BAB 17

Romance Series 8029

AKU dan Zayyad selamat tiba di rumahku.

“Terima kasih hantar saya.” Ucapku.

Sebaik sahaja aku ingin keluar dari kereta, enjin kereta dimatikan dan Zayyad keluar dari keretanya.

Aku mengerutkan kening.

“Zayyad, kenapa awak keluar?. Bukan awak nak balik ke”

“Saya nak masuk minang awak.” Jawabnya.

Tajam mata aku memandangnya.

“Ya saya nak minang awak. Tapi bukan sekarang. Sebab bakal ibu mentua saya ajak saya datang malam ni. Tapi saya datang awal pula. Tak apa kan.” Kata Zayyad.

Hati aku dah mula melting ni. Sabar Zahirah, sabar. Tapi lelaki macam Zayyad ni bukan boleh percaya.

“Oi merpati dua sejoli, mai masuk. Duk tercegat kat situ buat apa?” tegur Maklong Wati.

Aku dan Zayyad berpandangan.

“Ha ya Maklong, nak masuk ni” aku menyahut.

Aku terus ke dapur sejurus selepas masuk ke dalam rumah. Pandai-pandailah Zayyad tu. Bukan aku yang jemput dia pun. Ibu yang pergi ajak dia datang buat apa.

“Lambat kakak balik. Kan ibu dah pesan balik awal” tanya ibu yang sibuk memotong bawang, untuk tumisan agaknya.

“Err. Ada masalah sikit tadi bu. Akak dah keluar awak dah. Tapi boleh pula ada masalah kat luar butik tadi.” Jawabku.

“Masalah apa? Serius ke?” tanya ibu mengerutkan kening.

“Tak ada apa lah. Dah selesai pun. Eh yang ibu ajak Zayyad datang sini buat apa. Kakak tak suka lah ibu. Plus akak tak selesa.” Terangku.

Ibu menepuk bahuku. “Tak salah kan kalau ibu jemput bakal menantu ibu tu datang sini. Kalau ayah masih ada, mesti ayah jadi orang yang paling bahagia. Yelah, anak kawan baik dia akan kahwin dengan anak perempuan dia ni tak lama lagi.”

Apa lah yang ibu merepek ni.

“Mana ada kakak nak kahwin dengan dia ibu. Kakak tak suka dia pun bu.” Terangku lagi.

“Tak payah nak tipu ibu la kakak. Tu, kenapa Zayyad jemput kakak balik?”

‘Ibu, ibu tak tahu semuanya. Ibu tak tahu pun apa yang berlaku Antara kakak dengan Zayyad dulu. Kakak tak nak cerita benda yang lepas. Malas nak ungkit perkara yang dah jadi kenangan yang tak patut untuk diingat semula.’ Kata aku dalam hati

“Tak apalah bu. Kakak nak naik atas. Nak bersihkan badan. Nanti akak turun tolong ibu ya.”

“Jangan tak turun pula nanti.” Pesan ibu.

“Iya ibu.”

Aduhai. Aku kena lalu depan dia pulak. Kenapa tangga ada dekat situ eh.

Hmm, buat-buat tak nampak je lah.

“Pssst. Zahirah.” panggil Zayyad yang sedang duduk di sofa.

Tak usahlah dipanggil. Aku malas nak layan mamat ni. Cepat-cepat naik tangga ni, macam naik gunung pula. Aduh! Bagus Zahirah, bagus. Boleh pula aku jatuh tangga ni. Malunya.

“IBU, dah siap ke semua ni. Ke ada apa-apa lagi nak kena masak?” tanya aku.

Ibu melihat semua hidangan yang telah disediakan. “Rasanya, dah cukup ni. Tinggal hiding je kat meja. Kakak tolong eh” arah ibu.

“Baik bu.”

Sedang aku ralit menyusun ayam goreng ke dalam pinggan, aku melihat ke arah ruang tamu. Tak ada kat situ. Tadi ada. Mana dia pergi.

“Ibu, Zayyad mana bu?” tanya aku tetapi berbisik. Takut kalau-kalau Zayyad ada kat dapur ni ke. Kalau dia dengar, mesti dia ingat aku syok kat dia lagi. Tapi memang pun.

“Dia ada dekat dalam bilik tetamu.” Jawab ibu.

“Ouh” aku mengangguk.

“Rindu buah hati ke?” tegur Airaa yang entah dari mana sampai.

Lengan Airaa ku cubit.

“Aduh! Sakit lah kak.” Airaa mengaduh.

“Itulah. Siapa suruh cakap macam tu.” Aku menjelingkan mata pada Airaa.

“Kak, esok hari jadi Ammar kan. Kita nak buat apa?” tanya Airaa yang sedang ralit menyusun kuih talam pandan ke dalam piring yang berjenama Corelle itu. Dah macam bulan puasa kan. Maklumlah, tak lama lagi nak puasa dah.

“Oh ya. Ibu, kita nak buat apa?” aku ajukan soalan itu kepada ibu pula.

“Esok Airaa ajaklah Ammar keluar pergi jalan-jalan. Sementara tu Makngah, Kak Zahirah dengan mak Airaa pandai-pandai lah deko nanti. Kek pun Makngah dah tempeh dah tiga hari lepas.” Jawab ibu penuh yakin.

Aku dan Airaa mengangguk.

Aku ingat sahaja yang esok hari jadi Ammar, adik aku yang sorang tu. Hadiah dia pun aku dah siapkan. Mesti Ammar suka.

“Boleh saya nak join sekali?”

Aku toleh ke belakang. Zayyad ni kalau tak menyibuk tak boleh ke.

“Boleh je. Ramai-ramai lagi meriah kan Makngah? Kan Kak zahirah?” Airaa berkata.

“Betul tu.” Ibu senyum.

‘Tak boleh!. Kenapa dia ni suka sangat menyibuk hal orang ha.’

Tak suka!

“TERIMA kasih Makcik Hani, Maklong Wati, Airaa dan juga Zahirah sebab sudi jemput saya datang untuk makan malam hari ni. Semua makanan memang sedap sangat. Oh, terima kasih juga sebab bagi makanan ni.” Zayyad berkata dengan senyuman ditambah pula dengan lesung pipitnya itu. Cukup buat semua para wanita tergoda dengan senyuman yang sememangnya cukup pakej itu.

“Tak ada apalah Zayyad. Makcik lagi berterima kasih sebab Zayyad sudi datang menjamu selera dekat rumah kami ni.” Puan Hani berbicara.

“Nanti lain kali datang lah lagi. Oh esok jangan lupa datang pula ya.” Maklong wati pula bercakap.

Airaa turut ingin berbicara dengan Zayyad.

“Bulan Ramadhan nanti, abang Zayyad boleh lah jadi imam solat terawih kalau kita orang tak pergi solat kat masjid. Suara abang memang merdu sangat masa solat maghrib tadi. Kalah Mishary Rashid Al-Afasy.”

Berabang-abang pula si Airaa ni dengan Zayyad. Betul lah Airaa kata, suara Zayyad masa baca ayat-ayat suci al-quran tu memang merdu sangat. Lagi-lagi bila baca doa. Aku boleh rasa ketulusan dia sewaktu mengetuai kami membaca doa.

Maknanya, Zayyad dah termasuk dalam semua aktiviti keluarga aku ke.

“Tak adalah Airaa. Tapi kalau bulan Ramadhan nanti boleh je.” Kata Zayyad.

“Hmm saya balik dululah ya semua. Kirim salam saya dekat Ammar juga ya. Assalamualaikum.” Kata Zayyad lagi.

“Hmm yelah, dah jom kita masuk dulu. Biarkan mereka ni dulu, adalah tu perkara yang nak dibincangkan.” Kata Maklong Wati dan semua orang meluru masuk ke dalam rumah meninggalkan aku dengan Zayyad berdua.

Dah sudah. Siapa kata aku nak bincang dengan dia. tengok muka dia pun aku tak nak.

“Zahirah, saya balik dulu tau. Dilarang rindu.” Kata Zayyad sambil mengenyitkan mata.

“Look Zayyad. Macam mana saya nak terangkan dekat awak supaya awak faham eh. Saya, saya Zahirah dah tak boleh nak terima awak semula. Bukan saya nak kecewakan awak ke apa. Tapi awak tahukan yang hati kita tak boleh nak dipaksa untuk terima orang yang kita tak suka.” Aku sengaja cakap macam tu. Nak uji sahaja sejauh mana Zayyad boleh bertahan. Tak kan lah aku semua tu je nak terima dia semula.

“Jadi awak suka Amir Naufal ke?” tanya dia, ada riak kecewa di situ.

“Pantas ke awak nak tanya soalan tu dekat saya.”

“Zahirah. saya tak tahu macam mana nak buktikan dekat awak. Tapi hakikatnya saya masih lagi cintakan awak. Saya masih harapkan awak. Kadang-kadang saya fikir, kenapa tuhan masih lagi buat saya ingat dekat awak, kenapa tuhan temukan kita semula walaupun kita jauh terpisah. Dan semua perkara tu buat saya yakin yang awak, awak Zahirah adalah jodoh saya. Tak kisahlah sampai bila pun saya perlu tunggu awak. Saya akan tetap tunggu awak. Menunggu dan terus menunggu untuk menanti sebuah jawapan yang akan awak berikan. Saya akan buktikan pengorbanan cinta saya ni pada awak sebab saya nak awak kembali pada saya semula. Saya bukan psiko. Saya serius bila saya bercakap. Ingat Zahirah, walau kemana pun awak pergi saya akan tetap tunggu awak sampai bila-bila. Saya pergi dulu assalamualaikum.”

“IBU, Maklong, kakak, Ammar dengan Airaa pergi dulu ya. Entah kemana si Airaa ni nak bawa Ammar. Ammar tak nak ikut, tapi dia paksa juga.” Ammar berkata.

Segak adik aku ni berbaju t-shirt hitam berkacamata hitam lagi. Tinggi Ammar usah dikata. Kalau aku nak bercakap dengan dia pun payah. Walaupun aku dah pakai heels 10 inci pun tak boleh nak sama tinggi dengan dia. memang ikut personality arwah ayah.

“Ikut saje lah Airaa tu Ammar. Ingat, jangan balik lewat.” Pesan ibuku, pandai ibu berlakon ya.

Aku dan semua yang ada di situ tersengih. Lakonan bermula sekarang.

“Eh, korang pergilah sekarang tunggu apa lagi ni. Oh ya, memandangkan Ammar dah ada lesen kereta, akak bagi Ammar bawa kereta akak. Korang elok-elok sikit ya. Jangan bagi calar pula” gurauku.

“Eiy, tak nak lah Ammar. Kalau akak bagi free pun Ammar tak nak tau. Ammar nak pinjam kereta ibu. Barulah smart.” Kata Ammar.

“Amboi budak ni. Orang dah bagi pinjam, berlagak pula. Kenapa tak nak?” kataku. Ada ke dia kata macam tu pula. Kereta aku cantik tau. Kalau pergi bengkel, abang pomen pun tak berani nak kotorkan.

“Hish akak ni. Mestilah sebab kereta akak tu warna pink. Gelilah. Dah elok-elok jadi boboiboy nanti jadi gigilgirl pula.” Jawab Ammar.

“Dah lah tu kau orang berdua ni. Ammar dengan Airaa bila nak pergi ni.” Maklong Wati mencelah.

“Nampak gayanya Ammar dengan Airaa macam tak jadi pergi je mama.” Gurau Airaa dan menimbulkan rasa geli hati pada kami semua yang sama-sama duduk di ruang tamu.

