"GOOD morning!" Ucapku sambil tersenyum pada semua staff di butik.
Mereka semua senyum semula sambil memandangku.
Dan aku terus berlalu masuk ke dalam ruanganku.
"Rei, kenapa dengan boss kita tu. Tak pernah-pernah dia cakap 'good morning' atau cakap apa-apa kat kita siap senyum sampai ke telinga lagi." kata Alina dengan kening yang berkerut.
"Mana lah aku tahu. Mungkin mood Cik Zahirah baik pagi ni agaknya. Dah lah sambung buat kerja kau" Kata Reisyah pula.
Alina buat muka bengis.
"Kau ni, nak membawang sikit pun tak boleh. Asyik kerja je. Tak best lah kau ni."
Reisyah tak menghiraukan Alina. Dia terus beredar ke tempat penyimpanan stok. Kalau dia layankan si Alina ni, mahu raya tahun depan baru kerja ni siap.
KLAK. Pintu pejabat kecil ku ini dibuka oleh seseorang dari luar.
Terjengah muka Airina dan Hanim di situ.
"Kenapa tak ketuk pintu dulu?" Tanya aku bengang.
Sememangnya aku tak suka kalau orang masuk bilik aku sesuka hati lebih-lebih lagi kalau tak ketuk pintu dulu.
"Maaflah Zah, kita orang risaukan kau. Jadi, kau tak apa-apa kan?" Kata Hanim dengan riak wajah risau.
"Aku baik je tapi kenapa nak risaukan aku pula?" Aku pelik.
Airina mengeluh.
"Kita orang dapat tahu yang ada orang jahat nak apa-apakan kau. Itu yang kita orang cepat-cepat datang sini sampai tak sempat nak ketuk pintu" Airina pula berbicara.
"Setahu aku, aku tak bagitahu sesiapa. Macam mana kau orang tahu ni?"
"Zayyad. Dia yang bagitahu. Mula-mula Zayyad bagitahu Haikal. Haikal pula bagitahu Hanim. Dan Hanim bagitahu aku." Kata Airina lagi.
Aku mengangguk kecil.
"Zahirah, aku dengan Airina nak minta maaf. Yelah, kalau kita orang tak pergi semalam, mesti tak jadi semua ni" Kata Hanim bersalah.
"Tak ada apa lah, aku dah selamat sekarang ni pun, dah kira bersyukur sangat-sangat. Kita boleh tak boleh jangka pun perkara tu nak jadi. Lagipun, kau orang yakin ke kalau kau orang tak pergi semalam dan temankan aku dekat rumah, lepas tu penjahat tu tak datang? Lagi satu, kalau penjahat tu datang, kau orang boleh ke lawan dia? Agaknya kau orang berdua dah pengsan agaknya. Mujurlah orang jahat tu tak bawa peralatan tajam" Terang aku.
"Betul juga tu" Kata Hanim. Tak dapat Hanim bayangkan kalau dia dalam situasi Zahirah. Menakutkan.
"Syukurlah Zahirah kau selamat. Eh kau dengan Zayyad macam mana" Ujar Airina pula.
"Macam mana apa?"
"Yelah, dia dah selamatkan kau banyak kali. Tak kan kau tak terpikat?" Tanya Arina lagi.
"kau orang tak yah lah sibuk. Nanti ada apa-apa aku bagitahu lah." kata aku.
"Eleh, berahsia lah sangat. Tak apa, nanti aku dengan Hanim akan cari tahu sendiri. Betul tak Nim?"
Hanim mengangguk laju.
"Betul, betul, betul!"
"SAYA balik dulu. Kalau ada apa-apa awak terus je call saya" Kata aku kepasa Reisyah
"Baik Cik Zahirah. Hati-hati" Kata Reisyah, sempat juga dia menitip pesan.
Aku menapak keluar. Tiba-tiba pintu dibuka oleh seseorang.
"Assalamualaikum awak" Zayyad menyapa.
"Waalaikumussalam. Cepat awak sampai. Hmm, jom lah kita bincang dekat Zahirah's Restaurant. Boleh minum atau makan sekali" Ujar ku
Zayyad tersenyum.
"Jom"
"SO apa yang awak nak bincang?" Zayyad memulakan bicara dengan soalannya.
"Ok, saya harap awak tak ambil hati tentang apa yang saya nak cakap ni." kata aku.
Aku melihat muka Zayyad yang agak keliru.
"Insyaallah saya tak ambil hati." kata Zayyad.
"Sejujurnya, saya masih lagi tak boleh lupakan tentang perkara yang jadi pada kita dulu. Saya masih lagi rasakan kesakitan tu. Bagi saya, awak adalah segala-galanya pada waktu tu. Tapi lepas sahaja awak tinggalkan saya, saya fikir awak tak macam yang saya sangkakan. Terlalu mudah untuk awak lepaskan saya. Dan terlalu mudah untuk awak lupakan apa yang telah kita bina bersama. Dan sekarang terlalu mudah untuk awak nak bersama saya semula."
Aku menghelas nafas sebelum menyambung bicara. Mata aku mula panas dek cecair yang akan keluar sebentar lagi.
"Zayyad, awak tak pernah tahu. Awak datang memberi cinta pada saya kemudian awak pergi. Dengan mudahnya awak cakap sayang kemudian awak lepaskan. Awak tak tahu yang saya merasakan kenyamanan saat dengan awak kemudian saya merasakan kehilangan. Awak tak tahu yang saya merasakan cinta yang luar biasa saat dengan awak kemudian saya yang menahan segala luka dan duka"
Air mata mula muncul ditubir mata aku.
"Zahirah, saya minta maaf atas apa yang saya dah buat pada awak dulu. Kalau boleh saya ubah masa, saya akan ubah dan saya memang tak nak perkara tu terjadi. Maafkan saya." Zayyad mencelah.
Aku yang mendengar bicara Zayyad terus mengalihkan pandangan ke tepi.
Air mata ini tak dapat aku tahan lagi. Ia mengalir bersama rasa sakit yang beransur-ansur hilang entah ke mana.
Aku menarik nafas untuk mencari kekuatan.
Aku kena bijak menyusun kata kerana perkara yang terakhir aku nak cakap ni amat penting.
Aku memandang Zayyad kembali. Pandangan kami bertaut.
"Zayyad, saya minta maaf sangat-sangat sebab saya memang tak boleh..." belum habis lagi kata-kata aku, Zayyad pula menyampuk.
"Zahirah, saya faham. Saya cukup faham perasaan awak. Dan kalau itu keputusan awak, saya terima dengan redha. Saya tak akan paksa awak untuk mencintai saya semula" Katanya dengan riak muka bersalah dan penuh penyesalan.
"Saya belum habis cakap lagi. Dengar lah sampai habis dulu."
"Maaf. Awak sambung lah"
"Saya nak minta maaf sangat-sangat sebab saya memang tak boleh nak lupakan awak. Saya tak boleh berhenti mencintai awak. Saya sentiasa rindukan kehadiran awak dalam hidup saya. Zayyad, saya setuju untuk kahwin dengan awak."
Ayat terakhir yang keluar dari mulut Zahirah cukup buat Zayyad terkejut.
"Zahirah, awak serius ke ni?" Zayyad bertanya.
Aku mengangguk laju.
"Yes! Alhamdulillah." kata Zayyad dengan senyuman yang ceria. Hilang semua perasaan sedih tadi.
"Zahirah awak nak tahu tak?" Tanya Zayyad.
Aku mengerutkan dahi.
"Nak tahu. Apa dia?"
"Dan pada akhirnya, selepas awak pergi. Penyesalan hadir untuk saya sesali. Marah saya menghancurkan segalanya. Saya yang tanpa awak tak boleh nak buat apa-apa. Saya tak relakan awak pergi pada waktu tu. Awaklah cinta yang tak pernah saya hadirkan pada sesiapa. Cukuplah sekali saya sesali. Jadi awak tolong kembali bersama maaf saya yang mungkin tak boleh diterima tapi tulus adanya dan terimalah saya sebagaimana permohonan maaf saya setelah menyakiti awak." kata Zayyad ikhlas.
"Saya maafkan awak dan saya terima awak." air mata mengalir semula membasahi pipi.
Zayyad mengulurkan sehelai tisu.
"Dah lah tak nak sedih-sedih macam ni. Jom makan, nanti sejuk tak sedap pula. Awak try la menu baru ni."
Zayyad mencicipi 'Chicken Parmigianaz with Special Sauce and Cheese' itu.
Mata Zayyad terbuntang.
"Hmmm sedap! Saya suka cara olahan menu ni. Lagi-lagi cheese yang ditambah ni. Awak kan yang ubah resepi ni" Kata Zayyad.
Aku mengangguk dan tersenyum.
"Patutlah marvelous!" kata Zayyad sambil membuat gaya seperti Jarjit Singh.
"Dah sambung makan. Nanti tercekik kena panggil bomba pula." Gurauku.
Terhambur ketawa Zayyad.
Selamat membaca kepada para pembaca semua. Terima kasih sudi menyokong karya saya yang tak seberapa ni dan memang banyak kekurangan yang harus saya sempurna kan. Terima kasih sekali lagi.
Share this novel