SETELAH dua tahun setengah berlalu. kini, aku yang baru hadir. Tidak berapa baru Cuma lebih baik daripada yang dulu. Bukannya aku yang dulu tu jahat. Tak. Cuma aku lebih matang dari segi pemikiran.
Tidak lah mudah untuk aku menjalani tahun-tahu yang lepas. Penuh dengan air mata. Air mata yang masih rindukan seseorang. Orang yang tak pernah dambakan aku kembali.
Tahun ini adalah tahun yang paling penting bagi kami semua pelajar Tingkatan 5. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan ku harungi tidak lama lagi.
Kawan-kawan baikku masih setia di sisi. Airina, Hanim dan juga Amir Naufal. Mereka masih berkawan denganku. Tidak pernah sehari pun di sekolah kami tidak ketawa disebabkan ada sahaja bahan ketawa yang akan seseorang dari kami lakukan. Yang ajaibnya, kami berempat berada pada kelas yang sama. Dari tingkatan dua dahulu hingga tingkatan lima sekarang. Pelik bin ajaib.
Siapa sangka orang yang dulu aku cukup tak berkenan dan tak kenal itulah yang menjadi kawan baikku. Amir Naufal. Orang yang sangat sangat baik. Dia sentiasa ada untuk aku bercerita tentang segala kedukaan yang ku lalui. Dia juga sentiasa bercerita tentang kisah hidupnya dengan aku. Tetapi aku rasakan hubungan ini hanya lah hubungan persahabatan. Dan tidak lebih dari itu. Kerana hati kecil ku tidak bersedia menerima kehadiran orang baru.
Airina, Hanim dan Amir selalu juga datang ke rumah aku. Mereka datang untuk berbincang dan menyiapkan kerja sekolah. Ada juga mereka datang ke rumah aku untuk mengulang kaji pelajaran. Setiap kali ingin berjumpa pada hujung minggu, mesti kami akan berkumpul di rumah aku. Aku tidak berapa pasti mengapa. Aku pernah lihat sendiri keadaan sewaktu di rumah Airina, tidak lah begitu selesa. Rumah Hanim pula serupa juga tapi lebih tapi berbeza kerana huru-hara dengan suara adik-beradik Hanim yang bertengkar sesame sendiri. Aku tidak pasti apa masalahnya, Hanim kurang berkongsi tentang masalah keluarganya.
Rumah Amir? Jangan tanya, aku sendiri pun tak pernah tengok inikan pula untuk datang kesana. Bila bertanya tentang rumah dia, Amir sentiasa mengelak katanya rumahnya itu tidak lah selesa seperti rumahku. Tapi aku tahu Amir bukan lah orang yang susah. Dia orang berada juga. Aku sendiri yang nampak bila Amir datang ke rumah ku dengan membawa telefon berjenama iPhone. Jika model terbaharu keluar, maka dia akan beli. Aku perasan itu. Dia sering menukar telefonnya. Tetapi walaupun begitu, Amir kini bergelar murid contoh di sekolah. Markah peperiksaan yang dia dapat tidak pernah mengecewakan. Dia selalu mendapat tempat pertama dalam semua ujian. Ujian Akhir Tahun, tengah tahun atau awal tahun. Semua ujianlah, you name it. Jadi tak salah orang tua Amir sanggup belikan semua telefon tu untuk Amir. Amir tu dah memang cukup semua nya. Wajah yang tampan ada, ala-ala wajah Ben Amir. Kulit dia tak begitu cerah dan tak terlalu gelap. Maskulin. Ketinggian ada, sampaikan aku perlu mendongak untuk melihat dia. Badannya pula tidak terlalu kurus atau berisi. Tapi dia kata dia ingin bina badan, nak jadi sado gitu. Patutlah selalu aku nampak dalam insta story dia pergi ke gim. Pandai tu semestinya. Subjek agama pun dia hebat. Subjek Bahasa Melayu jangan cakap, dia mahir. Habis segala mak nenek kata-kata gramatis keluar dari mulutnya. Sopan santun apabila dia bercakap. Jadi, dimanakah kurangnya Amir?
Rumah aku pun rumah teres dua tingkat biasa sahaja. Cuma saiz rumah aku lebih besar berbanding rumah jiran-jiran aku. Ayah yang ubahsuai. Di tepi rumah terdapat pemandangan landskap yang indah. Di tambah pula dengan tumbuhan dan tanaman hijau yang memang cukup menyegarkan nafas. Ada juga perlbagai jenis bunga-bunga. Ibu memang suka menanam. Kadang-kala dia bernyanyi untuk tumbuhan flora itu. Lagu dangdut! Ada juga kolam kecil untuk ikan koi. Ikan ni ialah kepunyaan Ammar, dia yang akan bertanggungjawab menjaga ikan itu. Tidak hairan lah dia gelar tempat duduk dan meja untuk bersantai di sebelah kolam ikan tu dengan gelaran ‘tempat kegemaran Ammar’. Di belakang rumah terdapat ‘sesi berkebun’. Ada banyak juga jenis tanaman seperti cili, tomato, daun pandan, daun kunyit dan lain-lain tersedia di situ. Ibu dan Mak long yang menjaganya. Senanglah jika memasak, tinggal kutip sahaja. Tetapi hasilnya tidak begitu banyak. Tetapi lumayan. Rasa seronok bila apa yang kita tanam membuahkan hasil walaupun sedikit.
Ibu aku pun sudah tidak asing dengan kawan-kawan ku. Dia memang sudah kenal Airina dan Hanim tapi Amir lambat sikit dia kenal. Amir kan pelajar baru masa tu. Ibu tidak marah aku berkawan dengan mereka kerana ibu tahu semuanya mempunyai perangai yang baik. Ibu dah interview diorang dah. Dia orang hadir dan lulus ketika temu duga ‘menjadi kawan Zahirah’.
MOTOR sekuter jenama Vespa berwarna pink aku parkirkan di tempat letak motosikal. Aku dah ada lessen motor ya. Tahun lepas baru ambil. Motor ni ibu yang hadiahkan sempena hari ulang tahunku dan sempena aku mendapat tempat kedua dalam peperiksaan akhir tahun tahu lepas. Nombor satu Amir. Ibu tahu aku amat gemar akan warna merah jambu jadi ibu terpaksa tempeh dahulu kerana Vespa yang dah tersedia tu taka da keluarkan Vespa warna pink. Maknanya, aku punya ni limited edition lah kan. Cukup pakej dengan topi keledar sekali berwarna pink. Aku suka!
Baju kurung cotton berwarna hitam itu aku kemaskan ke bawah. Tudung berwarna nude aku betulkan pada bahagian awning. Ha baru cantik. Habis tadi tudung ni senget benget kerana lajunya angina ketika dalam perjalanan menuju ke sini.
Harini aku melawat ayah Cuma bezanya aku datang seorang diri. Pada hari jumaat selalu aku, ibu, Ammar, Maklong Wati dan Airaa akan datang melawat tanah pusara milik arwah ayah. Dua hari lepas baru kami datang. Harini aku nak melawat lagi. Boleh la aku berbual dengan ayah. Walaupun ayah sekadar hanya mendengar.
Buku kecil yang terdapat surah Yasin itu aku ambil. Turutku bawa air bunga untuk aku siram di pusara arwah ayah nanti. Aku bawa juga tikar mengkuang kecil untuk alas punggu ku nanti. Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah cukup cantik, kemas dan indah tetapi tiada kerusi atau tempat duduk tersedia. Maka dari itu, aku bawalah tikar kecil ini. Nasib baik jugalah aku datang pada pagi ni. Tidak la panas. Redup sahaja, tenang. Nanti kalau panas, tak pasal-pasal aku angkut payung meniaga mak Nah rumah sebelah. Dia meniaga pau.
AKU terus membantangkan tikar mengkuang dan terus duduk.
Assalamualaikum ayah, akak datang ni. Haritu akak dah datang tapi akak datang lagi harini. Akak nak bersembang je dengan ayah. Haritu ada Ammar, malu la akak kalau dia dengar. Nanti dia cakap akak manja pulak.
Aku bercakap seorang diri di situ.
Telefon segera ku keluarkan dari totebag. Aplikasi music ku tekan dan aku tekan play. Merdu suara Mishaari Raashid Al-Aafaasee melantukan bacaan surah yasin. Aku turut ikut baca bersama.
Yasin
Walquranil hakim
Innakala minal mursalin
Mendayu-dayu aku membacanya.
Setelah siap membaca surah Yasin tadi. Aku bermonolog sendirian.
Ayah. Esok akak dah start exam. Ya exam paling besar dalam hidup akak setakat ni. SPM. Akak takut sebenarnya. Ayah doakan lah akak ya. Akak dah buat persiapan dah untuk jalani hari esok. Tak tahu la cukup ke tidak. Mampukah akak jawab semua soalan tu. Berdebar tau.
Ayah. Lepas SPM nanti akak nak cari kawan ayah tu hmm Encik Zahid ya nama dia. nanti akak cari dia ya ayah. Akak nak tuntut hadiah akak tu. Hehe akak gurau je ayah. Mesti ada sesuatu yang akak perlu tahu kan. Sebab tu ayah suruh akak jumpa dengan dia. Tapi kenapa dia duduk jauh sangat? Duduk sebelah rumah kita tak boleh ke.
Ayah. Akak selalu rindukan ayah. Selalu akak jadikan ayah sebagai topik utama ketika doa akak selepas solat. Nanti kita semua berkumpul macam dulu ya ayah. Akak, ibu dan Ammar akan pergi menyusul ayah nanti. Ayah tunggu kami tau. Sekarang ni tak boleh lagi, Allah suruh akak cari bekal dulu sebelum pergi sana. Nanti kebulur la akak kalau takde bekalan yang mencukupi.
Dah macam budak-budak gaya aku bercakap ya. Tapi tidak mengapa.
Dalam sibuk aku bermonolog sendirian. Ada satu suara yang cukup aku kenal.
“Zahirah” panggilnya.
Aku berpaling. Figura yang cukup aku kenali. Amir Naufal.
Dahiku berkerut seribu. Dah nak bercantum dah. Pelik, macam mana dia tahu aku kat sini?
“Mana awak tahu saya ada dekat sini?” tanyaku.
Segera dia membalas.
“Saya pergi rumah awak tadi tapi awak tak ada . Aunty kata, awak ada dekat sini. Saya pun merempitlah datang sini. Awak dah baca Yasin ke untuk uncle?” tanya dia semula kepada aku.
“Saya dah habis baca pun. Awak bacalah sorang. Saya dah nak balik ni.” Sengaja aku mahu menyakat dia.
“Alah janganlah balik dulu. At least tunggu saya habis baca Al-Fatihah dan doa untuk uncle.” Rayunya.
Aku sekadar mengangguk dan senyuman nipis kuberi pada Amir.
Entah apa hajatnya untuk berjumpa dengan aku. Padahal esok boleh jumpa. Nanti aku tanya dia.
Surah al –Fatihah dibaca Amir. Setelah itu doa untuk arwah ayah aku. Terentuh hati aku mendengar kata-kata indah yang keluar dari mulutnya untuk ayah. Walaupun dia tak pernah jumpa dengan ayah. Tapi perilaku nya sama seperti orang yang rapat dan mengenali ayah lebih dari aku.
“Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Wahai tuhan kami untukMU segala puji sebagaimana layak kebesaran dan kehebatan kekuasaanMU. Ya Allah kami pohon selawat dan salamMu ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya serta sahabat Baginda semuanya. Ya Allah, ampunilah diri kami dan dia serta berikan kepada kami darinya pengganti yang lebih baik. Ya Allah, ampunilah, rahmatilah, bebaskanlah dan lepaskanlah dia. dan muliakanlah tempat tinggalnya, luaskanlah ia. Dan muliakanlah tempat tinggalnya, luaskanlah jalan masuknya, cucilah ia dengan air yang jernih lagi sejuk, dan bersihkanlah dia dari segala kesalahan bagaikan baju putih yang bersih dari kotoran, dan gantilah rumahnya dengan rumah yang lebih baik daripada yang ditinggalkannya. Masukkanlah dia ke dalam syurga, dan lindungilah dari seksanya kubur serta fitnahnya dan dari seksa api neraka. Ya Allah ya tuhanku, ampunilah doa kami dan dosa kedua orang tua kami. Sayangilah keduanya sebagaimana keduanya menyayangi kami sewaktu kami kecil dahulu. Rabbana aatina fiddunya hasanah. Wafil aakhiroti hasanah wakina aazabannar. Wasalallhu alaihi wasalam walhamdulillah hirabbil alamin.”
Aku yang berada di sebelahnya hanya menghayati dan mengaminkan doa dia. tersentuh hati.
SELESAI membaca doa, aku dan Amir pergi ke tempat letak motosikal. Dia juga membawa motornya RS. Dia bersama-sama ku ketika mengambil lesen tahun lepas.
Aku memandangnya dan bertanya
“Awak, kenapa awak cari saya? Esok kan jumpa kat sekolah.”
“Saya nak ajak awak keluar. Breakfast dengan saya jom. Nasi lemak MC’D ayam goreng spicy dua ketul?” tanya Amir
Aku pun lapar juga ni. Tanpa lengah aku mengangguk.
“Tapi sekejap. Saya call ibu saya dulu. Nanti risau pula dia” ujarku
“Eh tak payah call. Aunty dah tahu dah. Siap bagi greenlight lagi tau. Terima kasih aunty Hani!” katanya
“Oh kalau dah tahu ok la. Tak ada ibu risau nanti bila tahu anak dara kesayangan ni balik lambat. Hmm green light tu ibu yang bagi. Saya tak bagi apa-apa light pun. Bahkan lampu merah pun tak bagi ya. Dah jom saya lapar ni.” Ajakku
Amir ketawa kecil. Tak apa Zahirah. Nanti saya akan buat awak sentiasa bagi lampu hijau je dekat saya. Amir monolog dalam hati.
JAM tangan aku pandang. Jarum jam menunjukkan ke angka sebelas pagi. Kami sudah sampai ke destinasi yang dituju. Tidaklah jauh mana. Lagipun jika nak pulang ke rumah aku perlu lalu sini juga. Maka aku bersetuju saja bila Amir mengajak untuk makan di restoran yang menyajikan makanan segera ini.
Amir lincah membuat pesanan melalui mesin tu. Tangan dia laju je tekan sana tekan sini. Aku tak sempat pun nak tengok apa yang dia yang order. Aku nampaklah sikit-sikit. Tapi macam banyak je Amir order.
“Awak, nak makan sini ke makan kat rumah?” tanya dia.
Aku memandang dia pelik
“Mestilah makan sini. Kan awak yang kata nak jumpa saya sampai sanggup ikut saya pergi kubur tadi. Sekarang awak nak makan kat rumah pulak. Jadi awak cari saya tadi untuk apa?” pelik betul dia ni.
“Iya, saya nak jumpa awak. Tapi saya ingatkan nak belanja aunty, Ammar, maklong Wati dengan Airaa sekali. Pastu kita makan dekat rumah awak.” Katanya.
Lah itu ke. Aku membalas.
“Takpelah awak. Tak yah susah. Mungkin dia orang semua dah breakfast.” Tolakku.
“Sekali sekala apa salahnya. Lagipun aunty selalu bagi saya makan sedap-sedap. Lagi-lagi masa raya. Ok kita berdua makan kat sini. Nanti dah siap makan. Saya order makanan balik dan pastu kita balik rumah awak.”
Aku ingat lagi waktu raya tahun lepas. Ibu ajak Amir datang raya rumah. Memang banyak ibu masak. Sampaikan Amir pun tak tahu macam mana dia nak berhenti makan. Dia kata sedap sangat.
Aku baru perasan. Orang lain di belakang pun nak order juga tapi kami leka bersembang. Dah panjang beratur dah.
“Awak. Cepatlah order tu. Orang dah ramai kat belakang.” Bisikku pada dia.
Dia menoleh ke belakang. Riak wajahnya pun terkejut sama sepertiku.
“Eh ramainya!. Awak pergi naik atas dulu. Nanti saya naik. Kita duduk atas la. bawah ramai orang ni” arahnya.
Tanpa berlengah, aku terus menaiki tangga ke tingkat atas.
Nasi lemak dan dua ketul ayam goreng selamat masuk ke dalam perut aku. Kenyang sangat ni. Air ice lemon tea ku teguk. Aku tak suka air yang bergas. Dan Amir tahu semua tu. Dia order kan aku aiskrim kesukaan ku, m’c flurry oreo.
Ternyata alasan kenapa amir ingin berjumpa dengan aku hanya lah sebab nak cakap yang minggu ini dan minggu depan kelas mengaji cancel sebab kami kena tumpukan perhatian pada peperiksaan yang akan di tempuh. Itu aje pun. Perlu ke sampai kena jumpa? What’sapp kan ada. Aku pun tak faham la dengan Amir ni.
Selamat membaca kepada para pembaca semua. Terima kasih sudi menyokong karya saya yang tak seberapa ni dan memang banyak kekurangan yang harus saya sempurna kan. Terima kasih sekali lagi.
Share this novel