SEKEJAP pusing kiri,sekejap pusing kanan.Semuanya tidak kena malam ini.Hatinya masih menerawang memikirkan perkata tadi.lamaran aril pada petang tadi masih terbayang-bayang di ruangan matanya.Belum pernah lagi dia di lamar oleh seorang lelaki.Dalam diam hana tersenyum,rupanya aril itu sweet juga orangnya.
Hana bingkas bangkit dari katil,dia membuka pintu dan perlahan-lahan dia menuruni anak tangga,dilihatnya maksom yang sedang menonton televisyen
dengan langkah yang berhati-hati dia menghampiri maksom."garhhh! sergah hana
"ehh makcik kau jatuh!latah maksom.hana meledakkan ketawa,
" ya allah hana!terkejut maksom.Kenapa tak tidur lagi ni.jam di dinding di lihat sekilas,sudah pukul 12.00 tengah malam
"esok kan hana nak sekolah,kenapa tak tidur lagi?tanya maksom lagi.hana mencebik bibir dia melabuhkan punggung di sisi maksom
" hana tak boleh tidurla maksom.otak tengah serabut..
"eh kenapa pula?lantas televisyen di tutup.hana memandang ke arah maksom" kenapa tutup tv pulak?hana tak marah la maksom nak tengok
"tak adalah,maksom dah tak nak tengok,nanti nak masuk tidur.Kenapa hana tak boleh tidur pulak?tanya maksom.
" emmm tadi kan aril lamar hana
"haa?lamar hana?maksom sudah menunjukkan reaksi terkejut" biar betul..
"yalah maksom,sebab tu dia suruh hana pakai macam pengantin tadi.rupanya dia nak melamar hana
" habis,hana terima ke?tanya maksom,dia.melihat di jari manis hana,tak ada pun cincin..
"tak!
" kenapa?
"maksom..hana takutlah kalau hana terima nanti hana di lukakan ,macam mana?hana tak nak rasa sedih..luah gadis itu.
maksom tersenyum" kalau dia sayang,terimalah,sebab bila lelaki betul-betul sayang dia akan jaga perempuan yang dia sayang tu,dengan baik.
hana diam,betul juga kata maksom,lelaki bila dah benar-benar sayang,dia akan benar-benar menjaga
"dahla pergi tidur.esok nak sekolah.nanti bangun lambat pula.kata maksom.
" okay maksom!seraya itu pipi kanan maksom di cium
"terima kasih maksom sebab maksom sudi jaga hana.maksomlah ibu hana.selamat malam!maksom tersenyum,dia turut simpati dengan nasib gadis itu,kehilangan ibu dan ayah,malah tidak tahu asal -usul sendiri.
Qayla!kenapa you guna kereta i tanpa bagitahu i?marah niko,qayla tersenyum lebar,dia meletakkan tangannya di atas bahu niko" baby..jangan lah marah-marah,i pinjam je pun bukannya i curi
"itu dah mencuri namanya!sebab you ambil kereta i tanpa izin i!you ni kenapa habis semua benda dalam rumah i you guna macam hak you sendiri!
" laa ini kan memang hak i sebab i akan jadi wife you nanti.kata qayla,niko mencebik"tak kesahla wife ke wofe ke,i nak pesan kat you jangan sesekali you guna barang i tanpa pengetahuan i! you tahu kan ini rumah i! so apa apa yang ada dalam rumah ni adalah hak i!
qayla berdecit,pengangan di bahu niko di lepas,kasar"you ni memang tak romantik langsung la! i guna aje kereta you dah you tu tak bangun lagi ,so i ambil jela!
"you jangan nak bagi macam-macam alasan!kalau macam ni better you balik rumah you! mana kunci kereta i?i nak keluar
" alaa baby,janganlah keluar, jomla temankan i.kata qayla dia sudah tersenyum,niko menjeling tajam"i ada kerja,tak ada masa nak layan hawa nafsu you yang macam binatang tu!bidas niko.qayla berdecit,
"you jaga mulut you!
" kenapa?you terasa ke?janganlah terasa baby..benda betul buat apa nak sorok ,kan..kata niko di iringi dengan ketawa sinis.
"eeee you ni memang tak guna!nah! ambilkla kunci kereta you,i pun tak inginlah nak pinjam kereta you tu! dahla buruk!
" heyy siapa kata buruk?kereta i ni,i baru beli tau!you tu buruk!rosak!
pang!satu tamparan hebat melayang di pipi niko.Niko terpempang."you dengar sini,jari di tunding ke muka niko
"sekali.lagi you hina i,pecah muka you! i rosak pun sebab siapa?sebab you kan! jadi tak payah nak cakap orang sangat.kalau perangai i macam syaitan you pun sama!you lebih syaitan dari i!
" oooh you sekarang dah pandai melawan kan,tak apa..you tunggu!seraya itu niko berlalu pergi,
arghhhhhhh! tak guna!semua tak guna!jerit qayla,
HARI-hari yang di tunggu sudahpun tiba,hana mengekori langkah cikgu Syazwana menuju ke kelas 5 Tekun,Langkah hana di atur dengan penuh debaran.
ASSALAMMULAIKUM semua.sapa cikgu syazwana kepada murid kelas 5 tekun.
waalaikummusalam cikgu! jawab semua pelajar yang ada di dalam kelas tersebut.Cikgu syazwana tersenyum,
"maafkan saya cikgu aril kerana menganggu masa mengajar cikgu.
" eh tak apa,saya okay saja.
"izinkan saya memperkenalkan murid baru ya.aril angguk tanda memberikan kebenaran kepada cikgu syazwana untuk memperkenalkan murid baru tersebut.
" okay semua,hari ini, cikgu akan kenalkan seorang pelajar baru yang akan menjadi rakan baru kalian kamu semua!
"lelaki ke perempuan cikgu? tanya hakim,aril sudah tersengih,manakala cikgu syazwana sekadar tersenyum saja.
" perempuan.
"woww! mesti cantik kan.kata hakim lagi
" amboi hakim..melebih pulak kamu ya.sampuk aril.hakim tersengih
"okay cikgu kenalkan ya.Hana sila masuk.arah cikgu syazwana .Langkah di atur dengan perlahan-lahan.Aril tersenyum ke arah hana,
Hana memandang aril,mata mereka bertaut seketika.
" sila kenalkan diri hana.Arah cikgu syazwana.
"Nama saya Nurul Hana,boleh panggil hana.kata hana,
" oooh Nurul hana.kalau saya nak panggil awak Nur boleh?nur kan cahaya..kata hakim sambil tersenyum, kecantikkan hana sudah memukau hatinya.Hana tersenyum nipis"ishh kamu ni hakim macam-macamlah,panggil je hana,kan dia cakap hana tadi.sampuk Mia.
"alah biarlah yang kau sibuk tu kenapa.
" okay dah-dah jangan nak gaduh,ikut suka hati kalian la nak panggil apa,asalkan jangan panggil nama orang lain!
"okay Hana kamu boleh duduk di tempat yang telah di sediakan.Hana berlalu ke tempat yang telah di sediakan untuknya.kedudukannya agak belakang sedikit.
" haii..nama saya Amirul,boleh panggil am.Hana tersenyum ke arah teman sebelahnya itu
"hai,nama saya hana.mereka saling berkenalan.
sepanjang Sesi pengajaran aril,dia melihat hana, ternyata gadis itu ada bakat dalam membentang di hadapan,dia kagum dengan sikap keberanian hana
waktu rehat sudahpun tiba,hana sekadar berada dalam kelas saja,dia lupa untuk mengambil duit yang di tinggalkan oleh maksom.Aril yang perasan akan hana yang masih lagi di kelas,perlahan-lahan dia mendekati gadis itu
" hana,kenapa awak tak rehat?tanya aril,
"err saya tak lapar cikgu.nafinya.Aril tersenyum
" amboi..sejak bila awak pandai-pandai ubah nama saya ni.Hana mengerutkan dahi"ubah?laa awak kan cikgu so saya panggil la cikgu.kita kan sekarang kat sekolah,so kena la bersikap rasional sikit.kata hana.aril tersengih
"bagus anak murid cikgu ni!power gila kalau bab bercakap.kenapa tak rehat?
" dah kenyang.
"ye ke?atau..makwan lupa nak bagi awak duit?
" eh taklah,makwan bagi,
"mana nak tengok.Hana gugup,adoiiii macam mana ni.
" cepatlah saya nak tengok,mana duit tu.Hana mengetap bibir
"hm yalah-yalah,saya lupa nak ambil dengan makwan tadi.makwan dah bagi tapi saya suruh makwan tinggal atas meja,sebab tadi saya tak siap lagi.terang hana.Aril mengecilkan matanya
" adoii awak ni,nah,duit rm 5 di hulurkan kepada hana.Hana menolak dengan lembut"tak payahlah.saya boleh makan kat rumah
"ambil la,kesian perut awak asyik berbunyi je nanti,nah ambik duit pergi rehat.
" tapi..
"tak ada tapi tapi.Ambil duit ni pergi rehat.Desak aril,mahu tidak mahu hana mengambil jua duit tersebut
" terima kasih awak.
"ya sama-sama.tahu tak mana kantin?
" tahu,tadi cikgu syaz dah tunjuk
"oooh baguslah kalau macam tu.Nanti bila awak dah balik sekolah awak jangan pandai-pandai nak balik naik teksi ke or bas ke.jangan.awak tunggu saya tau,kita balik sekali.
" awak tak takut ke?
"nak takut buat apa,bukannya saya bawa hantu.Hana menjeling ke arah aril,lelaki itu tersengih
" maksud saya awak tak takut ke kalau kantoi dengan cikgu or para pelajar?
"tak takut pun.dahla jangan nak fikir macam-macam awak pergi rehat sekarang.saya nak masuk kelas lain pulak.kata aril dan ingin berlalu
" awak! aril menoleh semula ke arah hana.
"ya kenapa?
" nanti saya tunggu awak kat mana?tanya gadis itu
"awak tunggu di sini,nanti saya datang.kata aril,dan seraya itu dia berlalu pergi.
" Wei..kau tak rasa ke yang si hakim tu syok semacam je dekat budak baru tu.ujar mia kepada alya.Alya menyedut air oren,matanya di kecilkan
"ha ahh aku tengok pun sama juga, macam si hakim tu berkenan dengan si hana tu.kata fiya pula.
" kau tak takut ke lia kalau si hana tu rampas hakim dari kau?tanya fiya.
"berani dia rampas hak aku,memang hilanglah seri di wajah dia tu.jawab alya yang di kenali sebagai lia.fiya dan mia tertawa kecil
" kau jangan buat hal kat sekolah ni lia tak pasal-pasal kau tak boleh ambil spm
"ada aku kesah?kalau orang tu tak buat hal dengan aku,aku pun takkan buat hal dengan dia!
dah jom,masuk kelas,nanti masa math pulak,aku malas nak kena denda.dah hitam kulit aku ni asyik kena jemur je!bebe lia.Fiya dan mia yang menjadi anak buahnya sekadar mengikuti saja kehendak gadis itu.
SEPERTI yang di beritahu oleh aril tengah hari tadi, bila waktu balik dia perlu tunggu dalam kelas saja,tidak perlu tunggu di luar.Hana mendongak dagu,jam di tangan di kerling
sudah pukul 2:30 namun kelibat aril masih belum terlihat.Jam yang berada di pergelangan tangan kirinya di usap.Jam itu adalah pemberian dari aril
cantik sangat..
Ehem ehem..buat apa kat sini,kenapa tak balik lagi?tanya hakim,Hana mendongak ke arah satu suara yang menyapanya,dia tersenyum nipis
" err saya..saya belajar,.kata hana,hakim mengerutkan dahi
"belajar?belajar apa masa ni.kan dah waktu balik.
" err saya kan budak baru so banyak yang saya ketinggalan.alang-alang kat sekolah ni baik saya study dulu.Bohong hana.
"alaa rajinnya awak dahla cantik,rajin pulak tu.kalau macam tu saya temankan awak ya.
" ha?err tak payahla,saya tak suka orang teman,saya suka belajar sendiri.
"alaa janganlah macam tu,saya nak kenal dengan awak.so inilah masanya
" ooooh kenal ya.kenal dengan perempuan ni!seraya itu telinga hakim di tarik
"arghhh sayang!sakitlah.Lia bercekak pinggang.Hana sudah kecur liur.alamak..apa dah jadi ni.
" sayang tunggu bie kat luar sana punyalah lama,rupa-rupanya bie tengah berseronok dengan perempuan ni ya!
"eh perempuan kau memang tak ada jantan lain ke?hak aku jugak kau nak ya.marah lia.Hana gelengkan kepala
" apa geleng-geleng.kau jangan cari pasal dengan aku ya!
"sayang! sudahla jangan buat kecoh,sayang nak ke masuk disiplin nanti?dahla jom kita balik,seraya itu tangan lia di tarik
hana memandang mereka berdua sehinggalah mereka hilang dari pandangannya.Keluhan kecil di lepaskan.tak pasal-pasal dia jadi mangsa keadaan!
Share this novel