MASIH tergiang-giang kata-kata gadis yang bernama hana tempoh hari"andai awak mengejar kebahagiaan insyaallah awak akan dapat apa yang awak inginkan.
aril tersenyum, rupanya gadis itu pandai memberi kata-kata semangat,dia fikir gadis itu pediam,dan tidak suka bergaul dengan orang,namun dia salah menilai hana.Azan subuh sudah berkumandang ,aril pantas menuju ke bilik air mengambil wuduk memandangkan dia sudah mandi tadi.
Dengan penuh khusyuk aril mendirikan solat subuh,usai menunaikan kewajipan yang satu itu,aril menadah tangan memohon keampunan dari maha Esa.Hatinya berasa sayu tangannya tiba-tiba mengeletar.Masih terbayang dosa-dosa yang telah dia lakukan,
Air mata sudah bercucuran di pipi,masih adakah ruang untuk dia mendapat redha allah?
"ya allah ya tuhanku ampunilah aku ,aku terlalu berdosa denganmu,kerana kasihku padanya aku mengabaidkanmu,aku melupakanmu aku membiarkanmu murka kepadaku.Ya allah aku manusia yang hina dan lalai,aku manusia yang terlalu menjijikkan.Ampunilah aku ya allah aku berdosa.aku berdosa.
kini,orang yang aku sayang,yang aku puja sudahpun berlalu pergi dari hidupku,aku sedar ya allah,aku terlalu taksub kepadanya sehingga aku lupa engkau la tuhan yang maha mencipta,ya allah izinkan aku kembali semula kepadamu,janganlah engkau membenci diriku.Kasihanilah aku ya allah,kasihanilah aku Aku merayu.Teresak esak aril menangis,dia benar-benar menginsafi atas segala dosa yang telah dia lakukan.
Puan suraya yang mendengar rintihan aril,di sebalik pintu,perlahan-lahan hatinya mula tersentuh,hati seorang ibu...Namun cepat-cepat dia berlalu dari situ,dia bimbang jikalau dia tidak mampu menahan perasaan.
Awak tak nak ikut saya ?tanya encik zaidi sambil memperbetulkan tali lehernya ,puan suraya memandang sekilas ke arah suaminya" pergi kemana pula,kalau abang nak bermalam kat hotel saya tak nak la.saya ada banyak kerja
"ini bukan urusan kerja.
" habistu urusan apa pulak?
"abang nak pergi melawat kawan abang yang sakit,rumah dia dalam pendalaman,kalau awak nak ikut jomlah
" ya allah awalnya ya abang,abang sedar tak ini jam berapa?baru pukul 6:30 pagi.
"yalah,bertolak awal cepat sampai.puan suraya sekadar mengeleng saja.suaminya itu sangat berkarisma!menepati masa pulak tu!
" nak ikut ke tak nak?tanya encik zaidi sekali lagi
"tak apalah abang pergi sorang la,saya ada banyak kerja nak urus kat butik tu.
" hmm yalah,saya pergi dulu.seraya itu puan suraya bersalaman dengan suaminya.Encik zaidi meletakkan tangan atas kepala isterinya
"abang doakan semoga su tetap menjadi isteri yang soleh,dan semoga terbuka pintu hati su untuk terima aril sebagai anak kandung kita kita.Su..kita ni bukan muda lagi,kita dah tua ,kita tidak tahu bila ajal akan menjemput kita ,jadi gugurkanlah ego-ego su itu.semoga satu saat nanti,keluarga kita akan bahagia macam orang lain
" abang sayangkan su,sayang sangat-sangat,abang dah cuba didik su jadi isteri dan ibu yang baik,selebihnya su pula la yang mengubahnya.Abang pergi dulu.seraya itu ubun-ubun puan suraya di cium
puan suraya terkedu seketika dengan kata-kata suaminya.Air mata mula gugur,dia sedar dia terlalu kejam,terhadap aril,dia tidak adil!tetapi hatinya masih sakit mengingati peristiwa lalu!
HANA melabuhkan punggung di sebuah bangku yang berdekatan dengan taman,dia mengeluarkan duit dari poket seluarnya.Itulah hasil yang dia dapat menjual botol hari ini.Rm 30 alhamdulillah dapat jugak!
"amboi..cium duit macam cium minyak wangi ya.seloroh aril,hana pantas memasukkan semula duit itu ke dalam poket seluarnya.Aril tersengih melihat gelagat gadis itu yang gelabah.
" awak..buat apa kat sini?mana awak tahu saya kat sini?tanya hana,dia memandang ke arah aril
"saya macam biasalah,jogging!hana melihat aril dari atas hingga ke bawah,ya berpakaian seperti jogging.Aril melabuhkan punggung di sisi hana.Hana mengesot sedikit
" kenapa awak mengelak?saya busuk ke?tanya aril.
"tak adalah,saya yang busuk.balas hana dengan jujur,dia memandang di sekeliling kawasan taman itu,agak lenggang sedikit mungkin pagi-pagi ini ramai yang masih tidur lagi!maklumlah ada rumah besar selesa pulak tu ,nyamanlah tidurnya,tidak baginya.Tidur malam hanya berbantalkan lengan,tanpa selimut,tanpa apa-apa keselesaan.Dia hendak mengubah hidup tetapi sampai sekarang dia belum menggapainya.
" kenapa pulak,saya tak bau pun.
"dahla awak sudah jogging ke?kalau belum pergilah.
" saya baru je siap jogging.awak jom..saya belanja makan.saya tak breakfast lagi tau.
"taknakla.saya tak ada duit
" tak apa saya belanja jomlah.
"tak nakla..hana memandang dirinya,baju yang agak kotor,mukanya yang agak berminyak eee malu!
" kalau awak anggap saya kawan awak jom teman saya makan.kata aril,hana memandang ke arah aril,matanya berkedip sedikit
"bila masa pulak saya anggap awak kawan saya.mengarutlah awak ni.saya taknakla makan,awak tengok lah saya macam mana,kotor, awak tak malu ke?aril tersenyum
" nak malu buat apa,awak manusia bukan saya bawak anjing masuk kedai makan.hana menjengilkan matanya Terus aril ketawa.
entah mengapa dia rasa bahagia bila dekat dengan gadis itu.
"jomlah awak,nanti kita boleh kenal dengan lebih rapat lagi.pinta aril,.hana berbelah bagi sama ada mahu menerima atau tidak pelawaan lelaki itu.Namun melihat kesungguhan aril yang berusaha memujuknya.dia turutkan saja kemahuan lelaki itu.
Aril memberhentikan kereta nya di warung,pak samad,itu adalah permintaan hana,katanya dia tidak mahu aril menahan malu membawanya makan di restoran yang mahal.Makanya mereka makan saja di warung.
mereka mengambil tempat di meja yang agak tersorok.Setelah selesai memesan makanan,aril memulakan langkahnya untuk mengenal gadis di hadapannya itu dengan lebih dekat.Bukan dia ingin menjadikan gadis itu sebagai kekasihnya ,kerana qayla masih lagi tetap utuh berada dalam jiwa dan sanubarinya.walau sesaat dia tidak mampu melupakab gadis itu.Hanya gadis itu yang dia cinta.
hana yang menyedari akan panahan mata aril,cepat-cepat berdehem" awak kenapa pandang saya macam tu.taula muka saya buruk.aril tersengih
"mana ada,saya pandang awak sebab awak cantik mana ada buruk.
" ye ke cantik,muka berminya macam ni cantik ke?tanya hana sambil tangannya menunding ke wajahnya sendiri.aril angguk
"cantik.hana menjeling tajam ke arah aril.
" hana..umur awak berapa?tanya aril.hana diam
"jawablah saya tanya ni.umur awak berapa?
" 17 tahun.balas hana.itu mengejutkan aril,
"17 tahun?bermakna awak masih sekolah la.
" taklah,saya tak ada masa depan,tak sekolah..tak dapat pendidikan pun.
"mak ayah awak mana,kenapa dia biarkan awak macam ni.tak kesian dekat anak ke.hana tersenyum tipis
andai saya tahu siapa mak ayah saya,pasti hidup saya tak macam ni.Aril,awak beruntung tau sebab awak masih ada mak ayah.ada rumah,ada kereta ada segala-galanya.
aril tersenyum" tapi itu tak memberi saya bahagia pun.Hana mengerutkan dahi
"kenapa?apa lagi yang awak cari.
" err hana,saya akan tolong awak.esok saya akan daftarkan awak di sekolah yang saya tengah mengajar sekarang. Hana terlopong.
benarkah?
"kenapa awak pandang saya macam tu,tutup sikit mulut tu nanti masuk lalat! terus hana menutup mulutnya dengan tangan.Aril tersengih.
ARIL..saya rasa tak payahlah daftarkan saya sekolah,saya rasa baik saya macam ni.kata hana dengan tiba-tiba.
" kenapa pulak?hana awak cakap awak nak berjaya so inilah masanya.tak apa saya kan ada.
"kenapa awak nak tolong saya?saya bukan sesiapa pun bagi awak.Aril,saya tak nak susahkan awak
" hana,saya pun nak buat amal ibadah juga manalah tahu kot kot esok lusa saya dah tak ada
"hesyy awak ni cakap macam tu pulak.Saya betul-betul tak nak susahkan awak
" mana ada susahkan pun.awak berhak dapat pendidikan tau.Haa esok awak tunggu kat sini ya,jangan risau semua pakaian sekolah awak saya akan tanggung.tunggu kat taman ni esok.saya datang ambil.arah aril.seraya itu kereta honda city berlalu pergi.Hana mengeleuh kecil
adoiiiiiii apalah nasib aku kalini.aku dahla tak pandai!aku sekolah dulu pun sampai darjah 5 itupun makjah yang jaga aku,tapi sekarang mak jah dah tak ada..aku sendirian.Luahnya .
Aril menelefon qayla berulang kali,rasa rindunya pada gadis itu sudah tidak tertahan,mengapa gadis itu sanggup meninggalkannya setelah apa yang telah dia serahkan!
qayla yang perasan akan berpuluh-puluh panggilan dari aril hanya membiarkan saja,dia mahu hidup bebas,dia tidak mahu terikat dengan sebarang pernikahan!
hay baby..sapa seseorang lelaki seraya itu memeluk erat pinggang qayla "hai..where are you dah lama i tunggu tau .adu qayla dengam manja.segera pintu di hotel itu di tutup,
mereka berdua mula mencium rakus.Itulah nikmat yang qayla cari,dia tidak mahu membebankan dirinya dengan pernikahan!
Aril mengepal penumbuknya melihat video tidak senonoh qayla dengan seorang lelaki.Video itu diterima pada malam semalam,dia tidak tahu siapakah pengirimnya
kenapa baby buat macam ni!
aril segera menghidupkan enjin kereta dan menuju ke rumah qayla,dia mahu bersemuka dengan gadis itu,
pintu di ketuk kasar.qayla yang di buai mimpi tersedar apabila mendengar pintu hadapan di ketuk dengan kuat,dia yang tidur di ruang tamu,sudah pasti akan mendengar ketukan itu dengan lebih jelas.Matanya pantas di buka,pakaiannya yang sedikit terdedah di bahu itu di angkat,dia perlahan-lahan bangun dan membuka pintu,terjenggul wajah aril
" baby,apa ni!video yang di terima semalam di tunjukkan kepada qayla, qayla tertawa kecil
"kenapa dengan you ni,tu boyfriend baru i.kenapa?you ada masalah ke
" memang! memang i ada masalah dengan you!sampai hati you curang dengan i?dan you buat perkara tak senonoh ni dengan mamat tu!apa ni baby!
"dont call me baby!you yang buat salah and now nak salah kan i?
" i buat salah apa dengan you, setakat i nak bincang pasal menikah takkan you nak marah! qayla menyelak rambutnya yang berjuraian di dahi ke belakang.wajah aril di pandang,kesian sungguh lelaki ini.Terpedaya dengan bisikan cinta.
