BAB 16

Romance Series 8029

TOK TOK TOK!

Pintu bilik ku diketuk oleh seseorang dari luar. Aku yang sedang tekun melakar baju fesyen terbaru keluaran Zahirah’s Boutique terus berhenti.

“Masuk” aku membenarkan.

Pintu ditolak.

Terjengah wajah Airina dan Hanim.

“Zahirah!” panggil Hanim.

“Apa?” tanyaku pula.

“Kau tak tahu cerita sensasi ke? Hangat betul gossip kali ni. Mustahil kau tak tahu.” Kata Airina.

“Aku tak tahu. Kenapa dengan cerita baru tu.” Aku bertanya.

Mereka berpandangan sesama sendiri.

“Eh kau orang ni, aku tanya ni. Kenapa. Cuba bagitahu. Macam serius je cerita, sampaikan kau orang
datang sini. Biasanya kau orang mesej je.” Tanya aku lagi.

Airina menyerahkan telefon bimbitnya ke arah ku.

Tertera di skrin tersebut.

Laman web beritakepochiterbawang.com.

“Anak kepada Dato’ Zahid, 56, Muhammad Zayyad bin Zahid kini dikatakan sedang mejalinkan hubungan bersama usahawan wanita yang terkenal dan berjaya pada masa ini iaitu Zahirah binti Imran”

“Mereka dikatakan memakai warna baju yang sama sewaktu menghadiri majlis persaraan Puan Wati, ibu saudara Zahirah di Sekolah Rendah Batu Buruk semalam”

Apa pula dugaan yang aku kena terima ni. Pakai baju sama sikit, dah claim orang bercinta. Siapalah yang memandai-mandai buat artikel yang tak betul ni.

Siap ada gambar aku dengan Zayyad sewaktu kami nak masuk dalam kereta lagi. Masa ni sepatutnya, Maklong Wati ada dekat sebelah aku. Tapi dia orang ni pandai potong gambar ni.

Ini semua fitnah. Inilah salah satu sebab kenapa aku tak suka kongsikan hal peribadi di media sosial.
Inilah sebabnya.

Hey!
Ini zaman fitnah, Ini zaman fitnah
Ini zaman fitnah, Ini zaman fitnah
Ini zaman fitnah, Ini zaman fitnah
Ini zaman fitnah, Ini zaman fitnah
Ini zaman fitnah, Ini zaman fitnah

AKU segera menuruni anak tangga dari tingkat atas butik kerana jam sudah menunjukkan waktu pulang.

Hari ini aku pulang awal ke rumah kerana ibu mahu aku bantu dia membuat persiapan dan juga menyediakan makanan. Kerana malam nanti, ada tetamu istimewa yang akan datang ke rumah.

Aku melihat ke arah luar pintu kaca butik, ramai. Ramai dengan wartawan dan media. Aku sudah tahu kenapa mereka datang. Dan aku tahu apa tujuannya.

“Cik Zahirah, nak balik juga ke. Takut nanti kena serang je. Hehe” tegur Reisyah.

Aku membuat muka mengeluh.

“Reisyah, awak teman saya sampai masuk kereta boleh? Sementara tu suruh Alina jaga butik sekejap” pintaku.

Alina juga salah seorang pekerja di Zahirah’s Boutique.

“Baik Cik Zahirah.” Reisyah akur.

Kalau nak keluar ikut pintu belakang, sama sahaja. Kerana keretaku berada berdekatan dengan mereka.

Kami keluar dari butik. Penuh berjaga-jaga. Supaya dia orang tak perasan. Bukannya dia orang tak
nampak aku, nampak saja.

“Eh tu! Cik Zahirah dah keluar.” Kata seorang wartawan.

Dan semua mata memandang aku dengan Reisyah.

Cis! Dah nak sampai dekat kereta dah. Boleh pula dia orang perasan.

Semua orang wartawan dan media segera mendekati kami.

“Cik Zahirah, betul ke Cik Zahirah ada hubungan dengan anak Dato’ Zahid?”

“Cik Zahirah, bila perkahwinan akan berlangsung?”

“Cik Zahirah, boleh kami tahu bilakah Cik Zahirah dan juga Encik Zayyad mula bercinta?”

Eh banyak pula soalan kau orang semua ni ya.

“Maaf saya tak akan jawab semua soalan tu sebab semua artikel yang keluar mengenai diri saya dan juga Zayyad itu semuanya ta….” Belum sempat aku habiskan bicara, seorang sudah memotong percakapanku.

“Semuanya betul. Saya dan Zahirah dah lima bulan bercinta. Kami dah saling kenal-mengenal sejak zaman sekolah menengah lagi. Insyaallah, perkahwinan kami akan berlangsung dalam masa lagi tiga bulan. Doakan saya dan Zahirah ya. Terima kasih. Kami balik dulu.” Zayyad berkata.

What?!!! Eh kau ni Zayyad. Melampau ni.

“Jom, Zahirah” ajak Zayyad.

Kau tunggu Zayyad. Kau nak makan kasut 4 inci aku ni kan. Nasib aku tak pakai yang 10 inci hari ni.

“Reisyah, awak pergilah masuk. Biar saya jaga boss awak ni, jangan risau” arah Zayyad kepada pekerja aku.

Reisyah pun masuk ke dalam butik semula.

Eh, dia ni. Main suruh-suruh orang pulak.

Semua wartawan masih mengelilingi kami.

“Zahirah, awak nak berdiri tercegat dengan dia orang ni semua ke?” bisik Zayyad.

Aku menggeleng dengan wajah penuh marah.

“Kalau tak nak, jom balik dengan saya. Kalau awak tak nak balik dengan saya, saya akan tinggalkan awak dengan dia orang ni. Sampai esok pun awak tak boleh balik tau”

Lalu aku mengekori Zayyad sehingga sampai ke tempat Zayyad memarkirkan keretanya.

Aku membuka sebelah kasut tumit tinggi ku. Aku arahkan ke wajah Zayyad. Aku menunjukkan riak wajah serius dan menahan geram.

“Zahirah, awak nak buat apa ni?” tanya Zayyad.

“Yang awak pandai-pandai cakap kita nak kahwin tu pasal apa. Eh, saya sikit pun tak suka kat awak tau. Ini pulak nak bercinta. Menyampah betul!”

“Marah saya kat dalam kereta. Nanti orang tengok apa pulak gossip yang keluar nanti. Tak baik gaduh-gaduh, sampai nak baling kasut pulak tu. Kan kita dah nak kahwin tak lama lagi.” Kata Zayyad sambil mengenyitkan mata pada aku.

Eiy! Tak suka tak suka.

Aku masuk ke dalam keretanya, pintu ku hempas kuat. Maklong Wati tak ada untuk marah aku kalau aku buat macam ni kan.

“Kalau pintu tu tercabut sekali pun, saya tak kisah.” Perli Zayyad

Aku menjeling Zayyad.

“Zayyad, awak ingat ni. Saya tak kan kahwin dengan awak!” amarahku.

“Tapi saya akan buat awak kahwin dengan saya” tegasnya.

Haishhh.

Zayyad memulakan pemanduan.

Aku terpaksa tinggalkan kereta aku di butik. Dan esok, terpaksalah aku tumpang Hanim naik motosikal dia tu untuk ke butik.

Kelantangan suara radio Zayyad kuatkan.

Aku rasa macam nak menyanyi pula bila dengar lagu ni.

“Kita bertemu kali ini untuk apa, adakah hanya menambahkan lagi sengsara. Luka yang lama belum sempat aku sembuhkan, masih berdarah mengeruhkan warna hidupku.” Tanpa segan silu aku menyanyi. Suara aku ni lebih kurang sama dengan suara Dato' Sri Siti Nurhaliza tau.

Sebenarnya aku sahaja nak memerli Zayyad. Lagu ni macam sesuai pula dengan aku dan dia.

Zayyad pula membalas nyanyian aku tadi. Dia turut beryanyi, tapi reaksi wajahnya terlalu berlebihan. Kalah orang yang pandai menyanyi.

“Namun jika aku datang ini, untuk menggilapkan cermin kasih. Pasti kau sambutku dengan mesra. Mungkin jua engkau kan terlupa peristiwa pahit mencengkam jiwa. Tak ingin kita ke sana” nyanyi Zayyad mengubah lirik lagu sebenar.

“Bersama kasih kita leburkan rantai yang membebankan hidup kita selama ini. Katakanlah rindumu aku sentiasa menunggu di pintu gerbang mahligai syahdu…..di pintu gerbang mahligai syahdu” nyanyi Zayyad lagi.

Kemudian lagu lain pula yang dimainkan. Lagu ni pun kena juga dengan perasaan aku! Eh ni radio apa eh. Semua lagu yang dimainkan memang best.

Aku baru nak nyanyi tapi Zayyad terlebih dahulu bernyanyi. Dia pun tahu lagu ni.

“Andai dapat ku ubah takdir dan masa. Tak kan ku biar dirimu terus derita. Bila cinta di dusta jiwa merana. Hanya tuhan yang tahu hati mu itu. Pergilah derita selamanya. Tiada penggantimu sampai mati. Bawalah derita itu pergi. Hidupmu penuh ranjau dan duri. Tak hirau tangis dan lara biar kau derita. Remuk jiwa dan raga. Uuuohhhhh.” Kalah Anuar Zain

Aku pun sambung.

“Ku korban segalanya untuk mu. Tiada nilaiku dimatamu.” Betul lah tu. Sikit pun dulu Zayyad tak pandang aku walau sebelah mata.

Zayyad menyambung lagi.

“Pergilah derita selamanya. Tiada penggantimu sampai mati”

“Zahirah, tak pernah ada yang dapat gantikan tempat awak dalam hati saya. Percayalah.”

Eleh boleh percaya ke dia ni. Mestilah tak boleh.

“Zayyad, awak tak dengar ke saya nyanyi tadi. Kita jumpa balik ni untuk apa. Untuk tambah lagi sengsara ke?” kata ku.

“Zahirah, awak pun tak dengar ke saya nyanyi tadi. Kalau saya boleh ubah takdir dan masa, saya tak kan biarkan awak sengsara. Tiada pengganti awak sampai mati.” Kata Zayyad pula.

“Awak tahu lagu butakah cinta?” tanya ku

Zayyad mengangguk.

“Ok. Kita lawan.” Ajakku gaya kebudak-budakkan.

Zayyad memberhentikan kereta di bahu jalan.

“Kita mulakan. Saya start dulu.” Kata Zayyad.

“Berapa lamakah lagi terpaksa aku menanti sehingga deguhnya pendirian di hati. Bukan hanya kepentingan malahan keegoan telah ku korbankan. Berlimpahan kasih sayang aku curahkan buat mu seorang. Kiranya semua itu tak memadai bagimu. Apa sebenarnya yang kau mahu ku tak tahu.” Nyanyi Zayyad siap buat gaya lagi.

Giliran aku pula.

“Kau hilang bila ku tiba kau datang bila ku kecewa terasa diri di persenda. Di mana berakhirnya nanti permainan sandiwara mu ini sesungguhnya aku tak mengerti. Jika benar cinta itu buta, butakan mataku, berkali terluka masih jua ku menanti. Apa yang ku inginkan hanya kejujuran dalam perhubungan. Jika itu tiada apalah ertinya penantian ini hanya sia-sia” balasku.

Zayyad membuat muka pelik.

“Awak, masih tunggu saya? Awak masih menantikan saya kan. Jujur je lah.” Kata Zayyad.

Alamak. Lagu ni dah tikam aku. Malu la pula. Betul lah aku masih menanti, tapi aku tak nak dia tahu sekarang.

Aku mengecilkan mata kepada Zayyad.

“Dah lah drive balik. Kalau lambat sampai rumah,nanti apa pula ibu saya kata.” Aku mengubah topik.

‘sengaja lah tu nak ubah topik. Zahirah, saya tahu awak masih cintakan saya sebab saya pun begitu’ kata Zayyad dalam hati.

Selamat membaca kepada para pembaca semua. Terima kasih sudi menyokong karya saya yang tak seberapa ni dan memang banyak kekurangan yang harus saya sempurna kan. Terima kasih sekali lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience