BAB 12

Romance Series 8029

BAB 12

AKU terlihat anggun hari ini kerana mengenakan busana dari butikku sendiri. Baju kurung moden yang berwarna navy dengan material satin dilengkapkan lagi dengan perincian batu permata dibahagian bawah dada dan pada bahagian lengan menyerikan aku pada hari ini. Tudung selendang warna kelabu juga bermaterial satin kulilitkan di kepala, kemas tetapi masih labuh menutupi dada. Aku amat gemari material satin silk.

Hari ini, aku akan pergi ke rumah pakcik Zahid. Dia adakan majlis doa selamat sempena kepulangan anaknya yang baru sahaja pulang ke tanah air selepas tamat pengajian di King's College London. Dia yang memberitahu aku semalam semasa datang ke butik.

Semua ahli keluarga yang dia kenal dijemputnya. Antaranya, mestilah aku, ibu, Ammar, maklong Wati, dan Airaa. Pakcik Zahid menjemput Paksu Azhar dan juga Maksu Nurin sekali tetapi malangnya mereka tidak dapat hadir sama kerana ada urusan mustahak yang perlu diselesaikan. Aku ajak Hanim dan Airina sekali, sudah pasti pakcik Zahid membenarkannya.

“LAMA lagi ke kakak ni ibu? Dah mereput kita tunggu dia ni. Entah apa yang dibuatnya pun tak tahu. Maklong dengan Airaa pun sama” Rungut Ammar yang dah lengkap berbaju melayu merah dan samping yang dililit dipinggang. Nampak kacak serupa jejaka korea!

Ibu mengeluh

“Macamlah Ammar tak biasa. Kakak Ammar tu memang lambat bab bersiap. Tak apa kita tunggu jelah” jawab ibu yang sudah cantik lagi menawan dengan baju kurung moden berwarna crème gold. Dipadankan pula dengan tudung bawal yang elok awningnya. Dah nak serupa gaya bunda Hetty Koes Endang pula.

Aku yang sedang menuruni anak tangga mendengar perbualan pendek dua insan yang ku sayang itu. Mengata aku ke apa.

“Kakak dah siap dah ni. Cantik tak?” tanyaku.

Ibu dan Ammar segera menoleh ke arah aku. Pejam celik mata mereka memandang aku.

“Kenapa? Kakak macam badut ke?” tanya aku sekali lagi. Aku tengok diriku di depan cermin, ok je.

“Cantik!” ujar Ammar sambil tersenyum.

“Anak ibu cantik sangat. Walaupun makeup kakak natural je tapi tetap anggun” ujar ibu pula lalu tersenyum menampakkan barisan gigi yang elok tersusun.

Aku dah malu dah ni. Cantik ke? Mungkin warna yang aku pakai ni memang sepadan dengan aku agaknya. Hihi

“Amboi, dah la berdrama tu. Jom kita gerak.” Ajak Maklong Wati.

Diikuti pula dengan Aira yang berkata “Haah, moh le kite.”

Mereka semua menaiki kereta Serena S-Hybrid milik Maklong Wati kecuali aku. Jika kami semua menaiki satu kereta sudah pasti kami dah jadi ikan sardine dalam tu. Aku akan menaiki kereta bersama dengan Airina dan Hanim sebentar lagi. Biarlah rombongan ibu yang pergi dahulu. Rombongan Mak Zah akan menyusul sebentar lagi. Uhuk!

Tentang hal kelmarin yang melibatkan keluarga Amir Naufal biarlah begitu sahaja. Ibu kata tidak usah bercakap tentang mereka lagi. Ibu memang marah dan berdendam dengan mereka. Ammar pula dah terikut-ikut dengan perangai ibu yang selalu sahaja menyalahkan keluarga Amir Naufal atas kematian arwah ayah. Yelah retak kayu boleh disimpan, retak pinggan susah hilangnya. Walaupun begitu, aku tidaklah terlalu marah atau berdendam dengan mereka. Apa yang aku mahu ialah perdamaian sahaja. Walhal itu semua sudah suratan Yang Maha Esa.

KAMI tiba diperkarangan rumah Pakcik Zahid. Tidaklah terlalu jauh. Memerlukan masa lebih kurang 20 minit untuk sampai ke sini dari rumah aku.

Rumah banglo 3 tingkat berwarna putih dilengkapkan dengan warna kuning keemasan itu aku tatap. Sungguh mewah! Baru pertama kali aku menapak kesini.

Begitu juga dengan Airina dan Hanim. Melopong mulut mereka.

“Wuih. Besarnya!” ujar Hanim

“Ni kalau tujuh keturunan aku pun belum tentu rumah ni akan penuh. Besar betul!” Airina pula bersuara.

“Dah, tutup mulut korang tu. Buat malu aku je nanti.” Kata aku.

“Zah, mak kau mana? Aku nak jumpa Ammar. Ada hal nak bincang” tanya Airina

“Ibu aku dah masuk agaknya. Ammar? Ni mesti nak bincang pasal game kan?” jawab aku

Tersengih Airina. Betul la tu. Game.

“Ish. Ni kenapa duduk tercegat kat sini. Mari la masuk dalam.” Tegur satu suara.

Makcik Zandra! Bila lah dia muncul.

“Eh makcik! Terkejut tau.” Ujarku sambil tersengih.

Dan disini mulalah sesi berjabat tangan berlaga pipi. Habis drama tadi, kami terus masuk ke dalam rumah.

“BANYAKNYA kau makan. Boleh habis ke. Tadi kau dah makan nasi sepinggan lauk penuh pulak tu. Ini pula kau tambah untuk kali kedua?”tanya aku pada Airina

“Hehe. Aku lapar la harini Zah. Dah lah lauk pauk semua sedap. Menggugat selera betul” jawab Airina.

Aku menggeleng kepala dengan jawapan Airina.

“Ha nah. Bubur kacang hijau untuk kau orang” tegur Hanim sambil meletakkan dua mangkuk berisi bubur kacang hijau itu. Entah dari mana datangnya. Tahu-tahu je dah muncul.

“Terima kasih” ujar aku pada Hanim.

Ammar tiba-tiba muncul dari dalam rumah. Kami makan diluar rumah sahaja.

“Kak, ibu suruh kau orang makan dekat dalam. Pakcik Zahid pun panggil” kata Ammar

Halah. Ni yang malas ni. Aku bukan apa, ramai orang sangat kat dalam tu.
Lambat-lambat aku menjawab “Hmm yelah.”

“Eh Ammar. Jom la kita makan kat dalam. Akak ada banyak benda nak bincang ni.” Ariana berkata. Adalah benda nak cakap dia tu.

“Bincang apa Kak Airina?” Soal Ammar kebingungan

“Alah, nak bincang pasal projek kita tu” jawab Airina lantas menjeling ke arah aku.
Lantas mereka berdua masuk ke dalam rumah.

Aku memandang Hanim yang ralit menyuap bubur kacang hijau ke dalam mulut.

“Jom la Nim” Aku mengajak Hanim.

Hanim hanya mengangguk.

“IBU, kenapa ibu suruh akak masuk dalam? Kat sini banyak oranglah bu.” Aku berkata pada ibu.

“Pakcik Zahid suruh akak makan dekat dalam. Luar tu panas. Lagipun dia kata nak kenalkan anak dia pada kakak.” Jawab Puan Hani.

“Oh” Kataku ringkas.

Ibu mencuit lengan aku. Aku mengerutkan kening dan memberi riak wajah yang berkata ‘apa dia bu?’

“Tadi, anak Dato’ Kassim Baba ada tanya pasal kakak. Dia kata nak berkenalan”

“Anak Dato’ Kassim Baba yang mana pulak ni ibu?” tanya aku pelik. Anak Dato’ ke. Sudah biasa dengar mereka nak kena-kenal dengan aku. Tapi aku buat endah tak endah sahaja. Tak berkenan.

“Alah kak, yang Haris Baba tu lah. Kacak orangnya.” Ujar ibu.

Hanim yang sedari tadi mendengar mencelah.

“Haris Baba ke Aunty Hani? Uish jangan tolak Zah. Kacak dia tu serupa orang Pakistan tau.” Kata Hanim lantas mengenyitkan mata pada ibu aku.

Ibu pun apa lagi. Senyum kegembiraan la. Seronok mengusik aku.

Tidak kisahlah Pakistan ke, Afganistan ke, Uzbekistan sekali pun. Ataupun tan tan tan dari seantero dunia yang datang, aku tetap tak nak. Adalah sebab aku.

“ZAHIRAH. Inilah anak bongsu pakcik, Zayyad.” Ujar Pakcik Zahid pada aku yang duduk di ruang tamu kediamannya. Semua rombongan aku ada disitu.

“Zayyad, ini Zahirah. Anak sulung arwah kawan papa. Itu pula Ammar, adik bongsu Zahirah.” terang Pakcik Zahid pada Zayyad.

Ammar pula mengangguk dan memberi senyuman pada Zayyad. Mereka bersalaman.

Zayyad memandang aku. Aku pula hanya membisu. Tak memandang wajahnya sedikit pun.

Kenapa jantung aku berdegup laju ni. Dia ni Zayyad yang sama dengan yang aku kenal sewaktu di sekolah dulu ke? Wajahnya agak sama. Tetapi sedikit berbeza. Ini lebih kacak. Sudah la berbadan sasa tetapi tidak terlalu berlebihan. Kulit yang putih bagaikan susu Dutchlady original. Sebintik jerawat pun tak ada. Haish, apa kau cakap ni Zahirah.

Zayyad membetulkan suaranya lalu berbicara.

“Zahirah binti Imran. Am I right?”

Mata aku memandang Zayyad dengan pandangan yang tajam. Betul ke ni Zayyad? Ini semua macam mimpi. Kalau nak diikutkan dengan bentuk fizikal dia, memang betul ini Zayyad. Walau terdapat perbezaan sikit sahaja pada wajahnya. Tapi aku tahu ini Zayyad. Zayyad yang pernah aku cinta dahulu. Sekarang masih cinta ke? Betul ke tak ni?

“Zayyad kenal Zahirah ke?” tanya Makcik Zandra pula.

“Kenal sangat Ma. Satu sekolah dan pernah satu kelas waktu sekolah menengah dulu.” Jelas Zayyad.

“Oh ye ke. Bagus la kalau macam tu. Zayyad borak-borak la dulu dengan Zahirah. Papa nak jumpa kawan papa sekejap. Baru sampai katanya.” Ujar Pakcik Zahid dan menunjukkan riak wajah penuh dengan rahsia pada Zayyad.

Zayyad mengangguk tanda faham makna papanya itu.

Tiada sebarang reaksi pada wajah lelaki itu. Mata dia tak habis-habis lagi tatap wajah aku.

“Zahirah, boleh saya cakap dengan awak sekejap?” Tanya Zayyad pada aku. Suaranya agak berubah sedikit. Lebih kepada lelaki yang matang.

Aku diam tidak berkutik. Hanim yang berada disebelah aku tadi dah lari entah ke mana. Airina pula sibuk main permainan video bersama dengan Ammar. Ibu, Maklong Wati, Makcik Zandra dan Airaa sibuk menyembang. Entah apa topic yang dibicarakan mereka agaknya.

“Awak nak cakap apa?” akhirnya aku bersuara. Ku bersuara saat kau hadir semula dalam hidupku pada hari ini. Bukan Ernie Zakri tapi Ernie Zahirah.

Segera Zayyad melabuhkan punggung di kerusi sebelah.

“Saya nak cakap pasal kita yang dulu. Mula-mula sekali saya nak minta maaf. Punca kita putus masa tu bukannya dari salah awak. Tapi salah saya.”

Segera aku menoleh ke arah nya. Kenapa pula salah dia?

“Saya nak berterus terang sekarang ni. Yelah, awak pun dah ada dekat depan mata saya kan. Dah lama kita tak jumpa. Awak pula makin cantik, ayu dan sopan.” Zayyad memandang aku kemudian
menghembuskan nafasnya sebelum memulakan bicara.

“Saya minta putus waktu tu sebenarnya sebab saya nak lari dari awak dan pergi pada Lily.”

Lily? Dah lama nama tu tak disebut dalam kisah hari-hari aku. Sekarang dia muncul semula. Jadi Lily rampas Zayyad dari aku ke apa. Atau Zayyad suka Lily.

“Waktu awak merajuk dengan saya ataupun waktu awak tak mesej saya, Lily yang akan selalu ada dengan saya. Waktu tu hati saya memang dah mula pudar terhadap awak. Dan rasa mula sukakan Lily ada pada waktu tu. Satu hari, saya dah tekad yang saya akan putus dengan awak dan saya nak ada dengan Lily. Saya dah tinggalkan awak. Memang perit rasa tu. Saya mulalah ada hubungan dengan Lily lepas kita break. Tak ada siapa tahu masa tu. Melainkan kawan saya, Haikal. Dan ternyata keputusan saya waktu tu salah. Lily yang saya kenal masa dengan awak bukanlah Lily yang saya kenal lepas kita putus. Dia berubah. Rupanya dia hanya permainkan saya sahaja. Macam-macam kehendak dia saya ikut. Pelbagai barangan dia suruh saya belikan untuk dia. Dia sebenarnya cinta kat duit saya bukan dekat saya. hubungan saya dengan dia pun tak sampai sebulan. Saya tahu, itulah balasan yang saya kena terima lepas saya sakitkan hati awak. Memang padanlah dengan muka saya. Mula-mula saya hilang awak kemudian saya hilang seorang lagi. Apa yang saya dapat hanyalah rasa sakit. Saya nak minta maaf Zahirah.” terang Zayyad bersungguh.

Jadi inilah sebab sebenar kenpa Zayyad pergi dari aku. Disebabkan datangnya orang ketiga. Salah Zayyad sendiri pun ada juga. Aku menerima semua ni perlahan-lahan walau hati kecil ku terluka sedikit. Nak terkejut lebih-lebih nak buat apa. Aku lagi terkejut bila aku dapat jumpa Zayyad semula.

“Saya dah lama maafkan awak, Zayyad.”

Aku tak nak pun marah dia. kalau aku marah, apa yang aku dapat. Lagipun dari dulu sampailah sekarang aku masih cintakan dia. Dialah orang yang aku tunggu-tunggu kehadirannya. Saya masih sayangkan awak Zayyad! Hati kecilku bersuara.

“Betul ke ni?” tanya Zayyad.

“Iya.”

Zayyad menguntumkan senyuman.

Dah cair dah aku ni. Aishh!

“Zahirah”

“Apa dia?"

“Awak masih cintakan saya lagi ke?”

“Tak ada maknanya cinta-cinta. Muka awak pun saya dah lupa. Ini baru nak ingat balik.” Tipuku.

“Eleh. Yelah tu. Airina kata, awak masih simpan gambar saya dalam kotak warna pink awak. Kita orang sempat berborak kejap masa awak belum masuk dalam rumah tadi.”

Airina! Siap kau aku kerjakan nanti. Ini tak lain tak bukan mesti si Hanim yang bagitahu Airina. Airina pula bagitahu si Zayyad ni. Malunya aku.

Aku masih lagi diam. Tak tahu hendak jawab apa.

“Hmm betul la tu. Awak masih suka saya kan?” Zayyad berkata.

“Kalau awak suka saya, kira bagus sangat lah tu. Sebab saya pun masih cintakan awak” tambah Zayyad lagi.

What?!!! Dia cintakan aku lagi? Adakah cinta kami akan berputik semula? No no no. jangan ingat aku senang-senang je nak terima kau eh Zayyad.

Aku pura-pura tak dengar apa yang Zayyad cakap tadi. Dalam hati aku ni, dah mula rasa berdebar-debar. Nak tercabut jantung aku dibuatnya.

“Ada satu lagi perkara. Sebenarnya, papa dengan mama saya dah tahu semua cerita tentang kita dulu. Tadi tu dia orang pura-pura tak tahu je. Heheh. Lepas je saya tahu yang kawan papa ialah ayah awak, saya terkejut juga. Jadi saya ceritakanlah semuanya pada mereka.” Tambah Zayyad.

“Lah yeke? Pandai makcik dengan pakcik berlakon ya” ujarku pula

“Saya dengar awak dah berjaya buka business awak sendiri. Zahirah’s ya? Tahniah awak.” Tanya Zayyad memulakan topic baru.

“Alhamdulillah. Semuanya juga berkat pertolongan dari papa dan mama awak juga. Nanti kalau ada masa, awak singgahlah ya. Makan kea tau beli hadiah untuk girlfriend.” Usikku.

“Mesti la saya datang. Mana ada girlfriend. Tempat awak tak boleh digantikan” jawabnya pula.

Dah mula miang buluh dia.

“Jadi lepas ni awak nak buat apa?” soalku pula. Sudahnya dia sahaja yang menyoal, aku menjawab. Kali ni, aku soal dia pula jawab.

“Saya nak relaks dulu. Dalam sebulan macam tu. Lepas tu saya dah boleh masuk office papa”

Lama betul nak relaks. Ini boleh meningkatkan kadar pengangguran di Negara kita ni.

Rupanya dia akan kerja di syarikat ayahnya sendiri. Untunglah.

“Saya dengar awak ada kakak. Mana dia, tak nampak pula.” Tanya ku lagi.

“Memanglah saya ada kakak. Tapi kakak saya tak ada kat Malaysia. Dia ada dekat Canberra, Australia. Ikut suami dia. Dan saya dah ada anak buah seorang. Tak sabar rasanya nak jumpa Qhalish.”

Tersenyum aku dengan jawapan Zayyad. Dia memang sukakan budak-budak. Qhalish, cepat balik ya. Pakcik Zayyad tak sabar nak jumpa Qhalish. Macam manalah agaknya wajah Qhalish ni ya.

Jauh betul kakak Zayyad tinggal. Sekurang-kurangnya dapatlah merasa pengalaman baru. Walaubagaimanapun, aku tetap rasa yang kakak dia rindukan tempat kelahirannya. Kerana pada akhirnya, hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri.

“Siapa nama dia” soalku lagi.

“Zayana” jawab Zayyad ringkas.

“Terima kasih Zahirah atas banyak sebab. Sebab awak dah maafkan saya. Sebab awak faham saya. Sebab awak tak marahkan saya. Dan banyak lagilah” sambungnya.

Ibu aku menghampiri kami berdua.

“Akak, jom balik. Dah lama kita kat sini”

“Baik ibu” aku akur.

“TERIMA kasih sebab sudi datang. Ini ada buah tangan sikit.” Ucap Makcik Zandra seraya memberi buah tangan pada kami semua.

“Tak ada susahnya. Terima kasih jugalah sebab jemput kami” balas ibu

“Terima kasih ya Dato’ Zahid dengan Datin Zandra jemput kami sekeluarga ni” kata Maklong Wati pula.

“Tak usah berdato datin. Panggil je macam biasa.” Ucap Pakcik Zahid.

“Baiklah. Kami balik dulu lah ya.” Ibu bersuara

Kami pun bersalam-salaman. Yang mahram tidaklah disalam.

Zayyad setia berada disebelah mama dan papanya.

Lantas dia berbisik pada aku yang berada tidak jauh dari dia.

“Boleh saya minta nombor telefon awak?” tanya Zayyad.

Segera aku angkat tangan aku gaya nak tumbuk orang pada muka Zayyad. Nak tumbuk dialah ni.

“SIAPALAH yang jumpa bekas kekasih tadi kan Hanim?” sindir Airina sewaktu dalam kereta. Aku tengah focus dengan pemanduan.

“Haah lah. Dah macam bercinta semula je kan Airina?” sindir Hanim pula.

Aku jeling Airina yang ada di tempat duduk sebelah pemandu lalu aku jeling pula pada Hanim yang ada di belakang.

“Tak payah nak sindir aku sangat lah. Hanim, masa aku borak dengan Zayyad tadi kau pergi mana? Macamlah aku tak tahu. Kau jumpa Haikal kan. Senyap-senyap kau eh” balas aku pula

“Eh iya ke Hanim. Wah cinta korang ni muncul kembali ya.” Kata Airina.

"Iya muncul tiba-tiba. tapi aku nak tanya korang satu soalan. Siapa yang bagitahu aku masih simpan gambar Zayyad? Baik korang mengaku." gertakku

"Errr Zah, aku yang salah. aku bagitahu Airina. Tak sangka pula dia akan bagitahu dekat Zayyad. Maaf eh Zahirah. Aku janji bila kau bagi gaji nanti aku akan belanja kau. Cakap je apa kau nak. Promise" Ucap Hanim sambil mengangkat tangan tanda bersumpah.

Ha tau takut kena potong gaji nanti.

"Zah, aku pun minta maaf juga. Kalau la mulut laser aku ni boleh diam masa Zayyad tanya tu mesti kau tak malu. Aku pun nak belanja kau juga nanti. Kau cakap je kau nak apa. Pisang goreng Mak Milah? Nasi ayam ? Mee goreng mamak? Dan macam-macam lagi ada. Minta maaf Zahirah." Ucap Airina pula.

Haih ada-ada sajalah mereka berdua ni. Menceriakan hari aku betul.

Minta maaf semua sebab lambat update. Kesibukan menjadi penyebab utama. Apa pun selamat membaca kepada para pembaca semua. Terima kasih sudi menyokong karya saya yang tak seberapa ni dan memang banyak kekurangan yang harus saya sempurna kan. Terima kasih sekali lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience