DEMI DIA BAB 29

Romance Series 35926

USAI mandi dan bersolat,dia bersiap.Dia perlu berjumpa qayla,dia perlu menatap wajah gadis itu terlebih dahulu sebelum pulang ke kampung,nanti rindu!

ketika dia turun,maksom sedang menyiapkan hidangan sarapan pagi,aril menyapa lalu tersenyum ke arah maksom

"aril..awalnya bangun nak kemana?tanya maksom masih tangannya ligat meleset jem di permukaan roti

" aril nak keluar jumpa qayla.Lepastu aril nak bawa papa balik kampung nak berubat kat sana.

"ril taknak sarapan dulu ke?

" tak kot,aril makan kat luar je.

Aril baru hendak berlalu ke kereta,namun cepat tangannya di sambar oleh hana,"eh awak..saya tak perasan pula,bila awak bangun ni?tanya aril

"saya dah lama bangun,ingat nak kejutkan awak tapi saya kan tak boleh naik atas..

" oooh,lupa pulak awak tak boleh jalan.kata aril,maksom melirik ke arah hana,air muka gadis itu keruh sekali,mungkin terasa dengan kata-kata aril

"tak apalah saya nak keluar, awak duduk dengan maksom ya

" awak nak kemana?boleh tak hari ni kita spend time sama-sama.Tanya hana,matanya sudah berair,dia tahu aril pasti menolak."hana,saya busy ,nak bawa papa ke kampung

papa?kenapa dengan papa awak..tanya hana

"papa sakit,dah banyak kali pergi hospital tapi tak ada kesan pun,so sekarang saya nak bawak papa berubat secara kampung.

" oooh,awak balik tak malam ni?tanya hana.

"hana,boleh tak jangan banyak tanya?!saya dah lambat ni!

" saya cuma nak tahu je,dah lama kita tak bersama..luangkan masa.Ujar gadis itu,aril memicit-micit kepalanya,dia menoleh ke arah maksom,"maksom,bawa hana mandi,busukla bau.

hana terkedu,jijik sangatkah dirinya?busuk?

"perangai awak makin menjadi-jadikan ..saya ingat bila saya buat pemindahan buah pingang tu awak akan hargai saya,tapi silap..langsung tak!luah hana,air mata gugur jua,

" hana,saya tak ada masa nak layan drama awak ni.Siapa yang ikhlas dan rela buat pemindahan tu?awak juga kan?jadi jangan salahkan saya!

"saya pun perlukan perhatian awak!saya isteri awak!bukan boneka awaklah aril!jerit hana.

kaki ni!kaki ni dah tak ada fungsi bagi saya! ada awak peduli?tak pun! awak cuma pentingkan diri awak!awak ego!ego!kata hana lagi sambil menepuk kasar pehanya,Maksom menghampiri hana

" hana janganlah macam ni kawal emosi,doktor dah pesan jangan stress kan.

"maksom aril pergi dulu .kata aril tanpa menghiraukan hana.,Hana mengepal erat jari jemarinya.segala amarah mula berkumpul dalam dirinya.Dia menyeka kasar air matanya

" kalau ini adalah keputusan terbaik,hana akan minta cerai.maksom terkejut,dia memeluk erat hana

"hana,cerai ni bukan main-main

" itu lebih baik maksom dari hana menderita macam ni!

maksom..wajah maksom di pandang dengan lirih"hana nak keluar dari rumah ni,hari ni jugak

"hana..janganlah macam ni,cuba tengok keadaan hana,masih tak membaik lagi.tak apa hana..maksom ada,maksom akan jaga hana .

Tuk!tuk! pintu hadapan di ketuk ,hana menyeka air mata buat sekian kalinya.Hana tunggu sini ya maksom nak pergi tengok siapa datang.Ujar maksom,hana angguk saja

pintu di buka,terjenggul wajah imani,dia melemparkan senyuman.

" hai,saya imani,adiknya aril.imani memperkenalkan diri

"oooh cik imani,aril tak ada dia dah keluar tadi.kata makson

" saya datang sini bukan nak jumpa aril tapi hana.saya pergi hospital semalam katanya dia dah keluar seminggu yang lalu.So dia ada kat rumah ini ke?tanya imani,

maksom angguk saja

"boleh saya jumpa hana?tanya imani dengan tulus

" boleh-boleh.masuklah dia ada kat dalam.imani masuk dan mengekori langkah maksom menuju ke arah hana.Hana mengecilkan matanya,itu kan imani adiknya aril..dia nak apa..desis hana dalam hati,

"hana,maksom tinggalkan korang berdua ya kat sini,maksom ada kerja kat dapur.

" ya maksom.kata hana.

imani menghampiri hana,dia melabuhkan punggung di hadapan hana,dia melihat keadaan gadis itu yang bekerusi roda.

"hai,awak pasti kenal saya kan?tanya imani

" ya.awak adik aril kan?

"ya baguslah kalau awak kenal.Hana,awak sakit apa sebenarnya sampai lakukan pemindahan buah pingang?tanya imani

" cik imani,maaf menganggu,ada nak minum apa-apa ke?tanya maksom

"no maksom,saya tak haus,tolak imani dengan lembut.

baiklah kalau macam tu,seraya itu maksom kembali semula ke dapur.Hana memandang ke arah imani," macam mana awak tahu saya masuk hospital?

"siapa lagi kalau bukan aril yang bagitahu saya.Hana,awak sakit apa?ceritalah saya adik ipar awak,saya berhak tahu.

hana menekur lantai,dia berbelah bagi sama ada mahu berterus terang atau tidak.

" kenapa hana,?kenapa diam?

"kak imani..hana buat semua ni sebab hana sayangkan aril hana tak nak tengok dia sedih." maksud hana?dahi imani berkerut seribu

"abang aril sakit buah pingang ke?kenapa dia tak pernah beritahu saya!imani mula cemas

" eh tak,tak..aril tak sakit buah pingang

"habistu?hana bagitahu saya,jangan buat saya cemas

" kalau hana bagitahu kak imani,boleh tak kak imani janji takkan bagitahu aril?

"okay ,kak imani janji,.so sekarang bagitahu,kenapa..

" macam ni,sebenarnya kekasih aril menghidapi kegagalan buah pingang,jadi sebab hana terhutang budi dengan aril,hana sanggup dermakan buah pingang hana..

"what?!kekasih?kekasih mana pulak ni.Hana kan isteri dia..takkan aril curang!

hana tersenyum nipis," kak imani salah faham,kami menikah bukan seperti yang kak imani sangkakan.kami cuma letakkan syarat antara satu sama lain.Aril tidak mahu hidupnya sunyi lalu dia melamar hana,sebagai teman hidup yang akan menemaninya di kala sepi ,tapi hatinya hanyalah milik qayla..

"mereka berpisah kerana qayla tidak mahu menikah dengan aril,tapi di pertemukan semula kerana gadis itu menghidapi penyakit kegagalan buah pingang ,hana tak nak aril sedih dan terseksa,untuk satukan mereka hana sanggup buat semua ni.jelas hana sambil menangis,imani terkejut besar,sampai hati abangnya melakukan gadis yang tidak bersalah!

" ini semua tak adil bagi hana.mana boleh macam tu!kak imani janji kak imani akan tolong hana ya.Hana geleng

"hana tak pernah ada di hati dia..yang hana dapat miliki hanyalah jasad.kak imani..seraya itu tangan imani di raih

" hana mintak satu je dengan kak imani,tolong jangan pernah halang keputusan aril untuk menikahi qayla .

"hana,ini semua tak adil,abang aril tak boleh buat macam tu,kesian hana!

" tak apalah,hana dah biasa..mungkin ini suratan takdir

"bukan suratan takdir tapi suratan nafsu!sumpah,kak imani tak pernah tahu yang abang aril ada orang lain.seingat kak imani,hana lah satu-satunya perempuan yang pernah dia datang bawa jumpa kami.

" maksud kak imani,aril tak pernah bawa jumpa qayla jumpa keluarga?

"ya,sebab itulah kak imani tak sangka abang aril buat macan ni.

Hampir dua jam hana dan imani berbual-bual,selepas itu imani meminta diri ingin pulang,kata gadis itu dia perlu mengambil suaminya di airport

" terima kasih kak imani sebab sudi jenguk hana.

imani tersenyum "ya sama-sama.semoga hana tetap tabah ya.nanti kak imani datang lagi.assalammualaikum.

" waalaikummusalam.selepas itu imani hilang dari pandangannya.

CUBA kau ingat balik zaidi ,kau ada bermusuh dengan orang ke?tanya latifah,ibu kepada encik zaidi

"tak ada mak..buat apa zaidi nak bermusuh dengan orang

" habistu kenapa ustaz tu boleh cakap yang orang tu akan buat kau sampai mati! ini semua pasti kerja orang yang tak puas hati dengan kau.kata puan latifah lagi.Aril berpeluk tubuh

"nek..aril rasa papa terlalu baik,mungkin orang tu dengki.

" entahlah aril,nenek pun tak faham, habis sampai bila kau nak tanggung sakit kau ni?encik zaidi terdiam

"bini kau pun tak datang jenguk,itulah mak cakap jangan menikah dengan si suraya tu!dia cuma nakkan kau bila kau senang aje,tengok sekarang bila kau sakit macam ni,ada dia tolong?tak ada pun!

" mak sudah-sudahla.Dah jodoh kan nak buat macam mana.Mak ingat jodoh ni boleh sekat ke?

"memanglah tak boleh sekat!tapi kau tu yang duk tergila-gilakan suraya.Kalau kau menikah dengan fatin,hidup kau takkan jadi macam ni.kau tengok si fatin tu sekarang,bahagia!anak pun berderet...bertanggungjawab pulak!

ini aril sorang je yang ambil berat pasal kau,imani pulak?asyik sibuk je!

" nek.janganlah cakap macam tu semua ambil berat pasal papa,imani tak boleh datang harini sebab dia kena ambil husband dia kat airport.terang aril,puan latifah mencebik.

Papa..janganlah ambil hati sangat dengan kata-kata nenek tu,dia cumas panas hati je.tapi jauh di sudut hati dia sangat sayangkan papa.kata aril sewaktu mereka di basar.
menenangkan fikiran di situ,

"ya ril,papa tahu .mungkin nenek masih marahkan papa sebab tak terima fatin dulu .Aril mengerutkan dahi." fatin?siapa tu pa.

"fatin tu dulu kekasih papa,tapi papa terima mama kamu sebab hati papa terpedaya dengan kecantikkan mama..tanpa papa sedar dia sebenarnya lebih pentingkan harta.Luah encik zaidi

" sekarang papa menyesal sangat,mungkin ini balasan papa kerana melukakan hati seorang perempuan yang tulus sayangkan papa.kata encik zaidi lagi ,Aril menepuk-nepuk lembut bahu papanya itu

"sabarlah pa,anggap saja ini jodoh.kalau jodoh tak kemana.habis mana fatin tu sekarang?

" entahlah papa tak tahu,mungkin sudah bahagia..

aril pulak macam mana dengan hana?tanya encik zaidi.Aril tersenyum nipis

"alhamdulillah bahagia je.

" kenapa aril tak bawa dia datang sini,kalau tak dah boleh nenek jumpa cucu menantu dia.kata encik zaidi

"err hana sibuk pa,biasalah lepas habis exam sibuk dengan kerja.

" kerja?dia kerja apa..

"err kerja dengan kawan dia.Kerja apa tak tahulah.Papa...jomlah kita masuk dalam rumah,tak baik untuk kesihatan papa.Dalih aril,dia tidak mahu rahsianya pecah!

PINGANG hana mencucuk sakit,dia menyentuh lembut pingang kanannya" ya allah sakitnya..kenapa ni...adunya.Hana bergerak dengan kerusi rodanya ke arah dapur,untuk minum ubat tahan sakit.

maksom pulak tidak ada di rumah,katanya mahu ke pasar membeli perkakas untuk memasak tomyam.Hana mengambil bekas ubat dengan penuh hati-hati.Tiba-tiba.......

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience