DEMI DIA BAB 11

Romance Series 35926

LANGKAH di atur laju menuju ke sebuah restoran milik bapa saudaranya.Qayla menghampiri aril yang sedang rancak berbual dengan paklongnya.Tengku afnan,

"hai.sapa qayla dengan senyuman palsu di bibir,dia terpaksa datang ke sini itupun selepas di desak oleh aril untuk berjumpa di sini .Tengku afnan sekadar tersenyum saja.

" baby,cepat la nak cakap apa?tanya qayla

"err korang berdua cakaplah dulu ,kata tengku afnan lalu beredar ,aril memandang qayla dia memandang gadis itu dari atas hingga bawah.qayla mengerutkan dahi" kenapa you tengok i macam tu

"baby..kenapa pakai pakaian yang menjolok mata sangat ni?baby pleasela sayang diri tu

" apa you ni kalau you ajak i datang sini semata-mata nak dengar taskirah you baik tak payah datang! ini fesyen la baby

"ya allah fesyen apanya kalau dah terbelah sana terbelah sini sampai nampak aset you tu.baby.i sayangkan you i nak jadikan you isteri i yang halal tau.

" oooh so sekarang you nak cakap yang you tak sanggup nak memperisterikan i yang dah rosak ,macam tu ke?aril menepuk dahinya.

"bukan macam tu,i tak maksudkan macam tu

" ingat ya,i rosak pun dengan you!

aril diam,terkedu.salah diakah?siapa yang mulakan semua ini?

"listen i tak nak dengar pasal nikah lagi kalau you degil jugak,kita putus!kata qayla.aril terpempang

" sampai macam tu sekali?

"ya.sebab dah banyak kali i cakap dengan you i tak ready!

" sampai bila you tak ready?baby..i dah tak boleh tunggu macam ni.ke you ada orang lain?qayla berubah wajah,
"kenapa diam?tanya aril lagi

" okay, you cakap you dah tak boleh tunggu i kan?okay okay! mulai harini kita putus!you jangan cari i lagi!

"what?!baby!you tak boleh buat i macam ni tau

" kenapa tak boleh?i takkan menikah dengan you!seraya itu qayla keluar dari restoran tersebut.Tengku afnan yang menjadi pemerhati antara mereka sudah mengelengkan kepala.Dia kenal dengan sikap anak saudaranya itu.keras kepala!Aril mengeluh kasar,dia meraup wajahnya

niat hanya memperbetulkan hubungan, namun lain pula yang jadi

ril..sabarlah,kata tengku afnan,sambil menepuk-nepuk bahu aril."kenapa paklong,kenapa dia tak pernah cuba faham isi hati aril?salahkah kalau aril nak halalkan hubungan kami.

"ya paklong tahu niat aril tulus,ikhlas tapi qayla yang tak faham, dari dulu sampai sekarang perangai dia tak boleh nak ubah.Apa dia nak,mesti kena dapatkan,kena turut.Aril menghela nafas lemah

" aril baliklah dulu berehat insyaallah paklong akan cakap dengan qayla.Aril memandang wajah tengku afnan,begitu tulus lelaki itu mahu menolongnya.

"paklong,boleh aril tanya sikit?

" nak tanya apa?kalau nak berbual panjang meh la masuk kita bercakap kat dalam ,ada sofa.Aril mengekori tengku afnan menuju ke sebuah ruang tamu khas .

"besar jugak restoran paklong ni,macam rumah pulak.kata aril,tengku afnan tersengih" biasalah ril,ini tempat kami berbincang-bincang kalau ada apa-apa kat sinilah kami duduk berbincang.Terang tengku afnan

"ha ah,aril nak tanya apa tadi?aril melabuhkan punggung berhadapan dengan tengku afnan

" aril nak tanya,kenapa qayla tak pernah berbaik dengan paklong and bila aril cakap je pasal paklong dia terus tak ada.Paklong dengan qayla ada apa-apa masalah ke?tengku afnan tersenyum hambar.

"orang bila dah benci mesti tak suka dengar pasal kita.Aril mengerutkan dahinya,tidak faham apa maksud lelaki itu.

" aril tak faham ya?

"tak..apa.maksud paklong?

" macam inilah,paklong dengan qayla hubungan kami tak berapa baik sebenarnya,yalah sejak paklong tegur dia selalu balik lambat mabuk sana mabuk sini,dia marah paklong dan cakap paklong ni suka sibuk hal dia

dia tu anak saudara paklong ,semestilah paklong nak dia berubah,jadi perempuan yang soleh,tapi dia tetap tidak berubah.sampai sekarang dia benci paklong.Aril khusyuk mendengar kini dia tahu apa sebabnya qayla tidak menyukai lelaki dihadapannya itu.

ARIL memberhentikan keretnya di tasik,di situlah tempat dia menenangkan diri,dia tidak mahu pulang ke rumah,hatinya hancur.Sampai hati qayla memutuskan hubungan mereka,hubungan yang sudah bertahun-tahun mereka bina,kini gugur di tengah jalan itupun kerana sikap gadis itu yang terlalu ego.

Aril keluar dari perut kereta,dia memandang air tasik yang jernih itu,dia tersenyum,apabila melihat ikan-ikan yang sedang bebas berenang,nampak seronok.

Assalammulaikum,sapa seseorang,aril menoleh ke arah satu suara yang menegurnya
"waalaikumussalam.awak?gadis itu tersenyum,dia meletakkan guni di bawah lalu menghampiri aril.

" awak buat apa kat sini,ini sudah kali ke empat kita bertemu,itupun di sini.kata gadis itu.Aril tersenyum

"inilah tempat untuk saya tenangkan diri.awak nama apa?tanya aril.gadis itu tersenyum

" awak ni asyik tanya nama saya je.kenapa?awak nak kenal dengan saya ya?hmm tak payahla saya tak baik,tak kaya dan saya tak ada kehidupan macam awak.Aril memandang gadis itu,dengan penuh penghayatan

"Apa guna ada kemewahan andai kita tak bahagia.lebih baik miskin asalkan hidup kita penuh dengan kasih sayang.

" awak nak cakap awak tak bahagia la ni?aril diam,dia memandang semula ke arah tasik itu.Gadis itu menghela nafas tenang

"nama saya hana.nama awak?aril menoleh semula ke arah gadis yang di kenali sebagai hana itu

" hana?

"emm ya hana.kenapa..tak percaya?

" tak adalah,nama saya aril.

"oooh aril. mereka saling berpandangan, hana tersenyum sehingga menampakkan lesung pipit di pipi kanan dan kiri

" okaylah saya kena pergi,ada banyak kerja.pinta gadis itu.

"eh tunggu!

" kenapa?tanya hana dia menoleh semula ke arah aril

"awak nak pergi mana,

" jual botol ni.kata hana sambil menyuakan guni ke muka aril.

"nak ikut boleh?hana tertawa kecil

" tak payahlah!nanti awak boring,tempat tu kotor tau!

"tak apa,jawab aril

" tak payahla,tadi awak cakap nak tenangkan diri kan?so tenangkanlah,semoga jiwa awak tenteram!

dan ingat lah saat awak bersedih akan sentiasa ada allah yang menemani,setiap butir. bicara awak allah sentiasa mendengar.setiap apa awak lakukan allah sentiasa melihat.Jadi tidak ada yang mustahil dalam dunia ini

jika awak berani mengejar kebahagiaan ,insyaallah awak akan dapat apa awak nak.Jika awak tersasar pulanglah ke sisi allah sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.panjang lebar gadis itu memberi taskirah.Aril terlopong.seraya itu hana berlalu pergi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience