DEMI DIA BAB 1

Romance Series 35926

SUKAR BENAR,hendak melelapkan mata,pusing kiri tidak kena,pusing kanan juga tidak kena,Aril menjadi tidak tentu arah,dia rindu akan belaian manja tengku qayla.Gadis itu menghilang entah kemana buat beberapa hari,sudah kerap kali dia menelefon gadis itu namun tidak berjawab.Aril bungkam,dia meniarap atas tilam tilam yang empuk

apa guna ada kemewahan,andai hati dan hidupnya tidak ceria.Aril teringat akan kata-kata ikhwan petang tadi"Minggu depan aku nak spendtime dengan family aku,so aku tak dapat join kau main golf,

"spend time dengan family kau?

" yalah,semua adik beradik aku balik so dapatlah berkumpul ramai-ramai,kau pula buat apa hujung minggu ni?aril sekadar tersenyum tipis,untunglah Ikhwan walaupun dia berasal dari keluarga yang kurang senang tapi dia amat bahagia,hidupnya sentiasa di sulam dengan keceriaan,tapi dirinya?sunyi!sepi!itulah yang di rasakan saat ini.Jikalau ada tengku qayla,hidupnya terasa ceria sedikit,tapi gadis itu menghilang entah kemana tanpa khabar berita,kini dia dimanggu rasa tidak senang hati.

Mata cuba di lelapkan,kalau boleh dia tidak mahu berfikir tentang masalah yang di hadapi saat ini.Arghh!hatinya di runtum pilu,dia membuka telefon,whatsaap di buka,nama tengku qayla di cari,nampak gaya,gadis itu belum online.Aril berlalu ke bilik air,mungkin dengan meluahkan segala apa yang di rasakan kepada sang pencipta,hatinya mungkin akan tenang.

Aril turun ke bawah,dia terhidu sesuatu dari arah dapur,dilihatnya makwan yang sedang memasak di dapur,"mak wan..buat apa tu,sapa aril,hanya dengan makwan sajalah dia dapat menumpang kasih,mana tidaknya,papa dan mamamya asyik sibuk saja,mamanya ,puan suraya sibuk dengan butik,manakala papanya pula ,encik firdaus sibuk dengan urusan hartanah,mereka sering busy sehingga aril tidak ada masa untuk menemui mereka atau bercakap dengannya.

makwan tersenyum"awal aril bangun,hari ini kan cuti sekolah atau aril ada kelas tambahan ?tanya makwan dengan lembut

"err tak adalah makwan,aril sebenarnya nak buat jugak kelas tambahan,khususnya untuk pelajar spm tapi memandangkan diorang penat dan stress dengan tugas yang di berikan oleh guru-guru so aril beri diorang rehat.terang aril dengan panjang lebar.

" oooh macam tu,habis aril nak kemana ni?makwan memandang aril dari atas hingga ke bawah,nampak sungguh segak, walaupun hanya dengan berpakaian t-shirt dan seluar treak,

aril tersengih "mana lagi kalau bukan pergi jogging,makwan tak nak ikut sekali ke?

" eh tak nak la makwan banyak kerja kat dapur ni.

"ooh,ini mak wan masak apa,aril menjengah ke dalam kuali ,waa sotong masak merah!sedapnya,tapi kenapa makwan masak semua ni pagi-pagi?

" makwan nak bawa makanan ni kepada puan suraya dia pesan nanti hantar dekat butik dia sebab dia nak lunch dengan kawan-kawan ,katanya malas nak keluar lunch kat luar.aril sekadar mengangguk saja.hubungannya dengan puan suraya juga tidak rapat,entahla..di mana silapnya dia juga tidak tahu.

"tak apalah makwan kalau macam tu aril pergi jogging dulu!

NAFAS aril tercungap-cungap,maklumlah baru lepas joging,kain tuala kecil yang bewarna putih ,tersangkut elok di lehernya,di ambil lalu dia mengesap peluh yang merecik di dahi.aril berjalan perlahan ,dia duduk di salah satu bangku yang berada di taman tersebut,air botol mineral yang di bawa tadi,di minum.

aaaaa leganya!

mata aril tertancap pada sebuah keluarga yang sangat bahagia,kadang-kadang mereka di selang seli dengan gelak ketawa,pagi-pagi juga sudah keluar jogging itupun bersama keluarga, tapi dirinya?hanyalah sendirian!

aril tersenyum ke arah keluarga itu,dia bertekad dia akan cari kebahagiaanya,!

Aril memandang kosong ke arah skrin telefonnya,putih saja..lansung tidak ada mesej atau panggilan dari tengku qayla, kemanalah gadis ini menghilang!aril mengeluh kecil, dia lantas mendail nombor tengku qayla

" maaf nombor yang anda dail sedang berada dalam panggilan lain.aril mengerutkan dahi.dia cuba lagi sekali

"maaf nombor yang anda dail sedang berada dalam panggilan lain!arghhhhhh!aril mengeluh kecil.Hari ini sudah masuk hari yang yang keempat,tengku qayla menghilangkan diri.Aril pantas bangun dari duduknya dia berlalu dari taman tersebut, hatinya bercelaru,dengan siapa pulak gadis pujaanya itu bercakap?kenapa tengku qayla tidak menelefonnya semula?tidak penting lagikah dirinya buat gadis itu?Aril di asak dengan pelbagai soalan!

Auuu!aril pantas tersedar dari lamunan apabila terdengar suara seseorang yang mengaduh kesakitan,lantas itu aril memandang ke bawah kakinya

hey!apa kau buat ni.aril berundur setapak.gadis yang agak comot,dengan rambutnya kusut,mula berdiri.

ya allah!hantu mana pulak,ni!pagi-pagi pun ada hantu ke!omel aril,dia menutup wajahnya dengan tangan.gadis itu menekur lantai,

" maafkan saya,tadi awak pijak tangan saya.kata gadis itu,sebuah guni yang di pegang untuk mengisi botol-botol dan sampah sarap di letakkan di bawah .Aril lantas membuka wajahnya,dia memandang gadis itu

"hantu bercakap?

" saya bukan hantu..saya manusia..jawab gadis itu,aril sudah kecut perut,dia memandang di sekeliling taman rekreaksi tersebut,tadi ada orang kini hanya dia dan gadis itu saja!

"kalau awak bukan hantu kenapa awak kotor macam hantu! dengan rambut kusut!muka comot!eeee bukan macam manusia dah saya tengok.kata aril.Gadis itu terasa hati,tidak layakkan dia di hormati seperti gadis-gadis yang lain.Aril rasa serbasalah pula melihat kebisuan gadis itu,mungkin gadis itu terasa hati dengannya.Barangkali..

" err saya minta maaf,saya tak ada niat nak hina awak,tapi kenapa awak jadi macam ni?err ni apa benda dalam guni ni.

"itu lah hasil pendapatan saya,kalau tak ada semua ni saya tak boleh hidup mungkin saya akan mati kelaparan.aril ternganga.Hasil pendapatan?

" maksud awak apa ,saya tak faham?

"tak apalah,saya tidak perlu menjelaskan pun pada awak.lagipun siapa awak bagi saya?bukan siapa-siapa kan.tanya gadis itu dengan senyuman di bibir,rambutnya yang berjuraian di dahi di selak ke belakang,guni di ambil semula ,dia ingin beredar dari situ

" err maafkan saya!laung aril,gadis itu tersenyum saja.tanpa di sedari,jantungnya berdegup laju...apakah hidupnya bakal berubah?

Sepanjang perjalanan pulang ke rumah,fikiran aril asyik memikirkan gadis comot yang di temui tadi di taman,hasil pendapatan?hmm kesiannya,dia miskin,...tapi..mak ayah dia kan ada kenapa dia perlu bekerja?

mungkin..dia dah tak ada mak ayah.getus aril sendirian
kereta honda city melunsur laju,dia penat,dia ingin pulang ke rumah dan berehat.

Share this novel

NH_HANS
2020-11-16 12:16:41 

omo omo. smmry dh bst.. sllu la updt ths nve ye


NovelPlus Premium

The best ads free experience