BAB 4

Romance Series 8029

BACAAN surah Yasin menggema di seluruh rumah. Ramai sanak saudara datang membacakan doa dan tahlil untuk arwah ayah. Ya ayah aku dah pergi di alam sana. Allah lebih sayangkan ayah. Ayah tunggu akak ya.

Keadaan ayah sangatlah kritikal waktu di hospital. Ayah mengalami pendarahan yang banyak du bahagian kepala. Akhirnya ayah tidak dapat diselamatkan. Ibu orang yang paling sedih atas pemergian ayah. Ibu meraung-meraung pada aku dan Ammar supaya. Ibu sedih. Manakan tidaknya, ayah ialah insan yang paling dicintai ibu.

“Salam takziah Zahirah atas pemergian ayah kau. Aku harap kau boleh bersabar ya.”

“Takziah buat keluarga awak ya Hani atas pemergian Imran. Saya juga turut berduka cita. Allah lebih sayangkan dia”

“Salam takziah kak. Akak jangan lah sedih-sedih. Kami ada temankan akak di sini”

Itu adalah ucapan takziah yang diucapkan oleh para tetamu yang datang membacakan tahlil untuk arwah ayah. Di Antara dari, kawan-kawan aku, kawan-kawan ibu dan saudara mara. Aku bersyukur ramai yang hadir.

Ayah, ramai yang datang baca doa dan tahlil untuk ayah. Akak bersyukur sangat. Semoga ayah tenang di sana ya ayah. Akak akan sentiasa doakan untuk ayah. Akak tak akan putus-putus berdoa. Ayah jangan lah risau, akak akan biasakan diri akak dengan semua ni walaupun ayah tak ada di sisi kakak.

Perit untuk aku terima kenyataan yang satu ini. Kenapa terlalu cepat ayah tinggalkan aku. Aku rasa, macam baru je semalam aku jadi anak ayah dan sekarang ayah dah tiada. Mampukan aku untuk harungi hari-hari yang akan datang tanpa ayah di sisi.

“SABAR ya kakak, Allah sayang ayah kakak.” Kata Mak Long Wati kepada aku. Mungkin dia sedar aku hanya termenung sejak dari tadi.

Mak Long Wati kakak kepada ayah aku. Nenek dan atuk sudah lama meninggal sejak aku belum lahir lagi.Ayah mempunyai tiga adik beradik. Yang sulung semestinya, Mak Long Wati. Dan Mak Long Wati hanya mempunyai seorang anak sahaja iaitu Airaa. Mak Long Wati sudah bercerai dengan suaminya, Pak Long Wan. Pak Long Wan kini sudah berkahwin dengan isteri barunya, Makcik Lina. Dan yang paling mengejutkan ialah Makcik Lina tu sebenarnya kawan baik Mak Long Wati sendiri. Kesian Mak Long Wati mempunyai kawan baik seperti tu. Itu bukan kawan tapi lawan! Lagi satu, kesian dia kena hadap semua ni sorang-sorang dan masa dia diceraikan tu dia mengandungkan si Airaa tu. Tapi dia seorang wanita yang kuat, dia tabah. Aku nak jadi kuat macam dia. Kuat walaupun ditinggalkan oleh orang yang dia sayangi. Tapi aku taknak lah diceraikan. Gila ke apa.

Anak paling bongsu ialah Pak Su Azhar. Baru tadi aku nampak dia. Sibuk menguruskan semuanya untuk arwah ayah. Dari pengurusan di hospital hingga lah ke acara tahlil malam ini. Dia banyak membantu kami sekeluarga. Aku banyak terhutang budi pada dia. Dia baru sahaja berkahwin 4 bulan lepas dengan Mak Su Nurin. Mereka berdua memang baik terhadap keluarga aku. Aku memang bersyukur kerana dikelilingi dengan orang yang baik-baik.

Kata-kata Mak Long Wati tadi hanya kubalas dengan senyuman nipis. Aku memang tidak larat untuk bersembang atau berbual seperti selalu dengan sesiapa tika ini.

“KAKNGAH, kami balik dulu. Kak Ngah jangan sedih sangat ya. Kalau abang ngah tahu mesti dia sedih sebab tengok isteri yang dia cinta asyik menangis je.” Kata Pak Su Azhar menenangkan kakak iparnya itu. Sedih melihat keadaan ibu sekarang ni.

Sekilas, ibu memandang Pak Su Azhar dengan senyuman kosong.

“Betul tu Kak Ngah. Kalau ada apa-apa yang diperlukan, kami ada je dekat sini. Rumah kita pun tak la jauh sangat. Anytime call je kami ye kakngah.” Ujar Mak Su Nurin pula.

Ibu tersenyum memandang mereka berdua

“ Terima kasih banyak la Azhar, Nurin sebab banyak sangat bantu akak. Tak dapat dibalas jasa kau orang terhadap keluarga kecil akak ni. Nah ambil lauk ni, tadi banyak sangat lebih. Akak dah bungkus bagi dekat jiran-jiran juga tadi.”

“Tak de apelah kakngah. Setakat apa yang kami mampu, kami akan tolong. Terima kasih kakngah untuk lauk ni” kata Mak Su Nurin.

“kakngah ok je kan” soal Pak Su Azhar tiba-tiba.

“Kakngah ok je. Bertambah ok bila Kak long setuju nak tinggal dengan akak. Meriah sikit rumah ni dengan Airaa” jawab ibu

Ya Mak Long Wati setuju untuk tinggal dengan kami setelah penat dipujuk oleh aku dengan Ammar.

“Kami pergi dulu Kakngah. Paksu pergi dulu anak-anak buah Paksu. Paksu sayang korang tau.”kata Pak Su Azhar pada aku dan Ammar.

Segera ku salam dan peluk Pak Su Azhar dan Mak Su Nurin. Setelah itu di susuli dengan Ammar.

Kereta Proton X-70 warna merah Pak Su Azhar semakin hilang dari perkarangan rumah.
Sunyi bila mereka tiada. Nasib Mak Long Wati ada. Terima kasih Mak Long. Ucapku dalam hati.

KERJA-kerja mengemas rumah menjadi santapan ku pada awal pagi ini. Tak kuasa aku ingin melihat rumah ini bersepah. Sakit mata aku.

Selepas sahaja solat subuh tadi, aku lihat lampu bilik ibu ditutup oleh ibu dari dalam. Mungkin ibu penat. Jadi biarlah aku yang tolong kemaskan rumah ni.

Mak Long Wati dan Airaa juga masih belum bangun. Mereka penat agaknya semalam. Sehari suntun buat kerja memasak, mengemas dan melayan tetamu.

Kebetulan Ammar turun bawah ketika ini

“Ammar, jom tolong akak kemaskan ni” mintaku pada Ammar.

Lambat-lambat Ammar mengangguk “Baik kak” kata Ammar menurut perintah.

TENGAH sibuk-sibuk menyusun semua pinggan ke dalam rak tiba-tiba Ammar menyoal

“Kak, kenapa ayah tinggalkan kita? Kenapa cepat sangat ayah pergi? Ammar nak jaga ayah waktu ayah sakit, Ammar nak jaga ayah bila rambut ayah mula memutih” rintih Ammar seraya melentekkon kepala di bahu ku.

Alahai adik aku ni, prihatinnya dia. Pandai dia bercakap walaupun umur dia baru 12 tahun sebaya dengan Airaa. Eh, umur aku pun baru 14 apa.

“Shhtt jangan cakap macam tu, tak baik. Semua ni takdir adik. Siapa kita nak melawan takdir. Di sebalik takdir ni mesti ada hikmahnya kenapa semuanya terjadi. Semua ni dah tertulis.” Kataku menenangkan Ammar.

“hmm baik kak.” Ammar pasrah

“Akak, akak tahu ke siapa yang langgar ayah waktu kemalangan tu?” tanya Ammar lagi.

Sekilas aku pandang wajah putih merah Ammar.

“Tahu, haritu dia ada jumpa akak dengan ibu dekat hospital. Dia minta maaf. Ibu marah-marah pada makcik tu. Akak pun apa lagi, akak tenangkan lah ibu. Akak tahu ibu memang tak boleh nak terima apa yang makcik tu dah buat pada ayah. Ibu tertekan sangat masa tu. Akak harap Ammar jangan tanya soalan yang boleh buat ibu tertekan ya?”

“Hmm. Tapi akak, akak tak marah atau dendam ke dengan orang tu. Ammar memang benci dengan makcik tu walaupun Ammar tak jumpa dia masa tu” bengis Ammar

“Ammar, semua orang akan pergi juga nanti. Cuma kita tak tahu dengan cara apa Allah ambil nyawa kita ni. Mungkin, inilah cara Allah ambil nyawa ayah.” Jelas ku pada Ammar.

Ammar hanya mengangguk dan meneruskan kerjanya.
Sementara aku, aku terimbas kembali waktu di hospital kelmarin.

“Aku tak peduli dengan kata maaf kau tu. Kalau dengan kata maaf kau tu boleh buat laki aku kembali aku akan terima!” marah ibu pada makcik yang berusia sebaya dengan nya.

“ Ibu, dah la tu. Tak malu ke orang tengok.” Tangan ibu aku ambil dan ku tarik supaya beredar dan tidak membuat onar.

“Maafkan saya, saya tak sengaja masa tu. Saya betul-betul tak sengaja. Fikiran saya
menerawang entah ke mana masa tu. Maafkan saya. Saya betul-betul tidak sengaja.” Kata makcik itu dengan tangisannya. Dia ditenangkan oleh lelaki yang berada di sebelahnya. Lelaki itu mungkin tua setahun dua dari makcik ni, aku rasa dia suami kepada makcik ni.

“Aku tak kira, aku akan buat kau meringkuk dalam penjara. Kau ada suami kau. Nyawa kau selamat. Beruntung kau eh. Kau yang cuai tapi kau palitkan laki aku dengan malang kau tu! Aku takkan maafkan kau.” Terkejut aku dengan kata-kata ibu ini. Ibu memang marah.

“Ibu, tak baik cakap macam tu. Ini semua takdir.” Kataku memujuk tapi malangnya marah ibu lagi berkuasa.

“Yang Zahirah nak bela dia sangat kenapa? Dah ibu nak masuk dalam tengok ayah. Dan kau perempuan, jangan pernah lagi tunjuk muka jahat kau tu dekat aku. Aku benci!” tengking ibu.

Ya Allah, kau lembutkanlah hati ibu untuk menerima ketentuan takdir Mu ini Ya Allah. Pinta ku dalam hati.

“Takpe makcik, makcik dan pakcik balik lah. Maafkan sikap ibu saya yang begitu. Ibu sangat tertekan sekarang ni.” Ujarku pada mereka dan berharap agar mereka mengerti.

“Terima kasih Zahirah, awak layan makcik dan pakcik dengan baik walaupun makcik dah buat ayah awak terluka teruk. Ini kad makcik dan ini makcik bagi sebagai tanda permohonan maaf makcik terhadap ayah awak” kata makcik itu.

“Eh tak apa makcik. Saya tak perlukan duit tu. Saya akan ambil kad ni saje. Terima kasih. Assalamualaikum.” kataku dan berlalu pergi meninggalkan mereka yang tercengang.

“ Abang, baik budak tu kan. Alhamdulillah, sebab masih ada lagi ahli keluarga mangsa yang tak marahkan saya. Abang, saya tak sengaja bang.” Ucap Puan Amani kepada suami nya.

“Baik sangat dia tu. Beruntung kita sebab dia bela kita. Ya saya tahu awak tak salah Amani”
Ucap Encik Syahir kepada isterinya.