“Dah lah Ammar jom.” Ajak Airaa

Ammar pun terus ke luar rumah untuk menghidupkan enjin kereta terlebih dahulu.

“Okay Airaa pergi dulu tau. Mama, Makngah dengan Kak Zahirah buat deko cantik-cantik tau. Good luck! Bye.” Kata Airaa selepas itu terus dia pergi.

Sebaik sahaja Ammar dan Airaa sudah beredar dari rumah. Kami terus kelam kabut menyiapkan
persiapan untuk menyambut hari lahir Ammar.

“Baiklah semua. Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat jadi kita kena bekerjasama dalam tugasan yang satu ni. Tapi jangan pula kita menjadi ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua. Ingat ya.” Tiba-tiba Maklong Wati berperibahasa.

Aku dan ibuku terkebil-kebil mendengarnya.

Ibu dan Maklong Wati memulakan arahannya.

“Akak, langsir tu kena tukar. Ganti kepada langsir yang warna hitam. Kalau nak bergambar nanti baru lah jelas.”

“Kak, meja tu kena tinggikan sikitlah. Takut tak nampak kek tu nanti.”

“Eh kak kak, kena letak kipas kat situ. Tak adalah panas nanti.”

“Banner tu kena letak kat tengah-tengah. Baru cantik.”

“Eh bukan banner lah. Kain rentang. Tak payah nak berbahasa Inggeris sangat. Bahasa jiwa bangsa tau. Dimanakah semangat seorang warganegara mempertahankan Bahasanya sendiri? Adakah kita lupa tentang…………” Maklong Wati dah start pidato dah.

Setiap arahan aku sahut dengan “Ay ay captain!”

FUH! Siap pun semuanya.

“Ibu, dah siap kan? Boleh baring kejap tak?” letih juga ya. Memanglah, aku yang kena buat semuanya. Ibu dengan Maklong Wati mana larat nak panjat-panjat semua ni.

“Hm dah.” Kata ibu dengan wajah seperti memikirkan sesuatu.

“Kakak!” ibu menjerit.

“Apa bu. Kakak kat sini je. Kenapa ibu jerit-jerit ni”

“Ibu lupa, yang penjual kek tu kata dia tak dapat nak hantar kek tu. Jadi kita kena ambil sendiri dekat kedai dia.” terang ibu.

“Itulah ibu, kenapa tak ambil kek dekat bakery kita tu je.”

“Kek tu, Ammar dah biasa tengok dan dah biasa makan.”

“Hmm jom lah kita pergi ambil kek tu tapi akak nak solat asar kejap.” Kataku.

SEJURUS selepas aku siap melaksanakan ibadah yang wajib itu, aku terus siap dan turun ke bawah.

“Ibu, moh la kita gerak”

Mana pulak ibu ni.

“Zahirah.”

“Eh eh wau bulan jatuh ke riba!” aku melatah. Ni mesti kena jangkitan dari Hanim ni.

Zayyad mengekek ketawakan aku. Sejak bila dia ada kat sini.

“Ha kakak, ibu tak jadi pergi teman kakak tau. Zayyad nak temankan kakak.” Ibu yang muncul dari dapur berkata.

Ish. Kenapa ha dia ni menyibuk je kerja.

Dia memandang aku.

“Hati-hati kakak, Zayyad.” Sahut ibu dari dapur.

“Ok ibu. Ibu, kakak ajak Amir datang boleh tak?” tanya aku padahal aku dah tahu jawapannya.

“Kalau kau nak tengok sudip ni kena kat kepala dia, kau ajaklah dia datang sini ya kakak.”jerit ibu dari dapur.

“Zayyad, jom lah kita pergi. Saya bukan apa, saya takut kalau-kalau nanti sudip tu yang terbang kena kat kita pulak”

“Err yelah.”

Suasana di dalam kereta hanya bertemankan dengan suara radio sahaja. Masing-masing diamkan diri.

“SURPRISE!”

Nampak riak terkejut di muka Ammar.

“Terima kasih Ibu, Kakak, Maklong, Airaa, Paksu, Maksu, Abang Zayyad, Kak Airina dengan Kak Hanim. Patutlah Airaa beria-ria ajak Ammar keluar. Ini kerja korang ya.” Kata Ammar. Siap disebut semua orang yang ada.

Ammar memeluk aku dan ibu.

“Selamat hari lahir adik kakak yang sorang ni. Semoga semua impian Ammar akan Ammar kecapi suatu masa nanti. Doa akak sentiasa mengiringi setiap langkah Ammar tau.” Kata ku telus.

“Selamat hari lahir anak bongsu ibu. Ibu tak ada hadiah yang istimewa untuk Ammar tapi ibu harap Ammar sudi terima ni.” Kata ibu seraya menghulurkan sebuah kotak yang berbalut kertas hadiah itu.

“Ammar tak nak apa-apa pun. Cukuplah ada ibu dengan kakak dalam hidup Ammar. Terima kasih.” Ucap Ammar.

Kami semua pun menjamu selera di meja makan.

“Zahirah dengan Zayyad bila nak langsung majlis.” Paksu Azhar tiba-tiba menyoal.

Tersedak aku dengan Zayyad. Yang lainnya, aku tersedak bila minum air oren. Tersembur kena Airina yang berada di sebelahku.

“Zahirah! kau ni. Habis baju aku ni basah.” Kata Airina bengang.

“Alah. Sorry Airina.” Kataku.

Zayyad pula tersedak bila makan mi goreng basah, mi tu terkeluar dari hidungnya.

“Uhuk uhuk!”

“Saya tumpang pergi bilik air sekejap ya” ujar Zayyad.

Kesian pula dekat dia ni.

“Kenapa Paksu tanya soalan macam tu?” tanya ku.

“Maksu dengan Paksu ada baca artikel pasal korang berdua” Maksu Nurin mencelah.

“Itu semua tak betul la paksu, maksu” terangku.

“Kalau tak betul sekalipun, maksu memang terus terang cakap yang kau orang berdua memang sepadan. Apapun maksu dengan paksu doakan yang terbaik sahaja untuk Zahirah dengan Zayyad.” Kata Maksu Nurin.

“AMMAR, akak ada hadiah nak bagi” kataku.

“Ada hadiah? Apa dia?” tanya Ammar teruja.

“Pergi tengok dekat luar. Yang ada balut dengan kain hitam besar tu.” Kataku lagi.

Ammar tergamam.

“Kawasaki Ninja 1000 ABS?! kakak! Betul ke ni?” tanya Ammar.

“Betul lah tu. Suka tak?”

“Mestilah suka! Thank you so much kak.” Kata Ammar seraya memelukku erat.

“Hek erm. Abang pun ada something nak bagi untuk Ammar.” Kata Zayyad. Apa jadi dengan mi tadi ya.

“Abang ni. Buat apa susah-susah. Cukuplah abang jaga kakak ni elok-elok. Itu pun dah bermakna.” Ujar Ammar.

Dahi ku berkerut.

“This is for you” Zayyad menyerahkan kotak besar itu kepada Ammar.

Ammar membukanya. Matanya terbuntang.

“Abang Zayyad! Terima kasih banyak-banyak. Macam tak percaya pun ada.” Kata Ammar.

“Sama-sama Ammar” balas Zayyad.

Aku tengok apa isi yang ada dalam kotak tu. What?!

Sony PlayStation 5 yang disaluti emas 24 karat?!

Gila ke apa Zayyad ni.

Selamat membaca kepada para pembaca semua. Maaf lama tak update. Ada masalah teknikal sedikit dengan aplikasi Novelplus ni waktu saya nak update. Pihak Novelplus akan uruskan semula. Apapun terima kasih sudi menyokong karya saya yang tak seberapa ni dan memang banyak kekurangan yang harus saya sempurna kan. Terima kasih sekali lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience