BAB 6

Romance Series 8029

AWAK, saya masih rindukan awak. Kenapa awak buat saya macam ni Zayyad.
Saya rindukan kita yang dulu. Saya sayangkan awak Zayyad.
Saya masih tak boleh lupakan awak. Tak boleh lupakan kita. Tak boleh saya nak lupakan semua kenangan tu.
Saya nak awak semula. Kenapa awak layan saya acuh tak acuh masa tu. Saya cuba nak berbaik dengan awak semula sebagai seorang kawan. Kenapa awak tolak saya masa tu

“Awak!” panggil ku pada lelaki yang berada tidak jauh dari ku.
Zayyad memandang pada aku yang berada di belakang nya.
Wajahnya cemberut ketika ini.
“Apa?” balas dia acuh tak acuh
“Takde apa. Saya saja je nak tegur awak tanya khabar”

“Dah kalau nampak orang sihat macam ni tak kan nak tanya soalan bodoh tu lagi”
Tersentak aku mendengar jawapannya itu.

“Oh Alhamdulillah la kalau awak sihat. Ni saya ada nak bagi biskut coklat cip. Saya ikut resepi Khairul Aming. Nanti awak bagi la tahu saya sedap ke tidak tau” segera ku hulurkan plastic berisi biskut itu.

Lambat-lambat Zayyad menyambutnya. “Thanks” ucapnya
“Oh ya. Zahirah tolonglah, saya merayu sangat ni. Tolong jangan kacau saya lagi. Bukan saya tak nak berkawan dengan awak. Cuma saya rimas. Dah lah tolong jauhkan diri awak dari saya” pintanya dan segera berlalu pergi untuk pulang ke rumah.

Tak apalah Zayyad. Kalau awak nak cakap macam tu saya tak kisah.

Hati aku luruh waktu tu. Malu ada. Sedih ada. Semuanya bercampur baur.
Biarlah aku begini. Aku akan tunggu dia. Dia cinta pertama dan terakhir ku.

HARI ni macam biasa. Aku datang sekolah menaiki pengangkutan awam. Pengangkutan awam ni bagus untuk mengelakkan tambahan pencemaran alam tapi aku faham juga time-time Covid-19 yang korang lalui ni pengangkutan awam seperti bas, LRT, teksi dan lain-lain bukan lah pilihan yang tepat. Tak begitu?

Baru saje aku masuk dalam kelas, wajah Amir dah terjengul di muka pintu kelas.

“Zahirah!” naik satu oktaf suara Amir Naufal yang teruja memanggilku.

Mata ku menjeling ke arah anak mata dia. Nak je aku sumbat mulut dia dengan sambal balacan Mak Long Wati yang sangat pedas. Pedas dia tak boleh bawa bincang. Kalau dah telan sambal belacan tu mahunya orang sekelilng makan penyepak. Kalah cara sepak pasukan bola UAE lawan pasukan bola Malaysia. Ops. Dengar cerita semalam 4-0.

“Sorry. Saya tak sabra nak cerita dekat awak ni.” Kata Amir

Aku dengan Amir dah jadi kawan dah. Aku pun tak sangka dia memang nak berkawan dengan aku. Jenuh juga dia try nak berkawan dengan aku. Last-last pun aku kawan je lah dengan dia. Apa salahnya kan. Hanim dengan Airina pun dah ada geng baru. Cuma Amir lebih selesa cerita hal peribadi dia dekat aku. Itu dia yang cakap tau bukan aku.

Terus aku ketawa mendengar kata-kata Amir.
“Sabra?” terkekek-kekek aku ketawakan dia.
Dia hanya menggaru kepala yang tidak gatal. Malu la tewww

“Itulah. Punya lah tak sabra sangat nak jumpa saya kan. Itu la jadinya” tambah ku lagi dan ketawa terbahak-bahak.

Pagi-pagi lagi Amir dah buat aku ketawa. Dia memang menceriakan hari-hari aku ni.

“Haha. Saya tersasul pula. Haa ni saya ada nak cerita. Tapi awak pergi la letak beg dulu” arah Amir pada aku.
Aku letak beg di atas kerusi. Dan duduk. Amir pula datang dan mengambil kerusi nya yang berada di sebelah meja aku. Dia terus meletakkan punggung nya di situ.

“Awak, saya sedih sangatlah sekarang ni. Saya rasa awak tahu kenapa saya sedih. Penat je saya tunggu habis game. Last-last habuk pun tak dapat” kata Amir dengan nada sedih.

“La sebab tu je nak sedih ke. Sebab UAE 4. Malaysia 0. Sebab tu kan. 4 tu Amir. 4 bukan sikit tu. Kesian la Harimau Malaya dah jadi Harimau Menangis.” Desis ku sambil menunjukkan angka empat jari pada dia.

“Itulah yang saya sedih ni. Pak arab kat stadium tu siap karaoke lagi tau. Mana Malaysia yang dulu? Syafiq Ahmad ada bayangan Firmino, st tapi kuat pressing. Seronok saya tengok kesungguhan dia tapi kesian. Yang lain tak sama-sama pressing. Sia-sia usaha Syafiq. Yang Depaula tu period ke apa sampai tak boleh nak main. Malam tadi semangat saya tunggu sampai habis game tapi telur je dapat. FAM ambil player yang mengarut-ngarut je terbahak saya. Zaman ni dah macam zaman kebantaian dah. Sia-sia je penyokong kat sana beria bersorak. Itulah mengharapkan pemain yang natularasi lah sangat hmm tengok ini lah hasilnya. Paula memang taka da fungsi. Midfield out. Mesti menyesal dion main dengan Malaysia. Haih.” Bersungguh amir cerita pada aku.

Macam kenal je semua ayat Amir tadi. Tak mungkin dia hafal. Mengarut betul

Aku tenung je Amir. Setelah tu aku ukir segaris senyuman.

“Tak apalah awak. Sekarang ni mungkin kemenangan berpihak pada UAE tapi nanti kita tengok la kebangkitan Harimau Malaya kita semula” kataku sekadar mahu menenangkan hati Amir. Aku tak suka bola pun. Suka tengok pemain dia je. Hihih

Amir sekadar mengangguk dan senyuman nipis diberikan kepada ku.

“Amir, awak boleh tolong saya sikit tak?” soalku pada Amir.

“Eh mestilah…………boleh. Banyak pun saya sanggup tau bunga” dikenyitkan matanya pada aku.

Dah mula dah jantan ni. Gatal!

“Macam ni, saya nak awak tolong cakapkan dekat Zayyad tentang perasaan saya terhadap dia. Saya nak awak pujuk dia supaya datang balik kat saya. Beritahu dia yang sebenarnya saya rindu dia. Beritahu dia, saya menyesal dengan apa yang berlaku sebelum ni. Beritahu dia, saya tak minta pengakhiran hubungan kami jadi macam ni. Dan tolong beritahu dia, saya minta maaf untuk semua ni. Saya nak dia tahu, dia dah cukup bahagiakan saya. Dia tiada kekurangan. Cuma mungkin saya yang salah tingkah dan salah kata. Kerana sampai akhirnya, saya susah untuk bahagia. Awak pandai-pandailah pujuk dia eh. Saya minta tolong sangat kat awak ni.” Pintaku. Mutiara jernih aku tahan daripada mengalir.

Berubah terus air muka Amir bila Zahirah berkata begitu. Tiada riak gembira atau apa pun. Bukannya dia tidak tahu apa yang berlaku Antara Zayyad dan Zahirah. Zahirah yang cerita dekat dia dulu. Puas Amir mendesak gadis itu untuk bercerita tentang hubungan dia dengan Zayyad. Akhirnya dia tahu juga semuanya.

“Hmm baiklah bunga. Kalau itu yang awak nak saya akan buat. Cuma apapun yang Zayyad cakap nanti, semua tu tak akan kecewakan awak. Saya harap begitu lah. Saya bukan apa, saya tak suka awak terhegeh-hegeh lagi kat dia. Ada dia pedulikan awak ke bunga? Tak ada kan. Jadi awak perlulah lupakan dia. Tiada guna awak tangis, ratapi perpisahan. Yang berlalu biarkanlah. Kerana saya percaya, disebalik kedukaan ada bahagia” hati Amirul sakit bila dengar Zahirah berkata tentang hal Zayyad. Dia cukup benci dengan Zayyad yang melukakan hati Zahirah.

Aokme ada dengar macam lirik lagu tak.

“ Cuba awak pandang ke hadapan. Banyak lagi orang yang sayangkan awak. Macam saya ni, saya suka awak bunga” meleret sahaja ayat terakhir yang dikeluarkan oleh Amir.

Berkerut dahi Zahirah dengar ayat tu

“Apa awak cakap Amir ? awak cakap slow sangat saya tak dengar” bukannya aku tak dengar, Cuma aku nak dengar dengan lebih jelas.

“Errr tak ada apa. Saya Cuma cakap yang biskut semalam sedap. Satu family saya suka. Pandai awak buat. Nanti buat lah lagi. Banyak pahala awak dapat bagi orang makanan” tipu Amir.

“Yeke sedap. Biasa je tu. Boleh je saya buatkan. Tapi saya nak buat rasa dia lain sikit.”

“Lain macam mana?” berkerut seribu kening Amir.

“Nak buat rasa biskut tu macam rasa biskut yaya dalam cerita Boboiboy tu. Biar awak sakit” gurauku

“Eh tak pe. Saya sanggup makan biskut tu banyak-banyak. Nanti kalau sakit, awak lah yang jaga saya”

Amir ni ada-ada je tau. Hish!

“YANG dua ekor ni, tak kan tak perasan aku ada kat sini. Macam tunggul kayu je korang buat aku kan” Airina mencelah.

“Ntah korang ni. Amir, kau jangan nak rampas Zahirah dari kitorang eh. Siap kau aku kerjakan nanti. Zahirah, kau pun satu. Siapa kawan baik kau sebenarnya ni” tambah Hanim pula.

“Sorry korang. Amir ni dari tadi mengadu pasal Harimau Malaya dia tu kalah dengan pak arab.” Balas ku pada kawan-kawan ku itu. Cemburu tak tentu pasal.

“Hmm aku ada kerja nak buat” kata Amir dan dia pun bergerak ke tempat duduknya semula.

“Zahirah. sedap biskut semalam tu. Mak aku suka biskut coklat cip tu. Dia kata nak tempah nanti time raya. Sepuluh lori” Hanim berkata.

“Amboi kau. Agak-agak la sepuluh lori pun. Kenapa tak sejuta kapal terbang je” getus Airina

“Ada-ada jelah kome berdua ni.” Aku mencelah diiringi gelak berdekah.

“Zahirah. sebenarnya aku ada benda nak cakap ni. Kau jangan lah sakit hati pula tau. Aku memang tak nak kau sakit hati tapi si Hanim ni paksa aku suruh bagitahu kau juga” kata Airina bersalah.

“Bagi aku kau kena tahu ni supaya nanti-nanti takdelah kau peduli lagi kat dia. buang masa je. Dia tak layan kau pun Zahirah” ujar Hanim

“Ha yelah. Aku janji takkan sakit hati. Hmm, apa dia korang nak bagitahu aku” terangkat-angkat kening aku menunggu penjelasan dari mereka. Kalah kening penyanyi Malaysia, Ziana Zain tau!

“Jom kita tengok kat tong sampah luar tu” ajak Airina

Alangkah terkejut nya aku ketika ini. Kerana biskut pemberian ku pada Zayyad telah ada dalam tong sampah. Aku kenal warna plastic merah jambu ni. Pada kawan-kawan aku berikan plastic berwarna hijau tetapi pada Zayyad aku berikan plastic berwarna merah jambu.

“Aku nampak masa aku buang sampah tadi. Maaf Zah” kata Hanim

“Zahirah? kau okey tak? Maafkan kitorang. Kitorang tak bermaksud pun nak sakitkan hati kau ke apa Cuma kitorang nak kau tahu perkara yang benar je.” Tambah Hanim lagi.

“Kau la ni Nim. Kan aku cakap tak yah bagitahu dia. kau degil juga. Tengok sekarang Zah dah sedih.” Ujar Airina pada Hanim

Aku pandang mereka berdua sekilas dengan pandangan yang redup.

“Tak apalah. Ini bukan salah korang. Memang patut pun aku tahu. Kalau tak, sampai bila-bila aku tak tahu.” Ujarku dengan nada sedih.

“Dia memang dah tak suka aku kan? Aku je yang terhegeh-hegeh kat dia. Dia memang dah bencikan aku. Tapi aku tak tahu kenapa dia berubah dengan sedrastik ni. Tiba-tiba je dia tak suka aku.” Tambah ku lagi.

“Takpe Zah. Kami ada.” Pujuk Hanim

“Hmm dahlah. Aku taknak dengar pasal jantan tu lagi. Dah, jom pergi kantin. Aku lapar ni. Perut aku dah nyanyi lagu rock kapak 90-an ni.” Getus Airina.

Pecah gelak kami bertiga dek ucapan Airina. Walaupun aku ketawa, aku masih lagi rasa sakit tu. Senyuman memang pelindung duka.

Menyesal pula aku suruh Amir cakap kat Zayyad tentang perasaan aku tadi. Dah kena reject pun masih tak faham-faham lagi aku ni kan. Malunya jadi aku.

Selamat membaca kepada para pembaca semua. Terima kasih sudi menyokong karya saya yang tak seberapa ni dan memang banyak kekurangan yang harus saya sempurna kan. Terima kasih sekali lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience