BUKAN MUDAH nak lupakan kenangan silam tambahan lagi kenangan itu adalah kenangan yang sangat melukakan hati.Hana memandang lesu ke arah gambar yang baru saja di hantar oleh aril melalui whatsapp.Sebentuk cincin yang berbentuk love.Hana masih kaku,diam tanpa jawapan ,manakala aril pula sedang menanti jawapan hana
"sayang,hubby tanya sayang suka yang mana?tanya aril sekali lagi melalui whatsaap.Hana sekadar bluetick saja,dia tiada mood untuk menjawab pertanyaan aril.Kenapa?bukankah itu yang dia mahu.Aril menghargainya ,sudah cukup bagi dirinya,entah mengapa hatinya masih membeku buat lelaki itu .
Aril mengeluh kecil,hana sekadar bluetick saja.Dia memandang semula ke arah Staf yang sedang menanti jawapannya"err tak apalah,bagi saya yang bentuk love tu.kata aril
"baiklah encik.
Hana tersenyum ke arah maksom yang menghampirnya."nah.
"err apa ni maksom ,tanya hana
"ambil lah ,susu ni sihat untuk hana.
"alaaa taknak lah maksom,susu ni tak sedap.Nak muntah! adu hana dengan manja.
"ehh mana boleh macam tu kata nak sihat kenalah minum susu.Hana tersenyum nipis"macam mana nak sihat maksom buah pingang pun dah tak ada..sampai bila-bila hana tak sihat
"maksom buang ajelah susu tu.Hana tak nak minum.kata hana dengan suara yang kendur.Tiba-tiba dia merasa sebak.Maksom
menghela nafas lemah.Susu di letakkan atas meja yang berhadapan dengan mereka berdua.
"hana,kena ingat tau allah paling tak suka dengan hambanya yang suka berputus asa.Allah bagi ujian sebab allah sayang..
"hana yang ciptakan ujian tu sendiri maksom
Ini semua disebabkan kebodohan hana.Kalaulah hana tak bodoh masa tu nak bagi buah pingang ni dekat orang lain dah tentu hana boleh berjalan even hana tak dapat rasa kasih sayang seorang lelaki yang hana harapkan selama ni.
"hana ..maksom faham apa yang hana rasa.Tapi hana maksom nak sangat tengok hana sihat.Hana tersengih"maksom ni ,tak mustahil lah hana boleh jalan lagi.tak apalah,ini takdir hana..kata hana lagi.Aril yang berada di sebalik pintu mendengar semua perbualan antara hana dan maksom,air mata menitis tanpa di pinta.Entah mengapa dia merasakan dirinya terlalu kejam pada gadis itu.Dia mula sedar,kini hana benar-benar terseksa kerananya.
"hana kena kuat,hidup perlu di teruskan,kan maksom?.Air mata di seka ,dia tersenyum ke arah maksom,wanita itu lantas memeluk hana erat,Dia faham apa yang di rasakan oleh hana.
sangat sakit bila kita korbankan sesuatu tapi orang tak hargai ..
"maksom janji akan selalu ada dengan hana.
"terima kasih maksom.Maksomlah ibu dan ayah hana.balas hana.
Share this novel