BAB 7

Romance Series 8029

AKU termenung sendirian di ruang tamu. Televisyen di hadapan ku tenung kosong. Entah apa tajuk drama tu. Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin mungkin. Membazir elektrik kau ni kan Zahirah. Baik tutup je televisyen tu. Aku buka TV sekadar untuk menceriakan suasana yang dah memang sedia sunyi ni.
Sampai macam ni sekali Zayyad bencikan aku kan. Apa yang aku dah buat pada dia sebenarnya? Aku sendiri pun tak tahu. Dia tak pernah nak jelaskan hal yang sebenar.
Selepas je dia buang biskut pemberian aku tu, aku rasa macam betul la apa yang orang sekeliling aku cakap. Move on! Lupakan dia. dia memang dah tak nak dekat aku dah. Jadi buat apa aku terhegeh-hegeh lagi kat dia. Jangan lah jadi perigi mencari timba. Malu!

Jadi sekarang ni, aku nak berusaha lupakan dia. macam apa yang dia pernah cakap kat aku tu ‘kita kena belajar untuk move on. Lupakan kisah silam. Kena lupakan perasaan ni walaupun ia perit dan menyakitkan’. Aku akan cuba. Usaha tak akan mengkhianati hasil kan?

Zayyad.
Tahukah awak?
Kata-kata awak sesaat sebelum melepaskan saya tu membuat saya berfikir bahawa selama ini saya hanya membuang waktu untuk mempertahankan awak. Jika saja awak mengatakan hal tu sejak dari dulu. Mungkin sudah dari awal pula saya merelakan awak pergi dan tak kan menahan awak untuk bersama saya lebih lama lagi. Jika saja selama ini saya tahu bahawa awak tak pernah bersungguh-sungguh. Mungkin sudah dari dulu saya biarkan perasaan ini meluruh. Seharusnya dari dulu awak katakan hal itu. Supaya saya tak berharap lebih pada awak.

Jika semesta belum mengizinkan kita untuk bersama,
Maka biarkanlah
Takdir Tuhan yang akan menyatukan kita nanti pada waktu yang tepat
Yang mana kita tak pernah duga akan waktu itu
Tetaplah dalam doa.

AKU tersentak daripada lamunan kerana ada seseorang menepuk-nepuk bahu aku.

“Hoiii kak. Akak tak dengar ke adik panggil ni.” Kata Ammar sambil menggoyangkan bahu ku.

Aku pandang wajahnya sekilas.

“Iya, akak dengar ni. Tak yah la pukul. Sakit tahu tak?” kata ku bengis.

Lalu dia menarik tanganku sambil berkata.

“Yelah. Akak termenung jauh sangat. Agaknya akak teringat kat Zarul Biul dalam drama tadi tu kut.”

“Yang nak tarik-tarik tangan akak ni dah kenapa?” kataku menghalang daripada Ammar menarik tanganku.

“Jom makan. Ibu ajak makan. Mak Long dengan Airaa pun dah ada dekat meja makan. Tengah tunggu akak je ni. Cepatlah. Ammar dah lapar ni.” Jawab Ammar seraya masih menarik-narik tanganku supaya ikut dengan nya.

“Adik, ibu masak ke?” tanyaku pada Ammar.

Pelik juga kalau ibu yang masak. Biasanya ibu akan berkurung je dalam bilik tu. Ibu dah banyak berubah semenjak arwah ayah tinggalkan kami. Dunia ibu sunyi dan murung je setiap hari. Kalau ibu dah kembali macam dulu, aku bersyukur sangat.

“Haah. Adik pun pelik juga tadi. Tapi biarlah. Adik lagi suka.”Kata Ammar te
ruja.

MATA aku terbuntang melihat setiap jenis makanan yang terhidang di atas meja makan.
Mak aiii ini kalah lauk kenduri!

Ada ayam masak merah, ayam masak kicap, ayam goreng berempah, kari kepala ikan, sup daging, daging harimau menangis mak lofa pun ada, sambal belacan bila makan meraung jangan dilupa, ulam-ulaman pun ada. Pencuci mulut seperti, kek batik indulgence, cheesekut meleleh air mata, kek moist, blueberry cheese cake dan kek pandan gula Melaka juga terhidang disini. Ini pencuci mulut ke pemotong kaki ni. Manis kot semua ni. Air juga banyak, mengalahkan air yang dijual di bazar Ramadan.

“Ibu! Banyak nya makanan. Boleh habis ke semua ni bu?” tanyaku pada ibu ku, Puan Hani.

“Ibu saja masak banyak hari ni. Bukan ibu masak seorang pun, maklong tolong. Ibu dah ok dah sekarang. Maafkan ibu ya sebab abaikan akak dan Ammar.” Ujar ibu.

Alhamdulillah la kalau ibu dah ok. Tapi Sedih pula bila ibu cakap macam tu
. “Oh ya. Makanan ni nanti nak bungkus sikit. Ibu nak sedekah dekat orang-orang yang tak berkemampuan. Nanti kakak dengan Ammar teman ibu pergi KL ya. Kat situ banyak orang gelandangan. Kakak jangan lah risau makanan ni tak habis ya.” tambah ibu lagi.

Aku mengangguk dan tolong ibu bungkus semua makanan. Ada tinggal makanan untuk kami makan. Ammar yang memang lapar sejak dari tadi dah makan dah. Tak tunggu orang tau dia tu. Habis semua lauk dia pedajal.

“Mak long dengan Airaa mana bu? Ammar kata dia orang ada sekali tadi.” Soalku.

“Oh dia orang pergi keluar jalan-jalan. Lepas dah makan tadi, dia orang terus keluar. Akak tak nampak sebab akak kat atas kut masa tu” jawab Puan Hani

“Oh. Ammar ni nak kena ni” kataku sambil menjeling Ammar.

“Jangan lah marah Ammar ya kak” rayu Ammar.

SELEPAS siap makan dan membungkus semua makanan tadi. Aku ibu dan Ammar terus bersiap untuk pergi ke Kuala Lumpur. Nak sedekah makanan ni. Dalam satu plastic ni ada nasi dan lauk. Lauk dia satu jenis je. Contoh nya nasi+ayam masak merah. Ada air juga,air manis. Dan ada pencuci mulut, sepotong kek. Ada lah dapat 30 bungkus. Kira ok la ni kan?

“Dah jom tolong ibu agih-agihkan semua makanan ni.” Kata ibu sebaik sahaja sampai di masjid.

Aku dan Ammar hanya mengangguk seraya keluar dari perut kereta.

“Terima kasih bagi saya makanan. Semoga Allah murah kan rezeki awak”

“Terima kasih”

“Terima kasih banyak-banyak”

“Ya Allah. Alhamdulillah. Masih ada orang yang baik seperti awak bagi makanan dan minuman kat saya. Saya bersyukur sangat. Saya dah 3 hari tak makan.”

Itulah ayat-ayat yang keluar dari orang gelandangan. Kesian mereka. Aku tak dapat bayangkan kalau aku senasib dengan mereka. Apalah yang akan jadi dekat aku? Hidup ke mati aku nanti. Dia orang kuat walaupun tak ada tempat tinggal. Tempat tinggal dia orang hanyalah simen kadang-kadang pasir yang tak beralas. Dia orang tiada selimut untuk menghangatkan badan bila sejuk menerpa. Dia orang hanya lah ada kotak untuk menyelimuti badan. Pakaian mereka? Bukan hari-hari dia orang tukar. Kadang, tak tukar langsung. Makanan dan minuman pun susah mereka nak cari. Siapa yang nak tolong mereka kalau bukan kita yang tolong.

Kita ada segalanya. Adakah kita layak untuk bersifat angkuh dan bongkak?
Kita ada tempat tinggal yang selesa. Kita ada tempat berlindung kalau hujan atau panas mentari menerpa. Kita ada selimut yang tebal, yang boleh menghangatkan kita ketika sejuk. Kita ada katil yang empuk siap dengan pakej bantal-bantal yang menambah lagi kenyamanan sewaktu tidur. Bersyukur lah seadanya.

Ini baru dekat Negara kita. Kalau nak dibandingkan dengan Negara Palestin? Adakah kita mampu nak hadap semua tu? Dugaan mereka tempuhi lebih dari kita di sini. Di dalam lenanya tidur kita mereka berperang. Perempuan Palestin tidur pun pakai tudung berstokin. Kita? kalau boleh tak nak pakai apa pun time tidur tu. Rumah mereka musnah tanpa keinginan mereka sendiri. Kita? kalau ada orang terconteng dinding rumah kita sikit mahunya heboh satu kampung. Berdoa lah untuk mereka. Kita tak mampu untuk sama-sama berjuang dengan mereka di sana. Tapi, tetaplah berdoa untuk mereka. Syurga Allah menanti mereka.

Gemuruh suara menderu
Runtuhkan dinding kamar mu
Badai menerkam batu menghujam
Debu menutup langkah mu

Getaran takbir berseru
Menahan pedih luka mu
Langit menghitam sinar menghilang
Darah mengusik mata mu

Dunia mu tak lagi indah
Senyum tawa lenyap tertutup asap
Tanah mu yang basah dengan air mata
Dengan nyawa kau jaga rumah suci kita (Masjidil Aqsa)

Doa untuk mu yang berjuang
Merelakan hidup yang tak berulang
Jerit dan tangisan yang telah di tinggalkan
Tuhan menanti mu di dalam surga Nya

Desis jiwa yang menangis
Rintihan hati menjerit
Takdir berucap hadapi semua
Naskah cinta sang kuasa

Bab 7 ni lebih kepada sikap berperikemanusiaan. Nasib saudara-saudara kita di Palestin. Sentiasa doakan mereka ya. Apapun selamat membaca kepada para pembaca semua. Terima kasih sudi menyokong karya saya yang tak seberapa ni dan memang banyak kekurangan yang harus saya sempurna kan. Terima kasih sekali lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience