BAB 10

Romance Series 8029

SPM sudah ku lalui. Keputusannya? Keputusannya juga ku telah dapat. Aku terkejut dengan keputusan aku sendiri. Aku dah buat ibu bangga. Aku dah buat keluarga aku bangga, aku rasa ayah juga turut bangga pada aku di alam sana. Alhamdulillah semua subjek lulus dan kebanyakannya hanya gred A dan B. Syukur aku tujukan pada Ilahi.

Sepanjang menunggu keputusan peperiksaan, aku tolong ibu meniaga online. Makin banyak pelanggan ibu. Dari pelanggan tetap hinggalah pelanggan yang memesan sandwich setiap hari.

Hari ini. Ya hari ini, aku akan bertemu dengan kawan ayah. Encik Zahid. Aku harap semuanya berjalan dengan lancar. Ibu sudah pun tahu. Aku serah kan nota yang ayah tinggalkan untuk ku dulu kepada ibu. Ahli keluarga yang lain juga sudah tahu.

Rupanya, Ammar juga turut mendapat nota yang sama. Cuma bezanya ialah ayah tidak menyuruh Ammar untuk berjumpa dengan Encik Zahid.

Aku, ibu dan Ammar sudah bersiap untuk pergi ke tempat tinggal Encik Zahid. Perjalanan yang jauh. Tapi mesti kena pergi, ada seribu rahsia yang perlu aku ketahui.

“Akak, tolong hidupkan enjin kereta” arah ibu yang sedang ralit membetulkan tudung jenama Naelofar hijab yang lengkap dengan perincian batu swarovski edisi khas itu.

Aku akur dengan arahan ibu lalu ku ambil kunci kereta yang berada dalam rak penyimpanan segala mak nenek kunci.

Pintu kereta Jaguar XJ Sedan itu aku buka, lalu ku hidupkan enjinnya. Itu kereta ayah.

Baru sahaja aku ingin melangkah semula ke dalam rumah, ada orang memberi salam.

“Assalamualaikum”

Aku toleh lalu aku memandang dua orang yang berada di luar pagar itu. Aku rasa mereka ialah sepasang suami isteri. Si isteri lebih kurang sama umur dengan ibuku. Umur ibu aku 39 tahun. Si suami pula lebih tua berbanding isterinya.

“Waalaikumussalam” jawab ku serta terus pergi ke arah pagar.

Lelaki itu kemas berbaju kemeja berlengan panjang. Dan isterinya pula, cantik memakai baju kurung kapas dan bertudung bawal. Aku ternampak tag A di bahagian depan tudungnya. Ariani agaknya.

“Ya pakcik dan makcik cari siapa?” tanyaku pada mereka dengan senyuman yang nipis.
Mereka berdua senyum.

“Ini rumah arwah Imran kan? Nama pakcik Zahid dan ni isteri pakcik, Zandra.” Kata pakcik tersebut.

Pandai aku teka kan. Mereka suami dan isteri.

Eh jap.

Zahid? Encik Zahid ke? Kawan ayah? Betul ke ni?

DULANG yang berisi air Ribena dan kek blueberry cheese aku bawakan ke ruang tamu. Ha kelas kamariah tak?

Betul la telahan aku. Pakcik Zahid tu kawan ayah. Rupanya mereka tinggal satu negeri sahaja dengan aku. Alamat yang ayah bagi tu alamat kampung pakcik Zahid. Itulah yang pakcik Zahid beritahu aku tadi. Ayah tersilap rupanya bagi alamat rupanya. Nasib la kami tak gerak lagi. Aturan Allah tu kan sempurna.

“Jemputlah minum pakcik, makcik” pelawa aku kepada mereka.

Lalu aku mendapatkan tempat duduk di sebelah ibu. Ammar ada juga tetapi sibuk tengok drama yang disajikan oleh televisyen. Mak long Wati dan Airaa keluar pergi berjalan sebelum kami bersiap untuk ke tempat pakcik Zahid lagi. Entah kemana agaknya mereka pergi. Maklum sahajalah, ini hujung minggu.

“Macam ni Puan Hani, kami sebenarnya ada perkara penting yang nak disampaikan. Sepatutnya dari dulu kami beritahu tapi arwah Imran dah amanatkan untuk kami beritahu selepas Zahirah tamat SPM.” Terang Puan Zandra.

Ibu ku menyelah. “Tak payah panggil puan. Panggil Hani saja. Kita kan sebaya.”

Puan Zandra mengangguk dan memberi senyuman kepada ibu.

