SUDAH hampir sebulan aku tak datang sekolah. Banyak beban yang perlu aku pikul. Dengan pemergian ayah yang masih menikam benak jiwa ku ini. Aku rindu ayah.
Ditambah pula dengan kehilangan Zayyad yang cukup menyayat hati kecil aku ni. Macam mana aku nak pergi sekolah kalau dia satu kelas dengan aku. Aku tak mampu nak harungi semua tu sendiri.
Aku masih tak boleh terima semua ni. Aku masih belum lupakan Zayyad. Apa salah aku sampai dia buat aku macam ni. Tak kan la sebab aku ni kuat merajuk je.
Hari yang sama. Ayah pergi. Begituu juga dengan Zayyad. Kenapa begitu tragis benar takdir ini.
HARI ini ibu tak benarkan aku ponteng sekolah lagi. Maka aku turutkan saja kata ibu walau aku tak rela.
Masuk saja dalam kelas. Semua mata memandang aku. Kenapa dengan dia orang ni. Aku tahu lah aku ni dah tak terurus. Mana taknya, mata aku bengkak. Semalam aku menangis lagi. Mata aku hitam dek kerana aku selalu tidur lewat, aku tahu itu tak sihat. Tapi aku buat juga.
“Zahirah! akhirnya kau datang juga. Aku rindu kau. Nak peluk sikit.” Terus saja Airina memeluk aku.
Aku segera menolak dia kembali seraya itu air mata aku mengalir. Aku tak tahu kenapa aku selalu sangat menangis ni. Ya memang la aku sedih tapi kenapa dia nak tumpah masa dekat orang ramai pulak ni.
Hanim segera datang memegang erat tangan aku.
“Sabar Zah. Aku tahu kau kuat hadap semua ni. Tak apa kitorang ada. Kitorang akan temankan kau. Kitorang akan ada sentiasa untuk kau.” Hanim beri kekuatan pada aku.
Sekali lagi air mata jernih aku gugur di hadapan kawan-kawan aku dan ada juga yang lain memerhati.
“Terima kasih Airina, Hanim. Korang selalu ada untuk aku. Aku ok je ni. Air mata aku ni je yang degil” ucapku sambil tersengih
Hanim dan Airina cepat-cepat peluk aku. Rindu betul dua ekor ni.
Sepanjang aku tak datang sekolah, mereka selalu datang rumah aku untuk menengok khabar aku dan memberitahu tentang kerja sekolah. Ada juga mereka datang bersama ahli keluarga mereka. Sekadar menziarah.
Tengah mereka sedang asyik berbual. Ada seorang yang tidak senang melihatnya. Dia tidak suka Zahirah datang sekolah semula. Kalau boleh dia nak Zahirah tak ada!
TUGAS aku sebagai bendahari kelas tidak ku lupakan. Harini aku kembali berkhidmat. Ceh macam polis pencen tak de gaji je dengarnya.
“Syazwan, duit kelas bulan ni kau tak bayar lagi.” Kata ku tak memandang Syazwan.
Syazwan melihat ku sekilas
“Nanti la aku bayar. Hutang dulu” kata Syazwan. Dia sekadar mahu mengusik Zahirah saja. Padahal dia lah yang paling rajin membayar duit kelas.
“Wan aku tak main-main ni. Aku tak larat lah. Nak cakap dengan engkau pun sebenarnya aku tak nak.” Pintaku.
Lalu Syazwan mengeluarkan duit RM2 dan diberikan kepada aku.
“Kau pula Amirul Cik bila nak bayar, ni dah masuk 2 bulan kau tak bayar. Jangan harap la kau dapat makan sedap bila jamuan akhir tahun nanti kalau kau tak bayar.” Getusku acuh tak acuh
Amirul Cik memandang aku dengan pandangan sinis.
“Ya aku bayar ni. Tapi aku nak cakap dekat kau sikit ni” katanya
“Ha kau nak cakap apa?” soalku pelik
Lantas dia menjeling ke arah Zayyad yang berada di sebelah mejanya. Lebih kurang 1 meter jarak antara meja mereka.
