DEMI DIA BAB 27

Romance Series 35926

MATAHARI sudah mengeluarkan cahayanya menerangi bumi yang seakan gelap itu,begitulah hadirnya hana dalam hubungan aril dan qayla,demi kebahagiaan aril,dia sanggup menjadi cahaya menerangi kegelapan hidup insan itu

"Nah.secawan kopi di hulurkan pada aril,hana masih berharap agar aril menerima kopi tersebut

" tak apalah,saya tak haus.Tolak aril dengan lembut

"awak masih marahkan saya ke?tanya hana,aril mengerling sekilas ke arah hana" jangan nak sibuk,awak bersiap-siap sekarang kita ke hospital .

"tapi awak..

" apa lagi!?aril berdecit.

"hnm yalah saya bersiap sekarang,seraya itu dia naik ke atas,aril memandang kosong pada secawan kopi tersebut," hmm.keluhnya lalu dia masuk ke dalam perut kereta.

QAYLA memeluk erat aril,aril juga begitu,kini Hana sudah bersedia menjalankan pembedahan pemindahan buah pingang buat gadis itu,Walaupun dia tahu dirinya pasti tidak akan di hargai oleh aril,namun demi budi lelaki itu dia rela korbankan..

Hana..terima kasih tak terbalas jasa you.ucap qayla,hana tersenyum nipis,air mata menitis di pipi cepat-cepat dia seka,"sama-sama.semoga awak akan hargai aril.

"pasti!jawab gadis itu,hana dan qayla sama-sama di tolak ke ruangan bedah." baby..semoga you selamat i tak nak hilang you."ya sayang,tunggu i ya.

"pasti baby!

Hana memandang ke arah aril,lelaki itu langsung tidak memberikan apa-apa kata pun kepadanya,hanya senyumannya saja yang di ukirkan.,hana tersenyum nipis,kalaupun nanti dia tidak dapat di selamatkan,dia mahu menatap wajah aril buat kali terakhir.

Aril sabar menunggu qayla ,sudah lebih 2 jam dia menunggu di hospital itu.

jam 5.00 petang, doktor yang membedah Hana dan qayla pun keluar dari bilik bedah tersebut,aril terus menerpa ke arah doktor lelaki itu

" doktor..macam mana dengan keadaan bakal isteri saya?everything selamat?tanya aril,doktor itu melemparkan senyuman

"alhamdulillah pembedahan selamat di jalankan.Cuma ada sedikit masalah kepada yang menderma buah pinggang tu.Aril mengerutkan dahi" kenapa doktor,dia tak selamat ke?tanya aril

"boleh kita bercakap di ruangan saya?

" ya boleh.Aril mengekori doktor yang bernama Aysraf itu ke biliknya

"duduklah.pelawa doktor itu.Aril melabuhkan punggung

" macam mana doktor?apa yang terjadi?tanya aril

"macam ini encik aril,Hana mungkin tak boleh mengandung,dan mungkin dia takkan dapat berjalan seumur hidup,kerana dengan adanya satu saja buah pingang itu takkan dapat membantunya kuat mengisar tenaga.

maksud doktor hana mungkin lumpuh?

" ya.lumpuh,.

"tapi macam mana dengan qayla?

" Selagi kesan luka di pingang nya belum sembuh dia belum boleh berjalan lagi.Mungkin dalam masa 1 bulan lebih.

aril melepaskan nafas lega,akhirnya qayla dapat berjalan jua.Tapi hana?

HANA membuka matanya perlahan-lahan terasa seluruh tubuhnya terasa sakit,terutama di pingang kanannya,Dia melihat di sisinya kosong!

hana mencari aril,tapi hampa lelaki itu tiada,mungkin menemani qayla.

"cik hana,alhamdulillah awak dah sedar,jangan banyak bergerak tau,kesan luka di pingang awak masih belum sembuh.kata doktor asyraf.

" err doktor..mana suami saya?tanya hana.Doktor asyraf mengerutkan dahi,"suami?err Cik hana ada suami ke?

hana angguk lemah

"aril..katanya perlahan

" oooh encik aril,dia di bilik sebeleh,bersama cik qayla ,cik hana nak jumpa dia ke?

"tak apalah,mungkin dia sibuk.

" kalau macam tu cik hana rehat sajalah,kalau perlukan apa-apa sila tekan butang di sebelah kiri cik hana.Nanti nurse akan datang.Hana angguk,seraya itu doktor asyraf berlalu pergi.

Baby..alhamdulillah semuanya sudah selesai,dalam masa sebulan baby boleh berjalan balik.ujar aril sambil mengengam lembut tangan qayla.

"ya sayang,i rasa happy sangat.

" hana macam mana?tanya qayla.Aril tersenyum nipis

"i belum lawat dia lagi,kata doktor dia mungkin tak dapat mengandung dan paling teruk tak boleh berjalan..

" ya allah kesiannya baby!i rasa bersalah lah.baby..macam mana ni.

"janganlah macam tu,hana sendiri yang ikhlas nak bagi buah pingang dia kat you kan.Bukan salah you,

" tapi i..

"dah baby.,jangan fikir banyak,you belum sihat.

" i keluar kejap ya,i nak lawat hana,nanti i datang balik,pinta aril

"okay baby!

qayla tersenyum kemenangan,sebenarnya dia tidak kisah pun akan hana,yang penting dia dapat berjalan dan enjoy balik.misinya hanya satu,mencari niko!

PINTU di kuak perlahan,aril menapak masuk dan mendekati hana,gadis itu sudah sedar

" awak...

hana terus menoleh ke arah aril,"awak..macan mana dengan qayla?tanya hana.

"alhamdulillah semuanya okay,dalam masa sebulan dia boleh berjalan dah.

" oooh,awak..saya?

"awak?kenapa dengan awak. tanya aril,hana menghela nafas lemah

" apa doktor cakap pasal saya?

aril menggaru kepalanya yang tidak gatal,adoi macam nak jelaskan ni..

"cakaplah awak,doktor cakap apa?

" hana,..saya tahu mungkin awak sedih dengar semua ni tapi saya..saya terpaksa cakap

"ya cakap ajelah saya nak dengar

" doktor cakap awak mungkin tak dapat berjalan dan mengandung lagi..

allah akhbar..begitu besar dugaan kau bagi padaku.Setitis demi setitis mutiara tanpa warna gugur di pipinya,dia tidak percaya.Benarkah?

"hana,saya harap awak kuat ,

" aril..kalau saya tak boleh jalan,adakah awak akan jaga saya sama seperti awak jaga qayla?aril terdiam seribu bahasa.Hana sabar menunggu jawapan lelaki itu

"saya dah tak ada siapa-siapa cuma ada awak...

" hana,maksom akan balik esok,dia akan jaga awak.

"saya nak awak jaga saya .Tolong hargai saya..

" hana bukan saya tak nak to...tiba-tiba telefon aril berdering,dia melihat di skrin utama.qayla!

"ya baby,kenapa?

" oooh okay-okay i pergi sekarang.seraya itu talian di matikan

"hana im sorry i have to go.qayla perlukan saya,dia cakap pingang dia sakit

" aril . saya pun sakit...lirih hana ,namun aril tetap berlalu pergi.ya allah. .seksanya begini

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience