BAB 19

Romance Series 8029

"MAKNGAH, ubat gigi nak kena bawa juga ke?" Airaa bertanya.

Puan Hani memandang ke arah anak buahnya itu.

"Kalau Airaa nak gigi Airaa tu serupa dengan terumbu karang yang berlumut tu, Airaa tak payah la bawa ubat gigi tu" perli Puan Hani.

"Alah Makngah ni. Orang nak bergurau pun tak boleh" Kata Airaa.

"Macam-macam lah kau ni Airaa. Kenapa tak tanya 'baju kena bawa ke?' " Ammar pula mencelah.

Berdekah mereka ketawa di ruang tamu sambil mengemaskan barang-barang untuk dibawa bersama ketika bercuti nanti.

"Ha sudah tu. Lekas kemaskan barang-barang ni. Sikit aje ni. Bukannya nak pergi sampai berbulan-bulan pun." Maklong Wati menegur.

Semua orang yang ada di situ pun ligat mengemaskan barang- barang mereka.

"Hani, kamu tak bagitahu si Zahirah lagi ke yang kita nak pergi esok ni?" Tanya Maklong Wati kepada Puan Hani.

Puan Hani menggeleng.

"Belum lagi Kak Long. Nak tunggu Zahirah balik dulu. Nak telefon dia tapi takut ganggu dia bekerja pula"

"Hmm iya lah" kata Mak Long Wati.

BAJU satin pyjamas berwarna merah jambu sudah siap tersarung ditubuhku setelah siap bersihkan diri sejurus selepas pulang dari tempat kerja tadi.

"Kak! Turun makan!" jerit Ammar dari luar bilik.

Aku baru nak turun. Ammar sudah memanggil-manggil. Tak boleh nak sabar sikit budak ni.

"Iya! Nak turun ni!" aku kembali menjerit kepada Ammar. Entah dia dengar atau tidak. Entah dia ada atau sudah turun.

Aku segera turun ke bawah dan terus menuju ke meja makan.

"Hmm. Sedapnya bau. Apa menu makanan malam hari ni?" Aku membuka bicara sambil mengambil tempat di sebelah Airaa.

"Macam-macam makanan ada akak. Airaa yang masak tau " Airaa berkata sambil membangga diri. Yelah, dia yang masak kan.

"Eleh, ya ke ni? Selalunya akak nampak Airaa kacau chocojar je dekat dapur tu." kata aku.

Berdekah ibu, Ammar dengan Maklong Wati ketawa sambil mengambil lauk.

"Betul la ni Airaa yang masak. Akak ni. Cuba rasa rendang ayam hijau nogori ni" Kata Airaa lagi sambil memberikan pinggan yang berisi ayam itu.

Ini dah gaya orang nogori yo. Ko jolobak ko jolobu tuai padi tigo tangkai.

Aku mencicipi rendang ayam tadi.

"Airaa, sodap bonar rendang ayam ekau ni. Paneh, podeh dan menyongat!" kataku sambil membuat thumbs up dikedua-dua belah tangan.

Ha dah keluar loghat ughang nogori tu.

Terhambur ketawa semua orang dengan kata-kataku tadi.

SELESAI makan malam, aku duduk bersantai di ruang tamu. Yang lain juga turut bersama menonton televisyen.

"Ammar cuba kau tengok tu. Aku rasa dia penyamar ni" Tanya Airaa sambil mukanya tekun melihat rancangan yang disiarkan oleh televisyen.

"Tak, aku rasa dia penyanyi." Kata Ammar pula.

"Kau ni Ammar. Dia penyamar la. Kalau cantik sikit je mesti kau cakap penyanyi kan?" Desis Airaa.

Aku mencelah budak berdua ni.

"Tak tak, sebab akak rasa. Akak lah yang penyanyi sebenar. Haaaaaaa haaaaaaa haa haa ha ha haaa" aku menyayi serupa gaya Ernie Zakri di dalam lagu Buai Laju-Laju.

"Dah lah tu kak. Tak payah nak berangan jadi penyanyi pula. Ni ibu ada hal nak cakap" Puan Hani berkata.

Aku memandang ibuku yang berada di sebelah ku.

"Apa dia ibu?" tanya aku musykil.

"Esok, kita orang nak pergi Maldives" Kata ibuku.

Terkejut aku.

"Hah? Biar betul bu. Jauh tu"

"Eh betul lah. Nak pergi Maldives kat Malaysia. Tu, pulau dekat Semporna, Sabah." Terang ibu.

"Lah. Ingatkan Maldives betul. Walaupun kat Sabah, tapi tetap jauh. Kenapa tiba-tiba je nak pergi. Kenapa tak pergi yang dekat Semenanjung je?" aku bertanya lagi.

"Paksu kamu yang ajak. Kami pun on aje lah." Kata Maklong Wati.

"Berapa hari kat sana?"

"Dua atau tiga hari. Boleh jadi empat atau lima hari. Akak pergi tak?" Kata ibuku.

"Kenapa last minute baru nak bagitahu kakak? Lepas tu dah nak dekat bulan puasa pula." tanya aku

"Manalah ibu tahu, itu semua paksu yang rancang. Tapi belum puasa lagi kan. Dia bagitahu kami pun baru pagi tadi. Katanya percutian yang tak disangka-sangka" kata ibu.

"Cuba bagitahu bulan lepas, dah semestinya kakak akan pergi. Dah nak menjelang bulan Ramadhan ni ada banyak hal nak kena buat. Kerja dekat butik tu banyak lagi lah ibu. Persiapan dekat butik untuk hari raya nanti kena sediakan awal. Belum lagi set make up terbaru edisi raya nak dibuat. Ada banyak lagi yang nak kena settle." terangku.

"Jadi kakak tak ikut ke?" Tanya Ammar.

Aku menggeleng penuh hampa.

"Nampaknya kakak tak dapat nak ikut"

Sejujurnya aku juga ingin merasakan keindahan alam ciptaan Allah ini sewaktu di pulau setelah sekian lamanya aku tak pergi ke mana-mana pulau yang ada di Malaysia ni. Ingin merasakan deruan angin laju menerpa sehingga terbang segala kain yang tersarung ditubuh. Ingin mendengar bunyian ombak yang kuat bagaikan cerita Ombak Rindu. Tapi apakan daya, kerja menjadi penghalang. Mungkin aku perlu menetapkan tarikh untuk diri aku bercuti. Lari daripada kerja yang tak pernah habis ni.

"KAKAK okey tak duduk sorang-sorang ni?" tanya Puan Hani kepada anak daranya yang seorang ini.

Lantas aku mengangguk. Tak kan nak cakap aku tak okey pula sebab aku nak ikut tapi lepas raya nanti baru boleh pergi.

"Nanti ajak lah Hanim temankan kakak masa kita orang tak ada" Kata Ammar pula.

"Hanim tak ada. Dia temankan Airina. Katanya ada hal mustahak" Ujarku.

Semua memandang ke arah ku.

"Apa pandang-pandang. Kakak okey je lah. Macam tak biasa pula kakak ni duduk sorang-sorang. Dah-dah nanti tertinggal flight pula" Ucapku lagi.

Lantas ibu menghulurkan tangannya. Aku menyambut untuk menyalami. Aku cium pipi ibuku.

"Jaga diri ya kakak"

"Apa lah ibu ni. Macam nak pergi lama-lama pula."

"Dah tu, buat drama pula anak beranak ni. Kita nak pergi kejap je ni. Tak sempat pun nak rindu kat kakak." Maklong Wati menyampuk.

Semua pun masuk dalam kereta Maklong Wati. Aku melambai.

"Bye ibu, Maklong, Ammar, Airaa!" jeritku.

Lantas aku menutup pagar dan mengunci pagar. Aku terus bersiap untuk pergi ke tempat kerja.

AMIR termenung sendirian di ruangan kerjanya. Terfikirkan tentang seseorang yang sudah lama tidak bersua muka dengannya. Sejujurnya dia amat rindukan sosok wanita itu. Tapi apakan daya, dia terpaksa jauhkan diri dia dari terus berjumpa dengan Zahirah.

Lepas sahaja dia mengetahui yang Zahirah dan Zayyad akan berkahwin tidak lama lagi, dia terus berhasrat untuk melupakan gadis itu. Amir berfikir yang dia sudah tidak diperlukan lagi buat Zahirah kerana Zayyad sudah hadir bagi menjaga Zahirah.

Ya, memang Zayyad dapat menyayangi Zahirah dan menjaga Zahirah dengan baik sekali tapi itu semua cukup buat hati lelaki seorang Amir Naufal hancur berkecamuk.

"Hui! Hang menung apa tuh?" Tanya kawan satu pejabat dengan Amir iaitu Miqael.

Lantas Amir menggeleng dan tersengih.

"Ni kopi untuk hang." Kata Miqael sambil menghulurkan segelas kopi kepada Amir.

Amir mengambilnya dan tersenyum.

"Thanks mate!" Kata Amir.

Dan Miqael terus beredar dari situ, ingin pergi ke ruangannya pula.

Zahirah,
Saya tetap sahaja masih peduli dengan awak,
Walaupun awak memang tak akan jadi milik saya.
Saya tetap sahaja masih mendoakan awak,
Walaupun hati awak tak kan pernah untuk saya.
Saya masih belum boleh lupakan awak Zahirah.
Padahal saya tahu apa yang saya buat ni hanya akan menyakiti diri saya sendiri.
Sedangkan awak di sana,
Sudah berbahagia dengan Zayyad.
Lalu saya di sini tak boleh berbuat apa-apa.

"JADI, kita dah selesai kan?" kata aku kepada semua staf yang ada dalam bilik mesyuarat.

"Dah boss." kata seorang pekerja di Zahirah's.

"Baiklah, kalau macam tu kita semua boleh bersurai dan balik. Dah lewat ni. Tak pernah-pernah kita semua balik lewat macam ni kan. Saya harap usaha kita ni tak akan mengkhianati hasil untuk kedepannya nanti. Semua boleh keluar, assalamualaikum" Kata aku.

"Waalaikumusaalam boss."

"Waalaikumussalam Cik Zahirah. Hati-hati memandu masa balik nanti"

"Terima kasih Cik Zahirah. Selamat malam"

Ucap para pekerja. Ada juga yang bukan beragama Islam.

Bila semua sudah selesai semuanya, aku mengatur langkah pergi ke kereta aku dan memandu pulang ke rumah.

"FUH, alhamdulillah sampai juga kat rumah. Bosan lah aku sorang-sorang kat rumah ni. Tapi tak apa, esok cuti jadi bolehlah aku tidur sepuasnya tanpa ada gangguan" Monolog aku sendiri.

Aku mengambil barang-barangku dan keluar dari perut kereta.

Sewaktu aku ingin membuka pintu rumah, aku mendengar bunyi derapan kasut.

Gulp! Air liur terasa pahit di tekak.

Sudah lah malam-malam begini. Meremang bulu roma. Patut ke aku menoleh ke belakang? Manusia ke ni? Itulah kau Zahirah, kenapa tak tutup tekan dulu butang untuk tutup pintu pagar besar tu. Eh tapi kalau dia bukan manusia sekalipun dia boleh je masuk walaupun pintu tertutup kan. Haaa ibu, baliklah sekarang.

Bunyi derapan kasut tadi semakin hampir dengan aku.

Peluh mula membasahi pipi. Degupan jantung berdegup kencang.

Pintu rumah segera ku buka. Dan aku laju melangkah ke dalam rumah tapi malangnya langkah ku terhenti.

Dia merentap lenganku kasar. Aku melihat wajahnya. Tapi tak nampak muka dia sebab orang ni memakai sarung muka yang macam penculik tu. Ya, dia manusia. Manusia yang kejam. Yang sesuka hati dia sahaja nak memperlakukan orang yang tidak bersalah.

Apalah yang akan menimpa aku nanti.

Aku menarik tanganku kembali. Tapi kudrat seorang wanita ku ini tidak dapat mengalahkan lelaki yang berbadan sasa di hadapan ku ini.

"Lepaskan aku lah! Kau nak apa ni? Nak duit? Aku boleh bagi tapi tolong jangan apa-apakan aku" Desakku

Dalam hati aku sibuk mengutuk pakcik pengawal keselamatan yang menjaga kawasan perumahan di taman ini. Macam mana penjenayah ni boleh masuk. Setahu aku, dah lama tiada kes begini. Kini muncul kembali akibat kecuaian seseorang.

"Baik. Aku tak akan apa-apakan kau. Tapi aku nak satu juta ringgit. Dan aku nak sekarang." kata penjenayah itu sinis.

Satu penumpuk melekat di pipi penjenayah tadi. Terus dia terjatuh.

"Ni ha makan satu juta! Nak sangat kan"

Zayyad? Dia ni memang selalu akan datang selamat kan aku ke?

Penjahat tadi masih lagi ada tenaga. Dia bangun semula dan ingin menumbuk Zayyad pula. Tapi Zayyad enggan memberi peluang. Zayyad dengan pantasnya memukul penjahat itu sehinggalah dia terbaring lemah.

"ZAYYAD, terima kasih banyak" ucapku

"Tak ada apa lah. Hal kecil je" Kata Zayyad

"Tapi kenapa awak datang sini. Ammar bagitahu lagi ke?" Tanyaku.

"Tak. Kali ini terus terang saya cakap yang Ammar atau sesiapa pun tak ada bagitahu saya. Saya sendiri yang nak datang rumah awak. Saya pun tak tahu kenapa. Dan bila saya sampai je, saya rasa betul lah firasat saya yang awak ada dalam situasi bahaya." Katanya.

"Sekali lagi terima kasih banyak-banyak Zayyad." Ucapku ikhlas dengan senyuman.

Aku dapat rasakan satu perasaan. Perasaan yang sukar untuk aku tafsir. Cinta? Bukan cinta kerana sudah semestinya aku cintakan Zayyad. Rindu? Kalau perasaan rindu tu bukan macam ni. Hmm...

"Zahirah, saya balik dulu lah. Tak manis pula kita berdua macam ni walaupun duduk dekat luar rumah awak ni. Saya gerak dulu" Kata Zayyad.

Aku mengangguk.

"Err Zayyad" ujarku

"Ya ada apa?" Zayyad menoleh.

"Esok awak jumpa saya dekat butik lepas saya habis kerja boleh?" Tanyaku meminta kepastian.

"Jumpa? Betul ke ni Zahirah nak jumpa dengan Zayyad? Selalunya saya je yang nak jumpa awak. Tapi tak apa lah, esok saya datang."

Aku sekadar tersengih.

Zayyad menuju ke arah keretanya yang berada di luar pagar rumahku.

"Zahirah, tutup pintu pagar ni dulu dan awak pergi masuk dalam rumah. Jangan lupa kunci pintu. Lepas tu baru saya balik." Arah Zayyad dah serupa seorang ayah menyuruh anaknya membuat kerja.

"Tak apa. Awak balik je dulu"

"No. Pergi masuk sekarang. Ini arahan untuk keselamatan awak." Tegas Zayyad.

"Iya lah." Lama-lama aku akur.

"Pak Jalil suka menyelam,
Zahirah, selamat malam.
Assalamualaikum"

Zayyad berpantun? Walaupun hanya dua kerat tapi tetap meruntun jiwa aku ni.

"Waalaikumussalam"

Aku rasa aku dah nekad tentang sesuatu. Semoga hari esok terlepas segala rintihan di hati.

Selamat membaca kepada para pembaca semua. Terima kasih sudi menyokong karya saya yang tak seberapa ni dan memang banyak kekurangan yang harus saya sempurna kan. Terima kasih sekali lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience