BAB 11

Romance Series 8029

Amir termenung sendirian di kawasan santai luar rumah. Kegelapan langit tanpa bintang itu ditatap. Banyak perkara yang dipikirkannya.

Semalam tidak dapat dia mahu berterus-terang dengan Zahirah. Dia belum bersedia lagi. Tidak tahulah apa tanggapan wanita itu selepas dapat tahu semuanya.

Sampai bila semuanya ingin disembunyikan. Dia sudah tidak mahu lagi berasa menipu seseorang, lagi-lagi yang dia cinta. Sudahlah keluarga Zahirah amat bersikap baik kepadanya.

Jika ditanya oleh keluarga Zahirah tentang maklumat keluarganya, Amir hanya akan menjawab keluarga mereka tinggal di luar dan tidak kerap pulang ke Malaysia. Ada sahaja alasan Amir untuk mengelak dari disoal tentang ahli keluarga amir yang lain.

‘Apalah tanggapan aunty Hani bila dapat tahu bahawa aku ni adalah anak kepada orang yang melanggar suaminya? Apa pula reaksi Zahirah nanti. Marah ke dia kat aku. Keluarga dia mesti akan bencikan aku’ kata Amir dalam hatinya. Sungguh jiwa nya tak tenang bila memikirkan soal itu. Fikirannya pun turut runsing.

“Haih, jauh termenung anak mama seorang ni” tegur mama Amir, Puan Amani.

Lamunan Amir serta-merta terhenti apabila ditegur oleh mamanya itu. Dilihat wajah wanita yang melahirkannya itu.

Walaupun umurnya sudah memasuki 40 tahun, Puan Amani masih terlihat lebih muda dari usia sebenarnya.

Amir tersenyum sumbing kemudian Puan Amani duduk di kerusi yang berada di sebelah Amir.

Seketika itu kolam renang di depan mata di tenung lalu Puan Amani kembali bersuara.

“Kenapa ni baby boy mama? Cuba bagitahu mama.” Tanya Puan Amani. Maklum sahajalah, Amir anak tunggal. Dia manja dengan mamanya.

Amir mengeluh.

“Ma, sampai bila kita nak berahsia. Amir dah penat la ma. Kenapa kita tak bagitahu dari dulu je, dari awal Amir kenal dengan Zahirah? Amir tak larat dah ma. Makin lama kita berahsia, apa nanti tanggapan keluarga Zahirah pada kita?” tubir mata Amir mula membahang. Bukannya dia ingin nampak lemah tapi ini sudah melebihi tahapnya.

Puan Amani yang berbaju kelawar itu membetulkan duduk. Rasa kasihan membelenggu jiwanya. Kerana perbuatannya, hidup anak dia yang akan huru-hara nanti.

Dia akui keluarga Zahirah amatlah baik. Walaupun baru kali pertama dan itulah juga kali terakhir dia berjumpa dengan gadis itu dihospital tetapi dia sudah berasa yang Zahirah mempunyai sifat yang mulia. Dia selalu sahaja, berhubung dengan Zahirah dalam media What’sapp. Bertanya khabar. Tidak sangka pula yang anaknya berkawan baik dengan Zahirah. Itulah takdir sang kuasa.

“Baiklah. Esok kita jumpa Zahirah. Tell her and her family everything.” Nekad Puan Amani. Tidak mahu lagi anaknya dibelenggu rasa bersalah terhadap kesalahan yang tidak dilakukannya.

HUJUNG minggu begini aku mengambil kesempatan untuk mengemaskan bilik aku yang agak bersepah. Semua berselerak, dengan kertas-kertas yang dipenuhi dengan lakaran design baru, ada juga kerta-kertas resepi baharu yang perlu kuperiksa. Serabut. Satu perkataan itu memang cukup untuk menggambarkan diri aku sekarang.

Tok tok tok!

Pintu bilik ku diketuk seseorang.

“Ye sekejap” laungku

Lantas aku membuka pintu untuk melihat siapakah gerangan orang itu.

Hanim.

Tanpa aku mempelawa dia masuk, dia terus sahaja meluru sejurus selepas aku membuka pintu.

“Zahirah, aku ada benda penting nak bagitahu kau ni” katanya. Mata dia liar melihat kesemua ruangan bilik ku yang bertema merah jambu.