SELEPAS menunaikan solat isyak dan membaca Alquran, aku terus merebahkan diri di atas katil. Teringat memori bersama ayah sewaktu kejadian ‘aiskrim yang diburu’

“Kakak! Pakcik Pawan yang jual ‘askrim murah tapi sedap’ tu dah sampai. Cepat kak, nanti dia lari.” Jerit ayah sewaktu aku dalam bilik air. Membuang hajat.

“Ye ayah! Kejaplah akak tengah buat mesyuarat ni kang tercicir pulak masa nak beli aiskrim! Ayah pergi la tahan dia dulu!” jeritku, takut ayah tak dengar sebab ayah dekat ruang tamu.

“Ya ya ya!” ucap ayah sambil berlari anak ke luar rumah

“Pawan Lukishmarinack! Aiya, jangan laju-laju la. Penat la mau main kijar-kijar” kata ayah dengan slang india dia tu siap pakej nama penuh penjual aiskrim lagi.

Aku pun tak tahu apa pasal si pakcik Pawan ni suka sangat dia buat orang yang nak beli aiskrim ni terkejar-kejar kan dia. Tapi itulah istimewa nya pakcik aiskrim ni. Dia buat kita happy je bila kita semangat nak kejar dia semata-mata nak beli aiskrim dia. Tapi aku paling menyampah bila aku dah kejar dia sampai dapat tapi dia boleh pula bawak motosikal dia tu kedepan. Semakin aku mengejar, semakin jauh dia ke hadapan. Hipotesis diterima tak?

Lamunan aku terhenti bila aku teringatkan sesuatu. Apa yang ayah bagi masa tu eh. Aku tak sempat nak tengok masatu.

Satu kotak kecil itu aku buka. Tersenyum aku bila melihat ada gambar keluarga kami. Potret keluarga. Masa ni Ammar paling membebalkan. Ada ke dia buat muka annoying dia tu. Nasib la muka aku yang cantik ni melengkapkan segala kekurangan yang ada pada gambar.

Satu nota yang panjang dengan tulisan aku baca.

Ayah pun tak tahu kenapa tiba-tiba ayah nak buat macam ni. Hati ayah suruh ayah buat juga macam ni, takut nanti tak sempat. Ayah tak sempat pun nak buat persiapan yang sempurna untuk semua ni. Tapi ayah dah sediakan hadiah yang ayah cakap kat kakak tu. Cuma sekarang ayah amanahkan semua hadiah kakak dekat kawan baik ayah, Zahid. Nanti bila kakak dah habis SPM, kalau kakak dah bersedia la ya. kakak pergi la cari dia dekat alamat yang dekat sticky notes ni.

Sekilas ku baca alamatnya. Mak aiii. Jauh betul. Dekat Johor!!! Lantas ku sambung pembacaan.

Sama ada kakak pergi cari dia atau dia yang akan cari kakak nanti. Kelak, akak akan dapat hadiah kakak. Hadiah yang tak seberapa saja yang ayah bagi. Zahid tu kawan baik ayah. Ayah percaya dia boleh sampaikan semua amanah ayah pada kakak. Maafkan ayah yang tak sempurna dalam menjaga kakak. Tapi kakak tahu kan ayah sayang kakak sangat. I love you my baby girl. Eh big girl.

Aku tersedu-sedu menangis dengan kata-kata ayah. Sempat juga aku ketawa dengan coretan ayah yang paling hujung.

Ayah
Di setiap titis peluh mu
Di setiap derai nafas mu
Engkau mengajarkan erti perjuangan tanpa batas
Terima kasih ayah
Atas semua bahagia yang kau berikan di dunia ini

Ayah
Kini ku faham akan teguranmu
Adalah bentuk cinta kasihmu
Nasihatmu adalah kata-kata mutiara indah dan penuh makna

Ayah
Ketegasanmu adalah wibawamu
Kehangatan mu adalah hal yang selalu ku rindukan
Ya Rab
Wahai zat yang maha tinggi
Yang mampu melampai segala hal
Muliakan la AYAHKU

Terima kasih sebab sudi baca novel saya yang tak seberapa ni. Penulisan saya tidak selaju penulis yang lain. Walau apa pun, terima kasih semua!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience