PUAN SURAYA memandang tajam ke arah aril,sakit hatinya apabila mengetahui aril membeli rumah lain,lagi sakit apabila rumah itu di berikan oleh seorang gadis yang tidak di kenali!
"kenapa aril belikan rumah tu tanpa pengetahuan mama?tanya puan suraya dalam keadaan marah,namun suaranya masih dapat di kawal.Aril menarik nafas dalam-dalam sebelum menjawab pertanyaan mamanya.
" jawablah,kenapa diam! ke dah tak ada mulut?
"mama,rumah tu aril beli untuk isteri aril
" tapi dia bukan isteri ril kan?aril jangan nak reka cerita ya ,sejak bila aril kawin ni!mama tak tahu pun
"no,aril memang tak kawin lagi,itukan rumah aril,aril beli dengan duit aril sendiri.
" oooh,jadi kamu nak cakap dengan mama yang mama tak ada hak la atas rumah tu?!wow! mentang-mentang kamu dah besar dah jadi cikgu kamu boleh lawan mama sesuka hati?
"aril tak cakap macam tu pun,mama yang cakap bukan aril.Selama ni apa aril buat mama tak pernah peduli,jadi sekarang kenapa mama nak ambil tahu pulak?puan suraya berubah wajah,ternyata aril masih berkecil hati dengannya
" Look,aril minta maaf kalau buat mama kecil hati,aril tak ada niat pun.Macam mana mama tahu aril beli rumah baru?tanya aril.
"mama jumpa geran rumah yang aril beli tu,and then mama terus pergi ke rumah tu,tengok-tengok dah ada bibik and seorang perempuan.siapa perempuan tu? tanya puan suraya.Aril berpeluk tubuh.
" mama,kat sini rupanya puas adik cari.tadi mama ke mana,adik pergi butik tak ada.tanya imani dengan tiba-tiba.Dia melangkah masuk menuju ke ruang tamu.puan suraya tersenyum nipis
"mama cuti harini.
" cuti?kenapa mama sakit ke?tanya imani,yalah,mana tidak dia terkejut kalau mamanya itu tiba-tiba cuti,kerana puan suraya seorang yang sangat cekal berkerja kalau ada urusan apa pun dia tidak akan cuti,melainkan dia sakit..
"ada la hal mama.biarlah rahsia.kata puan suraya
" hmm yalah
"kenapa cari mama?mana suami kamu.tanya puan suraya,imani tersengih" kat mana lagi kalau bukan kat balai.jawabnya.Aril tersengih ke arah adik bongsunya itu
"mama,adik,aril naik atas dulu.penatlah.aril meminta diri.
puan suraya menghela nafas lemah,baru saja ingin korek rahsia. lelaki itu sudah berlalu pergi.
HANA membaringkan badannya atas sofa,dia masih dalam pakaian sekolah,seluruh badannya terasa lenguh dan lesu
mana tidaknya hampir sejam dia perlu berdiri,kerana di denda oleh cikgu fauzi ,ini semua kerana dendam Alya yang melaporkan kepada cikgu fauzi bahawa dia tidak menyiapkan kerja sekolah matematik .Akibatnya dia perlu berdiri atas kerusi.
maksom menghampiri hana yang sedang terbaring lesu di sofa itu,dia tersenyum" amboi-amboi..baru dua hari sekolah dah tersebik macam kambing kelaparan ni kenapa?tanya maksom
hana perlahan-lahan membuka matanya,dia tersenyum nipis ke arah maksom
"penatlah maksom,ni kaki,badan semua lenguh-lenguh.maksom boleh tolong urutkan tak?
" pergilah mandi dulu nanti maksom urutkan.hana dah solat zohor?tanya maksom lagi.Hana mengelengkan kepalanya,dia tidak sempat solat di sekolah tadi
"kalau macam tu pergi solat dulu. Nanti turun makan,lepastu maksom urut hana punya kaki tu.hana senyum meleret" terima kasih maksom,saaaayang maksom!
"amboi..maksom aje ke yang sayangnya,habis saya awak tak sayang?aril tiba-tiba muncul,hana tersipu malu
" hana naik dulu!pantas itu hana berlari masuk ke dalam biliknya,aril tersengih,suka ,dia dapat menyakat gadis itu,
"ril..mujurlah aril datang sini,maksom ada benda nak cakap dengan aril ni.Aril melabuhkan punggung di sofa berhadapan dengan maksom
" ni mesti pasal mama saya kan?tak apalah maksom tak payah fikir.ini rumah aril,aril berhak buat apa yang aril nak.
"macam mana aril tahu yang puan datang tadi? aril tersenyum" sudahla maksom lupakan saja,buat pening kepala je cakap pasal ni.maksom masak apa harini?
"maksom buat ikan masak merah je.
" ya allah sedapnya..makin berbunyi perut aril!selorohnya.maksom turut tertawa
"kalau macam tu aril kena makan kat sinilah,banyak maksom masak ni.kalau makan berdua dengan hana tak habis juga,dia bukannya makan banyak pun.sikit aje.kata maksom
Usai makan malam,hana meminta diri untuk berlalu,katanya ada kerja sekolah,aril pantas mengekori hana sehingga ke bilik,bahu hana di cuit
hana pantas menoleh,dia tersenyum malu ke arah aril" kenapa awak ikut saya?saya nak study lah
"yeke study?
" yalah,banyak kerja sekolah pening kepala saya.luah hana,aril berpeluk tubuh"biasa lah tu nama lagi sekolah.
"hana,boleh awak tunggu sini kejap,?
" tunggu sini?kenapa..tanya hana sambil mengerutkan dahinya.
"adalah,awak tunggu sini ya!jangan tutup pulak pintu tu,nanti saya datang kejap je!
aril hilang dari pandangan hana," emmm apa lagi dia nak buat ni.getus hana dalam hati.Tidak lama kemudian aril kembali semula,dia tidak datang dengan tangan kosonh,ada sesuatu yang dia hendak berikan kepada gadis itu,kotak di sembunyikan dari arah belakang
"kenapa..awak senyum-senyum?tanya hana,pelik dengan sikap aril
" awak tutup mata dulu.
"kenapa?
" tutup ajelah.hana menutup matanya,hati berdebar kencang,terasa jantungnya sedang bermain dam!
"dah boleh buka.kata aril,sebuah kotak berwarna biru tua di suakan ke muka hana.Hana mengerutkan dahi" apa ni?tanya hana
"bukalah,khas untuk awak.
" again?
"yup!
" awak ambil kotak ni and buka dalam bilik.Jangan lupa study pulak!selamat malam!ucap aril lalu berlalu dari bilik hana.Hana termanggu sendirian di depan pintu,kotak berwarna biru muda itu di pandang"ya allah...dia memang suka bagi aku suprise ke ni!getusnya dalam hati.Pintu di tutup rapat
hana melabuhkan punggung atas katil,dia duduk bersila,dengan lafaz bismmilah,dia membuka kotak tersebut,matanya hampir keluar melihat isi yang berada dalam kotak tersebut
iphone?!hah?!dia bagi aku iphone?!hana tidak percaya,sebuah iphone yang berwarna marygold diambil,dia melihat telefon tersebut dengan mata yang bersinar-sinar
aaaaaaaaaa!happynya aku!iphone kot!jeritnya sambil melompat-lompat atas katil,Aril yang berada di sebalik pintu hana,mendengar jeritan gadis itu turut tersengih.Dia juga tidak faham kenapa dia lakukan semua ini demi gadis itu...
Gambar qayla, gadis idamannya itu di tatap dengan penuh,kasih,walaupun sudah sebulan lebih dia tidak bertemu dengan gadis itu,Namun cintanya buat qayla masih utuh.sehingga kini hatinya masih terisi dengan nama qayla.
"wuit!amboi..masih tengok gambar qayla ya.sapa ikhwan dia melabuhkan punggung di sebelah temannya itu,.Hari ini hari minggu.dia mengikuti aril berjongging,katanya dia perlukan teman,DEMI kawan dia ikutkan saja.
Aril menyimpan telefonnya di dalam poket seluar,Ikhwan masih memandang ke arah aril" kau kenapa pandang-pandang aku macam tu
"kalau rindu tu cakaplah rindu tak perlu nak sorok.Kata ikhwan,dia agak terkejut apabila aril mengatakan yang dia sudah break dengan qayla,sungguh tidak di sangka impian lelaki itu hancur begitu saja.
" mengarutlah kau ni,
"apa yang mengarut?betul lah aku cakap,kau masih sayangkan dia kan?
" hmm gila tak sayang,cinta terakhir kot!balas aril.ikhwan mencebik"terakhirlah konon,kalau terakhir takkan jadi macam ni.Dahla ril better kau move on.ada lagi perempuan kat luar sana yang lebih cantik
"tapi tak sama dengan qayla. potong aril.Ikhwan mengeluh kecil
" memang la tak sama tapi sekurang-kurangnya kau di hargai.macam kau dengan qayla ada ke dia hargai kau?tak pun kan.
Aril diam saja,hatinya berbelah bagi,dia masih sayangkan qayla,kemanalah gadis itu menghilang..
dia rindu.Rindu sampai hujung nyawa.
"ril,..kau janganlah sedih,kau kena yakin masih banyak perempuan kat luar sana yang tergila-gilakan kau.jangan la cepat mengalah sangat dengan cinta.Kata ikhwan lagi.
" aku cuma nak qayla,sebab gadis itulah yang pernah membahagiakan aku..kau tahu kan?dialah yang always ada dengan aku.Sesaat pun aku tak boleh lupakan dia!
"tapi dia tak sayangkan kau.kau cuma bertepuk sebelah tangan.sakit tau.
" aku tahu wan.aku tahu..tapi aku tak boleh buang dia dari hati aku!kau faham tak?Aril lantas bangun dan sambung berjogging,ikhwan ikut sama.
hati batu!getusnya dalam hati.Kadang-kadang dia geram juga dengan sikap aril yang terlalu lebihkan perasaan qayla ,perasaanya sendiripun tidak terjaga!
Qayla sabar menunggu kehadiran niko di rumahnya ,kata niko malam ini mereka akan enjoy sama-sama.Dia sudah tidak sabar,dia tersenyum meleret apabila petang tadi niko menelefonnya.
"hello baby,how are you?tanya niko ,qayla mengeluh
" nak apa lagi,kan you dah tak sayang i.Buat apa call
"hey siapa cakap i tak sayang you,okay i minta maaf haritu i tak sengaja nak marah-marah you,i tengah stress la baby.
" hmm yalah tu,
"baby,janganlah macam ni,i rindukan you ,i datang rumah you ye malam ni.kata niko,qayla tersenyum lebar
" betul ke ni?kalau you tak datang i tak nak maafkan you
"ya ya i datang baby,jangan risau.
" okay im waitting for you!seraya itu talian di matikan.
arrrghhh!happynya!
Share this novel