“Hmm…apa dia?” soalku

“Jap. Bersepahnya bilik kau! Kalah tongkang pecah.” jeritnya

Ish dah naik pekak telinga aku ni. Mahunya tidak pekak, hari-hari dekat restoran dia jerit memanggil aku walhal aku ada je di sebelah dia.

“Biasalah Nim, aku sibuk sikit akhir-akhir ni. Tak sempat nak kemas balik apa yang aku dah sepahkan” ujarku.

“Kau nak cakap apa tadi?” tanyaku lagi.

Dia tersenyum sumbing. Lupalah tu.

“Sebenarnya aku nak cakap yang minggu depan aku nak pindah. Yelah, dah lama aku duduk rumah kau ni” kata Hanim.

Aku kaget mendengar perkabaran itu.

“Alah, kenapa kau nak pindah. Duduk jelah rumah aku ni. Eh rumah, ibu aku. Jangan lah pindah. Sunyi aku nanti. Kau janganlah ingat diri kau tu susahkan aku. Sikit pun tak tau. Kau kan kawan baik aku. Lagipun kau nak pindah kat mana. Kau kerja dengan aku lagi kan. Jangan cakap kau tak nak kerja dengan aku pulak, kang aku debik kau kang.” Sedih pula aku ni. Yelah aku dah biasa duduk dengan Hanim.

“Eh mestilah aku kerja dengan kau lagi. Nanti aku nak makan apa.” Balasnya.

“Hanim, tolonglah jangan pindah. Kau duduk je lah dengan aku. Tolonglah ya Nim. Aku berasa sunyi tanpa dirimu Hanim. Bagaikan bulan tanpa langit aku nanti Nim.” Pintaku. Dah gaya macam orang jiwang.

“Kau tak payah nak over sangat eh Zah. Aku pindah selang dua buah rumah je dari rumah kau ni. Maknanya kita berjiran. Tu ha, Mak Bedah Bawang Rangers tu kasi aku sewakan rumah dia tu. Dia tawar harga kawan. Kan aku selalu gossip dengan dia sebelum pergi kerja, yelah rumah dia sebelah ni je. Rumah dia tu tak besar sangat, satu tingkat je. Harga pun berbaloi RM300 sebulan. Mana nak dapat harga murah macam ni kat KL sekarang kan.” Kata Hanim

Laa rumah mak Bedah ke. Boleh tahan mulut dia tu. Pedih macam bawang.

“Dah kalau rumah tu selang dua buah rumah je dari sini, kenapa kau nak pindah pulak. Kau duduk jelah kat sini. Kan lagi senang.”

“Aku bukan apa Zah. Aku pun nak kan privasi aku. Tak kan lah hari-hari aku nak pakai tudung, stoking kat dalam rumah. Aku nak juga terkangkang-kangkang dalam rumah aku sendiri pakai baju kelawar sambil layan drama.”

Berdekah aku ketawa.

Ammar kan ada dalam rumah ni. Mestilah dia kena berlitup segala bagai. Hanim mesti tak selesa. Kalau aku pun tak selesa juga. Dah lah duduk dengan orang yang bukan ahli keluarga kita. Aku faham Hanim.

“Yelah Nim. Nasib rumah kau dekat je, boleh lah aku tidur situ.” Gurauku.

“Boleh je.” Hanim membalas.

“Aku tolong kau kemas barang-barang kau ni eh. Nanti aku pindah kau tolong lah aku” Tambah Hanim lagi. Dan aku sekadar berkata “Hurm”

“Zahirah….” Hanim memanggil dan serta-merta aku menoleh. Hanim memegang beberapa keping gambar polaroid yang ku simpan dalam kotak warna pink itu.

Itu gambar Zayyad.

Aku terkejut. Tak silap aku, aku dah simpan elok-elok tapi macam mana Hanim boleh jumpa pulak ni.

“Zahirah. Jangan kata yang kau tak boleh move on lagi. Dah cukup lama dah Zah. Batang hidung dia pun kau tak nak lagi. Tak kan lah kau masih suka kat dia kan? Dia dah lama pergi tinggalkan kau meratap kesedihan ni soerang diri. Aku sendiri yang tengok kau sepanjang tahun ni. Aku anggap yang kau lupa nak buang gambar ni sebab tu la gambar ni ada lagi. Betul tak?” kata Hanim.

Aku tertunduk memandang lantai. Air mata yang ku tahan sejak Hanim berkata tadi akhirnya tumpah juga.

“Aku tak boleh lupakan dia lagi Hanim. semuanya masih segar dalam ingatan aku. Biar berkali pun aku cuba, tapi sampai sekarang aku tak boleh. Aku sayangkan Zayyad, Hanim.” jujurku dalam esakan kecil.
Hanim terus memelukku memberi kekuatan.

“Kalau kau dah cakap macam tu, tak apalah. Mungkin kau belum bersedia untuk proses melupakan. Kau luahkan je dekat aku. Allah ada, aku juga ada Zahirah.” ujar Hanim polos.

Biar berkali kau membenci, cintaku takkan hilang untukmu Zayyad.

“ASSALAMUALAIKUM!” laung seseorang dari luar rumah. Kebetulan masa tu pintu rumah tidak tertutup jadi dengar la suara orang.

Hanim dah pindah tiga hari yang lalu.

Aku yang mendengar terus menjawab salam itu. Ammar disebelah ku lihat.

“Ammar, tolong tengokkan siapa yang datang. Dengar macam suara lelaki, akak tak pakai tudung ni.” Kataku.

Aku macam pernah dengar suara tu tapi dek suara televisyen mengganggu. Jadi aku kurang dengar.

Ammar melihat ke luar pintu sebentar. “Akak, abang Amir datang la tapi dengan seorang perempuan dan seorang lagi lelaki. Mak ayah abang Amir agaknya. Jap adik nak buka pagar. Akak pergilah siap.” Terang Amir.

Hmm agak dah, Amir. Tapi dia bawa mak ayah dia sekali? Nak minang aku ke? Eh jauhnya aku fikir. Lagipun aku masih sayangkan Zayyad.

Ibu yang baru keluar dari bilik segera menuju ke arah ku.

“Siapa tu kak?”tanya ibu

“Amir bu, Ammar kata Amir bawa dua orang bersama. Ibu ayah dia agaknya.” Kataku menerangkan.

“Cepat la siap, pakai tudung apa semua. Lepas tu buat air, jangan air bujang je.”ujar ibu memberi arahan.

Aku terus siap. Begitu juga dengan ibu.

SEPERTI BIASA, aku menatang dulang berisi air teh strawberi panas yang aku beli sewaktu di Cameron Highlands dan sandwich tuna dan telur lalu ku bawa ke ruang tamu. Memandangkan hari masih pagi, maka sesuailah sajian itu.

Di ruang tamu, aku melihat semua orang elok duduk di sofa. Ada Ammar, Amir, makcik Amani dan juga pakcik Syahir.

Apa tadi?

Makcik Amani dengan pakcik Syahir?!!?!!?

Walaupun sudah lama aku tidak bertemu dengan mereka tetapi wajah mereka tidak pernah luput di dalam ingatanku.

Wajahku mempamerkan reaksi terkejut dan juga pelik.

“Makcik Amani? Pakcik Syahir?” kataku pada mereka.

Mereka terus senyum dan Makcik Amani meluru ke arahku. Aku bersalaman dan berlaga pipi dengan wanita itu. Tanda hormatku.

“Ya Zahirah, makcik la ni” katanya. Senyum tak lekang di bibir sejak dari tadi.

“Awak, sebenarnya ini papa dan mama saya” kata Amir.

Aku terkejut sekejap. Banyak betul perkara yang mengejutkan aku.

“Maafkan makcik ya Zahirah. makcik tak berniat nak tipu Zahirah. Tapi keadaan yang memaksa. Selama ni, makcik dah tahu yang Amir berkawan dengan Zahirah sejak tingkatan dua lagi. Zahirah jangan salah faham dengan makcik ya, selama ni makcik tak berani nak cakap perkara sebenar yang Amir ni anak makcik. Bukan sebab apa cuma makcik takut ibu Zahirah akan bertambah marah dengan makcik. Dia akan salah faham dengan makcik nanti. Makcik minta maaf sangat. Makcik…” kata Makcik Amani.

Aku mencelah.

“Dah lah makcik. Saya tak salahkan makcik pun. Sikit pun tak. Memang saya terkejut tadi, tapi ini semua kan takdir. Takdir yang sangat saya tak duga pun” terangku.

Aku menarik tangan Makcik Amani untuk duduk.

“Pakcik, Makcik, Amir jemputlah minum. Makanlah sandwich tu juga” pelawaku.

Eh, mana ibu aku?

“Sekejap ya, saya nak panggil ibu. Tadi dia kata nak jumpa awak, Amir” kataku

Semua mengangguk dan aku berlalu dari situ.

AKU terkejut melihat ibu yang menyorok dibelakang dinding marmar tu.

Ibu menjeling aku. Gulp. Pahit air liur.

Aku dah tahu yang ibu dapat dengar semuanya tadi kerana ibu berdiri tidak jauh dari ruang tamu.
Ibu terus pergi melangkah ke ruang tamu. Muka pun macam nak telan orang.

Aku mengekori ibu.

“Woi perempuan! Kau buat apa kat sini ha? Kau sengaja ke nak sakitkan hati aku sebab kau kan ada suami kau. Dan kau sengaja bawa suami kau datang sini sebab nak menunjuk yang kau ada suami lagi kan! Sementara aku ni dah tak ada suami. Sebab kau dah bunuh suami aku!” jerit ibu.
Aku segera menahan ibu daripada terus menghampiri makcik Amani. Muka Makcik Amani pun dah pucat mata dia pun dah merah sebab tahan tangis.

“Amir. Kau sengaja kan nak dekat dengan anak aku. Kau nak bunuh anak aku juga ke?! Kau nak ikut perangai mak kau yang tak guna ni ke?.” Tengking ibu pada Amir.

Aku segera menyuruh Ammar membawa ibu masuk ke dalam bilik untuk tenangkan diri.

“Maafkan isteri pakcik Zahirah. Dia tak sengaja masa tu Zahirah. Percayalah” Rayu Pakcik Syahir.

“Saya percaya pakcik, makcik tak salah pun. Ini semua sudah suratan. Saya faham. Tetapi ibu saya masih tak boleh lupakan lagi kisah tu. Terlalu perit untuk dia. saya harap makcik dan pakcik faham.”
Luahku.

Dan mereka segera keluar dan terus meluru masuk ke dalam kereta kecuali Amir.

Aku memandang jejaka itu. “Maafkan saya Amir, maafkan ibu saya. Sebab layan keluarga awak dengan teruk.” Aku kesal dengan perangai ibu. Jika marah tak tahu nak kawal diri.

Amir senyum “Bukan salah awak Zahirah, ini semua salah keluarga saya. Mungkin lepas ni, awak dah tak boleh jumpa saya dah kan.”katanya kecewa.

Aku sekadar senyum tawar.

AKU termenung seorang diri di dalam bilik. Selepas sahaja kejadian pagi tadi, aku terus tak ada mood nak keluar dari bilik.

Banyak kali Maklong dengan Airaa cuba untuk mengajak aku keluar bilik untuk makan tapi aku enggan.

Aku terkejut sebenarnya. Tidak menyangka tentang hal ini.

Rupanya selama ini Amir menipu aku.

Dia kata, ibu dan ayah dia tinggal di oversea. Tetapi mereka ada sahaja disini.

Setiap soalan yang ku tanya tentang keluarga dia, dia selalu mengelak untuk menjawab soalan aku.

Aku tak sangka, rupanya aku berkawan rapat dengan anak kepada orang yang telah melanggar ayah.
Aku tak jangka akan semua ini.

Terlalu memenatkan otakku yang sudah tersedia serabut.

Makcik Amani juga tidak mahu jujur dengan semua ni. Kenapa terlalu lama mereka merahsiakannya.
Adakah mereka takut aku atau keluargaku membangkitkan semula isu itu dan menyebarkannya?
Itu semua akan menjatuhkan maruah mereka.

Aku terkilan.

Tapi apakan daya.
Ini semua sudah suratan Ilahi.

Ibu juga berkurung dalam bilik sejak pagi tadi. Sejak ibu mengherdik Makcik Amani.

Walaupun begitu, aku juga kesian akan Makcik Amani. Semua perkara ini, tidak dimahukan oleh dia. dia juga tidak mahu perkara ini terjadi.

Apapun, aku akan sentiasa berdoa.

Berdoa untuk kedamaian keluarga aku serta keluarga Amir.

Harapnya hari-hari berikut akan lebih indah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience