Rasa. Apa itu rasa? Aku sendiri pun sukar nak tafsir apa yang aku rasa pada dia. Ini dikira macam luahan la. Walaupun selama ni aku banyak luahkan dalam hati je. Hahaha
Aku sayang dia. Aku cinta dia. Walaupun macam geli bila baca, tapi itu memang hakikatnya.
Siapa yang aku gelar 'dia' tu?
Soalan ni biarlah menjadi tanda tanya sahaja. Biarlah rahsia (macam lagu Dato Sri Sti Nurhaliza tu)
Ada satu lagi lagu,
'rasa yang kau beri
bukan yang ku pinta
ku pasrah dan menerima
ku serahkan semua'
Aku tak tahu sama ada orang tahu atau tak lagu ni, tapi lagu ni macam kena sangat dengan perasaan aku sekarang ni.
Bukannya aku menidakkan rasa yang tuhan bagi. Cuma aku tertanya-tanya, kenapa rasa yang tuhan bagi ni hanya menyakitkan hati aku je. Aku tahu ada sesetengah orang akan tolak kenyataan aku tadi.
Tidak mengapa, marilah kita cari setiap jawapan yang tak terjawab tadi dalam "takdir" ini.
Selamat memulakan pembacaan kepada para pembaca semua. Terima kasih sudi menyokong karya saya yang tak seberapa ni dan saya memang banyak kekurangan yang harus saya sempurna kan. Terima kasih sekali lagi.
Share this novel