“Abang, cakaplah” Puan Zandra menyuruh suaminya memberitahu.

Encik Zahid mengangguk dan berdehem membetulkan suara lalu memulakan bicara.

“Semua dah sedia maklumkan yang arwah Imran tu kawan baik saya. Semua masalah kami kongsi bersama. Suka mahupun duka, kami luahkan. Jadi saya dan Imran percaya Antara satu sama lain. Saya terus ke tujuan yang sebenar jelah ya. Imran ada belikan empat buah kedai untuk Zahirah. kedai tu sebelah-sebelah je, berderet la macam tu. Nanti pakcik bagi alamat, ada di Jalan Ampang, sebelah Rumah Awang Alak Betatar. Zahirah kan memang nak kedai tu sebelah-sebelah kan. Imran memang dah tahu cita-cita Zahirah. jadi dia tak teragak-agak untuk terus beli kedai tu. Itu yang pertama. Yang kedua pula, Imran juga telah menyediakan modal untuk Zahirah membuka kedai tu nanti. Dan yang paling penting pakcik akan tolong Zahirah sehingga lah semuanya selesai nanti. Pakcik akan ajar Zahirah untuk lebih memahami dunia business dan juga akaun. Pakcik rasa di sekolah juga Zahirah ambil kelas akaun dan perniagaan. Jadi ilmu asas sudah ada. Urusan pindah nama akan dibuat nanti. Sekarang ni kedai tu atas nama ayah Zahirah. dan sekarang umur yang sesuai untuk tukar nama kepada nama Zahirah.” panjang keterangan pakcik Zahid.

Aku terkejut. Ibu juga begitu.

Ayah tahu semua impian aku. Aku cerita pada dia tapi tak sangka yang ayah akan wujudkannya.

Dan ini ialah titik permulaan untuk segala nya. Terima kasih ayah. Akak tak sangka semua ni berlaku.
Aku perlukan kekuatan untuk melangkah ke hadapan. Ya Allah berilah aku kekuatan untuk kejayaan yang akan ku kecapi nanti.

ZAHIRAH’S, itulah nama untuk keempat-empat buah kedai ku itu. Biar aku jelaskan ya. Ada empat buah kedai.

1. Zahirah’s Boutique
2. Zahirah’s Bakery
3. Zahirah’s Restaurant
4. Zahirah’s Beauty.

Ha itulah dia. Dengan semua titik payah yang telah ku lalui. Kini Zahirah’s Berjaya di lancarkan. Ini semua berkat pakcik Zahid. Dia banyak membantuku. Dari aku baru nak bertatih hinggahlah aku lincah berlari. Banyak jasa dia. Terima kasih pakcik Zahid.

“Zahirah, cuba rasa ni. Sedap tak?” tanya Hanim.

Hanim kini berkeja dengan aku. Aku nak bantu dia. Banyak dugaan yang dia dah hadapi.

Aku merasa masakan Hanim. Wow! Terbuntang mata aku.

“Hmm sedap weh! Apa ni? Resepi baru ke?” tanya aku.

Hanim mengangguk dan tersengih bangga.

“Iya. Ni resepi baru. Aku nak namakan dia Ratatouille H ii. Bukan aku nak ciplak ke apa eh. Cuma aku suka je. Dah banyak kali cuba sampai kan otak aku dah hang dah tapi ni baru jadi. Macam kat cerita tu, tikus tu susah payah lalui segalanya dan akhirnya dia jadi chef juga. Aku kagum dengan dia. walaupun itu tak benar” terang Hanim.

Aku tersenyum

“Sukahati kau lah Hanim. Aku tak kisah pun. Ok lah aku nak pergi butik, Amir kata nak jumpa”
Muka hanim berkerut.

“Kau ada apa-apa ke dengan Amir tu!” jerit Hanim dari dapur.

Aku dah melulu keluar dah. Bising je dia tu. Sibuk.

Aku tak nafikan lah yang hidup Hanim penuh dengan dugaan. Masa tu memang ekonomi keluarga dia bermasalah. Ditambah pula dengan peristiwa hitam yang terjadi pada tahun lalu, rumah Hanim terbakar. Masa tu dia hilang segalanya. Ibu dan ayah yang tercinta, menjadi mangsa oleh marah nya api. Hanim anak bongsu. Kakak dan abangnya sudah berkahwin, jadi mereka tidak tinggal bersama Hanim dan kedua orang tuanya. Hanya Hanim dan ibu dan ayah nya saja yang tinggal di rumah itu. Takdir tidak menyebelahi ibu dan ayah dia. Mereka dua tidak dapat diselamatkan dek pekatnya asap waktu itu. Kini Hanim tinggal bersama aku. Nasib ada lagi bilik yang kosong dalam rumah aku. Boleh lah dia tinggal di situ. Ibu tidak marah malah dia lagi suka kerana dia amat mengenali Hanim itu. Kakak dan abangnya langsung tidak menghiraukan Hanim. Ketika Hanim meminta tolong, mereka berdua tidak ingin menolong malah tidak memberi Hanim tempat tinggal. Kasian pada gadis ini. Aku sajalah harapan Hanim ketika itu. Dan aku tidak teragak-agak untuk membantu sahabat baik ku itu.
Jangan risau Hanim, aku akan ada untuk kau dalam semua keadaan kau.

SAMPAI sahaja di depan pintu butik. Aku terus masuk ke dalam mencari satu figura yang ingin berjumpa dengan ku harini.

Amir Naufal.

Selalu saja dia datang ke sini.

Aku dah nampak dia. Dia duduk di atas sofa yang berwarn pink itu.

Memang seluruh butik ini bertemakan warna merah jambu. Bukan butik sahaja malah restoran, kedai kek dan pastry serta perawatan kecantikan. Kesemua Zahira’s bertemakan warna pink. Walaupun begitu, sambutan untuk Zahirah’s tidak kalah hebatnya. Biarpun baru dibuka tetapi pelanggan yang datang setanding dengan pelanggan yang dah kenal perniagaan ku ini melebihi setahun. Zahirah’s baru dibuka lima bulan yang lalu. Setelah setahun aku bekerja keras dan tidak membazirkan waktu sedikit pun dan inilah hasilnya. Aku bangga dengan diri sendiri.

Aku tidaklah menjaga kesemua perniagaan milik ku ini seorang diri. Tetapi dibantu oleh ibu yang menjaga bakery. Yelah, ibu memang suka membaking ni. Jadi memang ibu yang tawarkan diri. Katanya, dia akan memberitahu pelanggan sandwichnya yang dia tidak lagi meniaga online dan tidak dapat hantar COD lagi.Terpaksa lah customer ibu datang membelinya di bakery. Lagipun bukan setakat sandwich yang ada malah lebih banyak lagi.

Hanim yang menjaga restoran. Oh ya, Airina juga turut ingin bersama denganku. Setelah dia merasakan kesukaran dalam mencari pekerjaan. Akhirnya dia memutuskan untuk bekerja dengan ku. Dia yang menjaga di Zahirah’s beauty. Aku lebih kepada butik. Mereka dan aku bukan keseorangan tapi dibantu juga oleh pekerja yang lain.

Di Zahirah’s Boutique, aku baru sahaja melancarkan kolaborasi dengan Naelofar Hijab. Siapa sangkakan? Wanita bekerjaya itu berkata yang dia mahukan lebih banyak belia melibatkan diri dalam dunia business. Dan dia ikhlas membantuku. Ketika itu aku dan Neelofa serta kakaknya Noor Nabila berbincang untuk mengadakan pelancaran baru kami. Baju kurung satin yang ku reka sendiri dengan perincian batu permata dibahagian pangkal lengan dan di bahagian bawah dada dan dilengkapkan dengan tudung selendang dan bawal jenama yang tidak asing lagi iaitu Naelofar telah membawa imej baharu. Walaupun nampak sederhana tetapi sangat elegant. Itu ialah edisi khas ya. Temanya ialah modestelegant. Bermakna itu edisi Modestelegant by Naelofar Hijab and Zahirah’s. Terdapat perkataan ‘N & Z’ pada bahagian bahagian bawah tudung. Set yang dilengkapi sepasang baju kurung satin dan juga dua jenis tudung iaitu selendang dan bawal. Dan semestinya set itu mempunyai pelbagai warna yang memukau. Aku dengar set itu mula dapat perhatian ramai.

Aku yang boleh dikatakan sangat muda ini telah Berjaya sejak di awal usia. Aku bangga dengan usahaku selama ini. Dengan dorongan keluarga yang memang membantu ku. Lebih-lebih lagi ibu.

Panjangnya aku cerita. Dari warna pink hinggalah kejayaanku. Wuih dahsyat.

Amir yang berada di hadapan aku tegur. Dia sedang leka bermain telefon bimbit.

“Amir”

Selamat membaca kepada para pembaca semua. Terima kasih sudi menyokong karya saya yang tak seberapa ni dan memang banyak kekurangan yang harus saya sempurna kan. Terima kasih sekali lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience