal ketika aku dan Airaa sedang asyik menoton filem di Netflix pada waktu malam. Ammar pun terkadang ikut serta juga.

“Akak, coklat ni nak ambil berapa? Ha coklat yang ni sedap tak?” tanya Airaa

“Ambil je tiga kotak. Yang tu akak tak pasti tapi mengikut review dekat Youtube chanel Aqil Zulkiflee ting ting ting beliau berkata coklat itu amat lah enak.” Ujarku dengan gaya professional.

HABIS sahaja memilih barang, aku, Airaa, ibu aku dan Maklong Wati pergi ke kaunter pembayaran dengan dua troli.

Troli yang satu tu penuh dengan barang-barang basah seperti ayam, ikan udang dan juga bahan-bahan masakan yang lain. Troli yang satu tu pula penuh dengan makanan ringan dan barang dapur yang kering.
Aku rasa, sikit je barang yang aku dan Airaa ambil tadi. Rupanya hampir satu troli kita orang penuhkan. Rasanya cukup lah semua barang ni untuk sebulan.

Duit yang ayah tinggalkan untuk kami banyak sangat. Aku pun tak sangka ayah ada duit sebanyak itu. Duit ibu meniaga sandwich dengan kuih-muih pun cukup banyak juga. Tapi ni semua tak bermakna kena boros. Kena lah berjimat juga.

USAI membayar barang-barang tadi. Kami semua pergi ke surau untuk menunaikan solat Zohor. Kami solat bergilir-gilir untuk menjaga barang yang telah dibeli tadi.

Selepas siap solat, kami pergi menuju ke kereta. Aku dan Airaa meletakkan barang di dalam bonet kereta. Manakala ibu dan maklong aku suruh mereka masuk dalam kereta. Maklong Wati ku arahkan duduk di sebelah ibu memandangkan Airaa mahu mengajak aku selfie untuk di siarkan di story Instagram miliknya.

“Airaa, zahirah cepat sikit letak barang tu. Aiskrim kau orang ni dah nak cair!” laung maklong.

“Ye sekejap maklong.” Jawabku.

Airaa yang beria sangat nak makan aiskrim Baskin Robbin tadi. Nasib dia yang belanja aku. Kalau tak, memang tak lah aku nak beli. Harga untuk satu scoop aiskrim sama dengan harga satu bekas aiskrim Nestle yang warna biru tu. Tapi sekali sekala tak apa lah.

“Lepas ni, jom kita pergi makan dekat kedai ciken cop sedap tu. Maklong yang belanja” kata Maklong Wati setelah aku dan Airaa masuk ke dalam kereta.

Banyak duit maklong ni ya. Maklong bekerja sebagai guru di sekolah Airaa dan Ammar. Jadi Airaa dan Ammar balik dari sekolah sama-sama.

Aku dan Airaa pun berhuha huha dalam kereta. Mana taknya, harini tak payah lah masak. Sebab harini giliran kami akan memasak. Ibu kata untuk memantapkan lagi skil memasak kami ni. Selalunya aku akan ikut resepi Che Nom je.

Kalau nak makan masa malam pun. Masak maggi jelah. Hihi

TELEFON pintar ku ambil dan buka kerana ada notifikasi yang muncul. Tertera nama penghantar mesej ialah Amir Naufal.

Segera mesejnya ku buka dan baca.

Amir - Assalamualaikum awak, saya nak bagitahu ni pasal Zayyad. Haritu kan awak ada suruh saya cakapkan isi hati awak dekat dia kan. Hmm saya rasa bersalah nak bagitahu kat awak. Sebenarnya dia memang dah tak suka kat awak lagi. Itu jelah yang saya nak cakap. Kalau saya cakap yang lain nanti awak yang sakit hati. Saya tak nak hati awak sakit.

Hmm kecewa? Sudah pasti. Tapi buat apa kita berharap pada yang tak sudi kan?
Aku pun membalas mesej Amir.

- tak apalah Amir. Saya dah tak kisah dah sekarang. Biar lah saya belajar untuk lupakan dia.

Tak sampai satu minit, Amir membalas.

Amir – bagus lah kalau awak dah lupakan dia. Saya Cuma nak awak berhenti jadi buta. Tak perlu tunggu dia lagi. Mungkin awak tak sedar, awak dah korbankan semuanya. Awak dah buat yang terbaik untuk buktikan apa yang sepatutnya awak buktikan. Bukan salah awak bila dia pilih untuk berhenti. Bukan salah awak juga, bila dia tak berjuang lagi macam yang awak usahakan. Jadi berhenti berharap pada dia yang tak sudi. Jangan sedih ya awak.

Kenapa dengan Amir malam ni. Terlebih ubat apa ni. Macam jiwang sikit kan.

Tak sempat aku nak balas mesej tadi Amir membalas mesej lagi

Amir - Selamat malam puteri beradu

Awak, saya rindu.

Pantun? Wow. Geli pula hati aku. Aku tak dapat membalas pesanan tadi.Mesej aku dan Amir segera aku padam. Nanti orang baca. Tak pasal-pasal kantoi pula. Tapi aku dengan Amir kawan je.

Maka dari itu mesej Amir tadi kubiarkan dengan tanda biru atau bluetick.

Selamat membaca kepada para pembaca semua. Terima kasih sudi menyokong karya saya yang tak seberapa ni dan memang banyak kekurangan yang harus saya sempurna kan. Terima kasih sekali lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience