MALAM itu selepas siap membersihkan diri dan berehat di dalam bilik.Hana merenung hadiah pemberian Alif yang kaku di atas meja solek.Pertemuannya dengan alif di hospital petang tadi sangat merisaukan hatinya.Dia tidak mahu aril dan alif bertembung kerana bimbang akan tercetus pertengkaran antara mereka.
Kotak baldu yang berwarna biru di ambil.Dia memandang dengan penuh rasa kosong."nak buka ke tak ni?
dia teragak -agak untuk membukanya walaupun hati meluap-luap ingin tahu apa isi yang berada di dalam kotak baldu tersebut.
"hmm buka sajalah!
Lekas tangannya mengoyakkan kertas pembalut kotak bercorak hati .Kotak berjalur kuning putih di belek beberapa saat sebelum perlahan-lahan penutupnya di buka.
Hana tergaman melihat isi kotak itu.Di dalamnya ada dua ekor beruang polar yang comel saling berpandangan.Di tengahnya ada sebuah kotak baldu yang terbuka penutupnya.sebentuk cincin emas putih berukir huruf H&A terletak cantik di dalamnya.
Tiba-tiba mata hana tertancap pada sekeping kertas yang terselit di celah-celah beruang polar.Berdebar-debar dia mengambil lipatan kertas berwarna merah jambu itu.Liputan kertas itu di buka perlahan-lahan.Haruman kertas itu menyerbu masuk ke deria baunya.Hana tidak keruan...jantungnya berdegup kencang.
"HAI,Terima kasih sebab sudi menerima hadiah kecil daripada saya.Saya tahu awak pasti sudi menerimanya.Hana..nama awak sentiasa saya seru dalam doa.Di setiap solat dan doa saya,tidak pernah berhenti saya meminta kepada allah agar awak menjadi milik saya.
kalau awak sudi menerima saya,pakailah cincin itu hana.Itu sudah cukup menandakan yang awak juga mencintai saya.Yang bertulis huruf H itu adalah awak,dan huruf A itu adalah saya.Awak jagalah kedua-dua polar itu.Jagalah cinta saya jangan sampai ia layu di hujung pusara..
Jika kita berjodoh,sayalah orang yang paling bahagia kerana dapat memiliki awak sayang.W..Y.M.M
Loveyouhana@Alif.
Hana mendengus geram."Gila"!!
"siapa yang gila?Hana terkesima tatkala aril sudah berada di hadapannya.Hadiah pemberian Alif di sorokkan ke belakang .
"apa tu sayang?tanya aril.Hana kelu lidah
"errrr tak ada apa-apa.Abang bila balik?hana tak perasan pun..
"macam mana nak perasan kalau sayang duk dalam bilik.Macamlah enjin kereta Abang tu enjin terbo satu bandar boleh dengar.Hana tersengih.Dia menarik tangan aril,menyuruh lelaki itu duduk di sisinya.Dia sebenarnya masih takut jikalau aril tahu tentang hadiah yang di berikan oleh alif petang tadi.
"abang..abang pergilah mandi dulu.kata hana
"apa yang sayang sorok kat belakang tu?dan siapa pulak yang gila?tanya aril,hana memandang ke arah aril,aaaa gila!aril sudah membuat wajah serious.
"sayang cakaplah.
"Errr..abang tolong jangan salah faham..
"kenapa?tanya aril dengan pantas.Hana menghela nafas lemah .Kotak baldu biru di ambil lalu di berikan pada aril.Surat juga di hulurkan.
"apa ni?
"bacalah..
Aril membuka lipatan ,dia membaca isi kandungan yang tertulis di dalam kertas itu.Mata aril terbuntang"W.Y.M.M
gika ke lelaki ni?!bodoh ke apa!bini orang kot!marahnya.Hana terkejut"abang kenapa ni?
Sayang tahu tak apa maksud W.Y.M.M ?Tanya aril.Hana geleng .Aril meraup kasar wajahnya."kalau sayang nak tahu maksud W.Y.M.M tu?maksudnya will you marry me?so stupid! Dia memang tak tahu hukum ke ajak isteri orang kawin?!
kena ajar ni!kata aril.Hana menghalang aril,"abang!janganlah.Jangan buat hal
"what?jangan buat hal?siapa yang buat hal sekarang dia ke abang?sayang ,dia cuba cabar kesabaran abang tau!dia tahu kan sayang masih lagi isteri abang,kenapa dia bodoh sangat hantar surat macam ni?!marah aril
"abang,hana mintak maaf,tak ada niat langsung nak sakitkan hati Abang. Tak apalah kalau abang tak suka hana akan buang cincin dan surat ni sekali.Lantas surat yang berada di tangan aril di ambil,lalu di koyak-koyakkan.Aril mengerutkan dahi"cincin?cincin apa?tanya aril.Hana mengeluh kecil,dia mengambil sebentuk cincin tersebut lalu di berikan pada aril.
H&A.?
apa ni..
seraya itu cincin di lempar luar tingkap"mulai hari ni kemana sayang pergi,abang akan ikut!faham?hana angguk lemah .Aril berlalu ke bilik air
kurang ajar betul kau lif,dengan bini aku pun kau masih lagi nak try?melampau! omel aril sendirian.
Hana bersandar di kepala katil sambil melunjurkan kaki.Fikirannya ligat memikirkan,sikap alif yang tidak pernah menghormati keputusannya.Benar..dia juga berasa kasihan terhadap alif kerana lelaki itu telah banyak terluka dalam percintaan,tetapi alif kena faham bahawa dia telah menjadi isteri orang .
Langkah aril kian menghampiri ke kaunter penyambut tetamu .Dia melempar senyum ke arah staf yang berkerja di situ
"alif mana?tanya aril.
"Tuan alif?aril angguk
"errr..dia tak masuk kerja lagi.Aril mengeluh kecil .Lelaki itu harus di beri pengajaran.Dia tidak mahu kehilangan hana untuk kali kedua.
"its okay.Bila dia masuk?saya akan tunggu.tAnya aril lagi
"rasanya dalam pukul 10.Aril mengerling jam di tangannya.
baru pukul 8.00 pagi.Aril menghela nafas lemah"okay tak apa,nanti saya datang lagi.seraya itu aril berlalu.
Hai..selamat pagi.Hana lantas mendongak,kenapa lelaki itu tidak pernah jemu menganggu dirinya?
"alif!apa awak buat dekat sini?baliklah!
alif tersenyum,dia melabuhkan pungung berhadapan dengan hana."cantik jugak duduk kat sini ya.macam taman!puji alif,tanpa menjawab soalan HANA. Dia memandang di sekeliling rumah gadis itu.
"alif baliklah!awak nak apa pagi-pagi datang sini?tolonglah.balik!
.
"sebelum saya pergi,saya nak jumpa kekasih hati saya dulu.Yalah..tanpa melihat wajahnya yang indah dan cantik berseri-seri tu tak berseri pula hari-hari saya ni.kata alif.Hana mengetap bibir"tolonglah jangan buat hal kat sini. Boleh tak awak hormat saya sebagai isteri orang?please..
Alif memandang ke arah jari hana,kosong!Alif memandang semula ke arah hana"kenapa tak pakai cincin yang saya bagi tu?kenapa..tak cantik ke?kalau tak cantik saya boleh beli yang lain.Design yang lagi cantik.
"ya allah alif!awak faham bahasa melayu ke tak ni?saya isteri orang!memang tak ada akal lah kalau saya pakai cincin awak tu!please lah hormat saya!
"ooooh isteri orang,saya ingatkan awak masih single.Yalah ..awak tak nampak pun macam isteri orang.Kata alif,hana mengetap bibir,mengumpul kemarahan"jangan sampai saya bersikap kasar dengan awak alif!
"okay sayang ,saya pergi ya.Tapi jangan lupa mimpikan saya .Love you sayang..ucap alif sebelum berlalu pergi.
saico!kata hana.
Share this novel