DEMI DIA BAB 14

Romance Series 35926

ARIL baru saja hendak melangkah masuk ke dalam biliknya,namun encik zaidi terlebih dahulu memanggilnya menyebabkan dia terpaksa menghampiri encik zaidi di ruang tamu.Aril melemparkan senyuman,pelik,hari ini papanya berada di rumah.

"kenapa pa,?tanya aril,

" dudukla kejap papa nak cakap something dengan aril.Aril terus melabuhkan punggung berhadapan dengan encik zaidi.

"papa ada sesuatu nak cakap dengan aril,

" apa?

"mulai esok,papa dengan mama akan pindah di rumah lain aril ikut sekali ya?aril menghela nafas lemah" kenapa nak pindah pa?adakah sebab aril ada kat sini ?okaylah kalau papa nak aril keluar dari rumah ni,aril akan keluar

"tak aril,bukan macam tu.Papa dengan mama dah beli rumah dekat cheras,sayangla kalau rumah tu tak ada orang duduk.Aril menghela nafas lemah.

" papa..aril naik atas dulu.

"aril setuju tak?tanya encik zaidi lagi

" entahlah pa,aril sekolah kat sini takkan nak pindah aril ada masa tiga bulan saja lagi.sayangla.kalau papa dengan mama nak pindah,ya,pergilah,biar aril duduk sini.

aril..janganlah macam tu.papa tahu aril masih terasa hati dengan mama kan?papa akan cuba pujuk mama.

"papa..aril dah besar,dari kecil lagi aril tak pernah rasa kasih sayang papa,apatah lagi mama.Aril dah terbiasa di abaidkan,di layan macam orang asing.Seraya itu aril berlalu ke biliknya.Encik zaidi mengeluh kecil.Dia tahu silapnya kerana tidak pernah menghargai kehadiran aril,dia mengangap aril lah punca anak kembar mereka mati...

HANA menghampiri maksom yang sedang ralit menyiram pokok bunga, Hana memandang di sekeliling rumah itu,sangat cantik,dengan ada pokok-pokok yang menghijau,dan ada juga tempat untuk bersenam,hana terasa dia sedang bermimpi

sudah dua hari dia duduk dalam rumah ini.Dia di layan seperti seorang puteri,apa yang dia nak maksom akan masak,dia merasakan maksom adalah seperti ibunya sendiri.

" maksom..dah-dahla tu,tak payah siram banyak sangat,maksom pergilah berehat biar hana yang buat kerja rumah ni.kata hana.dia tersenyum

"eh hana,kamu dah bangun ke?nih ha maksom nak cakap tadi encik aril datang tapi hana tidur pula.jadi dia pesan pada maksom bila hana dah bangun dia minta hana bersiap-siap.

hana mengerutkan dahi," bersiap-siap nak kemana maksom?hana kan mula sekolah esok..

entahlah maksom pun tak tahu kejap lagi dia sampai,hana pergilah bersiap-siap,.kata maksom

"haa yelah.pantas itu hana masuk ke dalam biliknya,dia lantas menggapai tuala dan menuju ke bilik air.

usai mandi,dia mempersiapkan diri." agak-agaknya dia nak ajak aku kemana pulak?hmm aril ni sweet jugak ya!getusnya sendirian.Hana membuka almari perlahan-lahan.

tuk! tuk! pintu biliknya di ketuk"hana..boleh maksom masuk?pinta maksom

"ha ah masuk la maksom tak berkunci pun! selantas itu pintu bilik di kuak.maksom tersengih melihat hana yang berkembang gantung itu

" maafla kalau maksom menganggu,

"eh tak apalah maksom,kenapa maksom ada apa-apa?

" ni ha baju yang encik aril suruh hana pakai.sebuah baju dress yang bewarna putih di hulurkan kepada hana.Hana memandang ke arah baju tersebut"ya allah cantiknya!

"untuk hana?tanyanya ,inginkan kepastian

" yalah untuk hana lah.ambil lah.Baju bertukar tangan,"maksom turun bawah dulu ya,hana siap-siaplah dulu

"baik maksom.seraya itu maksom keluar dari bilik hana.Hana melompat riang,ya allah cantiknya baju ni!

"maksom..sapa aril

" eh encik aril dah sampai,hana masih bersiap kat atas tu.kata maksom

"oooh,dia belum siap lagi ke

" belum.kata maksom

"maksom..nanti maksom jaga rumah tau,kunci semua pintu kalau ada orang datang tengok dulu tau jangan terus buka je pintu.pesan aril

" baiklah encik aril.seraya itu maksom berlalu ke dapur.Aril menunggu hana di ruang tamu.Dia mengeluarkan telefon bimbit,tunggu orang perempuan bersiap,memang berpeluh la jawabnya!

Dengan nafas yang berdebar-debar,hana perlahan-lahan menuruni setiap anak tangga,dia menghampiri aril yang berada di ruang tamu itu"assalammualaikum.sapa hana

"waalaikumusaalam..balas aril,dia mendongak memandang hana.Ya allah! cantiknya!hana tersenyum ke arah aril

" err hana?ini awak ke?

"yalah ini saya,kenapa saya nampak macam hantu ke?aril tertawa" tak adalah.awak nampak sangat cantik!

aril memandang hana dari bawah hingga atas,ya gadis itu kelihatan sangat cantik dengan make up yang tipis dan rambutnya yang panjang separas pinggang itu di sanggup tinggi.

"awak..boleh saya tanya?

" tanyalah

"awak nak bawa saya kemana sebenarnya siap suruh pakai baju macam ni lagi.tanya hana,aril tersenyum, nanti awak akan tahu!jom masuk dalam kereta!

hana mengekori aril masuk dalam perut kereta,Dalam kesempatan yang ada ,hana cuba mengamati wajah aril,lelaki itu kelihatan sangat segak,hidung yang mancung ,kulit yang putih melepak,dan yang paling menawan aril memiliki sebuah senyuman yang sangat menawan!hana hampir jatuh cinta terhadap lelaki itu!

" dahla pandang saya lama-lama.malu tau.kata aril,menyebabkan hana tersedar dari lamunanya.Dia tersipu malu

"mana ada.nafinya

" eleh..ingat saya tak tahu?walaupun mata saya ni fokus kat jalan tapi saya boleh nampak dari pandangan sisi tau.Muka hana sudah berona merah.malu wei!

"esok awak dah start sekolah.are you ready?tanya aril

" saya gentar sikit.

"alah tak payahla gentar saya kan ada.Saya mengajar sejarah tau!

" ye ke?

"ya lah,

AKHIRNYA sampai juga di tempat yang mereka tuju,hana memerhati di sekeliling tasik itu.Tasik itu bukanlah tasik yang mereka sering bertemu,tasik ini lain...

Aril memandang ke arah hana sebuah senyuman di lemparkan" kita dah sampai ke?tanya hana.

"ya dah sampai,tapi sebelum awak turun awak kena tutup mata dulu.Pantas sebuah kain hitam di ambil oleh aril lalu membaluti mata gadis itu.

" aril..apa sebenarnya awak nak buat ni.saya berdebarlah.

"rilek,jangan takut,saya takkan apa-apakan awak la.kejap tau!saya bukakan pintu untuk awak.seraya itu aril keluar dari perut kereta,lalu dia membuka pintu buat hana.

turun perlahan-lahan.pesan aril.tangan hana di sentuh lembut oleh lelaki itu,hana berjalan perlahan-lahan mengikuti aril,disebabkan matanya perlu di tutup,dia terpaksa di papa oleh aril.

" jauh lagi ke?tanya hana

"sikit lagi nak sampai.mereka terus berjalan sehinggala mereka sampai di tempat yang bakal merubah hidup mereka.

" okay dah sampai!

"saya dah boleh buka mata ke?tanya hana

" ya boleh.lantas kain berwarna hitam itu perlahan-lahan di tanggalkan.Mata hana perlahan-lahan di buka.

dia terkedu,terpaku,melihat sebuah meja makan di khaskan untuk dua orang saja,dengan hiasan yang sangat cantik,manakala di sebelah mereka adalah tasik,yang sangat cantik,dengan pokok-pokok yang menghijau,yang dapat menenangkan fikiran.Hana memandang ke arah aril yang sudah tersenyum ke arahnya.

"aril..kenapa awak buat semua ni untuk saya?tanya hana.

" jom kita duduk.tangan gadis itu di tarik dan menyorong tubuh hana untuk melabuhkan punggung berhadapan dengannya.aril tersenyum,dia sudah yakin akan keputusannya

"hana,mengenali awak adalah satu takdir tapi menjadikan awak sebagai pasangan hidup saya adalah pilihan saya.Hana terkedu,dia memandang tepat-tepat ke dalam anak mata aril

" apa maksud awak aril?

sebentuk cincin emas di keluarkan dari kocek bajunya,sebentuk cincin itu di suakan kepada hana"sudikah awak menjadi isteri saya?menemani saya sehingga ke akhir hidup awak?hana terkejut lagi,adakah aril ingin melamarnya.Bibir hana bagaikan terkunci,dia memandang ke arah sebentuk cincin yang di suakan oleh aril

dia memandang pula ke arah aril.Aril masih setia menunggu."sudikah?tanya aril lagi

"awak..ini bukan main-main.Kita baru je kenal saya pun tak kenal dengan lebih dekat hati budi awak.Awak pun sama.awak masih tidak tahu asal usul saya...luah hana.

aril tersenyum.kebahagiaan yang saya cari bukanlah asal usul,tapi seseorang yang mampu berada di sisi saya,menemani di setiap kesunyian saya.Hana saya ikhlas menjadikan awak sebagai isteri saya

sudikah awak menemani saya dan menjadi pasangan yang halal untuk saya?

tapi saya takut..saya takut saya akan terluka.

" insyaallah saya akan bahagiakan awak saya akan bagi awak kesenangan yang awak cari selama ni.Jawablah,sudi atau tidak?tanya aril lagi.Hana berkira-kira.

Aril..boleh tak awak bagi saya ,masa dan ruang untuk saya berfikir?pinta hana.ini adalah soal hidup dan matinya,lagipun dia masih mentah,aril tersenyum

"yalah saya bagi awak masa untuk berfikir.Tapi saya nak awak tahu saya ikhlas nak jadikan awak isteri saya

walaupun tanpa cinta?tanya hana.Aril diam,

" cinta boleh di pupuk.insyaallah saya akan belajar mencintai awak.kata aril,dia masih belum boleh melupakan qayla,gadis itu satu-satunya insan yang mampu membuat hatinya bergetar.

Tetapi aril dalam kesunyian.Dia tidak mampu menghalau kesunyian itu jauh dari hidupnya.Makin dia lari,makin laju ia mengejar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience