BAB 1

Romance Series 8029

AKU bangun sebaik sahaja mendengar deringan pada telefon bimbit aku yang berjenama Vivo. Ayah aku yang bagi. Aku melihat pada skrin telefon, jam menunjukkan sudah pukul 10.30 pagi. Aku terus bangun untuk bersiap ke sekolah.

Selepas aku mengerjakan solat subuh tadi, aku terus sambung tidur kerana amat letih menyiapkan kerja sekolah yang bertimbun.

TANDA nama yang bersulamkan nama ZAHIRAH aku capai dan aku pinkan pada tudung di sebelah kiri. Selepas bersiap, aku turun ke bawah untuk bersalaman dengan ibu kesayangan aku iaitu Puan Hani. " Akak dah nak pergi ke?" tanya ibu . "Iya bu, nanti karang akak terlepas bas" balas aku. Ibu aku hanya mengangguk dan menghulurkan tangan tanda ingin bersalaman. Aku mencapai tangan ibu dan kucium. Sempat juga aku mencium dahi ibu aku tu.

'Akak' atau 'kakak' ialah nama panggilan yang diberi oleh ahli keluarga aku kerana aku anak yang sulung. Aku mempunyai dua adik beradik sahaja. Ammar merupakan anak bongsu dalam keluarga aku.

Ayah aku iaitu Encik Imran bekerja sebagai arkitek di sebuah syarikat. Ayah aku kebiasaannya akan keluar dari rumah pada pukul 7.00 pagi. Ayah jarang meluangkan masa dengan kami sekeluarga kerana sibuk mencari nafkah untuk kami sekeluarga. Sekali sekala ayah akan merancang percutian keluarga kerana dia tahu dia selalu sahaja sibuk dengan pekerjaannya. Ayah juga ingin meluangkan masa dengan keluarga kecilnya itu.

Ibu aku pula bekerja dari rumah saja. Niat ibu untuk bekerja dari rumah ni tak lain tak bukan ialah untuk tolong ayah. Bukannya ayah tak mampu nak sara kami sekeluarga tapi ibu kata , ‘selagi ibu sihat ibu akan kerja. Ibu tak boleh lah duduk diam saja-saja kat rumah’. Sekarang ni memang banyak orang jual barang dalam talian, orang kata ‘meniaga online’ ha gitu. Tapi bukan barang yang ibu aku jual, tapi makanan. Ibu aku jual sandwich dan kuih muih. Alhamdulillah lumayan juga jual dalam platform macam ni. Yelah kita tak payah susah-susah keluarkan modal banyak-banyak seperti sewa kedai atau tapak. Aku selalu tolong ibu bila cuti sekolah. Kitorang selalu COD sama-sama. Aku memang rapat dengan ibu. Maklumlah, aku sorang je anak dara dia.

AKU berjalan menuju ke hujung jalan. Suasana ketika itu tidak sunyi dan juga tidak terlalu sesak dengan kenderaan.
Kemudian aku akan menunggu bas di tempat perhentian bas yang tidak jauh dari hujung jalan rumah aku tu.

Lama juga aku menunggu bas sampai. Bila sampai sahaja bas Rapid KL, aku terus menaiki bas itu dan menyentuhkan kad touch n go pada mesin yang berdekatan pada pintu bas.

Bas diberhentikan, menandakan ada orang yang akan menaiki bas ini. Tersenyum aku bila melihat kawan aku iaitu Saidatul menaiki bas yang sama. Saidatul terus laju menapak ke arah aku. Mungkin ingin bergosip.

" Detol, awal kau pergi harini? " tanya aku kepada Saidatul yang menunjukkan riak wajah yang pelik. Dettol? Itu nama panggilan yang sering digunakan oleh rakan-rakan kepada Saidatul.

Terus sahaja Detol ketawa " Yelah, aku tak nak tertinggal bas lagi macam haritu. Tak pasal - pasal kena tulis nama sebab datang lewat ke sekolah " kata Detol.

Aku hanya menganggukkan kepala dan tersenyum nipis kepada Detol. Aku dan Detol sering datang lewat ke sekolah disebabkan bas yang datang lambat. Pernah juga aku sampai ke sekolah pada pukul 3.00 petang pada hari jumaat yang lepas.

Detol ialah kawan aku, dari darjah lima hinggalah sekarang iaitu tingkatan 1. Detol juga selalu menaiki bas bersama dengan aku. Tapi Detol ni hanya teman gossip aku. Memang tak lah aku cerita hal peribadi aku kat dia. Mahunya bocor rahsia dek kerana becok nya mulut dia tu. AHAHAHAHA.

"Kau tahu apa cerita semalam?" tanya Detol. Aku menggelengkan kepala tanda tidak tahu.
" Apa dia?" tanya aku pula.
" Hannah Delisya dah kahwin! " kata Detol.
" Yeke?! Aku tak tahu apa apa pun" aku buat muka terkejut.
" Memanglah kau tak tahu apa apa sebab kau kan duduk dalam gua" kata Detol dan itu menimbulkan rasa kelakar buat kitorang berdua. Terus berdekah aku dan dia gelak di dalam bas itu dan disaksikan oleh penumpang yang lain.

SAMPAI sahaja di sekolah. Aku dan Saidatul terus saja pergi ke dewan untuk letak beg. Baru je aku nak duduk, Detol tiba- tiba cakap “ Zah, jom teman aku pergi kedai Pakcik Mazlan. Tekak aku kering ni. Tengah panas-panas macam ni memang ais blended Pakcik Mazlan je yang boleh redakan.”

“ Hai lah engkau ni. Aku baru je nak duduk ni. Bagi la aku lepas rehat dulu. Baru je sampai sekolah kan” balas ku acuh tak acuh.
“ Alah jom lah teman aku, kau tak kesian ke kat aku ni. Plisss.” Di buatnya tangan seperti memohon belas kasihan kepada aku.
Kau ni Detol, kalau aku bagi sebijik kang haaa memang seminggu kau tak jumpa ais blended Pakcik Mazlan tu.
“ Ha ye lah yelah, moh le kite” aku turutkan saja kehendak si Detol ni.

PANAS terik matahari menikam ke wajah aku. Menyesal pula aku teman kan si Detol ni pergi kedai Pak Cik Mazlan yang tak berada jauh dari sekolah. Sepet dah mata aku yang besar ala-ala Faezah Elai ni dek panahan matahari tengah hari buta ni.

Dalam aku tahan panas di muka ni. Mata aku, diri aku terus tertumpu pada seseorang lelaki yang sedang menaiki basikal untuk pergi ke sekolah. Yelah tak akan pergi pasar pulak, baju dia pun baju kadet polis sekolah. Soalan apa kah ini. Peluh yang menitik di wajahnya, banyak bukan setitik. Kulit dia yang cerah bagaikan susu DutchLady original. Rambut dia yang elok terletak bak pokok lidah buaya. Mata dia agak sepet tapi tak de lah ketara sangat.
Satu ayat je aku nak cakap. Aku sudah terpanah oleh mu.

“Woi jalan tengok depan, bukan menonong je macam tu” tegur Detol dan menolak sedikit lengan aku.
Terkejut aku. Dah macam muka-muka yang hodoh kat sticker whatsapp tu.
“Ish kau ni, terperanjat aku” jeling aku
“ sorry la Za, hmm kau nak air apa? Aku nak belanja ni. Ais blended coklat ada, vanilla ada, mangga ada…”

Belum sempat dia sambung, aku terlebih dulu cakap
“ ha dah-dah kau tak payah nak jadi uncle Muthu eh. Macamlah aku tak tahu menu ais blended yang ada.

SETIBA je di dewan sekolah, aku ditinggalkan Detol sebab dia dah ada geng dia. Biasalah, kau faham-faham jelah. Aku teruja bila kawan baik aku dah sampai.

“ Weh, maaflah aku lambat sikit harini sebab naik kereta dengan ayah aku tadi, aku lagi suka merempit naik moto. Bolehlah sampai cepat sikit. Hehe” Airina menegur.
“ Alah takpelah” aku senyum beruk.

Ha dia ni lah kawan aku, nama dia Airina. Entah macam mana aku boleh selesa dengan dia. Padahal 2 bulan lepas kitorang ada konflik. Kiranya 2 bulan lepas dia ni musuh aku dan sekarang kawan aku. Tulah kan, lawan jadi kawan, kawan pula jadi lawan.

Bunyi loceng berbunyi.

“Ish, aku baru sampai dah kena berhimpun. Ni yang malas ni.” Kata Airina.
“ kau bebel la apa pun, kau tetap kena berdiri juga Rin” balasku.
“Sekarang aku faham kenapa sesetengah tote bag orang tu ada tulis ‘I HATE MONDAY’. Jadi inilah sebabnya.” Sindir Airina.
Aku pun apa lagi, berdekah la ketawa.

“BANYAK juga kerja sekolah harini kan weh” rungut si Airina pada aku
“Dah tu nak buat macam mana lagi Rin” balas ku.

Tengah kami hendak keluar dari kelas untuk pulang ke rumah, aku nampak dia. Ya dia yang buat aku terpanah pada pandangan pertama. Ceh!
Mata kami bertembung. Nak gugur jantung aku ni dibuatnya! Dengan segera aku alihkan mata aku dari terus memandang dia. Jantung aku? Tak yah tanya, kembang kempis kembang kempis dah macam hidung aku ni.

“Oit! Kau tengok siapa tu?” tanya Airina.

“Rin, kau kenal tak mamat pakai baju kadet polis tadi tu. Alah yang tinggi mengalahkan tiang lampu tu” soal ku.

“Ouh laki tu. Aku kenal. Kenapa dengan dia?” Jawab Airina acuh tak acuh.

“Hensem kan dia?” cakap aku

“kepala kau la hensem. Eh tapi memang hensem pun. Oh kau suka dia eh” balas Airina

“ Hmm tak tahu lah, dia buat jantung aku ni berdegup kencang Rin, apa nama dia?” soalku ingin tahu.

“Nama dia Zayyad. Aku sama sekolah rendah dengan dia dulu. Dia tak suka cakap dengan perempuan. Pendiam. Baik mungkin. Tapi aku tak tahu sangat. Aku rasa hanim lebih tahu sebab dia pernah jadi penolong ketua kelas dan si Zayyad tu pernah jadi ketua kelas dulu masa aku dengan Hanim sekolah rendah” leter Airina.

Kepala aku terangguk-angguk dengar apa yang keluar dari mulut si Airina ni.

“Ouh ok Rin. Kenapa lah Hanim tak datang hari ni. Kalau tak, dah lama soalan –soalan aku ni dia yang jawabkan” kata aku.

“tak apa, esok mesti dia datang sekolah punya. Dia kata harini kan dia ada hal. Eh Zah, ayah aku dah sampai la. Bye assalamualaikum, pape roger wasap” kata Airina.

Salam Rin aku jawab dalam hati. Sekilas aku pandang pada jam Casio pemberian ayahku. Lambat lagi bas sampai ni.
Dalam aku sibuk meninjau kehadiran bas Rapid KL, aku nampak dia lagi. Haaaaa hati aku apa lagi, melompat-lompat kesukaan la. Dia balik dengan kawan-kawan dia. Zayyad rupanya nama dia, memang kenalah dengan wajahnya yang…. Ha dah lah memuji dia. Sampai esok tak habis.

Alhamdulillah bas sampai tepat pada masanya. Sempat juga aku tengok pujaan hati dinda aku tu.

Selamat membaca kepada para pembaca semua. Terima kasih sudi menyokong karya saya yang tak seberapa ni dan memang banyak kekurangan yang harus saya sempurna kan. Terima kasih sekali lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience