BAB 13

Romance Series 8029

RINTIK-rintik air hujan mula menuruni bumi.

“Allahumma soi yiban nafi’an” Doa ketika hujan turun aku baca. Memohon rahmat kepada Yang Maha Esa.

“Ya Allah, turunkanlah hujan yang bermanfaat”

Lantas, aku turun dari birai katil. Mencapai tuala yang tersangkut di dinding. Kemudian, aku meluru masuk ke dalam bilik air.

SETELAH aku bersiap, aku segera turun ke bawah untuk bersarapan. Hari ini aku mengenakan blouse dan seluar potongan ‘bootcut’ yang berwarna putih. Aku tampak berbeza kerana mengenakan tudung bawal cotton berwarna crème yang bermotifkan flora.

Jam tangan Casio Sheen SHE-4060PG-4AUDF milik aku menunjukkan pukul 7.50 pagi. Ada lagi 40 minit masa untuk aku sampai ke butik. Aku memang selalu datang ke butik pada jam 8.30 pagi. Manakala, pekerja yang lain akan sampai satu jam awal dari aku.

Kerusi aku tarik dan duduk. Semua mata memandang aku. Kening aku berkerut.

“Kenapa?” aku bertanya.

Maklong Wati menjawab “Semalam kakak kata tak nak pergi butik sebab letih. Lepas tu pagi-pagi macam ni dah bersiap, nak pergi butik ke?”

“Haah. Kakak nak pergi butik. Bila fikir balik, banyak lagi kerja yang bertimbun dekat butik tu. Nak-nak pulak dua minggu lagi dah mula puasa. Kakak kena fikirkan banyak lagi design yang baru nak kena buat.” Jelasku.

Semalam, memang aku malas nak pergi. Tiba-tiba aku tukar fikiran pula.

Ibu dan Maklong Wati mengangguk tanda faham.

“Mana Ammar dengan Airaa? Biasanya pagi-pagi macam ni, suara dia orang yang paling riuh, tapi ni senyap je rumah.” Tanya aku.

Ibu pula menjawab “Ammar dengan Airaa sambung tidur lepas je siap solat subuh tadi. Dia orang kata, nak rehat hari ni. Semalam banyak sangat tempahan stok katanya, tu yang penat tu.”

Aku mengangguk perlahan.
Ammar dengan Airaa dah tamat sekolah dan kini mereka menunggu keputusan SPM mereka. Sementara tu, dia orang buat business kecil-kecilan. Berniaga ChocoJar MarRaa, gabungan nama mereka berdua. Sambutannya pun cukup-cukup meletup! Platform media sosial menjadi pemangku utama, ditambah pula mereka berdua ni orang-orang yang terkenal disekolah da nada pengikut yang ramai di Instagram. Aku cukup bangga dengan adik aku dan juga adik sepupu aku ni.

“Maklong, apa cerita dekat sekolah tu. Murid-murid ok ke?” tanya aku kepada guru sekolah rendah yang dah naik pangkat jadi Guru Penolong Kanan itu.

“Ok je kakak. Cuma maklong rasa, maklong nak bersara dalam masa terdekat ni. Maklumlah, dah tua. Maklong nak rehat dekat rumah je pada usia maklong sekarang ni. Nak utamakan pada amal ibadah yang sememangnya menjadi utama untuk kita menuju ke akhirat kelak. Dan nak jaga Airaa sampai lah umur maklong terhenti nanti” itulah jawapan yang diberikan oleh cikgu Bahasa Melayu.

“Oh. Bila maklong nak bersara” tanya ku.

“Minggu depan. Maklong ingat nak bawa kakak datang sekolah sekali. Ramai peminat kakak kat sekolah tu. Jadi, maklong nak kakak teman maklong pada hari bersara nanti ya.”

“Hmm boleh je. Nanti maklong bagitahu lah kakak” segan pula nak menolak sebab riak wajah maklong gembira sangat tadi.

“Ibu tak pergi bakery hari ni” ibu akhirnya bersuara.