“Aku dah tak boleh panggil kau Zayyad dah” kata Amirul sambil terkekek-kekek menertawakan aku..
Saja je dia ni. Kau nak gaduh dengan aku ke apa ni.
Serta-merta memori lampau ku kenang kembali.
“Zayyad. Ni ha aku nak bayar duit kelas.” Kata Amirul
Lalu diikuti dengan Syazwan
“Ha’ah lah aku nak bayar ni Zayyad. Tak kan kau tak nak kutip pulak. Bukan ke kau ‘kaklong kawasan’”
Lalu ku pandang Zayyad di sebelah sana. Dia turut memandang ku. Redup pandangan nya.
“Awak, tengok diorang ni. Saje je nak cari pasal dengan saya. Eh tak, dia cari pasal dengan awak lah” rengek ku
Zayyad terus memandang budak berdua tadi dengan pandangan yang macam mahu menikam mangsa. macam burung helang.
“Sorry Zayyad. Tak sengaja aku cakap macam tu kat gf kau ni.” Pohon Amirul Cik .Di tunjuknya tangan tanda meminta keampunan.
Haa tau takut.
“ Dia bukan gf aku la” Zayyad berkata
Tersentak aku mendengarnya. Aku nak sepak terajang dia! Haa!
“Tapi dia isteri aku” sambungnya sambil mengenyitkan mata sebelah kiri pada aku.
Arghhh!!! Sukanya.
Terhenti lamunan aku tadi dek dikejutkan Amirul Cik.
“Woi kalau ya pun broken sebab Zayyad, tak perlulah engkau termenung depan kitorang.” Bidas Amirul Cik.
Lalu Syazwan berbisik kepada Amirul Cik
“Ayah dia baru meninggal la. yang kau pergi cakap macam tu kenapa. Dia tengah tertekan sangat tu. Dah la Zayyad break dengan dia pada hari yang sama juga ayah dia meninggal. Gila la kau ni. Kesian dia.”
Aku pelik dengan diaorang ni. Segera aku ingin melangkah pergi tapi Amirul Cik memberhentikan aku dengan kata-katanya.
“Zahirah, aku minta maaf. Aku tak sengaja tadi. Sorry. Aku tak naklah usik kau dah. Sebab takde dah orang nak bela kau dan nak buli aku lepas aku ejek kau” katanya. Eleh. Mengejek aku ke apa dia ni
“Yelah. Takpe. Dah aku nak kutip duit kelas lagi ni. Bukan korang je classmate aku.”bidasku lalu berlalu pergi ke meja sebelah. Ya itu meja Zayyad.
SEJUK tangan aku bila memandang dia. Pandangan dia tajam.
Belum sempat aku minta, dia terlebih dahulu menyerahkan RM2 kepada aku.
Aku sekadar mengambilnya. Ingin saja aku berlalu dari situ tapi si Haikal pula masalahnya.
Kenapa Haikal tak bagi je duit sama macam Zayyad. kan senang. Haish
“Haikal. Aku nak kutip duit kelas ni.”
“Ya. Nah”
“Terima kasih Haikal”
“Zahirah, kau jangan lupa pulak yang kelas kita ada murid baru. Tu kat belakang tu.”
Terkejut aku dengan kata-kata Haikal tadi. Kenapa aku tak perasan.
“oh ok nanti aku cakap kat dia suruh dia mula bayar dari bulan ni” kata ku
“Zahirah, dia hensem kan. Kau kenal-kenal la dengan dia” saja Haikal mahu panas kan hati Zayyad.
Merah masam muka Zayyad ketika ini. Bukan aku tak perasan.
“Tak ada masa la aku Haikal. Cukup-cukup la yang dah lepas ni. Hensem pun tak guna” bidasku ingin menyakitkan hati orang yang duduk di sebelah Haikal.
Dia memandang aku dengan 'eagle eyes' dia tu. Gulp! Seram. Air liur pahit ku telan.
“NAMA siapa? Baru nak tulis nama ni. Baru masuk kan?” tanya ku tanpa beri salam terlebih dahulu.
“Nama saya Amir Naufal. Haah baru masuk. Tapi dah sebulan kat sini. Saya tak pernah nampak awak pun. Awak selalu tak datang kenapa?” tanya dia.
Eh banyak soal pulak dia ni. Dah kenapa pulak dia panggil ‘awak,saya’ ni. Ha tu lah kau Zahirah, tadi kenapa kau tak terus je cakap ‘kau,aku’ dekat dia.
“Saya panggil dengan panggilan macam ni sebab saya tak tahu nak panggil apa” selamba dia.
Kau tiru ayat Zayyad ke apa ni. Zayyad pun pernah guna ayat macam ni juga. Dia ni lelaki apa ni. Pervert!
“Kenapa awak tak jawab soalan-soalan saya tadi?” tanya Amir.
“Semua soalan tu tak perlu dijawab. Sekarang ni, baik bayar duit kelas sekarang” tegasku
“Amboi garangnya. Patutlah orang gelarkan awak sebagai ‘ kaklong kawasan’” gurau dia.
Mataku menjeling dia dengan tajam.
“Boleh saya minta sesuatu tak?” pinta Amir
“Apa benda” balas ku. Malas layan mamat ni.
“Nak nombor telefon awak. Bukan apa, senang la kita nak bincang pasal sekolah. Saya takde kawan lagi lah. Awak je yang nak kawan dengan saya. Tolong la ya” rayunya
Sejak bila aku nak kawan dengan kau ni ?
“tolong lah saya Zahirah binti Imran. Tolong la ya. Saya rasa sunyi sebab takde kawan. Saya tak biasa dengan kawasan baru ni. Awak sebagai salah seorang wakil kelas kena la tolong saya yang baru ni.” Tambah Amir lagi.
Dia sebut nama panjang aku ke? Hmm tak kisah la sebab nama aku tak de lah panjang sangat kalau nak dibandingkan dengan nama Mimi biul hujung taman tu.
Keluhan ku lepaskan.
“Masalahnya wakil-wakil kelas yang lain kan ada. Haih lah dia ni. Menyusahkan betul. Nah” aku beri juga no telefon ku dengan keterpaksaan. Kang dia ingat sekolah ni tak elok pulak. Buruk imej sekolah di mata orang luar karang.
“Terima kasih." kata Amir dengan senyuman.
ARGH! Malunya aku. Macam apa je aku tadi masa bersembang dengan dia. Panas muka aku time tu. Getus Amir dalam hati.
Aku bukan nya saja-saja minta nombor dia tadi, Cuma aku nak pastikan satu perkara saje. Tambah Amir lagi.
Dia membuka aplikasi Whatsapp di telefon bimbitnya. Kemudian Amir menambah nombor telefon Zahirah ke dalam kontak.
Alangkah terkejutnya dia bila melihat gambar profil milik Zahirah.
Sah!!! Ini memang dia. Adakah ini satu kebetulan yang tak disengajakan?
Gambar profil Zahirah dan nombor telefon Zahirah sama dengan gambar profil dan nombor telefon gadis yang pernah diceritakan oleh mamanya.
Hatinya dilanda rasa bersalah. Mama nya telah menyebabkan Zahirah kehilangan ayahnya sebulan yang lalu.
Dia selalu teringat nama Zahirah apa bila cikgu sentiasa menyebut nama itu berulang kali kerana ketidakhadiran gadis itu ke sekolah.
Dan mama nya juga sentiasa menyebut nama itu kerana pada mama, anak gadis itu terlalu baik untuknya.
Dan dari situ Amir Naufal membuat penelitian.
Dan sekarang dia sudah mendapatkan jawapan.
Dia juga rasa bersalah atas kesilapan mama, jadi mulai sekarang dia akan sentiasa melindungi Zahirah atas apa yang Zahirah lakukan pada mamanya.
Selamat membaca kepada para pembaca semua. Terima kasih sudi menyokong karya saya yang tak seberapa ni dan memang banyak kekurangan yang harus saya sempurna kan. Terima kasih sekali lagi.
Share this novel