BAB 21

Romance Series 8029

CIK ZAHIRAH!
Cik Zahirah!
Oh Cik Zahirah

Aku bangun dari lena mimpi. Mata yang sayup-sayup aku buka perlahan.

Macam mana lah aku boleh tertidur atas meja masa tengah sibuk buat kerja ni.

Aku memandang ke arah Reisyah yang tadi mengejutkan aku serupa ayam berkokok di waktu pagi.

Aku masih lagi mamai. Malasnya nak bangun. Huarrrgghhhhh aku menguap.

"Cik Zahirah, saya nak balik ni. Tapi tak sampai hati pula tinggalkan Cik Zahirah sorang-sorang." Ujar Reisyah.

Aku menggosok mata kemudian berdiriĀ  meregangkan badan.

"Awak balik lah dulu Reisyah. Terima kasihlah sebab kejutkan saya."

Bayang Reisyah lama-lama menghilang dari pandangan.

*Flashback*

"SAYA balik dulu. Kalau ada apa-apa awak terus je call saya" Kata aku kepasa Reisyah

"Baik Cik Zahirah. Hati-hati" Kata Reisyah, sempat juga dia menitip pesan.

Aku menapak keluar. Tiba-tiba pintu dibuka oleh seseorang.

"Assalamualaikum awak" Zayyad menyapa.

"Waalaikumussalam. Cepat awak sampai. Hmm, jom lah kita bincang dekat Zahirah's Restaurant. Boleh minum atau makan sekali" Ujar ku

Zayyad tersenyum.

"Jom"

"SO apa yang awak nak bincang?" Zayyad memulakan bicara dengan soalannya.

"Ok, saya harap awak tak ambil hati tentang apa yang saya nak cakap ni." kata aku.

Aku melihat muka Zayyad yang agak keliru.

"Insyaallah saya tak ambil hati." kata Zayyad.

"Sejujurnya, saya masih lagi tak boleh lupakan tentang perkara yang jadi pada kita dulu. Saya masih lagi rasakan kesakitan tu. Bagi saya, awak adalah segala-galanya pada waktu tu. Tapi lepas sahaja awak tinggalkan saya, saya fikir awak tak macam yang saya sangkakan. Terlalu mudah untuk awak lepaskan saya. Dan terlalu mudah untuk awak lupakan apa yang telah kita bina bersama. Dan sekarang terlalu mudah untuk awak nak bersama saya semula."

Aku menghelas nafas sebelum menyambung bicara. Mata aku mula panas dek cecair yang akan keluar sebentar lagi.

"Zayyad, awak tak pernah tahu. Awak datang memberi cinta pada saya kemudian awak pergi. Dengan mudahnya awak cakap sayang kemudian awak lepaskan. Awak tak tahu yang saya merasakan kenyamanan saat dengan awak kemudian saya merasakan kehilangan. Awak tak tahu yang saya merasakan cinta yang luar biasa saat dengan awak kemudian saya yang menahan segala luka dan duka"

Air mata mula muncul ditubir mata aku.

"Zahirah, saya minta maaf atas apa yang saya dah buat pada awak dulu. Kalau boleh saya ubah masa, saya akan ubah dan saya memang tak nak perkara tu terjadi. Maafkan saya." Zayyad mencelah.

Aku yang mendengar bicara Zayyad terus mengalihkan pandangan ke tepi.

Air mata ini tak dapat aku tahan lagi. Ia mengalir bersama rasa sakit yang beransur-ansur hilang entah ke mana.

Aku menarik nafas untuk mencari kekuatan.

Aku kena bijak menyusun kata kerana perkara yang terakhir aku nak cakap ni amat penting.

Aku memandang Zayyad kembali. Pandangan kami bertaut.

"Zayyad, saya minta maaf sangat-sangat sebab saya memang tak boleh..." belum habis lagi kata-kata aku, Zayyad pula menyampuk.

"Zahirah, saya faham. Saya cukup faham perasaan awak. Dan kalau itu keputusan awak, saya terima dengan redha. Saya tak akan paksa awak untuk mencintai saya semula" Katanya dengan riak muka bersalah dan penuh penyesalan.

"Saya belum habis cakap lagi. Dengar lah sampai habis dulu."

"Maaf. Awak sambung lah"

"Saya nak minta maaf sangat-sangat sebab saya memang tak boleh nak lupakan awak. Saya tak boleh berhenti mencintai awak. Saya sentiasa rindukan kehadiran awak dalam hidup saya. Zayyad, saya setuju untuk kahwin dengan awak."

Ayat terakhir yang keluar dari mulut Zahirah cukup buat Zayyad terkejut.

"Zahirah, awak serius ke ni?" Zayyad bertanya.

Aku mengangguk laju.

"Yes! Alhamdulillah." kata Zayyad dengan senyuman yang ceria. Hilang semua perasaan sedih tadi.

"Zahirah awak nak tahu tak?" Tanya Zayyad.

Aku mengerutkan dahi.

"Nak tahu. Apa dia?"

"Dan pada akhirnya, selepas awak pergi. Penyesalan hadir untuk saya sesali. Marah saya menghancurkan segalanya. Saya yang tanpa awak tak boleh nak buat apa-apa. Saya tak relakan awak pergi pada waktu tu. Awaklah cinta yang tak pernah saya hadirkan pada sesiapa. Cukuplah sekali saya sesali. Jadi awak tolong kembali bersama maaf saya yang mungkin tak boleh diterima tapi tulus adanya dan terimalah saya sebagaimana permohonan maaf saya setelah menyakiti awak." kata Zayyad ikhlas.

"Saya maafkan awak dan saya terima awak." air mata mengalir semula membasahi pipi.

Zayyad mengulurkan sehelai tisu.

"Dah lah tak nak sedih-sedih macam ni. Jom makan, nanti sejuk tak sedap pula. Awak try la menu baru ni."

Zayyad mencicipi 'Chicken Parmigianaz with Special Sauce and Cheese' itu.

Mata Zayyad terbuntang.

"Hmmm sedap! Saya suka cara olahan menu ni. Lagi-lagi cheese yang ditambah ni. Awak kan yang ubah resepi ni" Kata Zayyad.

Aku mengangguk dan tersenyum.

"Patutlah marvelous!" kata Zayyad sambil membuat gaya seperti Jarjit Singh.

"Dah sambung makan. Nanti tercekik kena panggil bomba pula." Gurauku.

Terhambur ketawa Zayyad.

*End Flashback*

Baru aku sedar yang sebenarnya itu hanyalah mimpi. Dari lah aku pulang dari butik hinggalah aku makan 'Chicken Parmigianaz with Special Sauce and Cheese'

Laju aku mencapai telefon bimbit yang berada di atas sofa.

Nama 'Amir Si Nopal' aku dail

Aik lambat pula si Amir ni angkat call aku. Desus aku dalam hati

"Assalamualaikum Amir........"

Diam seketika di talian.

Maaf ya update lambat. Bab yang ni agak slow sikit tapi siapa boleh agak apa yang akan jadi lepas ni. Ha boleh comment okay? <3!

Share this novel

Zai Zai
2024-08-09 09:42:54 

next


NovelPlus Premium

The best ads free experience