"sudahla aril better you balik and carilah perempuan yang terbaik untuk you.Jujur i cakap selama i dengan you tak pernah sekali i cintakan you.You adalah tempat i melepaskan hawa nafsu i.Bertahun-tahun i tunggu supaya i dapat miliki you,i dapat rasa nikmat you,
now i dah dapat so apa lagi i tunggu?i lepaskanlah,lagipun i nak rasa nikmat yang berbeza-beza.Aril terpempang.jadi selama ini dia di permainkan?
qayla tersenyum manis" balikla!i dah tak perlukan you.thanks atas semuanya,
"no!you tak boleh tinggalkan i,baby i cintakan you kenapa you mainkan hati i macam ni
" itulah dunia sayangku.dunia yang penuh pujuk rayu.baliklah i dah bahagia dengan orang lain.Orang tu dapat penuhi segala kehendak i,tanpa menyebut perkataan NIKAH!
pintu di tutup kasar
baby! baby!
you tak boleh buat i macam ni!pleasela! jangan tinggalkan i!rayu aril,dia terduduk lesu.Hatinya hancur,punah semua harapannya!
ARGHHHHHHHHHH! tak guna!; tak guna!jerit aril sambil melemparkan batu ke dalam tasik tersebut,jiwanya kacau hatinya musnah.Hana yang kebetulan lalu di situ untuk mengutip botol,terus melulu ke arah aril,mendengar jeritan lelaki itu
awak.!awak kenapa ni?tanya hana,dia melabuhkan punggung di sisi lelaki itu.Aril menoleh ke arah hana,lantas gadis itu di peluk erat
"awak..kenapa..tanya hana,dia terkedu dengan tindakan aril yang memeluknya erat sekali.
" hati saya dah hancur..hancur!
"ceritalah dengan saya,bagitahu saya kenapa hati awak hancur
izinkan saya pinjam bahu awak sebentar untuk melepaskan kesedihan saya.
" pinjamlah,saya sentiasa ada.balas hana,dia mendengar saja rintihan aril,teruk sangatkah lelaki itu terluka?mengapa?sebab apa?arghh semuanya pasti akan terjawab nanti,Biarlah lelaki itu melepaskan dahulu sedihnya.
Awak..aril melepaskan pelukannya,dia lantas mengesat air matanya setelah merasakan dirinya sudah stabil,hana memandang aril,
"kenapa?apa yang telah buatkan diri awak macam ni.
Saya tidak tahu allah nak bagi apa pada saya sebenarnya, tidak habis-habis saya di uji.salahkah saya ingin menghalalkan hubungan dengan orang yang paling saya sayang.salah ke?
hana gelengkan kepalanya" tidak salah,malah ia merupakan satu nikmat.
"jadi sekarang awak nak cakap awak dengan kekasih awak dah putus?duga hana.
" ya..sekarang dia dah ada orang lain.awak,kenapa saya di uji macam ni saya tak boleh tak ada dia.saya sayangkan dia.
macam macam saya buat untuk dia.saya lakukan semuanya semata-mata saya nak tengok dia bahagia.tapi kenapa..kenapa diri saya dia tinggalkan! Hana menyentuh lembut bahu aril,dia tersenyum nipis
jika allah memisahkan kita dengan orang yang kita sayang,mungkin allah nak elakkan kita dari terus melakukan dosa tanpa menghalalkan hubungan tu ke arah hubungan yang di redhai allah.Kedua,mungkin allah nak awak menemui seorang insan yang jauh lebih baik dari dia.
aril, saya faham apa awak rasa saat ini.cuba awak balik, awak solat,tenangkan diri awak dan muhasabah la diri awak.insyaallah awak akan menemui jawapan di sebalik kekeliruan awak,kenapa awak di tinggalkan.Semua manusia allah jadikan berpasang-pasangan.Insyaallah akan hadir pasangan yang bakal mencintai awak sehingga hujung nyawa.
aril leka mendengar hujah-hujah gadis itu,hatinya sedikit tenang."terima kasih hana,terima kasih sebab awak sanggup dengar rintihan saya.
selepas ini mungkin saya dah tak ada sesiapa,hidup saya sunyi
awak takkan sunyi aril,awak takkan sunyi,nak tahu kenapa?
"kenapa..aril memandang tepat-tepat ke dalam anak mata hana
" sebab awak ada allah dan awak ada saya.balas hana.
Awak kena ingat,allah tidak akan pernah tinggalkan awak.
dan awak?
hana tersenyum "dan saya?saya tidak pasti,kerana setiap pertemuan ada perpisahan.
Share this novel
updtee plss