“Ibu nak pergi keluar dengan maklong tengah hari nanti.” Jawab ibu seolah tahu apa yang ingin aku tanya.

“Oh, ibu nak pergi mana?” tanya aku sambil menyuakan roti bakar ke dalam mulut.

Ibu mencicip teh hangat sebelum menjawab.

“The Gardens Mall” ibu menjawab.

Nak shopping la tu.

“Oh yelah. Ok lah, akak nak pergi dah ni”

Aku mencapai beg tangan Hermès Bolide 31 warna merah jambu milik aku sebelum bangun dari duduk.

Lantas aku menyalam dua wanita yang telah memasuki usia senja itu.

“Assalamualaikum” aku memberi salam sebelum keluar dari rumah. Ibu dan maklong menjawab salam aku.

Pintu rumah aku tutup.

Aku menyarungkan kasut tumit tinggi Christian Louboutin warna pink berukuran 3 inci itu. Kemudian, pintu kereta Mini Cooper itu aku buka dan meluru masuk ke dalam perut kereta. Punat ‘start/stop’ aku tekan untuk hidupkan enjin.

Kereta ini milik ibu tetapi diberikan kepada aku. Sebenarnya ibu ingin memberikan kereta Jaguar milik arwah ayah tetapi aku menolak dan ibu beri kereta miliknya kepada aku. Jaguar ayah jadi milik ibu.
Kereta Mini Cooper ini telah sah menjadi hak milik aku. Dan banyak pengubahsuaian yang telah aku lakukan. Dari kereta ini berwarna putih hitam, kini kereta ini berwarna pink. Bukan sahaja cat pada luar kereta malahan kesemuanya, dari dalam dan juga luar kereta. Semuanya berwarna merah jambu.

Kesian pada Ammar yang tiada apa-apa. Tidak mengapa, hari lahir dia tahun ini aku akan beri dia kejutan.

Trafik di Kuala Lumpur tidak dapat dinafikan lagi. Untunglah radio dapat menghilangkan rasa bosan dengan lagu-lagu yang dimainkan. Bila ada lagu best, aku pun turut bernyanyi.

Ha! Lagu ni. Aku pun bernyanyi hinggalah sampai ke destinasi.

“Andai engkau tahu, betapa ku mencinta, selalu menjadikanmu isi dalam doaku. Ku tahu tak mudah menjadi yang kau inginkan. Kupasrah hati ku. Takdir kan menjawabnya.”

“Jika aku bukan jalanmu. Ku berhenti mengharapkanmu. Jika aku memang tercipta untuk mu. Ku kan memiliki mu. Jodoh pasti bertemu.”

Siapalah jodoh aku nanti. Aku harapkan dia yang dapat melindungi dan menjaga aku dengan baik. Takdir yang akan menentukannya nanti.

SETELAH sampai, aku memakirkan kereta. kemudian aku keluar dari perut kereta bersama barangan aku. Aku kemaskan penampilan aku, lagi-lagi baju yang dah berkedut seribu ni setelah lama aku duduk di kerusi kereta.

Sebelum aku pergi butik, aku melihat Zahirah’s Bakery, Zahirah’s Restaurant, Zahirah’s Beauty terlebih dahulu. Setelah itu baru aku pergi ke Zahirah’s Boutique. Semuanya baik-baik sahaja.
Pekerja-pekerja yang aku ambil, semuanya melaksanakan tugas dengan baik sekali. Mereka semua tu pun kenalan Airina dan Hanim juga. Tak sia-sia aku ambil mereka bekerja.

Setelah semuanya selesai, aku terus meluru ke butik. Baru sahaja aku ingin membuka pintu, terdengar satu suara yang menjerit memanggilku.

“Zah! Oh Zahirah!”

Aku menoleh ke belakang untuk melihat sipakah gerangan si pemanggil. Airina rupanya.

“Ya Rin, kenapa kau terjerit-jerit panggil aku ni?” tanya aku yang sememangnya curiga dengan Airina.

“Ni ha, ada orang bagi benda ni untuk kau. Aku tak tahu siapa yang bagi, sebab bila aku sampai je kat Zahirah’s Beauty tadi si Yuna yang bagi aku. Dia kata ada lelaki bagi kat dia, pastu lelaki tu suruh bagi kat kau. Yuna dah tanya dah nama lelaki tu tapi lelaki tu tak nak jawab. Nah ambil kotak ni. Dah lah besar, tapi tak berat pun” terang Airina.

Aku perasan je kotak yang Airina bawa tapi aku malas nak tanya. Yuna tu pekerja dekat Zahirah’s Beauty. Kawan sekerja Airina lah tu.

“Jom lah masuk dulu. Kita tengok sama-sama. Alang-alang kau dah pegang kotak tu jadi kau bawakan la sekali masuk dalam ya”

Airina pun akur dengan kata-kata aku tadi. Pagi-pagi macam ni pelanggan di Zahirah’s Beauty tidak terlalu ramai. Tapi kalau tengah hari dan petang, memang tak lekang dengan pengunjung. Walaupun aku selalu uruskan butik tapi Zahirah’s stores yang lain pun aku pantau dengan teliti.

Setelah sampai di ruangan aku yang berada di tingkat atas butik, aku dan Airina mengambil tempat duduk di atas sofa berwarna pink. Semuanya bertemakan merah jambu.

Airina memberikan kotak besar itu kepada aku. Aku mengambilnya.

“Siapalah yang bagi” getusku.

Lantas kotak besar yang berwarna hitam da nada sedikit warna keemasan itu aku buka. Kotak pun dah ekslusif.

Aku melihat isi dalam kotak itu. Ada satu jambangan bunga mawar putih yang besar dan ada dua kotak coklat premium jenama Patchi. Siapa pula yang bagi ni kat aku?

“Wah, nampaknya kau ada peminat.” Kata si Airina.

Dia pun meneliti dan mengeluarkan isi dalam kotak tu.
“Eh Zahirah. Ada kad. Cuba kau baca. Aku nak makan coklat ni boleh tak. Mahal ni.” Tambah Airina lagi.

Aku mengambil kad itu.

“Makanlah Rin” kataku pula.

Aku membuka sampul kad itu dan mula membaca di didengari oleh Airina.

“Assalamualaikum. Saya bagi semua ni sebagai tanda permohonan maaf saya kepada awak. Harap awak dapat terima dan tak buang. Kalau nak tahu siapa pemberinya, awak tunggulah saya datang dekat butik pukul 8 malam ni” aku membaca isi kad itu

Salam si penulis kad kami jawab.

“Kenapa dia kata dia nak minta maaf pula. Dia buat apa kat kau. Kalau Amir yang bagi sah-sah lah Yuna tu tahu. Ini mesti bukan Amir Naufal. Kau tahu ke siapa yang bagi ni Zah?” tanya Airina kepada aku.

Aku menggeleng.

“Aku tak tahu. Apa pula salah yang dia buat kat aku. Aku tak ada bermasalah dengan sesiapa pun.” Jawab aku bingung.

“Lepas tu, kau nak tunggu dia ke?” tanya Airina lagi.

Aku menggeleng lagi.

“Memang tak lah aku nak tunggu. Aku nak balik rumah awal. Lepas je kerja aku mana ada nak lepak atau singgah mana-mana, aku terus balik. Tak kan lah sebab aku nak jumpa dengan si entah siapa yang bagi semua barang ni aku kena balik lambat. Lagipun aku bukannya duduk menyantai kat rumah tu, aku sibuk siapkan design terbaru untuk dilancarkan tak lama lagi.” Jelasku.

Airina mengangguk tanda faham akan keterangan aku tadi.

“Hmm yelah, aku nak sambung buat kerja aku. Aku pun ada banyak kerja nak buat. Tambah stok baru, clearkan stok yang lama, ubah suai tempat produk dan macam-macam lagi lah. Nanti kalau kau dah siap buat idea untuk set produk edisi hari raya kita tu, kau bagitahu aku tau. Akhir bulan puasa kita dah boleh launching juga produk tu.” Terang Airina panjang.

Satu kerja lagi. Fikirkan idea untuk launching produk terbaharu Zahirah’s Beauty sempena hari raya nanti.

Airina sudah terpacak dihapan pintu untuk keluar tetapi aku menahannya.

“Eh Airina kejap. Nah, ambil coklat ni. Orang yang bagi ni kata, aku tak boleh buang. Tapi dia tak kata yang aku tak boleh bagi dekat orang lain kan. Jadi kau ambil lah bunga, coklat semuanya. Senang cerita, kau ambil balik apa yang kau bawa tadi. Hehehe”

SETELAH selesai makan malam, aku naik ke tingkat dan masuk ke dalam bilik.

Aku lihat pada jam dinding. Ada lagi lebih kurang setengah jam sebelum azan isyak berkumandang.
Lantas aku mengambil wudhuk.
Kemudian, sejadah berbulu tebal berwarna pink aku bantangkan. Aku duduk di atas sejadah itu. Aku ambil al-quran yang juga berwarna pink itu dan ku letakkan di atas rehal.

Aku buka al-quran tersebut dan memulakan bacaan di muka surat yang telah bertanda. Sekurang-kurangnya dua muka surat aku baca sehari. Setelah habis membaca dua muka surat al-quran tadi, kini aku sambung bacaan pada surah Al-mulk. Itulah rutin aku.

Habis sahaja bacaan, aku letakkan kembali al-quran di atas rak. Kemudian aku duduk semula sambil berzikir dan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW sementara menunggu azan.

“Allahhuakbar Allahuakbar”

Laungan azan sudah terdengar dari masjid berdekatan dengan rumahku, menandakan masuknya waktu isyak.

Doa selepas azan aku baca kemudian aku berdiri menunaikan solat.

AKU berbaring di atas katil setelah siap menunaikan kewajibanku. Setiap hari yang aku lalui sangat meletihkan. Tapi aku harus kuat untuk harungi semuanya.

Baru sahaja aku ingin melelapkan mata tiba-tiba…

Ting!

Satu notifikasi mesej muncul dari Samsung Z Flip milikku. Si penghantar mesej ialah Amir.
Amir - Awak, boleh kita jumpa sekejap

Dah kenapa pula tiba-tiba dia mesej aku, lepas tu ajak jumpa.

Zahirah – Kenapa awak nak jumpa saya, ada hal penting ke?

Amir – saya saja je nak jumpa awak, nak borak-borak. Dah lama kita tak jumpa. Kita jumpa dekat restoran yang kita selalu pergi tu nak? Saya yang belanja.

Zahirah – Amir, kalau awak tak ada benda penting nak cakap dengan saya, awak tak yah lah ajak saya keluar. Saya penat sangat. Kerja dekat butik tu berlambak nak kena siapkan. Malam-malam macam ni lah saya nak berehat sebelum nak kusutkan kepala balik pada esok hari. Minta maaf kalau kata-kata saya buat awak tersinggung.

Amir – awak tak perlu minta maaf, saya yang salah. Saya minta maaf. Nanti kalau awak free, boleh kita keluar?

Mesej Amir tidak aku balas. Malas mahu melayan dia. Aku memang tak ada mood sekarang ni. Aku penat.

Ting!
Ting!
Ting!
Tiba-tiba ada mesej lagi masuk.

Orang yang tiada dalam senarai kenalan aku.

- Assalamualaikum
- Saya ni, Zayyad
- Awak save nombor saya tau, mana tahu ada hal urgent.

Mana pulak Zayyad dapat nombor telefon aku ni. Tak lain tak bukan mesti Antara Airina dengan Hanim.
Siaplah kau orang besok! Eiy geramnya!

Selamat membaca kepada para pembaca semua. Terima kasih sudi menyokong karya saya yang tak seberapa ni dan memang banyak kekurangan yang harus saya sempurna kan. Terima kasih sekali lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience